Tuesday, 19 April 2011

maaf! salah faham

kisah di pagi ini... perot tibe2 meragam.. jalan di pagi hari seperti biasa.. ada perarakan kereta.. cuma tiada kereta berhias je.. peluh2 anak gadis mula memercik di hidung.. tangan menitiskan air tanda isyarat isi di perut sudah tidak sabar nak cari pintu exit.. aiyayayayai~... lantas, kereta mewahku menyusur ke kiri dan membelok masuk di Shell NKVE.. hand break di tarik.. enjin di matikan.. tas tangan di rembat.. kunci kereta di cabut.. terus membuat ucara lumba jalan..

Lumba jalan kaki, adalah sejenis acara olahraga dalam kategori perlumbaan jarak jauh dan juga merupakan perlumbaan yang menggunakan kaki.

mata di fokuskan hanya ke satu arah.. TANDAS!.. dengan rasa yang cukup yakin bahawa gambar orang memakai skirt di tampal di pintu.. terus meluru menuju kejamban untuk melepaskan..


standard public toilet sign! i was so confident that im entering the sign on the right!

sesaat berganti seminit dan seterusnya.. hajat pon terlaksana sudah.. lalu kaki melangkah keluar.. dan tiba2.. mata terkesima saat melihat seorang jejaka di hadapan cermin di sinki basuh tangan.. jejaka itu sedang menyisir rambut dengan gaya yang konon-kononnya agak macho la kot.. dengan pipi yang sudah merona pink.. lantas dengan spontan bertanya:

pinky cheek sebab sudah mula merasa malu

"erks.. ni tandas lelaki ye.. ?".. dalam nada yang sangat2 malu.. lantas si jejaka kelihatan terpinga-pinga terus menjawab dengan suara seorang gadis yang serak-serak basah.. "eh tak la... betulla ni tandas perempuan.." dan lantas pipi si 'jejaka' tadi pula yang bertukar rona rose lalu lantas keluar dengan muka yang agak sebal!..
dalam hati, manelah saya nak taw awak ni sejenis dengan saya.. miahahaha..

bagaimanalah agaknye kalau golongan 'akak-akak' pulak yang masuk tandas lelaki ye? curious nih!!

Friday, 15 April 2011

buat adam yg mencari cinta hawa..buat hawa yg menanti cinta adam..

benar..jodoh itu ketentuan TUHAN..tapi kita akan ada terma merisik..??salah ke merisik..??x salah bahkan dianjurkan supaya x tersalah pilih..hmm..

untuk adam, andai mahu mencari hawa..

1. jgn dilihat pd purdah mahupun tudung semata-mata..kerna hawa hari ini tidak lagi seperti dulu..lihatlah pd telapak tgnnya..andai mudah telapak lembut itu hinggap pd kulit lelaki lain tanpa lapik..fikirlah semasaknya utk menyuntingnya..sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini..

2. jgn dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata..lihatlah pada sebujur bibirnya..andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya..fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya..khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur buruk diri si suami..

3. jgn dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata..lihatlah pada sepasang indah mata miliknya..andai tidak redup menunuduk pandangan..fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya..khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..

untuk hawa, andai mahu menerima cinta adam..

1. jgn dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pd aktiviti malamnya..andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba..khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..

2. jgn dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya..andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola..fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..

3. jgn dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara..andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..khuatir pabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..

lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu..sebelum ini..wanita berhijab itu sesungguhnya mmg mulia zahir batinnya..tetapi hari ini..mereka yang bertudung barangkali hanya utk menyembunyikan kelemahan diri..begitulah juga sang lelaki..kadang-kala berkopiah..dari mata nampak sungguh alim..tetapi dlm hatinya..??siapa yang tahu..

sekadar renungan bersama..^^


Source : I Love Allah SWT and Prophet Muhammad SAW

Friday, 8 April 2011

pinky promise?

