Friday, 19 August 2011

Day #17

30 Days Challenge - refer it here

Day 17 - How you hope your future will be like.
******************************************************


mahu sentiasa senyum
senyum lebar lebar sampai ke telinga
senyum senantiasa agar tiada duka yang boleh tembus
senyum sehingga orang mengatakan aku gila
sebab dengan senyuman,
orang yang melihat juga akan turut tersenyum
orang yang melihat akan terasa tenang

harta benda dan paras rupa tidak kekal selamnya
my future, ku harap aku sentiasa bahagia!



p/s: proses merawat luka di hati sendiri adalah suatu proses yang sangat renyah. perlukan masa yang bukan sedikit dan kesabaran yang bukannya tipis. 

Thursday, 18 August 2011

Jangan di Tangisi apa Yang Bukan Milikmu

resam kehidupan seharian
punya kehendak serta keigininan yang pelbagai
dan kadangkala kehendak mengaburi keperluan
tapi kadangkala, kita juga alpa
tidak semua yang kita inginkan akan kita genggam

lalu
meratapi, menangisi, serta berkeluh kesah
tertanya-tanya mengapa ianya bukan milik kita?
mengapa ianya tidak di takdirkan untuk kita?
sehingga kita alpa pada ketentuan DIA, Yang MAHA Kuasa
sehingga kita alpa pada qada' dan qadarnya.
istighfar! mohon ianya di jauhkan daripada aku!

hidup tak seringnya indah
kadangkala kita perlu menangis untuk mengetahui hidup bukan sekadar untuk ketawa
dan kadangkala kita perlu ketawa untuk menilai bertapa mahalnya setitis air mata
tak semua yang kita hendak dan perlukan itu adalah yang terbaik untuk kita
pasti ada hikmah sekiranya ia bukan ditakdirkan untuk kita
sabar dan bersifat redhalah!

tidak! bukan soal hati dan perasaan yang menjadi tunjang utama sahaja
gagal mendapatkan pekerjaan
gagal dalam peperiksaan
gagal dalam perhubungan sesama insan
gagal dalam perniagaan
dan pelbagai lagi..
sekiranya ianya bukan ditakdirkan untuk kita, usahlah menangis dan berkeluh kesah!

pasti kau pernah dengar bukan,
"Allah turunkan hujan di waktu tengah hari untuk menghadiahkan kita pelangi,
dan Dia berikan kita ulat beluncas yang mana suatu hari nanti bertukar menjadi rama-rama indah"
caturan DIA sangat hebat bukan?
tak semua yang kita nak akan kita perolehi,
kadang kala dia berikan dalam bentuk yang berbeza untuk kita lebih menghargai
sabarlah! jangan di tangisi apa yang bukan milikmu..

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)


p/s: pernah suatu ketika dahulu, aku meratapi sesuatu yang luput dari gengamanku. Saat itu, memang aku rasakan seperti sudah kurangnya keimanan di dalam hati. Menangisi dan meratapi sesuatu yang bukan lagi milik aku. Pada DIA, Keluarga dan Teman aku bersandar untuk kembali pulih. Dan saat ini, aku memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga pada DIA kerana meluputkan ia dari genggamanku suatu ketika dahulu dan mengantikannya dengan sesuatu yang lebih bermakna untuk masa hadapanku. Sesungguhnya, setiap yang terjadi pada kehidupanku dahulu, punya hikmah untuk aku teruskan kehidupanku sekarang. 


Setiap yang berlaku adalah melalui ketentuan-Nya. Maka, pohonlah dari DIA. Insya ALLAH, DIA mendengar setiap rintihan dan keluh kesah hamba-Nya. 

Day #16

30 Days Challenge - refer it here

Day 16 - Short term goals for this month and why
******************************************************

Goals :


Why:


Wednesday, 17 August 2011

Day #15

30 Days Challenge - refer it here

Day 15 - Something you don’t leave the house without.
******************************************************

hidung saya sensitif terhadap bau badan!
body odor can really attract / distract me
good smells = bikin saya jatuh chenta
bad smells = bikin saya tambah dosa kutuk awak!
disebabkan itu, saya juga akan berusaha memastikan saya bebas dari bau badan yang tidak menyenangkan hidung ini.. maka dengan itu,

i wont the leave house without!

serius!! wangi gile~


dah tak jumpa menda ni dijual! frust!!

Tuesday, 16 August 2011

bukan mudah untuk melentur buluh

tidak sempurna
punya banyak lompong kosong
penuh dengan kekurangan yang cuba di tampal
kelakuan yang renyah untuk di duga
itu aku!

sudah banyak kesan robek
dikutip dan disulam semula
kain perca di ambil untuk menutup segala cela!
rapuh dan mudah pecah
itu hati aku!

menjadi yang terbaik
wanita yang sempurna
sentiasa ada
sering mendengar
tak pernah bosan berjumpa
itu bukan janji aku!

setia
menerima seadanya
susah senang bersama (insya ALLAH)
sayang selamanya
itu janji aku!

.
.
.
.
.

aku tidak mungkin menjadi wanita yang sempurna.
yang perfect tanpa sebarang cela.
yang tidak pernah membuat onar dan dosa
yang tidak pernah berbicara dusta
yang santun bila berbicara
yang gemalai tata susilanya
tidak!
amat mustahil aku menjadi seperti itu
aku kenal diri aku dan aku tidak perlu bermuka-muka


‎"Nasihatiku di kala kita hanya berdua. Jangan meluruskanku di tengah ramai. Kerana nasihat di depan banyak manusia itu terasa bagai hinaan yg membuat hatiku luka." -Imam Syafi'e.

Day #14

30 Days Challenge - refer it here

Day 14 - A TV show you’re currently addicted to.
******************************************************


and

belum start.. tapi dah addicted... boleh tak?

