Thursday, 31 May 2012

100 Hari Mencari Yang Halal

100 hari yang masih tersisa
Dalam perjalananku mencari yang halal
Sebagai teman untuk menyusuri kehidupan akan datang

100 hari yang masih tersisa
dan seharusnya segala ilmu sudah lengkap didada

Sunday, 27 May 2012

Kisah Kau dan Aku (v2)

Kisah kau dan Aku,

Bicara hati yang tercoret pada 5 Julai 2011

Kata aku pada kau,

"Kalau kau adalah taman,
izinkan aku menjadi rama-rama yang terbang riang di ruang itu,
Kalau kau adalah lautan,
Izinkan aku menjadi karangan yang indah menghiasi di dasarmu,
Kalau kau adalah langit membiru,
Izinkan aku menjadi pelangi yang mewarnai di kakimu,
Kalau kau adalah komputer,
Izinkan aku menjadi harddisk untuk menyimpan segala datamu,
Kalau kau adalah sebuah kompas,
Izinkan aku menjadi jarum yang sentiasa memandu arahmu,
Namun, kau adalah seorang manusia,
Yang punya hati dan juga perasaan,
Yang punya kehendak serta keinginan
Yang punya hasrat serta impian,
Maka, izinkan aku untuk menadi pendampingmu,
Menjadi penjagamu,
menjadi temanmu,
menjadi pendegarmu,
menjadi suri dalam hidupmu
untuk satu waktu yang kekal selamanya
kerana
AFN sgt sayangkan AIYB"


dan kata kau pula kepada aku

"Kalau aku menjadi taman,
takkan ku izinkan kau menjadi rama-rama
tapi aku mahu kau mejadi puteri di taman yang indah berseri,
Kalau aku menjadi lautan
takkan aku izinkan kau menjadi karang
tetapi aku mahu kau menjadi ratu yang menguasai lautan yang luas terbentang
kalau aku menjadi langit
takkan aku izinkan kau menjadi pelangi
tapi aku mahu kau menjadi bidadari di langgit yang membiru
namun aku hanya manusia
yang aku mahu adalah kau menjadi
teman, sahabat, kekasih, suri dalam hidup aku
untuk satu waktu yang kekal selamanya
Arm Yatim terlalu menyanyangi Aieyda Nazri"


aku terus-terusan senyum bahagia

p/s: syukur Ya ALLAH atas kurnian-Mu yang indah ini..

Thursday, 24 May 2012

Permulaan Kisah Kau dan Aku

Kisah di antara Kau dan Aku
bermula

13/06/2011
8:17am



alhamdulillah, kerana

Kisah Kau dan Aku
membawa kembali sinar bahagia di hati

Dugaan Semasa Bertunang

Kerap benar kita mendengar cerita mengenai dugaan bertunangkan? Apasal plak aku dok cerita pasal dugaan bertunang ni ya ? Sendiri mau fikirlah ya… Benarkah bila bertunang banyak dugaan… Rasanya ya… Tapi semuanya terletak pada diri sendiri jugak macam mana nak jaga sesuatu hubungan tu kan. Syaitan tu hanya menunggu masa je nak menghasut dan sesatkan manusia terutamanya dalam melakukan ibadat ke gerbang perkahwinan ni.

Antara lain dugaan yang akan berlaku dalam bertunang.


  1. Emosi diri yang tidak terkawal. Perkara yang kecik akan menjadi besar, sehingga pergaduhan terjadi. 
  2. Gangguan dari pihak ke-3. Jika sebelum bertunang, tiada siapa yang mendekati anda atau pasangan anda, namun bila da bertunang ni, tiba2 anda menjadi perhatian. 
  3. Masalah berkaitan kewangan. Anda dan pasangan asyik2 tidak dapat menyimpan duit. Duit ntah dibelanja ke mana. 
  4. Pengurusan hal perkahwinan juga boleh menimbulkan masalah. Anda ingin begini, tunang anda plak inginkan begitu. kan itu memeningkan kepala. 
  5. Tiba2 anda seperti tidak bersedia ingin berumah tangga. Perasaan ragu2 timbul setelah anda bertunang. Jika dulu tunang anda seorang yang tidak kuat merajuk, tiba2 dia ckit2 pun nak terasa. dan anda plak malas nak layan karenah.. ah boleh x keruan jadinya hubungan anda berdua.
  6.  Godaan nafsu sendiri. Dah bertunang bukan maksud dah dibolehkan melakukan benda yang bukan2.

Bagaimana mengelakkan dugaan bertunang menjadi lebih teruk?

  1. Pertama sekali, berdoalah kepada Allah semoga anda dan pasangan terpelihara dari godaan syaitan, berlindunglah kepada Allah. 
  2. Bersikap tolenrasi, bawa berbincang, jangan melepaskan amarah tak tentu pasal. Cuba bersikap mengalah, pujuk pasangan anda. 
  3. Bersabar sentiasa. 
  4. Setialah kepada tunang anda. Jika anda tiba2 diganggu oleh orang ke3, ingat pahit manis hubungan anda berdua. Ingat saat manis anda berdua. 
  5. Merancang perbelanjaan dengan lebih teratur dan sistematik. Jika anda dan dia bersedia dari segi kewangan, maka percepatkanlah pernikahan anda. 
  6. Siapkan mental dan fizikal anda. sentiasa berfikiran positif. Jika salah sorang dari anda terjatuh, bimbinglah dia agar hubungan anda akan dapat dipertahankan. 