kadang-kadang hati rasa rindu pada kenangan lalu
tidak! bukan kenangan bersama si dia
kerana buku catatan ku bersamanya telah ku titik noktahkan..
kenangan yang di maksudkan adalah ketika usia muda remaja
ketika masih menuntut ilmu dengan kain bewarna biru gelap
tapi istilah 'puppy love' sudah mula wujud dalam diri
tapi saat itu masih lagi belum tahu erti bercinta
hanya SUKA!

saat ini,
setelah berbelas tahun berlalu..
saat semua sudah menginjak dewasa dimana usia sudah mewajibkan untuk berumah tangga
kita bertemu kembali! lantas kau hulurkan hasrat untuk mengikat hati kita berdua menjadi satu!
maaf! saat itu aku menolaknya.. bukan apa..
kerana setelah 10 tahun menanti.. kau masih diam seribu bahasa
dan saat aku telah berikan hatiku pada yang lain baru kau muncul menyatakan hasrat hati..
lamaran ditolak! dan kita tetap bersahabat..
dan kau jua akhirnya bertemu dengan pasangan sendiri..
waktu berlalu.. masa silih berganti..
kita terputus kembali perhubungan..

kini..
kita bertemu kembali
saat dua hati tadi sudah mula menyendiri
namun kita masih bersahabat
tidak menyuarakan hasrat untuk bersama mengubati luka di hati
tapi, kadang-kadang hati ini rasa rindu pada kenangan lalu
namun, tiada harapan yang disandarkan
tiada impian yang di pertaruhkan

sahabat,
promise me, no matter what happen
tetaplah bersahabat dengan diriku
pinky promise?

thanks Mr. Z for the lunch and also the necklace

Wednesday, 6 April 2011

from a friend to a boyfriend?

memang tak salah if nak tukar status dari kawan kepada kekasih
memang tak salah if nak bercinta kemudian berkahwin dengan teman sendiri
kata orang, lagi lama kita kenal lagi kita tahu macam mana perangai dia yang sebenarnya
kata orang, jangan membenci orang sepenuh hati nanti diganti sayang separuh mati

tapi kata saya

cukuplah
kawan adalah kawan
sukar ditukar menjadi kekasih
lagi lama kita berkawan
lagi banyak rahsia dia yang kita tahu

benar,
manusia berubah
begitu juga dengan saya

:: tahun lepas seorang teman melamar hati saya.. dan saya terima.. berkasih dan bercinta.. tapi sayang tak kekal lama.. sebab rupanya, hati seorang teman itu saya belum kenal sepenuhnya.. dan akhirnya dari teman menjadi kekasih.. dan dari kekasih menjadi musuh..

:: tahun ni.. secara tiba2.. dua orang teman melamar saya.. maaf! terpaksa saya tolak.. sebab saya tahu anda bagaimana dan saya bagaimana.. dan kita tak boleh bersama..

saya bukan memilih.. cuma takut tersalah pilih

Sunday, 27 March 2011

Love Me Tender Love Me Sweet

Love me tender, love me sweet
Never let me go
You have made my life complete
And I love you so

Love me tender, love me true
All my dreams fulfill
For, my darling I love you
And I always will.

Love me tender, love me dear
Tell me you are mine
I'll be yours through all the years
'Till the end of time

Love me tender, love me true
All my dreams fulfill
For, my darling I love you
And I always will

Love me tender, love me true
All my dreams fulfill
For, my darling I love you
And I always will
Always will


i am dedicating this beautiful love song to my future husband.. which i dont know WHO are you.. but i have a strong belief that u are someone out there somewhere in the middle of this earth.. i do believe that, one day ill met you and you will be completely become my Mr Right..

so my dear future husband, which i dont know who are you.. can this song be our Love Song? it will play during our wedding solemnization which we will own the dance floor?

oh my darling.. i didnt met you yet, but ill definitely love you so..

i am miss strong

i met him today, after 5 month break up with him.. meet him just to return the camera which he used my name in one contest.. and my name got the consolation prize which is the camera..

i met him today, but i felt nothing.. yes.. i can face him now.. and i know actually i was totally STRONG to face the past..