Monday, 15 August 2011

Day #13

30 Days Challenge - refer it here

Day 13 - A picture of your favorite band or artist
******************************************************

superhero ku = Faizal Tahir
(jadi bias.. semua lagu dia menjadi kegemaran!)


tak pernah bosan mendengar
"Yesterday Once More and Close To You"

sangat fall in love dengan lagu
"Come Away with Me & Love Me Tender Love Me Sweet"

fav song, of course!
"yesterday"

sering keep on repeat lagu beliau
"Spider Web, Nine Million Bicycles, If I Were A Sailboat, Piece by Piece"

dia handsome and his cover version is awesome! especially
"Jar of Hearts and Hold It Against Me"


p/s : nak kata saya oldies? silakan.. tiada masalah dengan itu.. saya memang lebih gemar mendengan Lite FM berbanding Hitz FM. jiwa saya sememangnga sentimentol! =)

Sunday, 14 August 2011

Day #12


30 Days Challenge - refer it here

Day 12 — Your current relationship, if single discuss how single life is.
******************************************************

Relationship Status ?

belum berkahwin = single
masih kepunyaan rasmi ibubapa = single
tiada couple untuk masa sekarang = single
belum ada komitment 'bekeluarga' = single

current relationship =

single = boleh ber mingle dengan sesiapa
single = tiada komitment yang perlu di jaga
single = yes!! scandal di sini sana
single = ber leisure senantiasa
single = no heart break 
single = no tears drop on your face




Saturday, 13 August 2011

Day #11



30 Days Challenge - refer it here

Day 11 — A picture of your favorite memory.
******************************************************


one happy family at home!
they are my strength!
they are my priority!

Friday, 12 August 2011

Betullah kata orang, lelaki dan perempuan mana boleh jadi kawan baik. Kan?


Berikut ialah artikel kiriman e-mail pembaca yang bernama Norashimah Norkamal. Sebuah artikel ringkas yang menarik untuk di baca. Kirimkan artikel anda yang menarik kepada kami di terfaktab@gmail.com . Terima kasih kepada Norashimah Norkamal atas kiriman artikel yang di hantar. :)


Orang kata dengan menulis tu dapat menenangkan hati yang lara kan? Aku ada kisah cinta pendek yang aku rasa layak diluah dan dibaca umum.

Seorang lelaki separuh gila. Dua bulan, rasanya. Dia sangat annoying dengan perangai yang sangat menjengkelkan. Setiap hari dia cuba untuk rapat. Tapi aku balas dengan jelingan.

Tapi at last we meet up and know each other at last because of satu incident. Orang kata jangan terlalu benci sebab nanti jadi sayang kan? Dan inilah keadaan aku sekarang. Aku tahu dia cuba. Cuba menarik perhatian. Aku biarkan tanda jual mahal. Tapi lama kelamaan aku layankan di satu meja makan. Tukar nombor itu biasa kan? Aku tahu dia tidak akan tunggu lama. Dan tekaan aku tepat.

Malam pertama sms bagai orang gila. Dia gila! Tapi aku jumpa diri aku dalam dia. Fuck. Aku jadi selesa dengan dia sebab dia gila. Cakaplah apa saja pun, semuanya diakhiri dengan gelak tawa. Tapi saat itu sebenarnya aku tahu yang dia sudah dipunyai seseorang. Aku diam. Sebab niat aku dia tetap akan kekalkan dia sebagai kawan terbaik aku.

Hari berganti hari, sms tak pernah berhenti, dari memaki kepada touching, kemudian meet up dengan hilai tawa. Aku suka bila aku garang dengan dia dan dia lansung tak takut. Sebab dia gila. Dalam hati, aku suka kau.

Tapi malam tadi,dia buat satu pengakuan yang aku sebenarnya taknak dengar. Dia akan menamatkan zaman bujang. Demn. Aku senyum, sebab aku nak dia tahu, aku bahagia bila dia bahagia.

Aku suruh dia pandang tepat pada mata aku. Dengar!

"Saya lansung tak fall in love dengan awak lah!"

Dia senyum. "Baguslah begitu"

Tapi kenapa kau tak nampak mata aku yang berkaca ni? Aku cuma perlukan lebih masa lagi, sebab aku jumpa aku dalam diri kau.

Sebab aku tak pernah jumpa diri aku dalam diri orang lain. Tapi kenapa tuhan takdirkan kita berjumpa agaknya? Segila gila aku, segarang garang aku, sejahat jahat aku. Aku jijik tengok aku dengan apa adanya aku. Aku smoke, kau ok. Aku panggil kau babi, kau ok. Aku lempang kau, kau ok. Malah aku sengal-sengalkan kau, kau tetap ok. Sebab kau gila, dan gila kau buat aku suka kau. Kenapa?

Aku tak tahu mcm mana nak jumpa kau lagi lepas ni. Sebab aku taknak aku makin sukakan kau. Sebab kau bakal laki orang.

Yang paling aku tak faham, kenapa kau terlalu buat aku mcm kau punya? Kau tak tunjuk dengan perbuatan, kau tak laungkan dengan suara, tapi kau lakukannya dengan cara kau sendiri yang buat aku rasa mcm baik kau pergi jauh dari aku. Lain kali kalau kita jumpa atau terjumpa. Just buat buat tak kenal macam at first we stare each other.

Betullah kata orang, lelaki dan perempuan mana boleh jadi kawan baik. Kan?

Source : http://terfaktab.blogspot.com/2011/08/i-meet-with-stranger.html

Day #10


30 Days Challenge - refer it here

Day 10 — A Photo Of Your Favorite Place To Eat.
******************************************************

home sweet home
MOM's cooks is the BEST!

other than that,

its finger lickin' good~

i just CANT say NO to AYAM!!


