Sunday, 26 December 2010

semoga esok

semoga esok
yang kelam menjadi terang
yang kusam berubah warna
yang hilang berganti baru
yang resah kembali tenang

semoga esok
memberi seribu kebahagian bagi yang merasa kesedihan
memberi seribu makna bagi yang hilang pedoman
memberi seribu pengertian bagi yang kehilangan
memberi seribu kesabaran bagi yang mengalami kelukaan

semoga esok
tiada lagi tangisan
tiada lagi kedukaan
tiada lagi kekecewaan
tiada lagi kelukaan

semoga esok
lebih indah dari semalam
lebih bercahaya dari hari ini

semoga esok
aku kan tetap di sini
meniti kehidupan
dengan senyuman

Friday, 24 December 2010

life is about making mistakes

life is about making mistakes
keep on making your mistakes
Your mistake does not define who you are
but it defines your possibilities
once you make mistakes by mistakes
Be thankful because it will teach you valuable lessons
Yes, mistakes are painful when they happen,
but years later a collection of mistakes are called experiences
If you have made mistakes, even the serious ones,
there is always another chance for you.
failure is not the falling down but the staying down
Picking up the pieces when they fall
begins a journey to living a new with love, courage, and hope for a bright future.
When you make a mistake, don't look back at it long.
Take the reason of the thing into your mind and then look forward
Mistakes are lessons of wisdom
The past cannot be changed
The future is yet in your power

i am me

Accept me as I am-I have no guarantee.
A claim to perfection I have not.
Perfect I cannot be.
I, like you.....am human.
Prone to make mistakes.
Failure is not a character flaw,
Just a part of the human makeup.
I live, I laugh and I also learn.
My knowledge is incomplete.
I am searching all the time,
in waking hours as well as sleep.
I have a long road to travel,
as well as you do.
We learn our lessons on the way.
Wisdom we shall acrue.
Accept me as I am
Because I am ....me.
And You are you.
No one like me in the world.
That is my only guarantee.

Thursday, 23 December 2010

my 'teringin' list (ep.2)

teringin mempunyai sebuah kediaman yang terletak di tepian pantai
dengan pepohon nyiur melambai-lambai
angin bayu berpuput lembut
owhh.. sangat heaven okeyh!
bebas dari pekikan hon! dan juga asap noda ibukota!
pernah juga berangan untuk punya kampung seperi itu
sebab saya ni budak bandar! 


ingin membeli Toyota Corolla Altis tu
gila smart seyh! sudah lame mengidamkannya
agaknya bila la boleh dapat tu
terasa diri sungguh cun kalah model dunia apabila memandu kereta tersebut!
bonda! boleh tak nak mintak keta ni as my birthday present yg ke 25?
OMG! im getting OLD!


lately ni sangat obsessed dengan product FOSSIL
yes i am..  sangat-sangat gila nak dapatkan semua yang di atas
looks at the design okeyh! sangat gojes bukan!!
berusaha untuk mendapatkannya juga.. 
sambil berfikir-fikir di dalam otak dan membuat bajet
(handbag = RM549, pouch = RM237, sunglasses = RM149)
makan biskut jagung je la tuk 5 bulan ni gamaknya! 
(^_____________^)


nak iPhone 4 ni!!
sangat best untuk dipegang okeh.. dan sangat best untuk bermain games!
tapi ada orang tak bagi saya beli.. nanti dia jeles!
(T______T ')
dia cakap sama saya
"semua yang aku suka.. mesti ko suka.. pastu ko yang dapat.. aku tak pernah dapat"
owkkk owww... ayoooo.. saya tataw.. rezeki! hek hek hek
ye la.. saya takkan dapatkan la iPhone ini.. untuk menjaga hati kamu.. 



disebabkan tak boleh nak beli iPhone 4 tu... 
maka saya nak yang ini la!! Xperia X10!!
mahu dan mahu dan mahu!!
bonda belikan yang ini juga ye untuk saya
anakanda mu ini kan tak pernah beli HP guna duitnya sendiri
dan anakanda mu ini tak rasa nak beli guna duit sendiri pula
macam lagi best je kalau guna duit bonda itu..
ahahahaha.. bleyh la.. bleyh la.. plzzzzzz 
( O_______o ) <--- puppy eyes!



