Friday 30 September 2011

Tak Perlu Sedih Saat Anda Ditinggalkan!

‎"tak ada sape pun boleh tolong kau lepas kau dah kena faktab melainkan diri kau sendiri. yang kau nak nangis lama-lama tu buat apa. ekceli, yang menfaktabkan kau tu, tak bagus pun kalau nak dibandingkan dengan soul mate kau yang kau akan jumpa nanti. so dressed up lawa-lawa. mana tau, esok esok jumpa dengan soul mate kau !"   - Terfaktab


Terfaktab merupakan asimilasi slanga dari perkataan 'fucked-up' yang menerangkan tentang seseorang dalam 'stuck' atau 'get/have a problem' pada satu keadaan.

Dari 'fucked-up', sebutannya menjadi FAKTAB setelah di normalisasi-kan dengan accent English masyarakat Latin serta di eja dengan menggunakan tulisan rumi.

More : http://terfaktab.blogspot.com/

Jodoh itu Suatu yang Misteri

bertanya seseorang
"bagaimana kita nak tahu, si dia yang tercipta untuk kita?"

kata aku,
kau tidak akan tahu.
mungkin hari ini kau dan dia berpacaran lalu menikah
bahagia sehingga ke liang lahad, ertinya dialah tulung rusuk kiri kau
barangkali juga kau berpacaran lalu menikah
namun bercerai saat sudah bercucu tiga, dan kau menikah dengan yang lain
ertinya sebelum ini dia bukan tercipta untuk kau kah?
bagi aku.. kau tidak akan tahu sama ada dia kah yang tercipta untuk kau
sama ada dia kah pasangan kau di taman firdaus kelak
esok, lusa dan akan datang.. bagi aku suatu yang misteri
barangkali hari ini kau bermusuh.. siapa tahu esok kalian menikah?
barangkali hari ini kau mabuk bercinta dengannya, siapa tahu esok kalian berdua berpisah
jodoh itu suatu yang misteri! dan ianya kerja tuhan!
dan kita sebagai manusia biasa, teruskan mencari dan berdoa padaNya
agar diketemukan dengan pasangan kita yang sebaiknya..

sekiranya dia dapat menerima segala keburukan kau
dia sentiasa ada di saat kau jatuh dan berada di bawah
walau apa jua yang berlaku di sekeliling, dia masih pertahankan kau!
nah.. mungkin dia yang tercipta untuk kau!
tapi, adakah kau yang tercipta untuk dia??
jodoh itu suatu yang misteri!

pengalaman aku?
pernah berpacaran dengan beberapa jejaka. dan setiap seorang punya kelebihan dan kelemahan sendiri
seperti juga aku.. manusia tiada yang sempurna!
tapi saat hati sudah suka, semuanya kita persetankan! asalkan bahagia itu milik kita
kadang-kadang orang bertanya lagi, "tiada lelaki lain ke yang kau nak jadikan teman?"
dan kata aku jauh di dalam sanubari, "apa kau boleh beri jaminan yang lelaki lain boleh bahagiakan aku seperti mana dia?"
mungkin dia bercakap lepas.. mungkin dia punya gurauan yang kasar
mungkin dia berkulit gelap.. mungkin dia tidak bijak..
mungkin kami tidak berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah
tapi saat itu dia yang membahagiakan aku
kalau tidak, takkanlah ada pepatah 'cinta itu buta'
tapi, jodoh itu suatu yang misteri!

lantaran itu, bagaimana perlu aku menjawab persoalan di atas?
untuk mengetahui sama ada dia yang tercipta untuk kita atau tidak?
satu jawapan yang selamat boleh aku berikan
tepuk dada tanya hati kau sendiri!