Thursday, 11 August 2011

Day #9



30 Days Challenge - refer it here

Day 9 — A Photo Of The Item You Last Purchased.
******************************************************



senyum lebar-lebar sampai ke telinga
ipad2 kini di dalam genggaman
berduyun-duyun games berjaya di download untuk tatapan anak buah

--------------------------------------------------------------

along : mak teh nak maen game..
saya  : tak boleh.. along totty.. 
along : mane adaa....
*
*
saya : along!! makan atas meja
along : ........ (buat derk jeee)
saya : along!!!
along : ......... (buat derk lagi )
saya : ok! lepas ni tak payah maen game dah..
along : ok mak teh.. along makan atas meja la ni.. (terus makan di meja dengan penuh sopan!)
*
*
along : mak teh.. along dah abes makan.. nak maen game..
saya : basuh tangan dulu.. 
along : dah basuh la.. 
saya : tangan along basah.. g lap kering-kering dulu
along : memanggg laa... dah kering la.. along nak maen game.. 
saya : nah amek ni.. 
along : ok.. (sambil membelek-belek game yang beliau nak maen)
saya : maen game ni.. ikot dia baca abc.. 
along : ni bukan game!! ni belajar.. along tak nak belajar.. along nak maen game!!
saya : .... (terkedu!! hampeh nye budak bertuah)
*
*
saya : along dengan amani g mandi
mereka : TAK NAK
saya : sapa tak mandi tak boleh maen game
along : ok.. baiklah.. along pergi mandi sekarang
amani : ibu.. anii nak andii...
*
*
saya : along.. mak teh nak balik dah ni
along : nanti mak teh balik sini lagi.. along maen lagi. ye??
saya : insya ALLAH.. nanti cuti mak teh balik lagi.. 
along : ok!! nanti maen lagi ye....
*
*
along : mak teh lepas ni balik mana?
saya : balik rumah la..
along ; ye laa... rumah mana?
saya : rumah mak teh la...
along : bukan balik rumah along?
saya : tak nak la balik rumah along...
along : balik la... along nak maen game...
*
*
along : along nak maen game..
amani : aniii maenn dulu...
saya : dah.. dah.. jangan berebut.. kang mak teh amek balik, dua2 tak payah maen.. kongsi maen
along : amani tak pandai maen..
amani : pandai...
along : tak pandai...
amani : pandaiii..
along : tak pandaiii
amani : pandaii.. (sambil tolak along...)
along : mak teh!! amani dia tak pandai maen.. dia tekan-tekan..
amani : pandaiii
saya : dah. maen gilir-gilir.. along maen lepas amani lak..
along : ..... (buat muka tak puas hati..)
*
*
along : mak teh.. along nak maen game
saya : battery habes.. tengah charge dulu..
along : owh.. tunggu battery penuh baru boleh maen ye?
saya : ye la..
along : owh.. ok!!
*
*
along : mak teh.. nak maen game..
saya : battery tinggal sikit je tu.. nanti tunggu mak teh charge dulu
along : kejap je.. along maen game kejap je.. (sambil membelek game yang dia nak maen)
saya : tak de battery la along..
along : along maen satu game je..... kejap je.... 
saya : ............. (diam untuk satu ketika...)
along : mak teh nak.. charge.. dah habes battery..
saya : bertuah betul!!
*
*

owh. banyak lagi kisah anak-anak buah saya tu dengan benda-benda yang melibatkan game!
along baru menginjak 4 tahun dan amani baru menginjak 2 tahun
naseb baek si haqeem baru setahun jagung dan airis baru nak sebulan
gamaknya kalau dah empat-empat semua dah pandai maen game, macam mana la rupanya kalau berebut game kan? pening~
walau mereka nakal dan aktif sehingga sering bikin darah mendidih, tapi mereka tetap kesayangan saya


amani dan along yang boleh berkongsi maen untuk tempoh 58 saat sahaja

Wednesday, 10 August 2011

Buat apa nak kecoh-kecoh?

Marahkan nyamuk, habis kelambu dibakarnya
Tak cukup dengan itu, satu alam maya di hebahkannya
Isshh.. Malu la!
Dia yang awak pilih
Dia yang awak puja
Dia yang awak sayang
Jangan buka pekung didada
Jangan di singkap aib si dia
Jangan di telanjangkan keburukkannya
Sebab, esok lusa...
Si dia juga yang awak madahkan sayang
Si dia juga yang awak rindu dendamkan

Shhhh...
Hal 'rumah tangga' jangan dipertontonkan pada umum
Kisah 'laki bini' usah dihebahkan pada semua
Ceritera rahsia dan ketidak puasan hati simpan antara kau dan dia

Shhhh....
Bukan tidak boleh bercerita..
Bukan tidak boleh melepaskan 'beban'
Bukan suruh di pendam sehingga kau menjadi gila
Tapi sayang, gunakan medium yang betul
Bukan dengan mempropagandakan di alam maya
Tak molek la kalau orang mengumpat mengata kan!!!

Owh ye...
Saya berpesan pada diri sendiri!

Day #8

30 Days Challenge - refer it here

Day 8 — Your Dream Wedding

*****************************************************************


Akad Nikah
saya mahu di akadkan sendiri oleh abah saya. tidak mahu pak imam atau tok kadi yang tolong akadkan.. upacara akad nikah tak kesah la nak buat kat masjid or just di rumah sahaja. tapi memandangkan rumah saya yang sempit untuk memuatkan puluhan orang datang, maka mungkin akan di buat di masjid sahaja nanti.. dan 

Sanding
saya mahu pakai warna Royal Yellow, barulah namanya raja sehari! dan menjadi kelebihan untuk saya yang berkulit sederhana cerah ni, so warna royal yellow tersangatlah masuk dengan saya kan!! bertanbah anggun kalau memakai songket yang bewarna kuning diraja ini. tapi sudah pasti, ianya amat sukar untuk di cari!

