Monday, 20 December 2010

siapa dia?

siri mari mengenali siapa Aieyda Nazri yang sebenarnya

  1. seorang yang sangat sensitif dan mempunyai hati yang mudah tersentuh dan sangat-sangat mudah terluka. maka, perlulah berhati-hati menjaga hatinya sekiranya hati nya itu di amanahkan pada anda untuk menjaganya.. hati yang dia punya hanya satu.. dan tersangat rapuh kerana sudah punya banyak kesan parut.. 
  2. seorang yang agak independent. kurang gemar meminta bantuan orang lain dalam menyelesaikan tugasannya. atau barangkali dia seorang yang tidak percaya pada hasil kerja orang lain. sebab itu dia tak suka orang lain menyiapkan tugasan dia. sekrianya dia menyiapkan tugasan orang lain pula, dia akan start dari mula.. dari kosong.. 
  3. seorang yang sangat sangat sangat cerewet.. dan juga agak teliti dalam certain-certain hal.. ada sahaja yang tidak kena di mata dan hati dia.. senang cerita, amat sukar untuk memenuhi kepuasan hati dia.. 
  4. seorang yang kata-katanya agak lepas.. dan kadang kala dia sangat lantang bersuara.. mungkin dia sudah pekak sehingga tidak mendenagr suaranya sendiri sebab itu suaranya agak kuat?. dia juga sering melontarkan kata-kata tanpa menyedari perkataannya itu menhiris hati insan lain.. terlalu jujur dalam memberikan pendapat.. sehingga orang terasa pedih.. sayang, kadang-kadang.. kenyataan itu memang lebih pahit.. tapi berkata manis namun tidak jujur, bukankah lebih pahit?
  5. seorang yang agak penakut untuk menaiki jejantas.. sering mendapat bayangan bahawa jejantas tersebut akan jatuh sewaktu dia meniti.. dan apabila jejantas itu jatuh, dia akan di langgar pula dengan kereta yang memandu dengan laju di bawah jejantas itu.. owh.. penangan terlalu banyak menonton Final Destination agaknya..
  6. seorang yang cukup cukup kurang sabar.. tidak suka menunggu orang.. dan tidak suka perkara2 yang dia rasakan, 'ishh.. lembab sungguh"... sedang berusaha meningkatkan tahap kesabaran.. namun sering kali gagal.. waiting is just hurting bagi dia.. namun, ada satu benda yang membuatkan dia sanggup tunggu.. iaitu ...... (dirahsiakan)
  7. seorang yang mempunyai kulit yang agak pelik.. sensitif nya sungguh lain macam.. tidak boleh terkena air hujan dan juga air klorin (swimming pool).. kelak kulitnya akan memerah dan gatal-gatal.. juga tidak boleh cuaca yang terlalu sejuk.. nanti kulitnya juga akan memerah.. itu susahnya jadi orang berkulit cerah ni.. ekekekeke.. 
  8. seorang yang agak jimat untuk di bawa g makan.. tidak perlu membawa dia makan seafood.. kerana dia allergic pada udang dan ketam.. dia juga tidak makan produk2 tenusu melainkan yogurt dan cheese sahaja.. seorang yang alah pada susu apatah lagi bau susu sudah cukup memualkan dia.. dia juga tidak makan benda-benda yang lembik-lembik seperti kuey teow.. seorang pengemar cendawan dan juga ayam!.. pernah mengidam mee goreng mamak dan pernah menangis apabila pesan mee goreng mamak tapi yang sampai adalah mee goreng biasa.. ahahahaha... 
  9. seorang yang agak emosional.. jiwanya sering terusik.. dan apabila ia terusik.. ia akan mengeluarkan bahasa-bahasa pujangga yang jarang orang gunakan pada zaman moden ini.. apabila moodnya sedang terusik, dia akan mengelamun.. termenung.. dan berada di alam fantasi.. sukar untuk menariknya ke alam realiti.. kerana dia suka terbang terlalu tinggi.. sebab itu dia sering kali berada di dalam keadaan yang parah apabila jatuh.. 
  10. seorang yang mudah percaya pada seseorang.. mudah memberikan kepercayaannya pada insan lain.. lantaran itu, dia sering kali tertipu dengan janji-janji manis dari bibir seseorang terutamanya pada lelaki.. tidak tahu mengapa, dia mudah mempercayainya.. lantaran itu, usah berjanji dengan dia sekiranya belum pasti untuk menunaikannya.. kerana dia akan menagih janji tu.. dan kelak dia akan sangat terluka apabila janji tinggal janji.. kesiankan lah dia.. kerana hatinya sangat rapuh.. 
  11. seorang yang sangat manja.. apabila manja nya itu datang.. memang rasa cam nak penyepak pon ade.. kerna manja nya itu kalh budak umo 5 tahun.. kadang2 manjanya itu amat merimaskan.. kadang2 dia sendiri tataw yang dia seorang yang manja.. tp kawan dia mengatakan dia seorang yg manja.. in a good way or in a bad way, kena lah tanya kawan dia tu..
  12. dia bukanlah seorang pemandu yang berhemah.. sering memandu dengan cara yang agak bahaya.. memandu dengan laju walaupun ketika jalan licin.. dia seorang yang suka membunyikan hon dan merasakan pemandu lain bawak kereta ntah hapa-hapa.. padahal dia yang kurang sabar dan tak boleh bertolak ansur dengan pemandu lain.. dan yang paling tragis, dia seorang yang buta arah.. sering kali sesat di jalan raya.. meskipun menggunakan GPS.. owh.. sungguh kasihan kan dia.. seringkali tertipu dengan GPS nya itu.. dan juga.. dia amat bebal sekiranya orang menunjukkan arah dengan mengatakan kiri dan kanan.. kerana dia sering kali terlupa dan juga KONPIUS mana satu kiri dan mana satu kanan.. itulah kelemahan dia!
  13. seorang pecinta agung.. ahahaha.. siyus tak tipu ni.. sering kali kalah dalam soal yang berkaitan dengan hati dan perasaan.. seringkali buta dalam soal yang melibatkan cinta.. tidak dapat berfikir dengan waras, tidak dapat membuat keputusan dengan wajar dan sering kali tewas dengan cinta. seorang yang mudah jatuh cinta namun cintanya hanya satu dalam satu-satu masa.. seorang yang sangat setia sehingga kadang kala menjerat dirinya sendiri.. dan seringkali merana disebabkan cinta.. kesian kan dia!!

terlalu banyak lagi untuk menerankangkan siapa dia yang sebenarnya.. kehidupan yang dilaluinya hampir mencecah suku abad.. tidak cukup ruangan untuk merungkaikan siapa dia yang sebenarnya.. 

sekiranya ingin tahu yang baik-baik mengenai dia, tanyalah sahabat dia
sekiranya ingin tahu yang buruk-buruk mengenai dia, tanyalah musuh dia



p/s: dia ada musuh ke? 
musuh dalam selimut?
atau musuh terang-terangan?
apa salah dia?
sehingga dia mempunyai musuh?
anda ada jawapan nya? 