mahu mendapatkan sepasang red stiletto ini!
pasti akan membelinya juga suatu hari nanti
tak mahu warna lain.. mahu warna ini juga
merah itu berani.. dan merah itu juga auuuwwwmmm!
saya rasa sungguh menawan bila sepatu ini disarungkan ke kaki ku yang pendek ini
aahhh.. tak kira.. tak kira.. mesti mahu juga kasut merah ini!


okeyh!! cukup stakat ini sahaja teringin list saya
nanti kang kalau list banyak-banyak
tak termampu nak menunaikannya!
hik hik hik




p/s:
kepada sesiapa yang tatau nak bagi saya hadiah apa untuk saya,
nah, saya dah listkan.. sila dapatkan untuk saya
ekekekekeke~

hush hush now!

pergi
main jauh-jauh
usah dekat lagi
pergi
tak mahu lihat kamu lagi
tak mahu kamu muncul lagi
ya
aku menghalau kamu
di sana ada pintu keluar
pergi

Wednesday, 22 December 2010

pelangi

pernah tengok pelangi?
chantek bukan..
ada tujuh prisma warna
setiap warna punya keindahan yang tersediri
merah + jingga + kuning + hijau +biru + nila + unggu
dulu-dulu masa time sekolah, cikgu ajar satu ayat untuk ingat tujuh warna pelangi
"mat jenin ke hutan bawa nasi ulam"
atau
"michael jackson kena halau balik india utara"


pernah dengar mitos mengenai pelangi?
kata orang, bila pelangi muncul jangan tunjuk guna jari, nanti jari akan kudung
kata orang lagi, di hujung kaki pelangi punya harta karun yang menimbun
namun pernah anda terfikir di mana penghujung kaki pelangi itu?
pernah punya angan-angan untuk berjalan di kaki pelangi?


pelangi itu sangat indah
terhasil dari proses pembiasan antara cahaya matahari dan air hujan
tak sentiasa ada di dada langit
dia hanya akan muncul di waktu petang dan lenyap di waktu senja
bukan hari-hari ada.. cuma kadangkala..
indah untuk dilihat.. namun mustahil untuk digapai


kaitkan pelangi dengan kehidupan
sama-sama indah namun indah itu hanya sementara
kaitkan pelangi dengan harapan
kadang-kadang ia ada, kadang-kadang ia hilang
kaitkan pelangi dengan mimpi
cantik, namun tak boleh di gapai
kaitkan pelangi dengan realiti
wujudnya ia  secara tiba-tiba dan pergi di saat kita belum bersedia

pelangi hidup saya?
indah.. sangat indah.. cuma kadang-kadang ribut melanda
pelangi hati saya?
tiada.. sudah lenyap di mamah senja
pelangi impian saya?
sukar di gapai, namun ianya bukanlah mustahil



p/s:
kaitkan pelangi itu dengan anda
apa yang anda jumpa?

Monday, 20 December 2010

yang tersirat di sebalik yang tersurat

seindah suria di pagi hari
membiaskan cahayanya di segenap alam
menerangi bumi yang sebelumnya kelam
membekalkan tenaga bagi yang bernyawa
seterang rembulan yang mengambang
di tengah awan waktu dinihari
membuatkan pungguk kerinduan
menjadi igauan setiap perawan
secantik pelangi di waktu senja
melatari indah di dada langit
dengan tujuh prisma warna
sekelam similis merah
dengan bayu berpuput lembut
dedauanan berayun perlahan
dengan lenggok yang sungguh mengasyikkan
membuat kita terpana dengan indahnya alam semesta
namun, usah di lupa
seterik mentari di ufuk timur
membawa bersama haba yang membara
segelap malam tanpa purnama
membuat kita teraba-raba
pelangi yang indah tak sentiasa ada
namun terlalu cepat hilang dari pandangan mata
bayu berpuput lembut, tandanya ribut
setiap yang indah pasti ada duka
setiap yang cerah pasti akan kelam
setiap suka tersematnya luka
itulah dia

KENANGAN!

