saya telah ditugaskan untuk arrange interview session for my bos bagi mencari secretary cum PA. after saya letakkan iklan, saya terima banyak resume yang pelbagai ragam! then ada lah beberapa orang yang saya dah shortlist kan, and i did called for interview.. that lady did came.. she was 31st years old, divorced with 5 kids!
then, after that lady balik, my boss called me.. the conversation:
Bos : Why the rate of divorce in Msia are so high?
Me : IDK. Im Single!
Bos : But in ur point of view, what is the main reason they got divorce?
Me : Maybe because of financial issues, scandals, cannot commit to each other and lack of understanding day by day
Bos : In INDIA, the rate of divorce are very low! because we do believe, once you get married, then it will be end! If there is any problem in the marriage, by hook or crook u need to fix it, not BREAK it!
ok! mark my words yang dah di boldkan tu..
for me, i did agreed with him. If ada masalah or tiba-tiba terjadinya kurang persefahaman in marriage life, why should u break it? kan bagus if duduk berbincang and cari jalan penyelesaian.. try to fix it!
betul! saya belum lalui alam rumah tangga tu.. saya tak de apa-apa pengalaman dalam alam rumah tangga. mungkin benar bagi sesetengah pihak mengatakan saya tidak layak memberikan pandangan! *senyum*
if dah tak jumpa jalan penyelesaian, cerai je la!
berpisah itu jalan yang terbaik bagi kedua nya!
aku dah puas berkorban. cari penyelesaian. tapi dia masih begitu! dah tiada apa yang nak di pertahankan lagi. so apa yang terbaik, kami berpisah!
dia curang! aku tak mahu menjadi dayus.. maka aku talakkan dia!
sampai bila aku nak bertahan? kerja nya asik mabuk, judi, pukul! sebab itu aku tuntut fasakh!
ada macam-macam cerita di dalam sebuah rumah tangga.. sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri? (ok! ini lirik lagu P Ramlee)..
sebelum buat keputusan kahwin, kenapa tak fikir masak-masak? kenapa tak nak kenal pasangan anda betul-betul? kenal hati budinya.. kenal sifat luar dan dalamnya. kenapa tak nak berisikharah dulu?
sebelum kawen, baik buruk dia semua kau terima, sifat cemburu buta dia, sifat suka mengongkong dia, sifat suka membebel dia, sifat mudah naik tangan, mudah naik angin, mudah berpransangka.. sifat suka meminjam wang.. suka kan hiburan malam.. semua KAU BOLEH TERIMA SEBELUM KAHWIN.. kenapa selepas kahwin baru kau rasa tiada keserasian? tiada persefahaman? tiada hubungan kimia?
cinta itu buta!
cinta buatkan kau hanyut
cinta buatkan kau alpa
cinta buatkan kau gila!
oh maaf! saya masih bujang.. dan tiada pengalaman nak bicara lanjut mengenai isu ini! ini cuma pandangan sebelah pihak. sebab saya tak laluinya kan! tapi saya pernah berkasih sayang.. saya pernah bercerai kasih berputus sayang!.. maka, pandangan saya hanya dari segi sebuah ikatan perhubungan itu..
sewaktu sayang dan cinta menebal di dada.. kita menerima dia.. seikhlas hati.. dan sewaktu ada nya perselisihan faham, cubalah imbau kembali saat-saat manis yang pernah di lalui itu. kita manusia! tiada yang sempurna. sering buat salah dan silap.. kadangkala tersalah langkah.. kadang kala kita hanyut seketika.. tapi, ingatlah balik amanah yang telah di galas sewaktu terlafaznya ijab dan kabul dulu.
sikap saling bertoleransi.. saling memahami.. saling memberi.. saling memaafkan.. kadang-kadang sukar nak dibuat. tapi kalau sayang, tak mustahil kan? kalau dah rasa perasaan sayang tu semakin kurang, pergilah berdating balik! cari balik sebab kenapa-kau-yang-aku-pilih-sebagai-teman-di-syurga... pasangan anda tidak sempurna.. kekurangan dia mungkin kelebihan bagi orang lain sehingga membuatkan kau beralih perasaan.. tapi sematkan dalam hati, kau-juga-tidak-sempurna tetapi mengapa pasangan kau masih bersama dengan kau?
cuba ada rasa sifat SYUKUR dalam diri tu. jangan tamak nak berbini sampai tiga-empat.. dan buat sang isteri, jangan gatal nak berskandal kalau dah bersuami!
*mengharapkan biarlah saya kahwin sekali sahaja.. tidak mahu dua kali atau lebih..*
No comments:
Post a Comment
Thanks for Reading (^_^)