apa kau sanggup bersusah dengannya?
apa kau sanggup menerima keburukkan dia?
apa kau sanggup pejam mata menerima keburukan ahli keluarga dia?
apa kau sanggup mendengar cerita dan bebelan dia sehingga tua?
apa kau sanggup mengalas tanggungjawab dengannya?
apa kau sanggup menahan malu apabila orang mentertawakan dia?
apa kau sanggup menahan hati apabila dia dijadikan bahan jenaka?
apa kau sanggup memberi sokongan pada dia saat dia di hina?
apa kau sanggup membina keluarga bersama dia?

kalau kau sanggup, apa lagi yang kau nak risaukan!
belajarlah menerima seadanya
hidup dalam keadaan redha
soal jodoh, ketepikan dahulu
kerana ianya adalah suatu yang misteri!

Monday 26 September 2011

Tips Memohon Pekerjaan

saya tidaklah bijak sangat nak bagi tips untuk buat something. Lebih-lebih lagi if nak apply kerja. Tapi, semenjak bekerja di company sekarang ni, saya bertindak sebagai human resource dimana perlu mencari pekerja baru untuk di recruit. Dan hasilnya, peti email menjadi sangat-sangat penuh dengan pelbagai resume dari pelbagai jenis manusia.. saya hanya manusia, kadang-kadang tengah tengok resume anda tu tgh bad mood. pastu isi resume tak cukup mantap.. memang konfirm-konfirm saya letak dalam trash je resume tu. so, ini ada beberapa tips untuk anda yang nak memohon pekerjaan. Ianya bukan sahaja diaplikasikan untuk memohon pekerjaan di syarikat saya bekerja sekarang.. tapi boleh gak la di applikasikan untuk nak apply mana-mana kerja yang anda minat.. INGAT, resume anda adalah merupakan pengenalan diri anda!

1. Alamat Email
mungkin ada sesetengah orang, menganggap benda ini sesuatu yang remeh. Kadang-kadang orang tak ambil peduli pun. Tapi, tahukah anda alamat email anda melambangkan karakter anda sama ada anda seorang yang serius atau seorang yang mengambil mudah dalam sesuatu perkara. kalau boleh gunakan nama anda sebagai alamat email.. Cth : fatimah@yahoo.com.. and tolonglah elakkan menggunakan alamat email yang merepek seperti hitam_putih@gmail.com atau stoking.busuk@yahoo.com dan sebaginya!! percayalah... banyak resume yang saya terima menggunakan email seperti itu..

gunakan alamat email seperti itu hanya di laman sosial sahaja bukan sewaktu memohon pekerjaan!

2. Cover Letter
surat pengenalan sewaktu anda memohon kerja. cukup hanya surat yang ringkas dan padat. tapi janganlah terlalu ringkas seperti:

 "I saw your advertisement and i would like to apply this job"..

owh! memang terlalu ringkas cover letter budak bertuah ni! memang saya or majikan akan still bukak resume anda. tapi kami hanya akan baca sekali imbas, lebih-lebih lagi bila berpuluh resume masih menanti untuk di review! Seeloknya, biarlah cover letter anda tu menerangkan siapa anda, dari mana anda dapat tahu pasal kerja kosong yang ada and serba sedikit pengalaman anda! cukup sehelai muka surat.. janganlah sampai berkajang-kajang suratnya. Contoh cover letter anda boleh tanya Pak Cik Google!

Ada juga ramai yang membuat silap dengan tidak memberi langsung cover letter.. Just bagi resume je untuk direview.. Udahnya, mana kami nak tahu awak tu apply jawatan apa? Kadang-kadang satu syarikat tu dia iklankan sampai 2 atau lebih jawatan kosong. so, silalah maklumkan anda nak mohon jawatan apa!