Sunday, 19 December 2010

hidup umpama perlumbaan

hidup ini umpama suatu perlumbaan
perlumbaan balapan
tapi bukan 800m namun berbillion kilometer
cuma yang berbeda,
perlumbaan ini punya banyak persimpangan
perlu bijak memilih laluan yang tepat
agar tiba di garisan penamat dengan selamat
namun andai kata laluan yang di ambil tersasar
usah mengeluh, kerana
kita berpeluang mengutip pengalaman di laluan itu
siapa tahu ianya kelak berguna pula
di laluan yang akan kita tempuhi nanti
dan
kenapa perlu mengalah
bila perlumbaan masih belum bermula
kita masih lagi di garisan permulaan
masih lagi sedang bersiap sedia
tembakan itu masih belum dilepaskan lagi
lalu mengapa perlu menarik diri?
Takutkah menghadapi kemungkinan
bahawa nanti bukan kita yang pertama
tiba di garisan penamat itu?
Selagi belum mencuba, mengapa perlu berundur?
Mengapa perlu menarik diri?
Walaupun kekalahan di pihak kita
namun kita telah mencuba
bukannya berputus asa
cuba sedaya upaya, agar suatu hari nanti
kemenangan di pihak kita
siapa tahu bukan?

Thursday, 16 December 2010

my 'teringin' list

setiap insan kepingin untuk melakukan sesuatu
yang kadang kala unik dan antik
namun impian hanya tinggal impian
bila niat di hati tidak kesampaian
dengan harapan suatu hari nanti
ianya menjadi suatu yang realiti
tak salah bukan menyimpan angan
tak salah bukan menyulam mimpi
agar keinginan hati itu dipenuhi?

Diri ini punya beberapa teringin list
yang masih belum tertunai
dan harapkan agar ada insan di sana
yang sedang membaca itu
mampu menunaikan mimpi-mimpi ini menjadi realiti

diri ini begitu kepingin untuk ke stadium bola
menyaksikan perlawanan selangor atau malaysia
terjerit dan bersorak ria bersama penyokong lain
owhh best nye riuh rendah itu!

Diri ini begitu kepingin untuk memancing
kata orang hanya orang yang sabar sahaja
yang mampu bertahan
dan diri ini begitu teringin menguji kesabaran itu
kerana sememangnya diri ini kurang sabar
siapa tahu diri ini berjaya bawa pulang sekilo ikan!

Diri ini begitu teringin melihat sunset dan sunrise
menikmati keindahan alam
menghirup embun pagi
kerana diri ini sangat suka tidur dan tak boleh tak cukup tidur
jadi bagaimana mahu melihat matahari terbit?
Bila bangun sahaja matahari sudah meninggi?

Diri ini begitu teringin skali
duduk di tepian pantai
ditemani unggun api dan bunyi ombak
diselangi dengan petikan gitar yg bernada romantis!
Namun, diri ini tidak pandai bermain gitar
tambahan pula tidak manis berembun di dinihari

diri ini begitu teringin untuk bercuti di sebuah pulau
dimana tiada akses ke dunia luar
tiada talian internet mahupun telefon
yang ada hanya diri sendiri dan semesta
melepaskan lelah dari masalah dunia
yang kadang kala amat sarat dalam hati

diri ini ingin melihat insan disekelilingnya bahagia
walaupun dia terpaksa mengalirkan air mata
asalkan mampu mengeluarkan tawa di hati mereka
kadang kala ianya amat renyah dan agak merana
namun, andai itu boleh bikin bahagia
diri ini akan pujuk hati supaya redha

diri ini begitu teringin untuk dapatkan kembali
teratak yang pernah membahagiakan
teratak tempat dia mengenal dunia
membesar dari kanak-kanak kepada remaja
teratak yang dulu adalah harta pusaka
namun tak mampu dipertahankan oleh keluarga
teratak yang terletak di petaling jaya
punya banyak rahsia dan cerita

diri ini hanya mahukan secebis bahagia
yang kekal untuk selamanya!

sahabat kesayangan yang juga sahabat terulung

mereka


batman + turtle + montel +blurry + gangget + kumek
not in the picture (due to some reasons)
rina + dayana


kalian ada sahabat terulung
tempat berkongsi segala cerita
teman ketika suka dan duka
kalian merupakan sahabat kesayangan
yang memang tidak ternilai harganya
yang wujudnya hanya satu antara berjuta
tidak mampu di tukar ganti
kerana setiap dari kalian adalah unik
dan punyai sifat yang tersendiri
sungguh terasa bertuah dan untungnya diri ni
kerana punya kalian dalam hidup
di saat jatuh dan bangun
kalian tetap utuh di sisi
terima kasih kerana sudi menjadi sahabat kesayangan
selagi nyawa di kandung badan
harap persahabatan ini kekal abadi

selak sahaja lembaran baru

tutup cerita semalam
buka lembaran baru
kalau perlu
beli buku yang baru
coretkan kisah yang indah sahaja
yang lara?
campak sahaja ke bahagian prakata
kerana hanya di lembaran itu
orang kurang membaca
lembaran baru ini
penuhkan dengan riang tawa
agar yang membaca turut merasa senang dan gembira
memberikan senyuman pada insan lain
bukankah satu amalan yang mulia?
tidak perlu penulis merubah diri..
biarkan tetap menjadi seperti yang dulu..
kerna itulah adalah kamu!
tamparan yang hebat? jadikan panduan!
agar pipi tidak lagi lebam menerima tamparan seterusnya
luka di hati memang boleh diubat
tapi akan tetap meninggalkan parut
walau di lumur sedozen bio oil skali
parut itu tetap utuh! sebagai peringatan untuk meniti hari depan
persetankan apa kata mereka
bukan mereka yang menyuapkan nasi kemulut kau!
bukan mereka yang menyediakan makan pakai kau!



teruskan mencoret di lembaran yang baru itu..
sehingga buku itu penuh..
dan kalau perlu, beli sahaja buku yang baru..
buku yang lama, simpan sahaja dalam stor..
ataw mungkin, boleh dihantar ke pusat kitar semula?
satu kilo 40 sen.. ok kan!