and then.. he was staring at me and i said, "what??"
suddenly he said, "rindu dowh... salah tak if nak cakap macam tu?"
and i just replied... "nope.. tak salah.. its ur heart to felt that way.." and i just smiled..
he did said too that he missed the old times.. and he said that, i never change.. still the same aida..
and i asked him.. "why i must change?? this is me.. the real me.. the one that you dumped for other womensssss and the one that get hurt when u said u love me less and less and less because of that womenssss!! i didnt change, it was u who changed!!" then i can see his face reaction full of regretfulness...

but darling!! past is past.. we still can be friends.. no hurt and heart feeling.. u used to be part of me... u used to own the throne of my heart.. u used to show me the love.. so, i owe u lots!!

at sometimes.. somehow.. i admit.. deep down in my heart.. i do missed you too... 

Wednesday, 16 March 2011

ini baru namanye berlagak pandai

alkisah.. di suatu lokasi yang dirahsiakan pada suatu hari yang cuaca nya suam-suam kuku...

someone : have u watched the hikayat merong mahawangsa?
aku : nope..
someone : u better dont watch that movie.. it was a bored movie.. the thriller only quite impressive.
aku : thriller? that wasn't a horror movie isn't it?
someone : no.. it was said that the movie is an epic movie and it is based on Malay history. But, seriouslly.. the movie was so sleepy and was damn bored.. I watch the thriller in youtube, it is quite impressive.. but the movie was so bored!
aku : owh.... u mean the trailer?
someone : same isn't it??? [muka bangga sambil menelek kuku]
aku : ............. [smile]


p/s: awak.... si gadis manis.. bermata bulat berkulit sawo matang.. even saya berkulit cerah and my english wasnt that good... but, thriller and trailer is totally two different words!!...

thriller : horror movie.. or maybe lagu thriller by MJ tu..
trailer : a short clips from any movies for advertisements....

(0_____o) erks~

Tuesday, 8 March 2011

Value

this entry is not from me
this entry is adapted or has been stole by me at Wani Ardy's blog

If he treats you like shit, leave him.
If she treats you like shit, leave her.
How hard can that be?
It’s only hard because you allow it to be.
How can you expect people to respect you when you don’t even respect yourself?
You should be the first person who sets a value on you. You should set the standard.
But if you ask me to “define shit”, then you’re already deep inside of it.

Thursday, 3 March 2011

Cerita Bergambar - Khalili Hanun

setelah sekian lama dibiarkan laman ni penuh sawang.. dan juga setelah sekian lama hanya asyik membicarakan mengenai sesuatu dalam erti yang tersirat.. kali ni.. mari kita bercerita dengan menempekkan beberapa keping gambar okeyh..

A Picture tell thousand words

kepada sesiapa yang sering menyelongkar laman bebelanku ni, pasti tahu mengenai 'Khalili Hanun' saya.. Khalili yang membawa maksud Sahabat dan juga Hanun yang beerti Kesayangan.. maka jadilah Sabahat Kesayangan saya.. atau bahasa ringkasnya, kami hanya mengelarkan sesama sendiri sebagai KH sahaja..

rasanya dah pernah and sering saya cerita kot pasal KH ni.. antaranya ada dalam entry yang INI dan INI serta yang INI juga yang INI dan ada lah lagi dua tiga entry.. penat la plak nak listkan sesatu.. thee hee hee..

since semua dah start memegang duit sendiri or bahasa mudahnya, sudah berkejaya.. kami sudah semakin jarang berjumpa but still will keep in touch with one another.. so last weekend, we manage to hang out and chill out together-gether.. laughing out loud and singing until sore throat.

at first, we decide to meet at The Curve.. then pikir2 nak makan mana... suddenly, it comes out, why not go to IKEA.. since Cik Diyanah pon sangat2 teringin nak makan meatball ikea tu kan.. so we head over to IKEA and terus ke food court.. terus amek trolley and tray and fill it up with foods....

