Monday 20 December 2010

siapa dia?

siri mari mengenali siapa Aieyda Nazri yang sebenarnya

  1. seorang yang sangat sensitif dan mempunyai hati yang mudah tersentuh dan sangat-sangat mudah terluka. maka, perlulah berhati-hati menjaga hatinya sekiranya hati nya itu di amanahkan pada anda untuk menjaganya.. hati yang dia punya hanya satu.. dan tersangat rapuh kerana sudah punya banyak kesan parut.. 
  2. seorang yang agak independent. kurang gemar meminta bantuan orang lain dalam menyelesaikan tugasannya. atau barangkali dia seorang yang tidak percaya pada hasil kerja orang lain. sebab itu dia tak suka orang lain menyiapkan tugasan dia. sekrianya dia menyiapkan tugasan orang lain pula, dia akan start dari mula.. dari kosong.. 
  3. seorang yang sangat sangat sangat cerewet.. dan juga agak teliti dalam certain-certain hal.. ada sahaja yang tidak kena di mata dan hati dia.. senang cerita, amat sukar untuk memenuhi kepuasan hati dia.. 
  4. seorang yang kata-katanya agak lepas.. dan kadang kala dia sangat lantang bersuara.. mungkin dia sudah pekak sehingga tidak mendenagr suaranya sendiri sebab itu suaranya agak kuat?. dia juga sering melontarkan kata-kata tanpa menyedari perkataannya itu menhiris hati insan lain.. terlalu jujur dalam memberikan pendapat.. sehingga orang terasa pedih.. sayang, kadang-kadang.. kenyataan itu memang lebih pahit.. tapi berkata manis namun tidak jujur, bukankah lebih pahit?
  5. seorang yang agak penakut untuk menaiki jejantas.. sering mendapat bayangan bahawa jejantas tersebut akan jatuh sewaktu dia meniti.. dan apabila jejantas itu jatuh, dia akan di langgar pula dengan kereta yang memandu dengan laju di bawah jejantas itu.. owh.. penangan terlalu banyak menonton Final Destination agaknya..
  6. seorang yang cukup cukup kurang sabar.. tidak suka menunggu orang.. dan tidak suka perkara2 yang dia rasakan, 'ishh.. lembab sungguh"... sedang berusaha meningkatkan tahap kesabaran.. namun sering kali gagal.. waiting is just hurting bagi dia.. namun, ada satu benda yang membuatkan dia sanggup tunggu.. iaitu ...... (dirahsiakan)
  7. seorang yang mempunyai kulit yang agak pelik.. sensitif nya sungguh lain macam.. tidak boleh terkena air hujan dan juga air klorin (swimming pool).. kelak kulitnya akan memerah dan gatal-gatal.. juga tidak boleh cuaca yang terlalu sejuk.. nanti kulitnya juga akan memerah.. itu susahnya jadi orang berkulit cerah ni.. ekekekeke.. 
  8. seorang yang agak jimat untuk di bawa g makan.. tidak perlu membawa dia makan seafood.. kerana dia allergic pada udang dan ketam.. dia juga tidak makan produk2 tenusu melainkan yogurt dan cheese sahaja.. seorang yang alah pada susu apatah lagi bau susu sudah cukup memualkan dia.. dia juga tidak makan benda-benda yang lembik-lembik seperti kuey teow.. seorang pengemar cendawan dan juga ayam!.. pernah mengidam mee goreng mamak dan pernah menangis apabila pesan mee goreng mamak tapi yang sampai adalah mee goreng biasa.. ahahahaha... 
  9. seorang yang agak emosional.. jiwanya sering terusik.. dan apabila ia terusik.. ia akan mengeluarkan bahasa-bahasa pujangga yang jarang orang gunakan pada zaman moden ini.. apabila moodnya sedang terusik, dia akan mengelamun.. termenung.. dan berada di alam fantasi.. sukar untuk menariknya ke alam realiti.. kerana dia suka terbang terlalu tinggi.. sebab itu dia sering kali berada di dalam keadaan yang parah apabila jatuh.. 