Wednesday, 15 December 2010

5000 viewer!

hoorey!!
♥bebelanku♥ sudah mencapai 5000 di view oleh kalian semua
tak sangka, ramai gak yang membuka dan membaca ♥bebelanku♥ ni
since 2006 and now dah nak penutup 2010
4 years old dah usia ♥bebelanku♥ ni rupanya
nak bagi adiah ape ye?

heart saying that

sometimes i felt strong but sometimes i felt too fragile..
Sometimes im letting IT go, but sometime i just want to hold..

Only Allah knows what is the best for us. Fragile doesnt mean you weak and vice versa.
-Khariah Othman-

Just learn something yesterday... Eggs was fragile and soft after adversity in life its become hard dan solid same goes with the potato.. from hard to soft. So in this life, after all what happens, you will agility or blend with life and adapt to it due to your strong innerself that you have cultivated thru ur life for 24 yrs. I noe you can go thru this life if you put your mind to it. Love you and will always love you forever..
-Mom-

Tuesday, 14 December 2010

used to be

i used to be a love fighter
now, love is just not my concern matter


Friday, 10 December 2010

frustrated

today, 10/12/10
result examination keluar
and i was so damn frustrated
bila tengok i have to repeat 2 paper..
owh common.. it means i got to take 3 paper + thesis kowt next sem

today, 10/12/10
he suppose to gave me an aswer
rather than left me hanging like this.. its really hurting me..
keep on thinking for a questions without an answers

yes.. i was so damn frustrated today.. 
yes.. i was so damn down today..

mom said:
Anyhow this yr you gone thru bad weather so its not a bad actually just 2 papers only. Do sit down and think what is the best things to do to overcome this failure. I always noe you will perpertually come out of this. You have a strong will power.

and i replied:
2010 is really not a good year for me.. force myself to be strong.. but at certain time.. im just too fragile.. but i know, no matter what happen.. i still got u, family n my besties..

and once again mom replied:

Takpe I noe you can do it. Life is not easy when its comes to feeling of love. Cinta yg buat kita buta hati utk menilai kebaikan dan keburukan nyer. Even me at this age still unable to decide when it comes to love. Am being stupid childish and an idiot to the extend of this. Tapi ibu tabik spring kat awak coz you manage to overcome this.
and once again i replied:

thanx.. twice heartbreak in a row for this year.. really make me down

and mom replied:

Ateh.. ada hikmah di sebalik nyer. Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul. Am always be by us side whenever you need me

and mom.. you makes my tears fall down.. i know i got a very good mom.. who always know what i felt.. who always comfort me whenever im unease.. thanks mom

Thursday, 9 December 2010

aku, awak(v1.0) dan awak(v3.0)

banyak benda yang terpendam dalam hati cik aida ni.. kadang-kadang ianya tak dapat nak diungkapkan melalui kata-kata.. namun yang pastinya, ianya memang terzahir di mata.. cik aida bukanlah seorang yang pandai menyembunyikan rahsia hati.. jujur dikatakan, cik aida jenis 'transparent' orangnya.. apa sahaja yang di rasa di hati, pasti akan terpamer di wajah.. bila dah tak suka tu.. memang jelas ketara terpamer di muka.. sama lah juga kalau cik aida suka, bosan, tak de mood, marah, sedih dan sebagainya.. bukan sahaja ianya terzahir di mata.. malah turut kadang kala terkeluar melalui kata-kata..

" aida tu kalau ada masalah memang tak boleh simpan untuk diri sendiri eyh? nampak betul di wajahnya"

itu yang dikatakan oleh cik dyanah.. petikan ayat dari kakak sepupunya.. ermm.. memang kak, saya memang tak reti nak simpan raut wajah saya ni.. nak2 di saat saya sedang rapuh..


orang boleh melihat.. memberi nasihat.. memberi pendapat.. membantu saya membuka mata dan membuka hati.. memberi kata2 perangsang.. namun, ianya terpulang pada diri saya sendiri untuk bertindak.. untuk berfikir yang terbaik bagi saya sendiri.. saat ini memang saya sedang rapuh.. saya cuba mencari kekuatan saya kembali.. but at certain part, i was so damn weak.. kadang-kadang, saya bertanya pada diri sendiri.. kenapa aku? kenapa aku yang jadi mangsa? kenapa hatiku terus-terusan di sakiti? dan seolah2 saya sudah mempersoalkan qada dan qadar illahi.. namun, apabila saya sudah kembali tenang.. saya sedar, semua yg jadi ade sebab dan akibatnya.. mungkin ianya balasan untuk saya kerana pernah menyakiti hati insan lain dulu.. mungkin balasan pada saya kerana pernah melukai hati insan lain dulu.. hidup ini putaran roda kan.. moga suatu hari nanti, kebahagian menjadi milik saya yang hakiki..  kadang-kadang terdetik juga kat hati.. its ok, what you give, u will get back.. and then, as usual.. my angel friends.. which is Dyanah Amin, akan berkata

"tak baek aida mendoakan dia mendapat balasan.. baik ko doakan agar dia di ampunkan ALLAH.. itu yang sebaiknya"
apa pun yang terjadi antara saya dan dia.. ikhlas saya maafkan.. kerana selagi saya tidak memaafkan, selagi itu saya tidak tenteram.. apa pun yang berlaku juga.. saya tidak akan pernah serik untuk bercinta lagi.. cinta itu kan indah.. cuma kadang kala sahaja ianya menyakitkan.. tapi buat masa ini.. mungkin saya perlu berehat dan merawat luka dulu.. doakan saya sembuh ok.. dan juga.. doakan juga hati saya yang rapuh ini akan kuat sekuat tiger!






sekali saya dah sayang seseorang
susah untuk saya cari sebab membencinya

Tuesday, 7 December 2010

aida

aida

in arabic it means 'keberuntungan' and reward
in latin it means distinguished and helpful
in italian it means happy
in japaneese it means in between

Friday, 3 December 2010

kawan kawen kawan

kawan saya mahu kawen
kawen dengan kawan saya
thee hee heee
shweetkan?
Kawan kawen kawan
may hapiness always be with u all
after this dah tukar status, tak leh la kita nak berjimba slalu
tumpang happy untuk kamu orang

Thursday, 2 December 2010

cik aida kembali!

cik aida
telah meng 'active' kan kembali blognye
kesian kalian yang rindu pada bebelan cik aida
(^___^)v
sorry okeyh..
atas beberapa kesulitan yang di hadapi, tu yang cik aida menyorokkan bebelanku ini pada umum
kini, setelah di renung dan di pikir2kan..
tak de guna pon nak sorokkan bebelanku ini
ini ruang cik aida.. ruang untuk cik aida membebel
menyuarakan rasa hati tanpa perlu bersembunyi
menyuarakan rasa hati yang kadang kala tak dapat nak di ungkap melalui kata-kata
rasa hati cik aida hanya boleh di baca melalui ruangan ini


so to all the readers, happy reading okeyh


Tuesday, 30 November 2010

love?