Cik Hana and Me with the trolley full of foods! Meatball, Chicken and Lemon Herbs, Chicken Wing and Caesar Salad!.. ni makan ke melantak, tak tahu lah teman.. hahaha

This is us with a smiling face sebab foods dah ada di depan mata kan.. Lelaki yang tunggal itu dia cakap dia bukan geng kita org.. but then, bila kita org dok sebok2 cakap sape yg paling muda antara kami, hana said "aku paling muda sebab birthday dia yg penutup among us".. tibe2 lak si jejaka tu kata bukan hana.. sebab hana on 25th, dia on 30th... (tibe2 ngaku geng kita org lak).. owh, by the way that guy is one of our classmate gak and skang ni dia adalah hubby kepada Pn Hafizah si rambut panjang tu.. and the one wo sat beside me (white blouse with brown hijab) is a friend of Cik Izawaty.. that day was the first day we met, but she can get along us.. sudah boleh bergelak bergumbira macam dah kenal lama.. great isnt it?

and here she is.. Cik Diyanah with her big smile sebab hajatnya untuk makan meatball terlaksana jua.. makan sampai kembung perot.. amek sampai 10 bijik.. ekekeke..


then after perot dah penuh.. meja pon dah licin.. we all tak bangun2 lagi.. bergelak-gelak.. abes riuh rendah food court ikea tu.. orang-orang kat sekeliling pon dah tertoleh-toleh.. agaknya dalam hati mesty cakap kami ni kurang sopan.. allllaaaa... kami tak kesah pon.. macam la dia org tak pernah lough out loud till max kan! 

after that, bila dah rasa panas punggung duduk kat ikea.. kami pon berjalan2 ke dalam The Curve.. then sudah tak tahu mahu kemana, kami ke E@Curve than decide untuk g karoeke! singging until sore throat!! thanks for Cik Iza sebab pay half of the karoeke and the other half, kami pakat2 kongsing bayar la... amek 2 hours for large room.. free 7 drinks, 2 corn in cup, 2 tit bits and total RM104.. we sang lots of song that night.. en hazazi dengan suara yg sungguh power bawak lagu awie dia.. gila.. sampai nak terkeluar anak tekak dia.. and the funny part is, lagu HALIMAH JONGGANG!! hahaha.. cam hape2 je nyanyi lagu tu kan.. and me was so frustrated sebab my 'WAJIB' lagu tak de kat situ... which is lagu Gadis dan Bunga by rahimah rahim.. hahahaha.. so nyanyi lagu ramlah ram sudah.. ekekekekek~.. nyanyi sampai kol 12am kot.. then pas nyanyi terus head over to parking lots and berpisah sudah kami di situ..

all of us tak habis bergelak ketawa sepanjang malam tu.. dari satu  cerita ke satu cerita di ungkapkan kembali.. kutuk mengutuk antara kami dah menjadi kebiasaan.. tiada lagi nak simpan-simpan dalam.. kami dah macam adik beradik.. insya ALLAH pasti akan ada untuk satu sama lain sekiranya di perlukan..

THANKS ALMIGHTY ALLAH cause i got such a wonderful friends like ALL OF YOU

Saturday, 26 February 2011

yang di cari

yang di cari bukan putera raja
yang kacak bergaya di atas singgahsana
yang poketnya penuh dengan wang berjuta
yang megah dengan harta ibu bapa

yang di cari bukan yang sudah berpunya
yang ingin memenuhkan kuota yang kedua/tiga
yang punya anak dara hampir sebaya
yang juga bukan digelar bapa gula

yang dicari bukan untuk sementara
yang kasihnya terbahagi kepada dua/tiga
yang setianya hanya di bibir sahaja
yang tidak menghargai kaum hawa

yang dicari sebenarnya
yang dapat menerima diri ini seadanya
yang dapat dibuat teman sehingga ke syurga
yang kasih dan sayangnya hanya pada keluarga
yang setianya bukan sekadar kata-kata
yang punya wawasan untuk berjaya
yang boleh membimbing ke arah bahagia
yang menganggap keluargaku adalah keluarganya
yang sering mengundang tawa
yang sanggup menjadi tempat meluahkan duka
yang boleh menjadi teman berbicara serta begurau senda
yang memahami diri ini tanpa perlu berkata apa
yang dicari tak perlu yang sempurna
cukup untuk menjaga hatiku seperti menjaga hatinya