3. Resume
anda boleh tanya Pak Cik Google cara menulis resume yang terbaik.. contoh resume dan sebagainya! Malahan Mak Cik Microsoft Publisher juga ada sediakan template untuk create resume. Cuma isi ruang kosong dan publish.. maka siap resume anda! itu kalau nak mudah la kan.. Resume ni lah yang memainkan peranan yang penting. Bagi saya, resume tu biarlah ringkas dan padat! tak perlu sampai 10 muka surat.. penat  orang yang nak review tu nak baca! and untuk makluman anda, resume saya HANYA SATU MUKA SURAT sahaja.. tak percaya? nak contoh saya boleh emailkan! hahaha..

Antara maklumat penting yang PERLU ada dalam resume anda ialah Nama, Alamat, No Telefon, dan juga UMUR.. mengapa umur ni penting? sebab ada certain syarikat dia dah ada range of age yang dia nak ambil bekerja atas pelbagai alasan yang dia rasakan perlu. lagipun, Age is Just a number kan?

Tak perlu letak no ic!! tak perlu letak no kwsp!! tak perlu letak no SOCSO.. maklumat tu tak penting. unless anda telah diterima bekerja, majikan akan mintak no tersebut dari anda! tapi tak payah letak that info dalam resume anda!

Bangsa, Agama, Berat Badan and Tinggi?? Ada sesetengah syarikat akan tengok maklumat ini.. tapi saya tidak! sebab saya percaya kebolehan seseorang itu bukan berdasarkan faktor ini.. unless kalau majikan saya just nak orang Melayu, potongan badan seperti model.. and yes!! info seperti ini diperlukan!

itu baru basic info. then terus kepada taraf pendidikan anda! Sila mulakan dengan taraf pendidikan yang tertinggi sekali bukan yang terendah! if anda ada PHd.. letakkan itu yang teratas sekali.. bukannya letak UPSR dahulu.. and one more, If anda dah ada PHd, so cukuplah taraf pendidikan anda yang anda senaraikan sampai diploma sahaja.. tak perlulah nak senaraikan dari PHd - MSc - Degree - Diploma - STPM - SPM - PMR - UPSR!! owhh cukup!! tidak perlu.. cukup senaraikan hanya 3 yang tertinggi!!

maklumat pengalaman pekerjaan!! ok ini juga maklumat penting.. sebab kami nak tengok APA PENGALAMAN yang anda ada.. cukup anda senaraikan Nama Majikan Terdahulu/Sekarang, Tarikh Mula/Berhenti dan sedikit pengalaman anda secara kasar. Tak perlu terlalu detail sehingga tugas membancuh air, fotostat dokumen, jawab telefon semua anda nak senaraikan.. Kalau boleh listkan skop tugas anda yang anda berpengalaman hanya berkaitan dengan jawatan yang anda nak pohon tersebut!

then additional info yang lain yang agak penting juga ialah, sama ada anda mempunyai lesen, anggaran gaji yang dipohon, kebolehan bertutur dan menulis dalam bahasa lain dan sebagainya. Untuk menyelamatkan resume anda, elakkan memberikan skala 1 - 10 dalam kemahiran yang disenaraikan.. Tapi gunakan skala Advance, Good, Moderate and Weak! itu yang sebaiknya..

4. Gambar
ini juga sangat penting.. ianya adalah merupakan perkara pertama yang di lihat dalam resume anda sebelum pembacaan di teruskan! Sila letakkan gambar di dalam resume anda! jangan biarkan resume anda berhantu kerana tidak mempunyai rupa..

dan bagi sesiapa yang letak gambar tu, letaklah gambar yang molek sikit. Elakkan menggunakan gambar yang membuatkan wajah anda kusam atau menggunakan gambar macam anda di paksa bekerja iaitu gambar muka yang langsung tak senyum and muka macam nak nangis!! owh come on!! nak kerja ke tak ni?

seeloknya, sila gunakan gambar passport! janganlah letak gambar macam profile facebook anda! oh my... jangan letak gambar yang anda tangkap sendiri (self-potrait) yang ditangkap di dalam kereta, di depan cermin, dari pandangan atas/bawah, gambar sedang berposing atau sebagainya!! simpan gambar tersebut hanya untuk tatapan anda sahaja!! melainkan anda sedang apply kerja di syarikat modelling, casting dan sebagainya!! please lah be alert pasal ni!!