Akhir kata, dugaan bertunang akan dirasai oleh semua orang, cuma yang membezakannya sama ada kecil atau besarnya dugaan tersebut. Kita pula haruslah pandai mengawal keadaan kalau timbul sebarang masalah di kemudian hari. Sebelah kaki da melangkah, tinggal sebelah lagi untuk memasuki alam perkahwinan. Maka, pertahankan dan bersabarlah atas dugaan yang diberikan.

Sunday, 6 May 2012

salam satu malaysia!
gile lama kan laman sesawang ini di biarkan bersawang.. 
tak mengapa... 

ayuh kita transform laman sesawang ini menjadi
blog B2B
den kan dah nak menikah tak lama lagi
haruslah nak mengedik cam B2B lain.. 

^______________^

Tuesday, 3 April 2012

Gangguan Seksual di Tempat Kerja

Apa punca nya?
Salah siapa?
Bagaimana untuk menanganinya?
Apa kriterianya?


Lapor di pejabat buruh?
Perlu bukti dan juga saksi..

Cari kerja baru?
Masih belum punya rezeki..

Aahhhhhh...
Buntu deyh!!

Friday, 16 March 2012

semakin hari..

semakin hari, semakin sibuk
masa pula makin suntuk
banyak perkara yang direncanakan, tapi terpaksa dilupakan
sebab hanya punya dua tangan sahaja!

kalaulah......

tapi orang kata ayat kalaulah itu tidak baik..
sebab kononnya kita mempertikaikan qada dan qadar ALLAH..
nauzubillah... jauhkan aku dari perasaan yang tidak bersyukur!

alhamdulillah..
walau semakin hari semakin sibuk..
semakin hari, masa semakin suntuk..
hari-hari yang dilalui tetap menceriakan!

sifat malas masih menebal!
sifat manja geletis tak pernah kurang!
sifat cengil dan cerewet semakin bertambah!
sifat kesabaran semakin tipis di ganti dengan panas baran!
harus muhasabah diri lagi, agar menjadi seorang yang mithali!
baik anak dan juga bakal isteri.. (LOL)

semakin hari semakin sibuk..
semakin hari masa semakin suntuk..
sebab itu ruangan ini sudah berhabuk!

Monday, 5 March 2012

third month in the year

its march!
one of my favourite month
full with lots of my beloved person special date!
beloved mom and beloved friends!

what? its already march???
oh my!! time is running out!

ok bye! 

Wednesday, 29 February 2012

Doa Mohon Kesembuhan Penyakit :

Letakkan tangan di atas bahagian tubuh yang terasa sakit dan bacalah doa berikut:

‘Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Pemilik ‘Arsy yang besar, semoga menyembuhkanmu,’ niscaya Allah akan menyembuhkannya dari penyakit itu.”
(HR. Abu Dawud, At-Turmudzi, dan dihasankan oleh Al-Hafizh dalam Takhrij Al-Adzkar)
[ 7 kali ]

“Dengan nama Allah”
[ 3 Kali ]

“Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaan-Nya dari keburukan sesuatu yang kurasakan
dan kuhindarkan”
(HR. Muslim)
[ 7 Kali ]

“Ya Allah, Rabb sekalian manusia, yang menghilangkan segala petaka, sembuhkanlah, Engkaulah Yang Maha Penyembuh, tak ada yang bisa menyembuhkan kecuali Engkau, sebuah kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.”
(HR. Al-Bukhari dan Muslim)
[ 7 Kali ]

Wednesday, 1 February 2012

Monday, 30 January 2012

Absolutelygorgeous By Amy

SOPHIE With Crystal by Absolutelygorgeous!

RM 250 *not including postage*


SOPHIE With Swarovski Element by Absolutelygorgeous!

RM 290 *not including postage*

Wednesday, 18 January 2012

Dzuun Nuun

لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

LAA ILAAHA ILLAA ANTA SUBHAANAKA INNII KUNTU MINAZH ZHAALIMIIN

Tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk diantara orang-orang yang berbuat aniaya


Kenapa do’a Nabi Yunus mudah diijabahi?

Karena dalam do’a beliau tersebut terdapat pengakuan pada ketauhidan Allah ‘azza wa jalla dan pengakuan terhadap setiap dosa, kesalahan dan kezholiman yang diperbuat diri sendiri.