harta dan paras rupa
tidak kekal selamanya

Wednesday, 23 February 2011

lukisan hidupku

setiap kali aku ditimpa musibah
bukan disebabkan ALLAH menghukum aku
di atas kesilapanku yang lalu
tapi ALLAH ingin menguji kesabaranku
serta keteguhan imanku
serta ingin melihat sejauh mana aku mengingati DIA
menyanyangi DIA lebih dari segalanya
dia tak mahu aku alpa dengan duniawi yang hanya bersifat sementara
aku di beri ujian dan cabaran serta dugaan
supaya aku boleh menghargai sedetik kebahagian
dan kenikmataan yang hakiki nanti

aku fikirkan yang putih
aku letak di tepi yang warna hitam kelam
kehidupan aku umpama kain putih itu
aku yang mencorak dan mencarikkan
agar terbentang suatu karya yang indah
lukisan aku berbentuk abstrak
setiap kalian yang melihat akan memberi komentar yang berbeda
kerana setiap dari anda melihat dari sudut yang berbeza
kau bebas melontarkan pendapat dan memberikan nasihat
kau bisa bekata apa sahaja mengenai corak lukisan ku itu
berus cat itu hanya ada di genggamanku
dan hanya aku yang bisa mencorakkan dia menjadi apa jua rupa

kelam kata kau lukisan aku, maka kelamlah ia..
kalau kau melihatnya sebagai suatu seni yang terindah, maka itulah dia
aku hanya pelukis sementara
kerana esok lusa, aku pasti akan di jemput oleh yang Maha Esa
pergi untuk selamanya

Tuesday, 22 February 2011

ghaibmu

banyaklah orang menanam pulut
saya seorang menanam padi
banyaklah orang karam di laut
saya seorang karam di hati

Biar ghaib mu suatu misteri
Tiada ku mencari sebarang pembayang lagi
Biar ia bertanda tanya saja
Hati ku dah lama bertitik noktah

Biar, biar lah berlalu
Biar, biar lah begitu

Biar waktu mengubat rindu
Tiada ku mencari sebarang penawar pilu
Biar lah mereka tertanya-tanya
Hati ku dah lama berganti arah

Biar, biar lah berlalu
Biar, biar lah begitu

Mana pergi janji
Setia di sisi
Hanya aku yang tertunggu-tunggu
Waktu pun berjalan
Tak berkesempatan
Kau hilang tanpa pesanan

Biar, biar lah berlalu
Biar, biar lah begitu

Biar ghaib mu suatu misteri
Tiada ku mencari sebarang pembayang lagi



by: Imran Ajmain


Ghaibmu by Imran Ajmain

Friday, 18 February 2011

aku ketika kecil yang sangat naif

dulu masa aku kecil,
dulu waktu aku masih lagi belum mengenali erti hidup yang sebenarnya,
dulu saat yang ada di kotak fikiranku hanyalah waktu untuk bermain,
aku pernah menjadi sungguh naif.. sungguh telus.. sungguh lurus..
malah mungkin juga,sungguh jujur sehingga menjadi sungguh 'kurang bijak'

aku pernah mendengar acapkali di telingaku ini yang pabila setiap kali ada musibah yang melanda.. orang akan bercakap, "sabarlah.. sabar tu kan separuh daripada iman!".. dan waktu itu.. aku percaya bahawa, aku perlu bersabar sebanyak dua kali untuk mendapatkan satu iman!.. kelakar bukan? mana tak nya.. sabar sekali baru dapat separuh.. kalau nak lagi separuh kena sabar lagi skali la kan.. dan sewaktu aku menginjak dewasa, baru aku tahu, sebenarnya sabar bukan separuh daripada iman, tapi SEBAHAGIAN daripada iman. dan juga, aku pernah tertanya-tanya.. mengapa orang kata sabar itu sebahagian daripada iman.. sedangkan, ketika ustaz/ustazah mengajar aku waktu aku masih berhinggus hijau, perskirt biru dan berkemeja putih itu, mereka katakan RUKUN IMAN hanya ada 6 perkara.. tapi di dalam 6 perkara itu, tidak pula dinyatakan mengenai sabar.. dan lama kelamaan, baru aku sedar, RUKUN IMAN dan IMAN itu dua perkara yang beza nye.. sama sekali tidak sama mahupun serupa.