cik dyanah amin berkata pada saya


"saya ada sorang kawan.. Matanya bulat-bulat.. Hidungnya kecil dan mulut macam tweety.. Dia suka tertawa, dia suka marah-marah.. Dia suka cakap lepas.. Suka buat benda tak pikir akibatnya..
Tapi hati dia sangat lembut.. Kelebihannya tak terungkap.. Tapi kelemahan dia hanya satu.. Iaitu CINTA.. Satu benda yang cukup buat dia hilang arah and hilang semua kelebihan.."


and i stood down and realise

yes.. I can be very stupid when it come to love..
I can turn to someone else when it involve with love..
I will do anything just for my love..
I cant think wisely when im in love..
Love really changes me..
When i said 'i love you'.. I really meant it.. And i will do anything for it.. Sometimes i can be silly and i always hurt my self because of love.. I was scared to not be loved.. Thats why i will do anything for love..
When i love someone, i will accept him the way he are.. He doesnt have to change much for me. I just need his love, care and a bit of attention.. No matter how bad he is before and after.. I will accept him like the way he are.. In one condition, that he love is for me..

I know that love is hurt.. Loving someone is really hurt.. But im not afraid to fall in love again.. Even i know that my heart is too fragile.. I can get really hurt because of love.. I still need love..

For the one who i gave my heart to, love me as the way i am.. Im not perfect.. But your love make me feel almost perfect.. Im not pretty or gorgeous, but i hope i look sweet in ur eyes.. I want nothing, except your care and love.. Im a loyal lover, so please dont be afraid to get dumped.. Heee~.. Because, as long as u know how to handle my heart with care, my heart and love will always be yours..

Monday, 29 November 2010

bengkek!

owh!
Sangat siot taw!!!
Sape yang on FB cik aida ni!!
Ish.. Bengang tahap maksima ni..
Dah elok2 ku deactivate FB tu
sapo lak yg gatal tangan g onkan balik!
Siot la cenghini!!!

Sunday, 28 November 2010

hati ini sudah rapuh

hatiku dah tak sekuat dulu lagi
usah bermain dengan kata
kalau masih belum bersedia
usah disandarkan harapan
kalau masih belum nampak jalannya
usah biarkan aku terbang terlalu tinggi
kelak jatuh, yang parahnya aku nanti
usah jadikan aku seperti bunga ditepian jalan
yang boleh kau petik dan buang sesuka hati
tapi, ibaratkan aku
seperti bunga di atas pergunungan
yang sukar kau petik dan sayang dibuang
aku punya hati dan perasaan
bukan simpati yang aku pohon
aku hanya inginkan kasih sayang
dan mungkin secebis pengertian dan kejujuran
aku hanya gadis biasa
yang kau cukup faham
gadis yang tidak sempurna
kelemahan ku terbukti dengan jelas
aku bukan gadis sopan, apatah lagi calon gadis melayu
aku bukan gadis ayu, apatah lagi calon model
aku hanya gadis biasa yang tidak sempurna
aku sukar dijangka, cerewet, garang dan manja
aku protective dan juga sensitive,
terima aku seadanya andai kau betul2 dah bersedia
aku tak betah terima kekecewaan buat kali yang seterusnya
kerana seperti yang telah aku nyatakan
hatiku dah tak sekuat dulu lagi

Saturday, 27 November 2010

simptom domam?

ouch..
Mula merasakan
tidak sedap di tekak..
Gatal di hidung..
Hilang deria rasa..
Pale macam piung-piung..
Adakah ini simptom sudah mahu demam?
Owh no no no
katakan tidak bahawa aku
tekena jangkitan cacar ayor cik syamimi?
No no no
tak sanggup i kena cacar ayor tu..
Owh plizzz.. Jgn!

Ya Allah ya Tuhanku, kau berikanlah aku kesihatan yang baik..

facebook

hari ni, saya dgn rasminya dah deactivate my facebook account. Well, maybe it is for temporary.. Maybe juga permanently.. Tgk la dulu either cik aida nak activate balik or tidak..

Mase saya wat keputusan nk deactivate, ade few people (especially cik dyanah amin), tak setuju.. They all cakap, tak payah la nak deactivate.. If dah bosan skali pon, tak perlu log in lagi.. Tapi cik aida tetap nak deactivate juga.. Bukan ape, bila kita deactivate, kita taw yg kita dah tak de kaitan dgn si mark zuckenberg tu lagi! Haha.. Tp kalo skadar just tak online, account tu still ade lagi..

Mesti kalian semua tertanya2, what makes cik aida deactive her facebook account kan? Ntah la.. Jawapan cik aida, simple je.. Bosan mungkin!

Bukan ape, cik aida dh tak larat la dgn facebook.. Bace status org yg asek tak puas hati dgn kehidupan masing2.. Status org yg asek sebok ber MLM.. Status org yg dok maki2 org laen.. If tak puas hati, ckp direct je la dgn org tu.. Tak perlu kot nak perli2 org tu kat status sendiri.. Besides, cara penulisan status kita tu sendiri mengambarkan siapa kita yg sebenarnya.. Lagi satu, cik aida dh penat naj tgk gambar2 si dia.. Si polan.. Si awak.. Si situ.. Dan sebagainya.. Hahaha.. Jeles? Mungkin.. Cik aida pun punya hati dan perasaan juga taw.. N skang ni, hati cik aida tersangatlah rapuh.. Bila2 masa boleh terguris..

Besides, cik aida banyak dah makan hati pasal facebook ni.. Dah tak larat dah nak makan hati gara2 facebook ni.. Kang ade message macam ni la.. Gambar macam tu la.. Komen yang begini la.. Wall post yang begitu la.. And bermacam2 lagi.. Owh.. Hati cik aida tak cukup kuat dah untuk semua tu.. Facebook ni slalu mendatangkan salah faham.. Dari salah faham, tercetusnya perbalahan.. Dari perbalahan terjadinya perpisahan.. Erm.. Sakit taw!

Tu blom kire dgn kawan2 cik aida yg gila lagi.. G on facebook cik aida, tulis status yang ntah ape2 kat profile cik aida.. Pastu send message yg bukan2 kat sape2 ntah.. Yg kena nye cik aida.. Sebab guna account cik aida kan.. Ish ish ish... Tak baek taw korg wat cik aida macam ni! Berjuta ayat cik aida explain nati pon, org tak percaya,. Org igt cik aida nk cover line or tegakkan benang yg basah.. So veryyy not good okhay!