Tema
tidak pernah meletakkan apa-apa tema mahupun warna tema.. tapi pernahlah berangan nak buat warna tema-pelangi!! mesti meriah kan!! haha.. tapi nanti jadi macam badut la pulak kan.. tapi bila pikir-pikir balik, ok gak ape.. nanti saya pakai warna putih je.. so warna pelangi yang 7 warna tu suh family saya je yang pakai.. ibu dan abah pakai warna merah, abang pakai warna jingga, angah's family pakai warna kuning, alang's family pakai warna hijau, alin pakai warna biru, adik pakai warna nila and bebudak KH pakai warna ungu!.. wahahaha.. meriah ko majlis aku nanti kalau bergambo!!

hantaran
pernah la berangan-angan untuk tidak mahu menyusahkan bakal suami nanti.. tidak mahu la mintak duit hantaran yang tidak munasabah akalnye.. nanti kang sampai terpaksa bergolok gadai sebab nak kawen.. pastu kehidupan lepas kawen lak yang terumbang ambing.. hanya mahu meminta hantaran berupa senaskah al-quran sahaja.. tapi duit belanja kawen semua dia yang uruskan.. i pasang badan je.. miahahaha~ kemudian untuk dulang hantaran, cukuplah hanya 5 dulang sahaja.. dan setiap dulang hantaran itu berupa (1)tepak sireh, (2) kereta, (3) rumah, (4) simpanan asb dan (5) insurans nyawa... gila berangan macam nak kawen dengan anak tan sri je kan!


but as overall, my dream wedding,  it should be simple but remembrance"

Tuesday, 9 August 2011

Day #7

30 Days Challenge - refer it here

Day 7 — A Photo of an Animal You’d Love To Keep As a Pet.

*****************************************************************

im not a pet lover
so im not intend to keep any animal as my pet
but, i love to keep this one as my pet if it does exist


Winnie The Pooh
alololo... chomelllnyee~

Monday, 8 August 2011

Jodoh itu Misteri yang perlu di selesaikan

Jodoh kita, hanya ALLAH swt sahaja yang mengetahui
ianya adalah misteri
jatuh cinta hari ini dan putus cinta keesokkannya
semuanya telah di aturkan oleh Yang Maha Esa
dan setiap percaturan hidup yang di tentukanNya
ada sebab dan hikmah di sebaliknya

jatuh cinta dengan teman baik sendiri
jatuh cinta dengan abang ipar sendiri
jatuh cinta dengan penjual roti
jatuh cinta dengan apek kedai letrik
jatuh cinta dengan musuh lama
jatuh cinta dengan kekasih teman baik sendiri

semua itu misteri!
kadang-kadang kita tak jangka yang ianya akan terjadi
kita tak pernah duga bahawa akan jatuh cinta dengan mereka
tak pernah terlintas di hati nak punya perasaan cinta pada dia
tiba-tiba sahaja kita jatuh cinta

jatuh cinta pada manis senyumannya
jatuh cinta pada tarikan wajahnya
jatuh cinta pada ketebalan duitnya
jatuh cinta pada halus budi bicaranya
jatuh cinta pada budi pertolongannya
jatuh cinta kerana simpati
jatuh cinta kerana terhutang budi
jatuh cinta kerana sunyi
jatuh cinta kerana hanya dia yang sudi

1000 sebab boleh disenaraikan untuk menyatakan
bagaimana kita jatuh cinta
sebab kita jatuh cinta
kenapa kita jatuh cinta
dengan siapa kita jatuh cinta

jatuh cinta boleh jadi berulang kali
belum tentu dia yang kita jatuh cinta itu adalah jodoh kita
jodoh masih misteri!
barangkali hari ini kita merasakan dia jodoh kita
esok lusa, setahun dua, sedekad dua..
kasih yang di taut putus di tengah jalan.. masih lagikah dia jodoh kita?
mungkin ya.. jodoh yang hanya sementara!

jodoh itu misteri..
ditentukan oleh Yang Maha Esa..
setiap yang terjadi di langit dan di bumi ini, adalah ketentuan-Nya
maka,
pada DIA lah kita pinta yang sebaiknya
agar di kurniakan jodoh yang baik untuk Agama, Kehidupan dan Masa Depan
jatuh cinta pada DIA dahulu, barulah pinta DIA jatuhkan cinta kau pada jodoh kau di dunia,

jodoh itu,
bagi aku... masih misteri!

Day #6

30 Days Challenge - refer it here

Day 6 — A Song to Match Your Mood.

*****************************************************************


current mood : lazy
what to do? its MONDAY BLUES!
fasting month gave an extra marks to be sooo lazy
i wish i was at home now and just lying at my bed

Sunday, 7 August 2011

Day #5

30 Days Challenge - refer it here

Day 5 — What makes you different from everyone else?

*****************************************************************

i am unpredictable
i do what i want without thinking twice
and i live with a name of Ai'da Fazihrah Nazri
does anyone got a same full name with me?

Saturday, 6 August 2011

Day #4

30 Days Challenge - refer it here

Day 4 — Your favorite photograph of your best friend.

*****************************************************************


to be honest, this is not the MOST favorite photo of my besties,  but it is one of it..
the picture, edited by me
antara memek muka yang sering dia lakukan ketika bergambar
and all the caption below that represent of WHO she are.
she is my besties = Nurdiyanah Amin Nordin

Friday, 5 August 2011

Day #3

30 Days Challenge - refer it here

Day 3 — Your Idea of The Perfect First Date

*****************************************************************



mahu duduk dan menatap matanya dan juga 'spending quality time' together, di hadapan unggun api di tepian laut di iringi bunyi ombak menghempas ke pantai dan hembusan bayu laut serta desiran angin malam yang membuatkan pepohon nyiur meliuk lentok. Bertambah 'markahnya' apabila si dia memetik gitar mendedangkan puisi/madah sayang atau lagu yang romantis sehingga mengusik jiwa!

yes!! that is what i've been dreaming off..

tak kisah la nak cakap angan-angan dalam cerita novel or etc.. tapi itu yang saya impikan!

