Thursday, 24 May 2012

Dugaan Semasa Bertunang

Kerap benar kita mendengar cerita mengenai dugaan bertunangkan? Apasal plak aku dok cerita pasal dugaan bertunang ni ya ? Sendiri mau fikirlah ya… Benarkah bila bertunang banyak dugaan… Rasanya ya… Tapi semuanya terletak pada diri sendiri jugak macam mana nak jaga sesuatu hubungan tu kan. Syaitan tu hanya menunggu masa je nak menghasut dan sesatkan manusia terutamanya dalam melakukan ibadat ke gerbang perkahwinan ni.

Antara lain dugaan yang akan berlaku dalam bertunang.


  1. Emosi diri yang tidak terkawal. Perkara yang kecik akan menjadi besar, sehingga pergaduhan terjadi. 
  2. Gangguan dari pihak ke-3. Jika sebelum bertunang, tiada siapa yang mendekati anda atau pasangan anda, namun bila da bertunang ni, tiba2 anda menjadi perhatian. 
  3. Masalah berkaitan kewangan. Anda dan pasangan asyik2 tidak dapat menyimpan duit. Duit ntah dibelanja ke mana. 
  4. Pengurusan hal perkahwinan juga boleh menimbulkan masalah. Anda ingin begini, tunang anda plak inginkan begitu. kan itu memeningkan kepala. 
  5. Tiba2 anda seperti tidak bersedia ingin berumah tangga. Perasaan ragu2 timbul setelah anda bertunang. Jika dulu tunang anda seorang yang tidak kuat merajuk, tiba2 dia ckit2 pun nak terasa. dan anda plak malas nak layan karenah.. ah boleh x keruan jadinya hubungan anda berdua.
  6.  Godaan nafsu sendiri. Dah bertunang bukan maksud dah dibolehkan melakukan benda yang bukan2.

Bagaimana mengelakkan dugaan bertunang menjadi lebih teruk?

  1. Pertama sekali, berdoalah kepada Allah semoga anda dan pasangan terpelihara dari godaan syaitan, berlindunglah kepada Allah. 
  2. Bersikap tolenrasi, bawa berbincang, jangan melepaskan amarah tak tentu pasal. Cuba bersikap mengalah, pujuk pasangan anda. 
  3. Bersabar sentiasa. 
  4. Setialah kepada tunang anda. Jika anda tiba2 diganggu oleh orang ke3, ingat pahit manis hubungan anda berdua. Ingat saat manis anda berdua. 
  5. Merancang perbelanjaan dengan lebih teratur dan sistematik. Jika anda dan dia bersedia dari segi kewangan, maka percepatkanlah pernikahan anda. 
  6. Siapkan mental dan fizikal anda. sentiasa berfikiran positif. Jika salah sorang dari anda terjatuh, bimbinglah dia agar hubungan anda akan dapat dipertahankan. 

Akhir kata, dugaan bertunang akan dirasai oleh semua orang, cuma yang membezakannya sama ada kecil atau besarnya dugaan tersebut. Kita pula haruslah pandai mengawal keadaan kalau timbul sebarang masalah di kemudian hari. Sebelah kaki da melangkah, tinggal sebelah lagi untuk memasuki alam perkahwinan. Maka, pertahankan dan bersabarlah atas dugaan yang diberikan.

No comments:

Post a Comment

Thanks for Reading (^_^)