Facebook? Ntah la.. Mmg cik aida jumpa byk kawan2 lame.. Tgk perubahan mereka.. Perkembangan mereka.. Tp ntahlah.. Cik aida mula berfacebook since 2005.. Dh 5 years pown.. Mungkin dah rasa bosan kowt di situ.. Nak maen game2 dia lak.. Owh.. Sungguh tak larat okeyh!

So kawan2 sme.. Jangan rindukan cik aida okeyh di facebook tu.. Insya Allah, if cik aida nk online facebook balik, cik aida gtaw semua k.. For the time being.. Biar je la facebook cik aida tu tak de.. Tapi blog cik aida ni kan ade.. Hehehe..

Tapi, cik aida mula berfikir-fikir untuk memprivate kan pula blog ni.. Okeyh dok? Hahaha.. Mungkin cik aida mahu bersembunyi dari dunia siber.. Tapi, cik aida rase, tak de sape kowt yg akan rindu cik aida di dunia siber ni.. Hehehe.. Kalo ade pon, maybe sorg dua je kowt.. (owh cik dyanah amin, i know u'll be missing me) hahaha..

Oklah ye reader sekalian, t pape.. Cik aida update lagi okeyh kat sini..

Mmwaxs mmwaxs..

Friday, 26 November 2010

promises

i ain't pretty
i ain't smart
i ain't gorgeous
i ain't perfect

i cant promise
to be like a girl next door
to dress like a top model
to walk like on a runaway
to think like an einstein
to talk like a politician
to behave like a first lady
to act like topstar

but

i can promise
to be there when you need me
to lend you an ear when want to tell stories
to lend you my shoulder for you to cry on
to lend you my heart for your shelter
to stay when you want to hold
to smile when you in doubt
to cry when you in sadness
to ease your troubles
to tell the truth with my eyes
to care, to love and to hold

because

my hapiness is yours
and your sadness is mine




my hapiness is your hapiness

untuk awak (v1.3)

saya dah pesan
hati saya ni rapuh
kenapa di retakkan?
kalau pecah nanti macam mana?
mungkin awak tak kesah
tapi saya sangat kesah

Thursday, 25 November 2010

aku ingin pergi jauh

inginku berlari
jauh dari semua ini
bebaskan aku dari belengu ini
namun semakin pantas hayunan kaki ini
seakan aku berpaling pada tempat tadi
lantas ku susun gerak kaki
agar terus berlari
tanpa menoleh ke belakang lagi
namun mengapa
kaki ku seakan kaku begini?

Wednesday, 24 November 2010

aku, semesta dan awak (v3.0)

awan mendung itu datang lagi
seakan turut menemani
hati saya yang kelam dan sepi
kilat mula menyinari dan
guruh mula bernyanyi
seakan memahami gelora di hati
lalu hujan turun memabasahi bumi
berkongsi tanggis dengan diri ini

air mata yang menitis di pipi
tiada siapa yang menyedari
kerana hujan itu telah menutupi
sesak di hati
tiada siapa yang peduli
kerana guruh itu lebih lantang berbunyi
dan aku sendiri
melayan perasaan hati

awak (v3.0),
hadirlah lagi di hati ini
jangan pernah menyepi

Tuesday, 23 November 2010

dulu dan kini, ku pilih yang kini

dulu aku ada dia
kini yang ku ada hanya kamu

dulu yang ku mahu adalah dia
kini yang ku perlu hanya kamu

dulu dia memberi bahagia
kini kamulah pemberi bahagia

dulu dia yang pertama
kini ku harap kamu yang terakhir

dulu di hatiku ada dia
kini kamu yang miliki hatiku

dulu adalah sejarah
kini kamu yang bernama cinta

yang dulu ku simpan rapi
yang kini ku jaga sepenuh hati

Monday, 15 November 2010

believe

i believe in karma
and ALLAH's fate
for what you give you'll get back
just the matter of time

i believe in my self
for what have i done
for whom had i became
for where I've been go thru

people may assume
people may predict
people may talked
but they never been in my shoes
they never felt what i felt
words are easy to described
but ain't easy as what they did

i live
i learn
in a good way
and i bad way
got lots of experiences
what money cant buy

mari ke sisiku

Kenapa manangis di sana
Mari ke sini
Ku pinjamkan bahuku
Lepaskan sesak itu
Alirkan air matamu
Bebaskan ia
Tidak akan aku bersuara apa-apa
Hanya menjadi pendengar yang setia
Lepaskan ia
usah disimpan
akibatnya kau yang merana
mari di sisiku

Monday, 8 November 2010

riang ria hati

bintang hati
bersinar
membawa pelangi

lucky

Do you hear me? I'm talking to you
Across the water across the deep blue ocean
Under the open sky, oh my, baby I'm trying

Boy I hear you in my dreams
I feel your whisper across the sea
I keep you with me in my heart
You make it easier when life gets hard

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Ooh ooh ooh

They don't know how long it takes
Waiting for a love like this
Every time we say goodbye
I wish we had one more kiss
I'll wait for you I promise you, I will

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again

Lucky we're in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

And so I'm sailing through the sea
To an island where we'll meet
You'll hear the music fill the air
I'll put a flower in your hair

Though the breezes through trees
Move so pretty you're all I see
As the world keeps spinning 'round
You hold me right here, right now

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again

I'm lucky we're in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

Ooh ooh ooh
Ooh ooh ooh, ooh

Thursday, 4 November 2010

untuk awak (v3.2)


awak,
tadi awak hadir,
sekarang awak dah pergi.
kenapa sekejap saangat awak singgah?
kenapa mesti awak berlalu pergi?
kenapa hadirnya cuma sementara?
kenapa tak kekal dalam hati saya?
saya tahu, awak pergi sekejap je kan??
nanti awak akan pulangkan?
awak hilang sekejap
supaya nanti bila awak pulang
saya akan menghargai awak
kan?? Kan?? Kan??
tak pe la awak.. Saya tunggu awak datang lagi ye
awak jangan lupa saya taw

merindui awak yang bernama kebahagiaan
(^______^)

untuk awak (v3.1)

untuk awak
terima kasih kerana sudi singgah
mewarnai hati saya




riang ria

hati ku kini
berlagu nada riang
(^____^)v

Monday, 1 November 2010

keinginan

owhhh
sungguh teringin melihat permandangan

matahari terbit di Bukit Broga
dan
matahari terbenam di Bukit Ampang


siapa sudi bawak saya?

nanti saya belanja makan
aiskrim cornetto show your love

shweet tak?
hehehehe

untuk awak (v3.0)

awak..
mane awak pergi?
puas saya cari awak..
kenapa awak bersembunyi?
keluarlah..

saya cari awak dekat di tepi pelangi
saya cari awak di atas mentari
saya cari awak sana sini
tapi awak masih bersembunyi

datanglah awak
hilangkan resah saya


(awak yg di maksudkan adalah kebahagian)