  10. seorang yang mudah percaya pada seseorang.. mudah memberikan kepercayaannya pada insan lain.. lantaran itu, dia sering kali tertipu dengan janji-janji manis dari bibir seseorang terutamanya pada lelaki.. tidak tahu mengapa, dia mudah mempercayainya.. lantaran itu, usah berjanji dengan dia sekiranya belum pasti untuk menunaikannya.. kerana dia akan menagih janji tu.. dan kelak dia akan sangat terluka apabila janji tinggal janji.. kesiankan lah dia.. kerana hatinya sangat rapuh.. 
  11. seorang yang sangat manja.. apabila manja nya itu datang.. memang rasa cam nak penyepak pon ade.. kerna manja nya itu kalh budak umo 5 tahun.. kadang2 manjanya itu amat merimaskan.. kadang2 dia sendiri tataw yang dia seorang yang manja.. tp kawan dia mengatakan dia seorang yg manja.. in a good way or in a bad way, kena lah tanya kawan dia tu..
  12. dia bukanlah seorang pemandu yang berhemah.. sering memandu dengan cara yang agak bahaya.. memandu dengan laju walaupun ketika jalan licin.. dia seorang yang suka membunyikan hon dan merasakan pemandu lain bawak kereta ntah hapa-hapa.. padahal dia yang kurang sabar dan tak boleh bertolak ansur dengan pemandu lain.. dan yang paling tragis, dia seorang yang buta arah.. sering kali sesat di jalan raya.. meskipun menggunakan GPS.. owh.. sungguh kasihan kan dia.. seringkali tertipu dengan GPS nya itu.. dan juga.. dia amat bebal sekiranya orang menunjukkan arah dengan mengatakan kiri dan kanan.. kerana dia sering kali terlupa dan juga KONPIUS mana satu kiri dan mana satu kanan.. itulah kelemahan dia!
  13. seorang pecinta agung.. ahahaha.. siyus tak tipu ni.. sering kali kalah dalam soal yang berkaitan dengan hati dan perasaan.. seringkali buta dalam soal yang melibatkan cinta.. tidak dapat berfikir dengan waras, tidak dapat membuat keputusan dengan wajar dan sering kali tewas dengan cinta. seorang yang mudah jatuh cinta namun cintanya hanya satu dalam satu-satu masa.. seorang yang sangat setia sehingga kadang kala menjerat dirinya sendiri.. dan seringkali merana disebabkan cinta.. kesian kan dia!!

terlalu banyak lagi untuk menerankangkan siapa dia yang sebenarnya.. kehidupan yang dilaluinya hampir mencecah suku abad.. tidak cukup ruangan untuk merungkaikan siapa dia yang sebenarnya.. 

sekiranya ingin tahu yang baik-baik mengenai dia, tanyalah sahabat dia
sekiranya ingin tahu yang buruk-buruk mengenai dia, tanyalah musuh dia



p/s: dia ada musuh ke? 
musuh dalam selimut?
atau musuh terang-terangan?
apa salah dia?
sehingga dia mempunyai musuh?
anda ada jawapan nya? 

5 comments:

  1. Sifat2 aida ni sama dengan org yg lahir bulan julai.

    ReplyDelete
  2. memang saya lahir bulan julai pon kak oiii!!

    ReplyDelete
  3. oleh itu, character kita seakan-akan sama. Sbb akak pun lahir bulan julai.

    ReplyDelete
  4. hahaha.. Sy tahu aka lahir bulan julai juga..
    And now i know, apsal kita punya taste yg hampir sama.. =p

    ReplyDelete
  5. bab gps tu, wt aku sengih sorg2 dpn monitor ni..haha..bukit ampang..bukit ampang

    ReplyDelete

Thanks for Reading (^_^)