Tak sentiasa indah.. Tak sentiasa duka
ada yang bahagia.. Ada yang membawa luka..
Kenangan itulah memori kita
yang sukar untuk dipadam dari kehidupan kita

siapa dia?

siri mari mengenali siapa Aieyda Nazri yang sebenarnya

  1. seorang yang sangat sensitif dan mempunyai hati yang mudah tersentuh dan sangat-sangat mudah terluka. maka, perlulah berhati-hati menjaga hatinya sekiranya hati nya itu di amanahkan pada anda untuk menjaganya.. hati yang dia punya hanya satu.. dan tersangat rapuh kerana sudah punya banyak kesan parut.. 
  2. seorang yang agak independent. kurang gemar meminta bantuan orang lain dalam menyelesaikan tugasannya. atau barangkali dia seorang yang tidak percaya pada hasil kerja orang lain. sebab itu dia tak suka orang lain menyiapkan tugasan dia. sekrianya dia menyiapkan tugasan orang lain pula, dia akan start dari mula.. dari kosong.. 
  3. seorang yang sangat sangat sangat cerewet.. dan juga agak teliti dalam certain-certain hal.. ada sahaja yang tidak kena di mata dan hati dia.. senang cerita, amat sukar untuk memenuhi kepuasan hati dia.. 
  4. seorang yang kata-katanya agak lepas.. dan kadang kala dia sangat lantang bersuara.. mungkin dia sudah pekak sehingga tidak mendenagr suaranya sendiri sebab itu suaranya agak kuat?. dia juga sering melontarkan kata-kata tanpa menyedari perkataannya itu menhiris hati insan lain.. terlalu jujur dalam memberikan pendapat.. sehingga orang terasa pedih.. sayang, kadang-kadang.. kenyataan itu memang lebih pahit.. tapi berkata manis namun tidak jujur, bukankah lebih pahit?
  5. seorang yang agak penakut untuk menaiki jejantas.. sering mendapat bayangan bahawa jejantas tersebut akan jatuh sewaktu dia meniti.. dan apabila jejantas itu jatuh, dia akan di langgar pula dengan kereta yang memandu dengan laju di bawah jejantas itu.. owh.. penangan terlalu banyak menonton Final Destination agaknya..
  6. seorang yang cukup cukup kurang sabar.. tidak suka menunggu orang.. dan tidak suka perkara2 yang dia rasakan, 'ishh.. lembab sungguh"... sedang berusaha meningkatkan tahap kesabaran.. namun sering kali gagal.. waiting is just hurting bagi dia.. namun, ada satu benda yang membuatkan dia sanggup tunggu.. iaitu ...... (dirahsiakan)
  7. seorang yang mempunyai kulit yang agak pelik.. sensitif nya sungguh lain macam.. tidak boleh terkena air hujan dan juga air klorin (swimming pool).. kelak kulitnya akan memerah dan gatal-gatal.. juga tidak boleh cuaca yang terlalu sejuk.. nanti kulitnya juga akan memerah.. itu susahnya jadi orang berkulit cerah ni.. ekekekeke.. 
  8. seorang yang agak jimat untuk di bawa g makan.. tidak perlu membawa dia makan seafood.. kerana dia allergic pada udang dan ketam.. dia juga tidak makan produk2 tenusu melainkan yogurt dan cheese sahaja.. seorang yang alah pada susu apatah lagi bau susu sudah cukup memualkan dia.. dia juga tidak makan benda-benda yang lembik-lembik seperti kuey teow.. seorang pengemar cendawan dan juga ayam!.. pernah mengidam mee goreng mamak dan pernah menangis apabila pesan mee goreng mamak tapi yang sampai adalah mee goreng biasa.. ahahahaha... 
  9. seorang yang agak emosional.. jiwanya sering terusik.. dan apabila ia terusik.. ia akan mengeluarkan bahasa-bahasa pujangga yang jarang orang gunakan pada zaman moden ini.. apabila moodnya sedang terusik, dia akan mengelamun.. termenung.. dan berada di alam fantasi.. sukar untuk menariknya ke alam realiti.. kerana dia suka terbang terlalu tinggi.. sebab itu dia sering kali berada di dalam keadaan yang parah apabila jatuh.. 
  10. seorang yang mudah percaya pada seseorang.. mudah memberikan kepercayaannya pada insan lain.. lantaran itu, dia sering kali tertipu dengan janji-janji manis dari bibir seseorang terutamanya pada lelaki.. tidak tahu mengapa, dia mudah mempercayainya.. lantaran itu, usah berjanji dengan dia sekiranya belum pasti untuk menunaikannya.. kerana dia akan menagih janji tu.. dan kelak dia akan sangat terluka apabila janji tinggal janji.. kesiankan lah dia.. kerana hatinya sangat rapuh.. 
  11. seorang yang sangat manja.. apabila manja nya itu datang.. memang rasa cam nak penyepak pon ade.. kerna manja nya itu kalh budak umo 5 tahun.. kadang2 manjanya itu amat merimaskan.. kadang2 dia sendiri tataw yang dia seorang yang manja.. tp kawan dia mengatakan dia seorang yg manja.. in a good way or in a bad way, kena lah tanya kawan dia tu..
  12. dia bukanlah seorang pemandu yang berhemah.. sering memandu dengan cara yang agak bahaya.. memandu dengan laju walaupun ketika jalan licin.. dia seorang yang suka membunyikan hon dan merasakan pemandu lain bawak kereta ntah hapa-hapa.. padahal dia yang kurang sabar dan tak boleh bertolak ansur dengan pemandu lain.. dan yang paling tragis, dia seorang yang buta arah.. sering kali sesat di jalan raya.. meskipun menggunakan GPS.. owh.. sungguh kasihan kan dia.. seringkali tertipu dengan GPS nya itu.. dan juga.. dia amat bebal sekiranya orang menunjukkan arah dengan mengatakan kiri dan kanan.. kerana dia sering kali terlupa dan juga KONPIUS mana satu kiri dan mana satu kanan.. itulah kelemahan dia!
  13. seorang pecinta agung.. ahahaha.. siyus tak tipu ni.. sering kali kalah dalam soal yang berkaitan dengan hati dan perasaan.. seringkali buta dalam soal yang melibatkan cinta.. tidak dapat berfikir dengan waras, tidak dapat membuat keputusan dengan wajar dan sering kali tewas dengan cinta. seorang yang mudah jatuh cinta namun cintanya hanya satu dalam satu-satu masa.. seorang yang sangat setia sehingga kadang kala menjerat dirinya sendiri.. dan seringkali merana disebabkan cinta.. kesian kan dia!!