Saturday, 30 October 2010

untuk awak (v2.2)

awak,
telah ku simpan segala memori bersama kita
dalam lipatan kenangan sejarah
yang takkan terungkap lagi
oleh masa depan

awak,
benar awak cinta saya yang pertama
dan selamanya akan kekal begitu
namun, awak bukan cinta terakhir saya
dan redhakan saya mencari cinta terakhir saya

awak,
usah dibuka kisah silam
tak perlu kita menjaja cerita
umpama membuka pekung dada
segalanya saya maafkan dan halalkan
harap awak juga begitu

awak,
kisah kita tak seindah novel cinta
namun, saya akui saya pernah bahagia
walau hanya untuk seketika cuma

awak,
kini saya pergi dari awak untuk selamanya
untuk mencari cinta saya

Wednesday, 27 October 2010

tutup mulut anda!

kau bisa omongkan apa saja yang kau fikirkan
namun hakikatnya, kebenarannya hanya aku, dia dan yang Esa sahaja yang tahu
tak perlu aku membuka pekung di dada
dan bercerita buruk serta mengaibkan dia
dia pernah hadir dalam hidup aku
dan aku hormati dia.. walaupun hatiku dia sakiti

salahkah aku kalau aku punya penganti sekalipun
salahkah aku cuba mengecap bahagia yang telah terhapus sekian lama?
salahkah aku bila cuma memulakan suatu hubungan yang baru?
ajal maut jodoh pertemuan bukan urusan kau
tapi masih lagi kuasa Yang Maha Esa
tak perlu kau berbicara umpama aku ni tak pernah terkesan
oleh perhubungan yang gagal itu
kalau dia bisa mempunyai penganti aku tika kami masa bersama
mengapa aku tidak bisa mempunyai penganti disaat kami sudah tiada apa-apa?
jangan menuding jari mengatakan aku yang tak setia..
aku kenal siapa dia.. aku kenal luar dalamnya.. aku tau baik buruknya
aku yang pernah lalui semuanya dengan dia
memang benar dia pernah membahagiakan aku
tapi apalah gunanya lagi bila sayang tu dah tiada
bukan aku.. tapi dia

tak perlu aku senaraikan apa yang terjadi antara kami
yang dan berlalu dan lepas aku simpan dalam memori
yang baik dan elok aku simpan rapi
yang sakit.. aku cuba untuk memaafi
dia juga manusia.. tak pernah lepas dari kesalahan
sama juga aku dan juga kau
aku maafkan dia.. aku halalkan segalanya.. namun kepercayaan tu dah TIADA
tiga tahun aku butakan hati dan mata
namun petunjuk yang diberi oleh Maha Esa sudah jelas nyata
kenapa aku masih menidakkannya?

jangan membuat andaian membabi buta
jangan hanya nampak kesalahan aku sahaja
kau punya mata untuk menilai.. itu memang hak kau
tapi kau tidak mempunyai hak untuk menjatuhkan hukuman pada aku
kau tak punya kuasa untuk berkata-kata macam aku ni tiada rasa

cukup!!
tutupkan mulut!!

Tuesday, 26 October 2010

quit playing game with my heart

permainan hati ni

BESAR risikonya

Qur'ani untuk hati

"...Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu
dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. "


Surah Al Baqarah
Ayat 216

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat
sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami,
serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.

Surah Al Baqarah
Ayat 286

Monday, 25 October 2010

super something

you'll see
im better
im faster
stronger
im happier
when YOU by my side



siapakah YOU yang di maksudkan itu?
honestly, tiada siada sekarang ni

Sunday, 24 October 2010

catatanku

Awan Awan Menghitam
Langit runtuhkan dunia
Saat aku tahu
Kenyataan menyakitkan
Mengapa semua menangis
Padahal ku selalu tersenyum
Usap air matamu
Aku tak ingin ada kesedihan
Burung sampaikan nada pilu
Angin terbangkan rasa sedih
Jemput bahagia di harinya
Berikan dia hidup
Tuhan terserah padaMu
Aku ikut mauMu Tuhan
Ku catat semua ceritaku
Dalam harianku

Artist: Melly Goeslow ft Baim

to whom it may concern

"to all who might know me and him"


i would like to confess something

yes.. we broke up
and yes.. im single now
the 3 years 3 weeks relationship
ITS OVER

the reason why its happen
MAYBE we are not meant to be together

he used to be part of me
he used to be in my heart
and i wont said anything bad about him

for those who doesnt know what actually happen
you can put the blame on me
its ok.. i dont mind
(^_^)


im in healing process
and this is not easy

Saturday, 23 October 2010

Friday, 22 October 2010

an end

forgetting you is hard to do
cause someway and somehow
you will crossed my mind

letting you go is hard to do
cause half of my heart wont let it go
even i tried hard

no matter how tough i turn to
no matter how cheerful i can be
deep inside my self, its just too fragile

this crush have too come to and end

seeing u happy is all i wanted to do
even my heart cried

Wednesday, 20 October 2010

untuk awak (v2.1)

dia sebahagian dari saya
dia ada hati saya
dia yang saya puja
dia yang saya ingin selamanya


dia CINTA PERTAMA saya


tapi sayang.. dia sudah tiada
dia yang pertama namun bukan yang terakhir

Tuesday, 19 October 2010

Sunday, 17 October 2010

sesak

saat ini..
waktu ini..
tika ini..

aku memerlukan seorang

untuk berbual
untuk menghilangkan rasa sesak
yang mula menguasai jiwa

soalan membunuh

saya taw umo saya dah 24 tahun
mmg dah beso panjang dah pon
kalo ade jodoh ade laa
tak de jodoh nak wat camne
semua orang nak kawen.. sape yang tak nak
tapi kalo dah tak de yang nak masuk meminang
what else can i say?
takkan nak pakse orang kawen ngan saya lak?
plus.. saya ni blaja pon tak abes lagi
takkan nak suh wat thesis sambil kendong anak lak?
aduyaiiii.. cuba letak tempat awak kat saya
even saya ni ade boipren..
tapi lom tentu lagi dia jodoh saya sampai ke akhirat
saya pon tataw apa akan berlaku esok lusa

so sekian terima kaseeyyy

Thursday, 14 October 2010

bila hati ini berbicara

kita bisa menipu insan lain
tapi kita tak boleh tipu hati sendiri
tak boleh nak sembunyikan apa yang tersirat dihati
sebab ia mesti terzahir oleh mata
walau bagaimana kuat kita berusaha
kata hati sendiri memang tak boleh di nafi




macam mana saya nak tipu hati saya sendiri?