aku pernah percaya.. bahawa matahari dan bulan sentiasa ada bersama aku.. bila aku berlari laju.. saat aku berhenti termengah-mengah.. waktu aku main nyorok-nyorok.. mereka tetap ada mengikut aku.. aku sangkakan bulan dan matahari itu hanya mengikuti aku sahaja.. kadang kala aku terpikir, mengapa bulan dan matahari tidak mengikut orang lain.. mengapa ia sering sahaja ada di belakang, di depan, di kiri dan kadang kala di kanan aku? dan semakin bulan berganti tugas dengan sang matahari.. aku semakin menginjak dewasa.. sewaktu guru hanya mengajar aku cara mengira dan membaca sehingga ke tahap sains darjah 4.. baru aku tahu.. rupanya bumi ini bulat.. bumi mengelilingi matahari dan bulan mengelilingi bumi.. sebab itu kita seakan sentiasa merasakan bahawa bulan dan matahari mengekori setiap langkah kita..

aku pernah merasakan bahawa, darah haid hanya keluar bagi wanita melayu sahaja.. dan wanita-wanita cina, india, caucasian dan sebagainya tidak mengalami haid.. aku rasakan, hanya wanita melayu sahaja yang ada darah haid ni.. sebab tu bila setiap kali waktu aku kecil, makcik dan ibu aku punya 'cuti' dari solat dan puasa.. aku sangkakan, wanita yang bukan muslim, mereka tidak puasa dan solat, maka mereka tidak akan datang haid.. dan kadang kala aku sentiasa berfikir, habis, bagaimana pula dengan mereka yang mualaf? adakah selepas mereka menganut islam baru mereka akan datang haid? hahahaha... sungguh aku tidak tahu! kemudian, setelah aku remaja baru aku sedar, SETIAP wanita pasti akan ada kitaran haidnya. tak kisahlah bangsa dan agama apa skalipun mereka. asalkan mereka bergelar wanita!..

aku pernah percaya bahawa wujudnya kisah dongeng seperti cinderella, snow white, little mermaid etc.. aku pernah berangan bahawa akan ada seorang putera kacak bersama kudanya akan datang melamar aku.. tapi semakin aku dewasa, aku sedar itu semua tak lebih dari hikayat cerita 1001 malam.. tidak akan pernah wujudnya cerita yang akan berakhir dengan "and finally, they lived happily ever after".. kerana aku percaya kini, dugaan dan rintangan untuk mengecap bahagia itu pasti akan sentiasa singgah dan berkunjung bagi setiap pasangan yang sudah / pernah / belum berkahwin.. aku percaya, ALLAH itu Maha Adil dan sentiasa menguji hambanya.. aku percaya akan hidup yang bahagia dan kekal abadi hanya ada di Syurga.. (^__^)v

aku pernah percaya bahawa kodok hodoh sebenarnya adalah putera sombong yang di sumpah.. aku pernah percaya bahawa di celah-celah rumput ada makhluk kecil yang telah menjadi kecil mencari jalan pulang ke rumah seperti dalam cerita 'honey i shrunk the kids'.. aku pernah beranggapan bahawa, rumah gula-gula hansel and gretel itu wujud di tengah-tengah hutan.. aku pernah percaya bahawa pontianak yang di paku di lehernya bakal berubah menjadi gadis cantik.. aku pernah merasakan bahawa epal merah itu sebenarnya epal beracun.. okeyh cukup.. aku rasa mahu gelak bila kenangkan itu semua.. LOL!

ketika aku kecil.. aku fikirkan pada benda yang mustahil untuk aku gapai.. sekarang, ketika aku menginjak dewasa, aku sentiasa fikirkan mustahil pada benda yang boleh aku gapai.. dan aku percaya, kalian juga tentu rasakan perkara yang sama bukan?


mengapa ye?