terlalu banyak lagi untuk menerankangkan siapa dia yang sebenarnya.. kehidupan yang dilaluinya hampir mencecah suku abad.. tidak cukup ruangan untuk merungkaikan siapa dia yang sebenarnya.. 

sekiranya ingin tahu yang baik-baik mengenai dia, tanyalah sahabat dia
sekiranya ingin tahu yang buruk-buruk mengenai dia, tanyalah musuh dia



p/s: dia ada musuh ke? 
musuh dalam selimut?
atau musuh terang-terangan?
apa salah dia?
sehingga dia mempunyai musuh?
anda ada jawapan nya? 

Sunday, 19 December 2010

hidup umpama perlumbaan

hidup ini umpama suatu perlumbaan
perlumbaan balapan
tapi bukan 800m namun berbillion kilometer
cuma yang berbeda,
perlumbaan ini punya banyak persimpangan
perlu bijak memilih laluan yang tepat
agar tiba di garisan penamat dengan selamat
namun andai kata laluan yang di ambil tersasar
usah mengeluh, kerana
kita berpeluang mengutip pengalaman di laluan itu
siapa tahu ianya kelak berguna pula
di laluan yang akan kita tempuhi nanti
dan
kenapa perlu mengalah
bila perlumbaan masih belum bermula
kita masih lagi di garisan permulaan
masih lagi sedang bersiap sedia
tembakan itu masih belum dilepaskan lagi
lalu mengapa perlu menarik diri?
Takutkah menghadapi kemungkinan
bahawa nanti bukan kita yang pertama
tiba di garisan penamat itu?
Selagi belum mencuba, mengapa perlu berundur?
Mengapa perlu menarik diri?
Walaupun kekalahan di pihak kita
namun kita telah mencuba
bukannya berputus asa
cuba sedaya upaya, agar suatu hari nanti
kemenangan di pihak kita
siapa tahu bukan?