Thursday, 4 August 2011

Day #2

30 Days Challenge - refer it here

Day 2 — Your favorite movie
Harry Potter and the Philosopher's Stone (HP1)

Harry Potter and The Chamber of Secret (HP2)

Harry Potter and The Prisoner of Azkaban (HP3)

Harry Potter and The Goblet of Fire (HP4)

Harry Potter and The Order of Phoenix (HP5)

Harry Potter and The Half Blood Prince (HP6)

Harry Potter and The Deathly Hallows Pt 1 (HP7 Pt 1)

Harry Potter and The Deathly Hallows Pt 2 (HP7 Pt 2)

***************************************************

the all series of Harry Potter would be my all time fav. movies
all the series is now completed
dan ketujuh-tujuh buku HP ini juga sudah berjaya saya khatamkan!

Wednesday, 3 August 2011

Day #1

30 Days Challenge - refer it here

Day 1 — Your favorite song

My All by Mariah Carey


all time favourite. no doubt!
the lyrics.. the musics..
one words - PERFECT!



30 days Challenge

the 30 days challenge.

Day 1 — Your favorite song (done)
Day 2 — Your favorite movie (done)
Day 3 – Your idea of the perfect first date. (done)
Day 4 – Your favorite photograph of your best friend. (done)
Day 5 – What makes you different from everyone else? (done)
Day 6 – A song to match your mood. (done)
Day 7 – A photo of an animal you’d love to keep as a pet. (done)
Day 8 – Your dream wedding. (done)
Day 9 – A photo of the item you last purchased. (done)
Day 10 – A photo of your favorite place to eat. (done)
Day 11 – A picture of your favorite memory (done)
Day 12 – Your current relationship, if single discuss how single life is. (done)
Day 13 – A picture of your favorite band or artist (done)
Day 14 – A TV show you’re currently addicted to. (done)
Day 15 – Something you don’t leave the house without. (done)
Day 16 – Short term goals for this month and why (done)
Day 17 – How you hope your future will be like. (done)
Day 18 – 5 things that irritate ME about opposite/same sex (done)
Day 19 – A picture of something you want to do before you die (done)
Day 20 – The meaning behind your blog name. (done)
Day 21 – A photo of something that makes you happy. (done)
Day 22 – A letter to someone who has hurt you recently. (done)
Day 23 – 15 facts about you. (done)
Day 24 – A photo of something that means a lot to you. (done)
Day 25 – Who are you? (done)
Day 26 – A photo of somewhere you want to go. (done)
Day 27 – What kind of person attracts you?
Day 28 – In this past month, what have you learned?
Day 29 – Something you could never get tired of doing.
Day 30 – A photograph of yourself today + three good things that have happened in the past 30 days


p/s : lets begin this challenge..

Monday, 1 August 2011

OMG = oh my gemok!

Bos : U look so pale today..
Me  : Fasting sir!
Bos : U look a bit slim today. U try to loose some weight for this 30 days of puasa?
Me  : *nodding my head up and down*
Bos : Please DONT!! i'll tell you honestly, u look very good in this shape. No need to slim down
Me  : aaaaa???

p/s : en bos.. saya gemok la!! pe plak i look good in this current shape! i need to slim down la.. susah taw nak cari baju! dulu saya pakai baju size XS, S and FreeSize je.. skarang?? tok sah cakap la.. ScarletPlus boleh la kot nak pakai size S tu.. tak pon MaternityBlouse.. mungkin la saya boleh pakai size S.. Dulu masa last saya Form5, berat saya hanya around 42-45kg je with 152cm height.. skarang ni.. angka 4 tu pon kelihatan jauh dari mesin penimbang!!! saya sangat2 demok!!

The Do's and Don'ts During Holy Month of Ramadhan



Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu:

Adalah Rasulullah SAW memberi khabar gembira kepada para sahabatnya dengan bersabda, "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkahi. Allah mewajibkan kepadamu puasa didalamnya; pada bulan ini pintu-pintu Surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para setan diikat; juga terdapat pada bulan ini malam yang lebih baik daripada seribu bulan, barangsiapa tidak memperoleh kebaikannya maka dia tidak memperoleh apa-apa'." (HR. Ahmad dan An-Nasa'i).

Dari Ubadah bin AshShamit, bahwa Rasulullah shallallahu 'alahi wasallam bersabda:

"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan keberkahan, AIlah mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapus dosa-dosa dan mengabulkan do'a. Allah melihat berlomba-lombanya kamu pada bulan ini dan membanggakanmu kepada para malaikat-Nya, maka tunjukkanlah kepada Allah hal-hal yang baik dari dirimu. Karena orang yang sengsara ialah yang tidak mendapatkan rahmat Allah di bulan ini. " (HR.Ath-Thabrani, dan para periwayatnya terpercaya).

Al-Mundziri berkata:
"Diriwayatkan oleh An-Nasa'i dan Al-Baihaqi, keduanya dari Abu Qilabah, dari Abu Hurairah, tetapi setahuku dia tidak pemah mendengar darinya."

Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu, bahwa Rasulullah shallallahu 'alahi wasallam bersabda:

"Umatku pada bulan Ramadhan diberi lima keutamaan yang tidak diberikan kepada umat sebelumnya, yaitu: bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada aroma kesturi, para malaikat memohonkan ampunan bagi mereka sampai mereka berbuka, Allah Azza Wa Jalla setiap hari menghiasi Surga-Nya lalu berfirman (kepada Surga),'Hampir tiba saatnya para hamba-Ku yang shalih dibebaskan dari beban dan derita serta mereka menuju kepadamu, 'pada bulan ini para jin yang jahat diikat sehingga mereka tidak bebas bergerak seperti pada bulan lainnya, dan diberikan kepada ummatku ampunan pada akhir malam. "Beliau ditanya, 'Wahai Rasulullah apakah malam itu Lailatul Qadar' Jawab beliau, 'Tidak. Namun ovang yang beramal tentu diberi balasannya jika menyelesaikan amalnya.' " (HR. Ahmad)'"

Thursday, 28 July 2011

siapa tahu apa yang akan berlaku?

harapan berubah menjadi impian
saat jemari sudah hampir mencapainya
dan saat ianya sudah berada di gengaman
maka ia dileraikan
lalu diri menjadi hampa
tak apa.. bisik di dalam dada
sambil bicara sendirian,
entah bila agaknya
impian akan menjadi kenyataan

Quote of Life

seringkali kita meminta untuk orang memahami diri kita.. Kita berharap agar orang sekeliling mengerti kehendak kita dan tahu apa yang kita suka dan apa yang kita tak suka.. Tapi, pernahkah kita bertanya pada diri kita sendiri, "apa sebenarnya yang kita mahukan dalam hidup ini?".. dan adakah mempunyai jawapan bagi persoalan itu?


Hidup ini umpama roda.. Kadang-kadang kita di atas dan kadang kala kita berada di bawah.. Tak selamanya kita akan sentiasa di atas dan juga sebaliknya.. Setiap yang terjadi mungkin ada hikmahnya.. Walau tidak sekarang, esok lusa, siapa yang tahu bukan.. Kepercayaan terhadap Qada dan Qadar Yang Maha Esa itu perlu kita sematkan sentiasa di minda. 



sahabat ketika senang memang senang di perolehi.. namun sahabat ketika susah itulah yang paling susah atau sukar untuk kita temui.. Dalam hidup ini, banyak liku dan onak duri yang perlu ditempuhi. Cabaran dan dugaan pasti akan ada dari pelbagai sumber.. Saat ini terjadi, sahabat sejati akan sentiasa disisi.. Indah kan kehidupan ini?



Wednesday, 27 July 2011

My Dear Diyanah Amin


which own by my besties "Diyanah Amin"
and suddenly, i saw this post
which, absolutely TOUCH MY HEART


and this what im going to said



My Dear Diyanah Amin, 

no matter what worlds bring, no matter how life turns to be.. in ups and downs, you will surely always be my besties.. who i would seek for to grab some advises, to share some thoughts, to argue about silly things, to be mad without unnecessary things.. 

you always been there for me no matter in what situations.. even u wont be there physically, but mentally u are out there.. always lend me ur hands, eyes, ears and especially a shoulder to cry on. i OWE u lots which money CANT buy..
you are my TRUE FRIENDS because u can find a sorrow behind my smile, words behind my silence, and love behind my anger! (^_____^)v


tak kira mana kaki aku akan melangkah.. kau tetap sahabat aku dunia akhirat..
walau kita tak duduk bersama suatu hari nanti, kau tetap punya ruang di sudut hati aku..
sebagai sahabat, sebagi teman, sebagai kakak, sebagai pengkritik, sebagai guru, sebagai penghibur, dan bermacam lagi..
selamanya persahabatan ini akan kekal abadi walaupun aku dah berlaki

Monday, 25 July 2011

kadang-kadang, perkara yang remeh mampu membahagiakan seseorang..

pesanan ringkas di terima
salam di hulur
khabar di tanya

sepi..
diam..

pesanan ringkas masuk lagi..

masih..
sepi..
diam..

seminit..
sepuluh minit..
sejam..

pesanan ringkas masuk lagi..

"k"
hanya itu jawapan balas yang di beri

namun si pengirim
senyum bahagia umpama menerima surat sepuluh helai

Thursday, 21 July 2011

sesi memuntahkan larva dari gunung berapi

salah aku ke kalau kau yang letakkan harapan pada aku?
bukan aku tidak berterus terang yang aku tiada langsung perasaan pada kau
yang ada hanya rasa sebagai KAWAN.. tidak lebih dari itu
kurang mungkin.. tapi lebih?? mustahil!!
bukan aku nak mendabik dada
bukan cuba meninggi diri dengan menolak rasa hati kau tu
tapi secara jujurnya telah aku katakan pada kau yang aku langsung tidak punya rasa hati terhadap kau!
tapi kau masih berdegil !! masih lagi ingin meletakkan harapan!!
masih salah aku juga setelah aku tolak hasrat hati kau untuk menyunting aku
hasrat hati kau yang ingin memperisterikan aku..
aku tolak secara berhemah (aku yakin dan pasti!! )
tapi kau masih berdegil.. kononnya masih mahu menanti
menanti sehingga aku terbuka pintu hati
akhirnya aku malas nak cakap apa.. aku tak layan dah kau
kau call aku tak angkat.. kau sms aku tak reply..
aku diam membisu.. aku duduk membatu!!
supaya kau berhenti berharap dari aku!!!
tapi kau memang tidak putus asa.. memang aku kagum dengan hasrat hati kau
mungkin benar kau tulus dengan aku
tapi jujur aku kata, AKU TAK PUNYA SEBARANG RASA dengan kau
aku tak boleh nak memulakan hubungan dengan orang yang aku tak cinta
kata kau cinta boleh di pupuk.. boleh disemai..
tapi aku TAK NAK!! TIDAK MAHU..

hari ini.. kau fbchat aku.. mintak no telefon aku
sebab kata kau, no aku, kau dah terhilangkan sebab henset ko hilang
maaf.. aku tak nak bagi lagi dah.. sebab aku tak nak kau hubungi aku lagi
aku tak nak kau cari aku lagi
dan aku tak nak kau mengharap lagi
dan kau mulalah bermadah.. meluahkan rasa hati tu untuk sekelian kalinya
dan aku fed up terus aku katakan pada kau yang aku nak bertunang hujung tahun ni
dengan harapan kau akan berhenti menagih rasa cinta dari aku
tapi,
kau kata aku bodoh.. kau kata aku banggang..  kau kata aku tak de otak
kau salahkan aku.. kau maki hamun aku..
kau tak ada akal nak guna ke??? salah siapa sebenarnya???
aku jugak ke?? aku yang suruh kau tunggu aku ke??
aku dah cakap dari awal lagi kan!!
jangan tunggu aku!!
jangan harapkan apa-apa dari aku!!