Thursday, 17 February 2011

bukankah diam itu lebih baik?

sepi aku
bukan ertinya aku bisu
diam aku
bukan beerti aku tidak punya suara

cuma
perlukan masa
butuhkan ruang

untuk aku kenali
potensi dan kelemahan diri
semangat dan jati diri sendiri

jauh perjalanan yang aku susuri
banyak yang aku pelajari
tak lupa kadang kala
ada juga yang aku sesali
tapi itulah, perjalanan kehidupanku
tak sentiasa indah
dan kadang kala penuh dengan onak duri

oleh itu

aku perlukan masa
aku butuhkan ruang
mengenali potensi dan kelemahan diri
membaiki semangat dan jati diri sendiri

diam aku selami ini
dan sepi aku selami ini
kerana untuk menjaga hati
bimbang kata-kata yang terzahir
membuahkan luka di hati

Saturday, 12 February 2011

semalam

semalam
adalah kisah semalam
sekiranya semalam adalah sama dengan hari ini
maka kita sebenarnya semakin ke belakang
hari ini seharusnya lebih baik dari semalam

semalam
aku belajar berdiri
bertatih sendiri
dan esoknya
aku mampu berlari
tapi kadang kala sepanjang larianku ini
aku tetap terjatuh, terduduk dan terluka
tapi aku bangkit dan meneruskan larian ini
sehingga bila?
sehingga aku ketemu reben panjang bewarna merah
menunjukkan garisan penamat!

sepanjang larianku ini
masih belum kelihatan reben itu
maka larian ini harus diteruskan..
tanpa keluhan dan tanpa kesalan
tanpa menoleh kebelakang

bukan pingat emas yang aku kejarkan
tapi pengalaman sepanjang larian ini yang aku kutip
buat bekalan untuk larianku di hadapan

Tuesday, 8 February 2011

pesanan pada diri sendiri

cik aida fazihrah binti nazri
dengar sini jangan tulikan hati
baca setiap patah huruf yang tersusun
ambil pesanan ini untuk pedoman diri
ingat! simpan kata-kata ini


cukuplah
mula celikkan hati
bukan jegilkan mata

sudahlah
usah ditampi-tampi lagi
tak terasa tebal kah pipi?

tamatkan disini
labuhkan tirai

tiada lagi epilog duka
hentikan saja prakata lara
biarkan klimaks yang bahagia
dan tekan butang 'pause'
dengan itu, aku pasti tersenyum!

Monday, 7 February 2011

a note for khariah

Khariah Othman,
we only known each other for not longer than a year
but yet, i felt that we've been knowing each other for ages
u have been my sister back when i was in cdasb
u have been a very good listener to me
which i was not in doubt to met u and shared almost everything
u have been a good role model for me
the patience in you.. the positive thinker of you..

today, February 7th...
were ur last day in there
but i wasnt there
to wave my hands and bid goodbye
to gave u the last hug as a good luck in your way
i wasnt there
to share the last moments with you in there
but yet,
i still felt the emptiness
i still felt the sadness
eventhough i was the first one who walk away from there

the memories between us will always remain in my mind
forgetting you and your kindness will be last thing i would do
i owe you lots
the knowledge, the spirit, the comfort and best of all, the love

thanks for
the friendship
the advices
the love
the care
and everything

good luck in your way
you will always have my prayer
good luck in your life
may happiness always be with you

hope this would not be the end
hope one day, we shall meet again
to tighten up the friendship

forgive me for all of my wrong doings towards you..
either by my attitude or words and face reaction


*missing the great moments we used to had there.. if i can turn back times.. it would be nice!