5. Hanya Pohon Pekerjaan yang Anda Minat
jangan cuba untuk test-market dengan menghantar resume anda secara rawak. Apabila sesebuah syarikat terpanggil untuk mengadakan sesi temuduga dengan anda, sila berikan kerja sama. Kalau tiba-tiba anda kata tak minat, then kenapa at the first place anda pergi apply kerja tu?? tak ke menyusahkan!!

6. Facebook dan Google!
anda tahu tak kelebihan facebook dan google? dengan hanya memasukkan alamat email anda, segala mengenai anda bukanlah suatu rahsia lagi! percayalah tiada privacy dengan kedua laman sesawang ini! so, ini sedikit tips daripada saya..

JANGAN apply kerja / hantar resume anda dengan menggunakan alamat email yang sama dengan login id anda di dalam FB! sebagai contoh: email id fatimah_comel@gmail.com hanya gunakan sebagai login id laman sosial anda.. tapi kalau nak apply kerja or sent resume, gunakan alamat email fatimah@yahoo.com.. so ini secara tidak langsung boleh menyembunyikan profil FB anda daripada di kesan oleh bakal majikan.

JANGAN gunakan nama penuh anda sebagai nama penuh di FB! Sebagai contoh: Nama Fatimah Abu Bakar hanya gunakan di dalam resume atau apa-apa urusan rasmi sahaja! Tapi kalau di laman sosial, cukup letak nama anda sebagai Fatimah!.. Ini akan membuatkan majikan sukar mengesan yang mana satu profil FB anda!

anda mesti hairan apa kaitan FB dengan nak apply kerja kan! Tahukah anda, di FB segala rahsia mengenai anda boleh terbongkar.. gambar-gambar anda akan bebas di lihat serta cara anda update status, komen wall kawan-kawan anda dan sebagainya boleh mencerminkan keperibadian anda. Dan anda pasti tak nak urusan peribadi di campur adukkan dengan urusan kerja.. so, PRIVATEKAN laman sosial anda!


ok! itu serba sedikit tips dari saya yang selalu sangat me'review' resume orang. Nak pratikkan boleh, nak ignore pon boleh. =)

Friday 23 September 2011

kau vs nescafe, aku pilih nescafe!

diberi pilihan antara dua
kau dan nescafe!
dan aku  pilih nescafe!

sebab secangkir caffein mampu menenangkan aku di saat aku serabut memikirkan kau
sebab secangkir caffein mampu merangsang adrenalin di dalam saluran darahku
dan juga.. secawan nescafe punya buih yang halusssss.... =P

kau menarik wajah kerana aku memilih nescafe!

tahukah kau..

secawan nescafe memang menenangkan aku, tapi hanya sehingga titisan yang terakhir
tapi kehadiran kau mampu menenangkan aku sehingga nafas yang terakhir

memang aku memilih nescafe
tapi aku mahu kau yang membancuh nescafe itu

kalau aku hanya pilih kau, nanti aku tak dapat nescafe,
so bila aku pilih nescafe, secara tidak langsung aku turut memilih kau
kau = si-pembancuh-nescafe!

Thursday 22 September 2011

buat si peminjam yang tak paham bahasa


SIMPLE RULES OF LENDING


pandai pinjam, pandai la pulangkan! takkan si pemberi pinjaman nak kena tanya banyak kali dekat si peminjam 

(sila aplikasikan kepada semua jenis benda yg boleh dipinjam. e.g: buku, baju, kereta, bekas makanan hatta duit!)

p/s: nah amek CILI ni, pergi makan! dah terasa PEDAS nya?