jangan ikot orang kata

orang dok kate
"cinta tu buta"

agak nye pasal tu la orang asek dok meraba-raba
pastu kuar baby dok buang merata-rata



orang dok kate
"cinta memerlukan pengorbanan"

agaknye pasal tu sanggup korbankan maruah diri
mengikut nafsu semata-mata


orang dok kate
"cinta itu gila"

agaknya pasal tu la ramai bunuh diri
bila frust dalam bercinta


orang dok kata itu ini
tapi kenapa nak ikot org kata?
kita kan ade akal
fikirlah sendiri

jangan ikot kata hati
sebab kata hati kadang2 kala di kaburi dengan nafsu
itu yang orang dok kata
ikot hati mati

jangan ikotkan rasa
sebab orang len belom tentu rasa apa yang kita rasa
itu yang orang dok kata
ikot rasa binasa

ikotlah akal fikiran yang waras
yang bukan di kaburi oleh nafsu
yang bukan di bayangi oleh orang kata
kalau masih belom tahu
istikharah la.. itu yang terbaik


"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

Tuesday, 12 October 2010

for you

you never cross my mind
i did not like you
i did not want you
i wouldn't cry if you left
i wouldn't live for you
i wouldn't do anything for you
and
i would choose my life rather than you
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
this is because
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
you never cross my mind
because you always on my mind

i did not like you
because i love you

i did not want you
because i need you

i wouldn't cry if you left
because i would die if you left

i wouldn't live for you
because i would die for you

i wouldn't do anything for you
because i would do everything for you

and

i would choose my life rather than you
because you are my life

(^_^)v

anda tanya, saya jawab

mood: kaunter pertanyaan

silalah tanya saya apa-apa sahaja

Monday, 11 October 2010

selamat malam

malam
saat nya orang melabuhkan tirai
melelapkan mata setelah seharian bekerja

malam
unggas dan cengkerik mula berbicara
mengalunkan irama yang meruntun jiwa

malam
sepi tanpa bicara
hati mula berkaca

dan aku
masih di depan skrin ini
menyiapkan bebanan tugas yang diberi


selamat malam semua

Sunday, 10 October 2010

10 10 10

10 10 10
its just a date tho
what so special about that?

10 seconds ago
i am posting this article

10 minutes ago
im eating nan cheese at hakim

10 hours ago
im watching hindustan on tv3

10 days ago
i went to Bukit Fraser

10 months ago
im wrting this article

10 years ago
i am 14 years old i make lots of mistakes


and im auto posting this article
on 10/10/10 at 10:10

(^_^)

the SHE

You MAY NOT be her first, her last or her ONLY
she loved before and she may love again
but if she love you know, what else matters?
she's not perfect, you aren't either
and the two of you never can be perfect together
but if she can make you laugh,
cause you to think twice
and admit to being human and making mistakes
hold onto her and give her the most you can
she may not be thinking of you every second of the day
but she will gave you apart of her which she know you can break
HER HEART

so, dont hurt her, dont change her and dont analyze her
dont expect more than she can give
smiles when she make you happy
let her know when she makes you mad
and miss her when she is not there

Saturday, 9 October 2010

ayuh mengorak langkah

tanpa menoleh kebelekang
ayunan kaki di susun untuk maju ke hadapan
dengan semangat dan tekad yang baru
semoga di berkati perjalanan ini
agar penuh dengan kegembiraan
bukan lagi kedukaan

Thursday, 7 October 2010

insya Allah

don't despair
and never loose hope
cause Allah is always by your side
Insya Allah


no matter how hard life turn to be
no matter how down that you feel
everything that happen is on the Allah's will
pray to HIM to get better
pray to HIM to be better
HE always listen


and as a thought for my own self
never questioned what life bring or brought
because Allah know what is the best for US

Wednesday, 6 October 2010

khas untuk kak kerry

untuk kak kerry
yg suka makan kari
selepas bace ayat2 di sini
sila senyap2 okeh
lepuk sat gi!!
issshhh! minah ni

untuk yang len2
kalo nak taw sape si kerry ni
dia ni tukang bagi gaji
tapi bukan pakai duit sendiri
pakai duit kompeni
hihihihihi..
so kalo ujung bulan dia lah yg paling bizi
hari - hari len?
ellehh.. dia bizi men FB
tak pon sebuk dengan dia nye BB
lalalalala~
tapi dia ni bek hati
sket laa.. tak banyak pown!

nak kenal ke ngan kerry ni
bleyh je.. ni haa gambo dia
sila la kenal! tu pon kalo dia nak layan

amacam!! cun kan!!
hahahahaha


Tuesday, 5 October 2010

kata hati kata jiwa


bicaraku pada sang awan
redupkanlah hatiku yang duka

menariku dengan sang hujan
segarkanlah tubuhku yang tak berdaya

tertawanku dengan sang bintang
sinarilah jiwaku yang sepi

saya dah tak larat lagi

duhai hati
tenanglah

duhai diri
sabarlah

duhai minda
rehatlah


sesungguhnya
saya dah tak larat lagi

Saturday, 2 October 2010

surprise

its been 3 year for you and me
and here a simple surprise from me to u
simple but nice to remember
isn't it?


cupcakes ordered here
thanks to him for the delivery and nice cuppies

\(^_^)/

Tuesday, 28 September 2010

untuk awak (v1.0)

awak
janganlah mengugat hati saya
aduyaiii.. saya ni fragile orangnye
jangan lah berkata-kata begitu
nanti kalau saya betol2 jatuh hati macam mane
kesian kat si 'dia' nanti
tibe-tiba saya lari tinggalkan 'dia'
hanya sebab saya dah angaw kat awak
ishhh... jangan la sampai begitu
kita kan kawan
sampai bila-bila pon akan tetap kawan okeyh
awak jangan la berkata-kata begitu
memberi ayat-ayat yang boleh
membuatkan jantung saya berdegup kencang
pipi saya kemerahan
semuanye jadi tak keruan
seperti yang saya kata tadi
saya ni fragile orang nya
tolong ye..
(^_^)/


**untuk cik diyanah amin, kalau anda tahu siapa 'awak' yang di maksudkan tu.. sila DIAM-DIAM saja.. depan saya pon jangan berkata APA-APA ok.. saya ni FRAGILE orangnye**

Monday, 27 September 2010

3

3
the odd number

3
the magical number

3
'you and me'