kau cakap lagi rezeki dan jodoh di tangan kita
kita yang tentukan segalanya..
aku suruh kau istigfar! aku suruh kau yakin pada Qada' dan Qadar ALLAH
dan aku bidas dengan mengatakan
rezeki dan jodoh di tangan ALLAH
DIA yan MAHA MENENTUKAN segalanya..
dan kau kata pada aku.. aku bodoh dan banggang!!!
kau  kata aku cakap tak pakai otak
kau kata aku melayu mudah lupa
kau kata aku melayu mudah layu
dan kau bangga kau bukan melayu sebab kononnya kau bugis!!!
woi!!! ko cakap tak pakai otak ke???
memang aku marah dengan kau.. tapi aku kawal lagi

mudah betul kau melempiaskan amarah kau pada aku..
belum lagi menikah dengan aku dah nak maki hamun aku
nasib baik aku tak terima kau ke dalam hati aku
kalau aku terima!!! esok-esok lepas aku jadi hak kau, kau nak naik tangan kat aku ke kalau kau tak puas hati???
belum ada apa-apa kau sudah tunjukkan siapa kau sebenarnya..
minta maaf la.. hati aku tertutup untuk kau!

bukan aku nak mendabik dada..
bukan aku nak meninggi diri..
aku hanya manusia biasa... 
aku juga takut kalau2 kau menggunakan cara yang tidak sepatutnya untuk mendapatkan aku..
aku takut kalau suatu hari nanti kau balas dendam sebab aku tolak rasa hati kau
aku takut kalau esok lusa ALLAH terbalikkan hati aku dengan membuatkan aku jatuh cinta dengan kau
namun aku percaya pada wujudnya Qada' dan Qadar ALLAH yang mana kau tidak percaya itu
aku punya ALLAH untuk aku bergantung!
pada DIA aku bermohon mintak di simpangkan segala perkara yang tidak diredhai-Nya.


p/s : kalau kau nak tahu, abah aku BUGIS + BENTAN dan ibu aku berdarah CINA.. aku pon tak ada darah melayu!! tapi dalam IC aku tulis aku MELAYU!! dan aku bangga menjadi ORANG MELAYU!! kalau kau malu jadi orang melayu, dan sesuka hati nak memperkotak katikkan bangsa melayu, kau boleh nyah dari kamus hidup aku!!!

Wednesday, 20 July 2011

my 25th Birthday

okhay.. entry ini mengambil masa yang agak lama untuk di post.. kerana kekangan masa untuk menulis.. hahaha.. bajet cam jadual pack gila cam najib razak je kan!!! (sempoi gila panggil dia camtu je!).. (^____^)v.. ok, cut the craps!.. 

4th julai yang lepas, genap la usia ini suku abad! sedih sebab dah lanjut usia,, tapi masih sendiri.. dedolu zaman ibu saya umo 25 dah kuar 4 orang anak dah pon.. tapi saya? ada anak tekak dan anak mata sahaja! hahaha.. well, this year saya rasa sangat best masa my birthday!! too much surprises.. sonok nye.. sonok nye.. hehehe..

malam masa my birthday, tak celebrate apo pon.. just ada la kuar makan jap dengan si pingu tu.. tapi dia yang makan, bukan saya! kira nye cam teman dia makan sahaja! bukan celebrate my birthday pon (T____T) .. then after sudah makan, ada la dia bersikap gentle SEDIKIT dengan membukakan pintu kereta untuk saya.. hahahaha... comel ke? tak pon.. biasa je.. ekekeke... then after that pulang ke rumah la.. ok, zaman skang bila time birthday, henpon dah tak bunyi sangat dah.. sebab orang semua wish kat FB je.. plus, brape sangat la kan yg ingat birthday budak tigger montel ni.. hahahah

the next morning.. got few sms from friends and mom..  then masa nak mandi and siap-siap pergi office tu.. perasan yang si Diyanah Amin ni cam pelik-pelik sket.. then ternampak la ada kertas love2 kecik terjatuh.. tapi mata pura-pura tak nampak la kan!!pastu dia keluar and kenkonon nak start enjin n wait for me in the car la kann.. masa nak masuk nampak macam diyanah amin put something in the back pocket of the seat.. tapi saya maintain innocent and buat derk je.. hahaha.. then, seperti biasa just bawak keta and hantar dia pergi office.. after dah sampai office dia tu.. buat-buat la tanye kat dia.. "mana hadiah aku?" hahaha.. then dia dengan muka serius nya berkata, mana ada!! and offcourse, saya tak mahu kalah  buat2 intai pocket seat tu.. and dia marah!! dia cakap, "hishhh... tunggu la dulu.. nanti dah sampai office bagi tahu!!" and i was laughing out loud.. dan meneruskan perjalanan ke office.. but, saya ni memang suka taw mengantoikan orang.. masanak bawak keta g office tu, matahari pagi baru nak naek so agak silau la kan.. so i decided nak amek my shades dalam dashboard keta tu.. but then, masa buka2 dashboard tu ternampak ada something plak si diyanah ni letak.. terus tutup dashboard tu and pura2 tak nampak sampai la dah sampai kat opis.. tapi masa tgh bawak keta ni dah gelak2 dah.. hahaha.. then sampai je kat opis, terus call diyanah amin and inform her that i already reached my office.. then dia suh bukak dashboard (which saya dah TER bukak awal2 lagi before dia cakap!).. and here they are.. i found toblerone chocolates with a note on it.. the note wishing my birthday.. it said, there was more in the back seat (which yg saya dah pun nampak awal2 masa drop kan dia kat office tadi).. and there was another 3 toblerone chocolates.. hehehehe.. but there still a note on it.. it said, there is more in the boot!.. so, just bukak boot and YES!! i got lotssss of toblerone.. hahahhaa.. i love u la diyanah!!
Ni kat dalam dashboard
yang ni lak kat dalam pocket seat
Yang ni kat dalam boot
Toblerone yang di tuang di dalam mangkuk.. yummylicious.. 