Thursday, 16 December 2010

my 'teringin' list

setiap insan kepingin untuk melakukan sesuatu
yang kadang kala unik dan antik
namun impian hanya tinggal impian
bila niat di hati tidak kesampaian
dengan harapan suatu hari nanti
ianya menjadi suatu yang realiti
tak salah bukan menyimpan angan
tak salah bukan menyulam mimpi
agar keinginan hati itu dipenuhi?

Diri ini punya beberapa teringin list
yang masih belum tertunai
dan harapkan agar ada insan di sana
yang sedang membaca itu
mampu menunaikan mimpi-mimpi ini menjadi realiti

diri ini begitu kepingin untuk ke stadium bola
menyaksikan perlawanan selangor atau malaysia
terjerit dan bersorak ria bersama penyokong lain
owhh best nye riuh rendah itu!

Diri ini begitu kepingin untuk memancing
kata orang hanya orang yang sabar sahaja
yang mampu bertahan
dan diri ini begitu teringin menguji kesabaran itu
kerana sememangnya diri ini kurang sabar
siapa tahu diri ini berjaya bawa pulang sekilo ikan!

Diri ini begitu teringin melihat sunset dan sunrise
menikmati keindahan alam
menghirup embun pagi
kerana diri ini sangat suka tidur dan tak boleh tak cukup tidur
jadi bagaimana mahu melihat matahari terbit?
Bila bangun sahaja matahari sudah meninggi?

Diri ini begitu teringin skali
duduk di tepian pantai
ditemani unggun api dan bunyi ombak
diselangi dengan petikan gitar yg bernada romantis!
Namun, diri ini tidak pandai bermain gitar
tambahan pula tidak manis berembun di dinihari

diri ini begitu teringin untuk bercuti di sebuah pulau
dimana tiada akses ke dunia luar
tiada talian internet mahupun telefon
yang ada hanya diri sendiri dan semesta
melepaskan lelah dari masalah dunia
yang kadang kala amat sarat dalam hati

diri ini ingin melihat insan disekelilingnya bahagia
walaupun dia terpaksa mengalirkan air mata
asalkan mampu mengeluarkan tawa di hati mereka
kadang kala ianya amat renyah dan agak merana
namun, andai itu boleh bikin bahagia
diri ini akan pujuk hati supaya redha

diri ini begitu teringin untuk dapatkan kembali
teratak yang pernah membahagiakan
teratak tempat dia mengenal dunia
membesar dari kanak-kanak kepada remaja
teratak yang dulu adalah harta pusaka
namun tak mampu dipertahankan oleh keluarga
teratak yang terletak di petaling jaya
punya banyak rahsia dan cerita

diri ini hanya mahukan secebis bahagia
yang kekal untuk selamanya!

sahabat kesayangan yang juga sahabat terulung

mereka


batman + turtle + montel +blurry + gangget + kumek
not in the picture (due to some reasons)
rina + dayana


kalian ada sahabat terulung
tempat berkongsi segala cerita
teman ketika suka dan duka
kalian merupakan sahabat kesayangan
yang memang tidak ternilai harganya
yang wujudnya hanya satu antara berjuta
tidak mampu di tukar ganti
kerana setiap dari kalian adalah unik
dan punyai sifat yang tersendiri
sungguh terasa bertuah dan untungnya diri ni
kerana punya kalian dalam hidup
di saat jatuh dan bangun
kalian tetap utuh di sisi
terima kasih kerana sudi menjadi sahabat kesayangan
selagi nyawa di kandung badan
harap persahabatan ini kekal abadi

