Wednesday 28 December 2011

Azam Tahun Baru

sana sini orang dah sibuk memperkatakan mengenai azam tahun baru..
tapi.. azam tahun ni sudah tercapai kah?

saya tidak pernah punya azam tahun baru..
rasanya azam untuk tahun 2011 adalah menyempurnakan azam-azam tahun yang lepas-lepas..
tapi.. rasanya tahun-tahun lepas pun saya tidak pernah punya azam..

bagi saya, tak perlu nak set kan azam tahun baru..
if u really want something, just go for it!!
aim for it.. and achieve it!!
dimana ada kemahuan, di situ ada jalan kan?

azam nak berhenti rokok? kenapa perlu tunggu tahun baru? berhenti je la skang!
azam nak pakai tudung? kenapa nak tunggu tahun baru? pakai je la skang!
azam nak kurus? perlu ke tunggu tahun depan.. esok pergi je jogging (okeyh... cakap diri sendiri! haha)..

azam saya lebih bersifat impian yang perlu dicapai..
seperti,
saya berazam untuk membeli kereta sendiri dengan duit sendiri before saya 25tahun..
Alhamdulillah.. impian itu terlaksana ketika saya berumur 23 tahun..
saya berazam untuk membeli rumah sendiri sebelum berumur 30 tahun..
Insya ALLAH.. saya sedang usahakan ke arah itu..
saya berazam untuk ada perniagaan sendiri sebelum saya berumur 40tahun..
Insya ALLAH.. juga sedang saya usahakan ke arah itu..
saya berazam nak kurus before saya kahwin..
ye lah.. ye lah... saya kuruskan badan skang!!

saya tak perlukan tahun baru untuk membuat azam baru..
if saya nak something, saya akan make sure by hook or crook, i will get it..
it is just a matter of time..
INSYA ALLAH..

Monday 19 December 2011

semalam, hari ini dan esok

dalam hidup ini, kita hanya akan melalui 3 fasa hari sahaja.

semalam
hari ini
esok

semalam adalah sejarah
kesilapan semalam boleh diperbaiki hari ini
agar esok menjadi lebih baik

apa yang dah jadi semalam,
harus dijadikan sempadan dan pengajaran
agar hari ini lebih bermakna
dan esok semakin mengembirakan

kisah semalam kita tutup dan simpan kemas-kemas
hari ini kita rencanakan untuk esok dan esok dan esok

Wednesday 14 December 2011

Menyintai tak semestinya memiliki

Love at First Sight



by CahayaKad

http://cahayakad.tumblr.com
http://cahayakad.fotopages.com
http://www.facebook.com/pages/cahayakad



hanya mampu melihat dan berangan sahaja laa~..
sangat 'out of budget' sesuai dengan kemewahannya..
owh.. jatuh cinta pandang pertama..
tapi menyintai tak semestinya memilikan kan.. 
alangkah indah kalau ada yang nak sponsor..
lebih RM2k for just a card?? yang lepas orang baca and will be throw away??
my ohhh my~

duduk diam-diam

kadang-kadang
aku diam sebab aku bimbang tersalah cakap

selalunya
aku diam sebab aku tak tahu nak cakap apa

kadang-kadang
aku diam sebab aku takut bicara aku menyentapkan

selalunya
aku diam sebab aku tak ada mood nak cakap

kadang-kadang
celoteh aku merimaskan
perkataan aku menyakitkan
nada aku menjengkelkan
ayat aku menikam kalbu
teras perkataan aku membosankan
isu yang di bicarakan memualkan
gurauan aku kasar
intonasi aku tinggi
dan bermacam lagi

aku diam sebab kadang-kadang aku sedang khusyuk membaca
aku diam sebab kadang-kadang aku penat berbicara
aku diam sebab kadang-kadang aku asyik cakap benda yang sama
aku diam sebab kadang-kadang kau bosan mendengarnya

tapi.. aku tak tahu
dengan diam dari berkata-kata buatkan kita seperti orang asing yang tak pernah kenal
dengan diam membuatkan kita berasa pelik untuk begurau senda kembali
dengan diam banyak perkara mengenai kita tidak diketahui

kadang-kadang aku rasa diam itu lebih baik
tapi rupanya dengan diam juga perkara tidak menjadi baik