so, habis part one.. then naek atas office and pour the chocolates in the bowl and distributes some to the people at my department.. and offcourse, they are wishing me happy birthday! time tu my bos tak masuk office lagi.. then after dia masuk, dia intercom and said, "baby.... birthday baby!! come here now.. you didnt gave me chocolates.. "gila gedik kan!! hahaha.. so just masuk dalam bilik dia nad gave him some chocolate.. but then dia cakap saya kena belanja dia sebab tu my birthday.. then i just make some jokes cakap dia la yang kena belanja i.. because today its my birthday.. so dia pon setuju and order pizza for lunch!! yippie.. jimat belanja saya lunch ni.. so, end of part two..

then after lunch, my sis ada call me.. tanye either saya balik umah ibu or tak.. dia cakap dia ada beli hadiah for me.. and i said, what?? but she just said, "kalau nak,, baliklah..".. and i agreed.. yeayyy.. dapat hadiah lagi nanti.. so petang tu after balik kerja, go and pick up cik diyanah amin and balik umah ibu.. and guess what my sis bought for me?? it was choco ball!! thanks my sis.. i love you la... then my brother ajak my mom g beli hadiah for me.. which saya slalu mengedik dengan ibu cakap nak emas.. because saya cakap, saya tak pernah dapat emas pon.. hasil bodekan , maka abang pon ajak ibu pergi sunway pyramid and we went to Poh Kong.. aiseh, sampai-sampai je terus cakap dengan salesgirl tu saya nak cari gelang.. tak mahu cincin. sebab jari saya demok nak pakai cincin.. haha.. kelabu mata nak pilih nye weyh.. and harga emas sekarang sangat mahal.. RM167/g.. aiyoooo.. so memandangkan saya ni bukan dari golongan yang kaya raya dan berjutawan, so tak boleh nak demand sangat-sangat.. amek yang biasa-biasa je sudah.. so pilih punya pilih punya pilih.. akhirnya berjumpa juga dengan my first gold!! sonoknye rasa hati.. berbunga-bunga cinta terus.. hahaha.. terima kasih bonda and abang.. laen kali boleh membodek lagi.. thee hee hee..

My Choco Ball from Alang
My Gold Bracelet.. suka.. suka.. suka.. 


then after that, balik umah ibu balik untuk makan then balik umah shah alam balik.. i thought it was the end pf my day.. ingatkan sampai part 3 je.. rupanya ada lagi part 4.. hip hipp hooreyy!! masa nak tidur tu.. diyanah amin bagi saya hadiah lagi!! she said itulah hadiah saya yang sebenar.. owh yes.. i loike.. sebab saya yang request hadiah ni dari dia.. saya mahu purse baru tu.. dan akhirnya menjadi kepunyaan saya juga.. siyus sonok weyh birthday saya tahun ni... so after dapat my last present (which i thought so), so sambung tido dengan senyum di bibir... thats the way, ah haa ah haa.. i likee it!!..

My New Purse.. shantekkk kan!! heee

the next morning.. just seperti biasa ke office.. sebab it was no longer my birthday (5th July).. but sampai office, my colleagues still call me "birthday baby".. so funny taw dia orang ni.. so, today tak de apa pon yang menarik berlaku actually.. then suddenly, ada orang tiba-tiba datang and call my name.. "aida fazihrah!!".. dah macam misi panggil nama kat hospital je lagaknya.. cait.. muka mula la cuak kan.. tertanya-tanya ape ke haii nye ni.. then tiba-tiba dia hulur bouquet of flower!! omaigoddd... really2 speechless taw.. thenn tanya dat lady, dari siapa? she couldnt answer that sebab dia cakap tugas dia hanya deliver je.. my mind ingat si diyanah amin la punya kerja..sebab semalam tu before tido i said to diyanah amin, "ingatkan ko nak hantar bunga kat aku!!".. hahaha.. skali tak sampai 24hours, dah dapat bunga kan.. mmg macam mimpi menjadi realiti sungguh la!! then bukak la kad yang ada kat bunga tu.. and lagi la bertambah terkejut.. sebab it came from my adik angkat masa zaman sekolah dulu!! oh my dear, how i miss you!! hahaha.. thanks sayang bagi akak bunga.. sangat2 tak sangka.. that time masa dia mintak alamat my office, dia cakap kenkonon dia nak datang.. datang la sangat kan!! pandai ni tipu akak!! cubit kang!!.. hehe.. terharu sungguh taw.. then, end of part 5..

the bouquet! chantek sangat tau combination color dia!!

after that, balik umah shah alam and balik umah ibu balik.. sebab that night nak g tengok transformer!! so tak ada pe yang menarik sangat la kan..

the next day, after balik office,.. diyanah amin promise nak belanja makan kat chilis.. yeay... rupanya my bff yang laen pon ada gak.. thank you azrina and hafizah sebab turut serta.. sayang korang penuh-penuh.. hahahaha.. so we really spend our quality time together that time!!

Hafizah and Me

Diyanah  the master mind and Azrina

so as a conclusion, i love my 25th birthday.. even im turning quarter of century..  but i dont mind at all.. terima kasih semua yang wish my birthday or my belated birthday!!

To make you feel my love

plug in your headphone
increase the volume
close your eyes
laid back
feel this



love doesn't required a word
the heart beat will explain everything


p.s : ada orang kata aku sedang jatuh cinta.. kalau betul pon, kenapa??