selak sahaja lembaran baru

tutup cerita semalam
buka lembaran baru
kalau perlu
beli buku yang baru
coretkan kisah yang indah sahaja
yang lara?
campak sahaja ke bahagian prakata
kerana hanya di lembaran itu
orang kurang membaca
lembaran baru ini
penuhkan dengan riang tawa
agar yang membaca turut merasa senang dan gembira
memberikan senyuman pada insan lain
bukankah satu amalan yang mulia?
tidak perlu penulis merubah diri..
biarkan tetap menjadi seperti yang dulu..
kerna itulah adalah kamu!
tamparan yang hebat? jadikan panduan!
agar pipi tidak lagi lebam menerima tamparan seterusnya
luka di hati memang boleh diubat
tapi akan tetap meninggalkan parut
walau di lumur sedozen bio oil skali
parut itu tetap utuh! sebagai peringatan untuk meniti hari depan
persetankan apa kata mereka
bukan mereka yang menyuapkan nasi kemulut kau!
bukan mereka yang menyediakan makan pakai kau!



teruskan mencoret di lembaran yang baru itu..
sehingga buku itu penuh..
dan kalau perlu, beli sahaja buku yang baru..
buku yang lama, simpan sahaja dalam stor..
ataw mungkin, boleh dihantar ke pusat kitar semula?
satu kilo 40 sen.. ok kan!

Wednesday, 15 December 2010

5000 viewer!

hoorey!!
♥bebelanku♥ sudah mencapai 5000 di view oleh kalian semua
tak sangka, ramai gak yang membuka dan membaca ♥bebelanku♥ ni
since 2006 and now dah nak penutup 2010
4 years old dah usia ♥bebelanku♥ ni rupanya
nak bagi adiah ape ye?

heart saying that

sometimes i felt strong but sometimes i felt too fragile..
Sometimes im letting IT go, but sometime i just want to hold..

Only Allah knows what is the best for us. Fragile doesnt mean you weak and vice versa.
-Khariah Othman-

Just learn something yesterday... Eggs was fragile and soft after adversity in life its become hard dan solid same goes with the potato.. from hard to soft. So in this life, after all what happens, you will agility or blend with life and adapt to it due to your strong innerself that you have cultivated thru ur life for 24 yrs. I noe you can go thru this life if you put your mind to it. Love you and will always love you forever..
-Mom-

Tuesday, 14 December 2010

used to be

i used to be a love fighter
now, love is just not my concern matter


Friday, 10 December 2010

frustrated

today, 10/12/10
result examination keluar
and i was so damn frustrated
bila tengok i have to repeat 2 paper..
owh common.. it means i got to take 3 paper + thesis kowt next sem

today, 10/12/10
he suppose to gave me an aswer
rather than left me hanging like this.. its really hurting me..
keep on thinking for a questions without an answers

yes.. i was so damn frustrated today.. 
yes.. i was so damn down today..

mom said:
Anyhow this yr you gone thru bad weather so its not a bad actually just 2 papers only. Do sit down and think what is the best things to do to overcome this failure. I always noe you will perpertually come out of this. You have a strong will power.

and i replied:
2010 is really not a good year for me.. force myself to be strong.. but at certain time.. im just too fragile.. but i know, no matter what happen.. i still got u, family n my besties..

and once again mom replied:

Takpe I noe you can do it. Life is not easy when its comes to feeling of love. Cinta yg buat kita buta hati utk menilai kebaikan dan keburukan nyer. Even me at this age still unable to decide when it comes to love. Am being stupid childish and an idiot to the extend of this. Tapi ibu tabik spring kat awak coz you manage to overcome this.
and once again i replied:

thanx.. twice heartbreak in a row for this year.. really make me down

and mom replied:

Ateh.. ada hikmah di sebalik nyer. Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul. Am always be by us side whenever you need me

and mom.. you makes my tears fall down.. i know i got a very good mom.. who always know what i felt.. who always comfort me whenever im unease.. thanks mom

Thursday, 9 December 2010

aku, awak(v1.0) dan awak(v3.0)

banyak benda yang terpendam dalam hati cik aida ni.. kadang-kadang ianya tak dapat nak diungkapkan melalui kata-kata.. namun yang pastinya, ianya memang terzahir di mata.. cik aida bukanlah seorang yang pandai menyembunyikan rahsia hati.. jujur dikatakan, cik aida jenis 'transparent' orangnya.. apa sahaja yang di rasa di hati, pasti akan terpamer di wajah.. bila dah tak suka tu.. memang jelas ketara terpamer di muka.. sama lah juga kalau cik aida suka, bosan, tak de mood, marah, sedih dan sebagainya.. bukan sahaja ianya terzahir di mata.. malah turut kadang kala terkeluar melalui kata-kata..