Intinya dalam do’a Dzun Nuun ini ada tiga keistimewaan:


  1. Pengakuan tauhid.
  2. Pengakuan akan kekurangan diri
  3. Berisi permohonan ampun (istighfar) pada Allah


Sudah sepatutnya bagi setiap hamba yang mengalami kegelisahan dan kesedihan untuk banyak-banyak mengulang do’a ini dan menambahkan dalam setiap do’anya. Niscaya Allah pun akan mudah mengijabahi doanya. Jadi awalilalh setiap doa apa saja dengan doa Dzun Nuun ini, niscaya doa tersebut akan diijabahi dengan izin Allah. Yakinlah!

Monday, 16 January 2012

my future in my hand

Lebih Kurang 33 minggu

tik tok tik tok
detik jam berjalan
pejam celik pejam celik
sehari berganti seminggu dan bertukar sebulan
tak sedar rupanya dah banyak waktu di tinggalkan di belakang
banyak lagi belum settle
banyak lagi belum di rencanakan
banyak lagi belum di sepakatkan
pelan-pelan kayuh kata ku
slow and steady kata nya
semoga semuanya di permudahkan
dan semoga semuanya berjalan lancar
insya ALLAH

Monday, 9 January 2012

kera di hutan di susukan anak di rumah kelaparan!

seriouslly..

aku tak suka politik
aku bukan penyokong mana-mana parti politik
aku belum pernah mengundi lagi..

kau nak sokong mana-mana parti politik pon.. itu hak kau
nak berdemo.. nak merusuh.. itu kau punya pasal
asalkan menjaga keamanan negara!

nak bawak kayu.. memorandum.. topeng.. sepanduk.. apa sahaja.. bawaklah..
seperti yang aku katakan... ITU KAU PUNYA PASAL

tapi kalau kau dah bawak anak kecil.. yang tak tahu apa2..
anak kecil yang sepatutnya kau lindungi daripa bahaya ketika berdemo/merusuh
anak kecil yang masih belum layak untuk berfikir mengenai diri sendiri apatah lagi mengundi
anak kecil yang seharusnya datang ke sekolah pagi ini
bagi aku.. itu sudah melampau!!


sapa nak jawab gambar atas ni?
anak kecil di atas kerusi roda lagi
apa yang dia tahu mengenai apa yang kau perjuangkan itu?
mana sifat kemanusiaan kau? sebagai seorang penjaga??


datang berkumpul pagi-pagi buta untuk merusuh.. BOLEH!
datang berkumpul pagi-pagi dengar kuliah subuh.. TAK BOLEH??

aku bukan penyokong mana-mana parti politik dan apa yang kalian dok laungkan itu..
aku hanya bercakap dari segi perikemanusian..
dari segi tamadun manusia yang semakin menipis!

akal ada.. gunakan..
bukan disimpan!

sekian!

Tuesday, 3 January 2012

menjaga hati


saya tidak pandai menjaga hati

baik hati orang
mahupun hati sendiri

Wednesday, 28 December 2011

Azam Tahun Baru

sana sini orang dah sibuk memperkatakan mengenai azam tahun baru..
tapi.. azam tahun ni sudah tercapai kah?

saya tidak pernah punya azam tahun baru..
rasanya azam untuk tahun 2011 adalah menyempurnakan azam-azam tahun yang lepas-lepas..
tapi.. rasanya tahun-tahun lepas pun saya tidak pernah punya azam..

bagi saya, tak perlu nak set kan azam tahun baru..
if u really want something, just go for it!!
aim for it.. and achieve it!!
dimana ada kemahuan, di situ ada jalan kan?

azam nak berhenti rokok? kenapa perlu tunggu tahun baru? berhenti je la skang!
azam nak pakai tudung? kenapa nak tunggu tahun baru? pakai je la skang!
azam nak kurus? perlu ke tunggu tahun depan.. esok pergi je jogging (okeyh... cakap diri sendiri! haha)..

azam saya lebih bersifat impian yang perlu dicapai..
seperti,
saya berazam untuk membeli kereta sendiri dengan duit sendiri before saya 25tahun..
Alhamdulillah.. impian itu terlaksana ketika saya berumur 23 tahun..
saya berazam untuk membeli rumah sendiri sebelum berumur 30 tahun..
Insya ALLAH.. saya sedang usahakan ke arah itu..
saya berazam untuk ada perniagaan sendiri sebelum saya berumur 40tahun..
Insya ALLAH.. juga sedang saya usahakan ke arah itu..
saya berazam nak kurus before saya kahwin..
ye lah.. ye lah... saya kuruskan badan skang!!

saya tak perlukan tahun baru untuk membuat azam baru..
if saya nak something, saya akan make sure by hook or crook, i will get it..
it is just a matter of time..
INSYA ALLAH..

Monday, 19 December 2011

semalam, hari ini dan esok

dalam hidup ini, kita hanya akan melalui 3 fasa hari sahaja.

semalam
hari ini
esok

semalam adalah sejarah
kesilapan semalam boleh diperbaiki hari ini
agar esok menjadi lebih baik

apa yang dah jadi semalam,
harus dijadikan sempadan dan pengajaran
agar hari ini lebih bermakna
dan esok semakin mengembirakan

kisah semalam kita tutup dan simpan kemas-kemas
hari ini kita rencanakan untuk esok dan esok dan esok