Sunday, 6 February 2011

things that i've learned

i've learned that
never trust anyone with full of your heart
because everyone will keep on changed
and they will never be the same even if they said so

i've learned that
if you love someone, take a good care of it
because if you didn't, some one else will!

i've learned that
promises are made to be broken, so does the heart!
because people are hard to kept their words and heart in a good way

i've learned that
for everything that happened, are meant to be that way
and it have a good reason for it
because, almighty ALLAH know exactly what is the best for us

i've learned that
not everything that you want, you will love it
and not everything that you love, you will have it
because, people will never satisfied

i've learned that
TALK IS CHEAP
because they doesnt know
that make it happen are worth more than that

Saturday, 5 February 2011

duhai kamu yang mempunyai 'bin' di dalam ic

duhai kamu yang punya 'bin' di dalam ic
sukarkah untuk berbicara dengan tulus?
payahkah untuk berlaku jujur?
berdosakah sekiranya memberi tahu kebenaran?
benar!
kadang-kadang kenyataan itu pahit
tapi tidakkah kau fikir yang pembohongan kau itu lebih pahit?
meskipun kau tidak mahu memberitahu kebenaran itu
khuatir mungkin bahawa hati kaum hawa ini terluka
tapi kau bertindak dunggu!
kau terlupa bahawa, kebenaran pasti akan terungkap jua satu hari nanti.
dan saatnya bila kebenaran itu terurai
hati kami ini.. telah remuk sebab pembohongan kau itu!

duhai kamu yang mempunyai 'bin' di dalam ic
kami ini memang benar kaum yang lemah
bukan dari segi fizikalnya.. tapi mentaliti kami
walau sekuat mana dan seteguh mana pendirian dan fizikal kami
kami boleh menjadi selemah-lemah insan bila berkaitan dengan hati
sekali hati ini kau hancurkan dan remukkan
sukar untuk ia kembali pulih seperti asalnya!

duhai kamu yang mempunyai 'bin' di dalam ic
aku tidak membenci
apatah lagi menyimpan dendam terhadap kalian
cuma kepercayaan itu sudah kurang
dan akukah yang perlu dipersalahkan?
tak salah untuk aku berhati-hati menyusun langkah?

duhai kamu yang mempunyai 'bin' di dalam ic
sebelum berjanji fikir dulu akibatnya
sebelum berbicara renung dulu kesannya
jangan sekadar berkata umpama tin kosong
bunyinya hebat! tapi kesian.. haprak!

aku tahu tidak semua kalian
yang mempunyai 'bin' di dalam ic punya sifat sebegini
hanya segelintir sahaja
tapi adatlah tu.. orang tua-tua kata
"marahkan seekor nyamuk, habis sekelambu dibakarnya"


coretanakhir: sekiranya kau, yang mempunyai 'bin' di dalam ic tidak punyai ciri-ciri ini.. majukan jejari itu..langkau post/blog ini.. usah terasa dengan statement ni.. sebab penyataan ini hanya untuk mereka yang mempunyai 'bin' di dalam ic tapi tidak bersifat lelaki!

Wednesday, 2 February 2011

two days that we should not fear about



There are two days in every week about which we should not worry. Two days which should be kept free from fear and apprehension.


One of these days is yesterday, with its mistakes and cares, its faults and blunders, its aches and pains. Yesterday has passed forever beyond our control. All the money in the world cannot bring back yesterday. We cannot undo a single act we performed. We cannot erase a single word we said. Yesterday is gone!!


The other day we should not worry about is tomorrow, with its possible adversities, its burdens, its large promise and poor performance. Tomorrow is beyond our immediate control. Tomorrow's sun will rise, whether in splendor or behind a mask of clouds. But it will rise. Until it does we have no stake in tomorrow, for it is yet unborn.


This leaves only one day: today.


Any man can fight the battles of just one day. It is when you and I add the burdens of two awful eternities - yesterday and tomorrow, that we break down.


It is not necessarily the experience of today that disturbs one's peace of mind. It is often time the bitterness for something which happened yesterday and the dread of what tomorrow may bring. Let us therefore live one day at a time.


This is to remind all of us that while we should remember the past and plan and anticipate the future, it is critical that we don’t get paralyzed by either. By focusing on making the best of the present, we can actually make the past a sweeter learning experience, and make tomorrow’s hopes and dreams closer to reality