" aida tu kalau ada masalah memang tak boleh simpan untuk diri sendiri eyh? nampak betul di wajahnya"

itu yang dikatakan oleh cik dyanah.. petikan ayat dari kakak sepupunya.. ermm.. memang kak, saya memang tak reti nak simpan raut wajah saya ni.. nak2 di saat saya sedang rapuh..


orang boleh melihat.. memberi nasihat.. memberi pendapat.. membantu saya membuka mata dan membuka hati.. memberi kata2 perangsang.. namun, ianya terpulang pada diri saya sendiri untuk bertindak.. untuk berfikir yang terbaik bagi saya sendiri.. saat ini memang saya sedang rapuh.. saya cuba mencari kekuatan saya kembali.. but at certain part, i was so damn weak.. kadang-kadang, saya bertanya pada diri sendiri.. kenapa aku? kenapa aku yang jadi mangsa? kenapa hatiku terus-terusan di sakiti? dan seolah2 saya sudah mempersoalkan qada dan qadar illahi.. namun, apabila saya sudah kembali tenang.. saya sedar, semua yg jadi ade sebab dan akibatnya.. mungkin ianya balasan untuk saya kerana pernah menyakiti hati insan lain dulu.. mungkin balasan pada saya kerana pernah melukai hati insan lain dulu.. hidup ini putaran roda kan.. moga suatu hari nanti, kebahagian menjadi milik saya yang hakiki..  kadang-kadang terdetik juga kat hati.. its ok, what you give, u will get back.. and then, as usual.. my angel friends.. which is Dyanah Amin, akan berkata

"tak baek aida mendoakan dia mendapat balasan.. baik ko doakan agar dia di ampunkan ALLAH.. itu yang sebaiknya"
apa pun yang terjadi antara saya dan dia.. ikhlas saya maafkan.. kerana selagi saya tidak memaafkan, selagi itu saya tidak tenteram.. apa pun yang berlaku juga.. saya tidak akan pernah serik untuk bercinta lagi.. cinta itu kan indah.. cuma kadang kala sahaja ianya menyakitkan.. tapi buat masa ini.. mungkin saya perlu berehat dan merawat luka dulu.. doakan saya sembuh ok.. dan juga.. doakan juga hati saya yang rapuh ini akan kuat sekuat tiger!






sekali saya dah sayang seseorang
susah untuk saya cari sebab membencinya

Tuesday, 7 December 2010

aida

aida

in arabic it means 'keberuntungan' and reward
in latin it means distinguished and helpful
in italian it means happy
in japaneese it means in between

Friday, 3 December 2010

kawan kawen kawan

kawan saya mahu kawen
kawen dengan kawan saya
thee hee heee
shweetkan?
Kawan kawen kawan
may hapiness always be with u all
after this dah tukar status, tak leh la kita nak berjimba slalu
tumpang happy untuk kamu orang

Thursday, 2 December 2010

cik aida kembali!

cik aida
telah meng 'active' kan kembali blognye
kesian kalian yang rindu pada bebelan cik aida
(^___^)v
sorry okeyh..
atas beberapa kesulitan yang di hadapi, tu yang cik aida menyorokkan bebelanku ini pada umum
kini, setelah di renung dan di pikir2kan..
tak de guna pon nak sorokkan bebelanku ini
ini ruang cik aida.. ruang untuk cik aida membebel
menyuarakan rasa hati tanpa perlu bersembunyi
menyuarakan rasa hati yang kadang kala tak dapat nak di ungkap melalui kata-kata
rasa hati cik aida hanya boleh di baca melalui ruangan ini


so to all the readers, happy reading okeyh