kekurangan saya adalah kelebihan anda

pernah orang berkata,
untunglah kau berdarah kacukan
punya kulit yang cerah
punya rambut yang lurus
punya otak yang bijak
punya raut wajah yang tidaklah huduh sangat

tapi saya punya kaki yang pendek
punya mata yang sepet
punya hidung yang pesek
punya tangan yang tembam
punya perut yang boncet!

tiada siapa yang sempurna! (Nabi Muhammad s.a.w dikecualikan)
kelebihan saya mungkin kekurangan anda
dan begitu juga sebaliknya
kekurangan saya barangkali kelebihan bagi anda

anda mungkin tidak punya kulit secerah saya
tidak punya rambut selurus saya
tapi anda punya mata yang bulat dan bundar
anda ada rambut yang ikal mayang
raut wajah anda walaupun bukan persis model namun masih manis di pandang

bagi saya, kecantikan itu sesuatu yang subjektif!
dan bagi saya, setiap ciptaan illahi itu indah dan cantik!
mungkin tidak bagi saya, tapi bagi orang lain..
saya mungkin melihat di sudut yang berbeza dari anda

orang kata anda tidak cantik dan menarik?
senyum! sedekahkan pada dia..
dengan harapan hati dia menjadi cantik, secantiknya wajahnya itu!

Wednesday 21 September 2011

sekadar mahu tarikh yang bernombor cantik atau makna di sebaliknya?

PANDUAN PEMILIHAN TARIKH
berdasarkan kalendar hijrah

info lanjut di sini:

baru ku tahu 01/01/11
tarikh yang tidak baik untuk berkahwin
tapi ramai kan yang kahwin on that date
tak kurang juga, ramai yang pilih
11/01/11
tapi nasib baik on that date sesuai untuk kahwin
dan juga 11/11/11
sangat baik untuk semua hajat

bukan sekadar mahu nombor yang cantik untuk ditintakan di dalam walimatulurus
makna di sebalik pemilihan tarikh itu juga ada yang tersirat
terpulang kepada setiap individu nak percaya atau sebaliknya, 
tapi, yang kurang elok, di elakkan

sharing is caring

oh ye! cuma berkongsi ilmu yang di perolehi
saya belum nak cari tarikh untuk ditintakan walimatulurus saya

usah di tanya bila saya nak di ijab dan qabul kan
sampai waktu bila saya sudah meminta alamat
ertinya, sudah menghitung hari la tu!

Wednesday 7 September 2011

Kenapa Kadar Perceraian di Malaysia Tinggi?

saya telah ditugaskan untuk arrange interview session for my bos bagi mencari secretary cum PA. after saya letakkan iklan, saya terima banyak resume yang pelbagai ragam! then ada lah beberapa orang yang saya dah shortlist kan, and i did called for interview.. that lady did came.. she was 31st years old, divorced with 5 kids!

then, after that lady balik, my boss called me.. the conversation:

Bos : Why the rate of divorce in Msia are so high? 
Me : IDK. Im Single! 
Bos : But in ur point of view, what is the main reason they got divorce? 
Me : Maybe because of financial issues, scandals, cannot commit to each other and lack of understanding day by day 
Bos : In INDIA, the rate of divorce are very low! because we do believe, once you get married, then it will be end! If there is any problem in the marriage, by hook or crook u need to fix it, not BREAK it!

ok! mark my words yang dah di boldkan tu..

for me, i did agreed with him. If ada masalah or tiba-tiba terjadinya kurang persefahaman in marriage life, why should u break it? kan bagus if duduk berbincang and cari jalan penyelesaian.. try to fix it!

betul! saya belum lalui alam rumah tangga tu.. saya tak de apa-apa pengalaman dalam alam rumah tangga. mungkin benar bagi sesetengah pihak mengatakan saya tidak layak memberikan pandangan! *senyum*

if dah tak jumpa jalan penyelesaian, cerai je la! 
berpisah itu jalan yang terbaik bagi kedua nya! 
aku dah puas berkorban. cari penyelesaian. tapi dia masih begitu! dah tiada apa yang nak di pertahankan lagi. so apa yang terbaik, kami berpisah!
dia curang! aku tak mahu menjadi dayus.. maka aku talakkan dia!
sampai bila aku nak bertahan? kerja nya asik mabuk, judi, pukul! sebab itu aku tuntut fasakh!