280907 - 280910
its been 3 years

full with
3 magical words
-i love you-

and sometimes filled with
3 killed words
-i hate you-

full with
3 emotions
-love + miss + happy-

sometimes filled with
3 feelings of
hatred + annoyed + furious

3 years we been thru
the journey filled with lots of obstacles
but
3 years we been together
i learned lots

thank you *awak*




**saya sayang awak.. awak tolong jaga saya baik2 okeyh.. nanti saya lari tinggalkan awak nanti**

Saturday, 25 September 2010

forgive

we easily forgive people
because
we still want them in our live


i forgive but i wont forget
all the mistakes that u ever made
it doesnt meant that i will talk about it
but just as a caution to me for the next time
i forgive but i wont put the trust
like i used to do before
i doesnt meant that i dont trust u at all
i just wont to be hurt again

yes
i forgive
and yes
i want you in my life
but please dont take me for granted
coz i am ordinary human dat do has heart and feeling
i cant promise that ill always be there
when things happen more than twice

Wednesday, 22 September 2010

feelings




"Feelings don't die easily
coz we keep feeding them with memories.
That's exactly the reason why it's so hard to move on"




take by Diyanah
Quote by Nina

Tuesday, 21 September 2010

the rest of my life

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever II`ll be there for you

Tuesday, 14 September 2010

Some Things Are Felt

Some things are felt
and not spoken
and when i want to ask for them
i CANT
and if you do them
after i ask for them
then there's no use

some things are felt
and not spoken
that hurt in the heart
but it doesnt show
and i stay tired of all the time
between telling you or not saying a word
i CANT tell you to change your whole approach of loving me
or have some jealous towards me
or surprise me once and bring me a gift
or to let me live and see something i didnt expect
i CANT tell you to make the world a more beautiful place in my eyes
and change things in me
no matter how close you are to me or from me
i CANT tell you the way i WANT our life to be
you SHOULD know by yourself

sometimes it appears that i have stayed quiet
and calmed down, pleased, and gotten used to it
this doesnt mean that you think i have given up
and sometime you feel that i have gotten bored of this
though im just hiding the tiredness
oh my love, dont let me reach a stage where i'd say
"i wish i had spoken and said something"




Monday, 13 September 2010

how i wish

how i wish i didnt know you
then i wouldnt love you

how i wish i didnt love you
then i wouldnt need you

how i wish i didnt need you
then i wouldnt think of you

how i wish i didnt think of you
then i wouldnt hurt my self



but after all
how i wish i met u earlier
then i would love you more
need you a little longer
think of you all the time



loving you is the best thing i can do
i hope you felt the same way too
but if you dont,
please tell me the truth
so i can heal my heart earlier
before i fall more deeper in love

10 Things I HATE ABOUT YOU

  1. you got a very good looking until other tries to get your attention
  2. you were too cool till i cant argue no more
  3. you always tell me the truths went sometimes i just want to hear a bit lies
  4. you always care about me until i cant be independent
  5. you always there for me until i cant felt lonely
  6. you always said that u love and miss me until i felt nothing with those words
  7. you put me on the first when sometimes i want to be your last
  8. you hurt me by letting me think and missing you the whole day
  9. you dont said too much when i want to hear your voice

and last but not least
the MOST reason why i HATE you is..


10. you let me fall in love with you.. and this love became stronger and stronger each day..

love

i became

too protective
too sensitive
too emotional

just because of love




i dont love you like i did yesterday
because i love you more than yesterday

Wednesday, 18 August 2010

red DEVIL

lately ni
bila sedang keretaku menyusuri jalan raya
and ade la dua tiga keta yang agak
NO MANNERS
ntah mane dapat lesen ntah
and persamaan diantara kenderaan2 yang
NO MANNERS ni ialah
mereka mesti ade pelekat RED DEVIL tu
memang sesuai sangat la tu
bawak keta cam DEVIL tu yg sokong RED DEVIL tu

owh..
kepada penyokong RED DEVIL yang len
yang tiba terasa puting beliung dalam badan dengan statement ni

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN

hua hua hua

Thursday, 12 August 2010

ramadhan

ramadhan tahun 90an...

saya masih teringat lagi.. saat memula belajar puasa.. ya amppunn.. sangat susah.. sudah terbiasa makan.. tetiba ibu suh pose.. ookk oww.. tapi stendad la kan.. pose bebudat kochik ni.. pose yang yang yok.. tp saya tak bukak periuk okeyh!! saya minum air dalam kolam mandi / dalam bilik air je.. hak hak ha.. time pose tu, air dalam bilik mandi tu la yang palingggg sedap skali.. sungguh!! tak tipu.. kalo nggak caya, iyaa.. silakan cuba.. hi hi hi.. dedolu time sekolah rendah kan ke sesi petang.. so balik sekolah je, sampai umah dalam 6.30pm.. time tu dah nak berbuka pose dah pon.. tapi saya dulik ape.. mase mandi tu, mesti nganga mulut kat shower.. nyumm nyummm.. delicious sungguh.. macam rase air ribena.. pastu dah abes mandi, pura-pura pose and buat muka toya.. pastu dapat pujian sebab berjaya puasa penuh.. hua hua hua..

pastu time cuti.. petang2 dapat la sorg rm2.. rm2 time tu agak besar okeh!! dapat duit, mesti g stesen minyak mobil then bli air tin.. pas buka pose, minumm and tersandar kekenyangan air.. =P.. sungguh gembira saat itu.. tak perlu pikir ape..


ramadhan tahun 2000an...

fhuiiihh.. time ni, sangat heaven.. almaklumlah otak dah pandai memanipulasi.. pendek cte, otak menipu!! kih kih kih.. and dat time pon dah baligh la katakan.. so pompuan kan ade cuti seminggu.. tp kadang2 dengan sengaja nye ganjakkan sampai 10 hari dan keatas.. jahat sungguh saya ni.. tp gantinye sangatlah malas..

masih ku teringat lagi, saya pernah dengan selamba nye meminum air di khalayak ramai okeh!! dat time nk g shopping raya la katakan.. so ape lagi.. Jalan TAR le tujunya.. kan ke panas.. ramai orang.. penat tok sah cite lagi.. almaklumlah, adik beradik ade 6 orang.. so kena la pastikan kesemua nya dapat!! and semua nye agak cerewet memilih.. muka den ni kan ade cam amoi jual sayur.. dat time pon masih belum berhijab.. rambut kaler maler lagi.. so dah penat memilih.. dengan selamba ku tonggang air di tengah-tengah jalan TAR tu.. ade gak la org dok pandang.. tp pandangan biasa je.. mungkin dalam hati mereka berkata, "amoi ni mmg kurang sopan".. hahaha.. tu belum lagi saya dengan selamba pergi fast food dan mengorder nya.. pergi ke kedai runcit membeli air.. wahaha.. sungguh kurang sopan diri ni..

ramadhan tahun ini..

moga di berkati setiap tugasan yang di jalani dan kehidupan yang di lalui.. moga di limpahkan rezeki yang Halal dan berkat.. aminn..

dan juga berazam, tidak mahu memonteng puasa dengan sengaja!! (Mampukah??)