ada macam-macam cerita di dalam sebuah rumah tangga.. sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri? (ok! ini lirik lagu P Ramlee)..

sebelum buat keputusan kahwin, kenapa tak fikir masak-masak? kenapa tak nak kenal pasangan anda betul-betul? kenal hati budinya.. kenal sifat luar dan dalamnya. kenapa tak nak berisikharah dulu?

sebelum kawen, baik buruk dia semua kau terima, sifat cemburu buta dia, sifat suka mengongkong dia, sifat suka membebel dia, sifat mudah naik tangan, mudah naik angin, mudah berpransangka.. sifat suka meminjam wang.. suka kan hiburan malam.. semua KAU BOLEH TERIMA SEBELUM KAHWIN.. kenapa selepas kahwin baru kau rasa tiada keserasian? tiada persefahaman? tiada hubungan kimia?

cinta itu buta!
cinta buatkan kau hanyut
cinta buatkan kau alpa
cinta buatkan kau gila!

oh maaf! saya masih bujang.. dan tiada pengalaman nak bicara lanjut mengenai isu ini! ini cuma pandangan sebelah pihak. sebab saya tak laluinya kan! tapi saya pernah berkasih sayang.. saya pernah bercerai kasih berputus sayang!.. maka, pandangan saya hanya dari segi sebuah ikatan perhubungan itu..

sewaktu sayang dan cinta menebal di dada.. kita menerima dia.. seikhlas hati.. dan sewaktu ada nya perselisihan faham, cubalah imbau kembali saat-saat manis yang pernah di lalui itu. kita manusia! tiada yang sempurna. sering buat salah dan silap.. kadangkala tersalah langkah.. kadang kala kita hanyut seketika.. tapi, ingatlah balik amanah yang telah di galas sewaktu terlafaznya ijab dan kabul dulu.

sikap saling bertoleransi.. saling memahami.. saling memberi.. saling memaafkan.. kadang-kadang sukar nak dibuat. tapi kalau sayang, tak mustahil kan? kalau dah rasa perasaan sayang tu semakin kurang, pergilah berdating balik! cari balik sebab kenapa-kau-yang-aku-pilih-sebagai-teman-di-syurga... pasangan anda tidak sempurna.. kekurangan dia mungkin kelebihan bagi orang lain sehingga membuatkan kau beralih perasaan.. tapi sematkan dalam hati, kau-juga-tidak-sempurna tetapi mengapa pasangan kau masih bersama dengan kau?

cuba ada rasa sifat SYUKUR dalam diri tu. jangan tamak nak berbini sampai tiga-empat.. dan buat sang isteri, jangan gatal nak berskandal kalau dah bersuami!


*mengharapkan biarlah saya kahwin sekali sahaja.. tidak mahu dua kali atau lebih..*

Tuesday 6 September 2011

Day #30


30 Days Challenge - refer it here

Day 30 – A photograph of yourself today + three good things that have happened in the past 30 days
******************************************************

Day 30 supposedly fall on September 3rd, 2011
and, the photo on that day was


wordless
no description!

THREE GOOD THINGS HAPPENED 

*berjaya puasa penuh sebulan ramadhan*

*usai fasa pertama dan menghitung ke fasa seterusnya*

*murah rezeki di bulan ramadhan*


Friday 2 September 2011

The Proposal



" will you marry me?... 'cause I'd like to date you."
 -andrew 

Day #29


30 Days Challenge - refer it here

Day 29 – Something you could never get tired of doing.
******************************************************


*doing something that i love*
and
*being with someone that i love*


fullstop!