Tuesday 13 December 2011

Gelak Saya Serupa Mak Lampir

ikan kekek mak iloi iloi
ikan gelama mak ilai ilai
dapat isteri cantiknya amboii
tapi ketawa mengilai ngilai
hiiiiii hiiiiiii hiiiiiiiiiiiiii

saya memang suka gelak... 
gelak saya serupa mak lampir.. 
gelak saya memang mengilai-ngilai...
gelak saya memang 'tak bleyh blahh'

bos cakap dia tak pernah nampak saya marah-marah.. katanya saya gelakk je... beliau marah saya pon, saya masih boleh gelak... saya apply EL sebab abang ipar masuk ICU pon saya masih boleh gelak lagi.. beliau kata lagi, dia admire dengan sifat saya yang sentiasa gelak je.. so saya tak pernah stress... itu kata beliau.. beliau tak tahu sebenarnya saya ni panas baran dan emo!

kawan baik saya kata, kadang-kadang saya serupa menarik perhatian umum bila gelak kuat-kuat.. err... saya tak bermaksud pon.. mungkin spontan.. mungkin saya tak sedar.. akan tetapi memang habbit saya gelak kuat-kuat serupa mak lampir.. 

kawan saya lagi sorang kata, gelak saya memang serupa kuntilanak.. tapi kadang-kadang dia rindu nak dengar saya gelak.. kadang-kadang bila dia stress, dia akan sms saya suruh saya call balik.. bila saya dah call dia hanya akan kata, "weyh.. gelak sket weyh.. rindu dowh nak dengar ko gelak".. hahahaha.. dan saya tergelak dengan statement dia.. tp dia cakap dia akan hilang sedikit stress bila dengar saya gelak cenghitu.. 

en tunang dulu masa sebelum ada apa-apa dengan saya, dia kata gelak saya comel.. wahaha.. agak lawak di situ.. entah tang mana yang comel nye ntah.. sungguh saya tak paham.. tapi sungguh, saya tak pernah nye nak cover2 cun depan dia eyh.. saya tak pernah control gelak.. saya selalu gelak lepas je.. 

bakal mak mertua saya kata, lepas dah tunang ni kena banyak sabar.. kalau gaduh-gaduh jangan sampai melarat.. jangan argue-argue.. kalau en tunang marah-marah, diamkan je dulu.. dah reda marahnya baru cakap elok-elok.. dan bakal mak mertua pesan, lepas ni jangan gelak kuat-kuat lagi.. dennnng~ tapi, sungguh, saya memang tak leh control gelak saya.. 

siapa yang kenal saya.. pasti tahu betapa hebatnya hilaian gelak tawa saya.. ada yang mengeleng kepala.. ada yang menjeling marah.. ada yang mencebik geram.. ada yang rasa cam nak bagi penampar.. tapi, saya tetap saya.. gelak dan saya memang tak bleyh nak dipisahkan.. (oh ye!! tu time saya mood ok la.. kalau saya bad mood, jangan kan gelak, senyum pon tidak!!)

GELAK PENAWAR DUKA.. dan banyak gelak juga mematikan jiwa! 

Friday 9 December 2011

Mulut Manusia Bukan Seperti Mulut Tempayan yang Boleh Ditutup!

ada orang menyampaikan
menurut satu perbualan

"aida dah tunang? dengan siapa? handsome tak tunang dia? kerja apa? "

dan pelbagai lagi soalan..

dan buat yang pernah melihat, en tunang saya yang saya sembunyikan
tahniah sebab anda bertuah!
buat yang masih tertanya-tanya, siapa dia..
teruskan mencari!

bukan nak sembunyikan..
tapi kami berdua bukan artis!
harap mengerti..

tapi kadang kala..
terdengar juga sok sek sok sek mulut yang berkata
"tunang aida tu tak handsome dowh!!.. handsome lagi aku!!"

meh sini jumpa aku.. aku nak cakap something!

"biarlah dia tak handsome pun.. kau ingat kau handsome sangat ke? even dia tak handsome tapi dia membahagiakan aku.. dia cukup sempurna untuk menutup segala kekurangan aku!!..aku tak perlu yang segak rupawan tapi cukup sifatnya dan peribadinya yang membuatkan aku tertawan! "

cukuplah berkata-kata mengenai kehidupan aku
jangan halang perjalanan hidup aku seperti mana aku tidak pernah meghalang laluan hidup kau


p/s : dah lama aku tak men 'laser' orang dengan ayat berbisa dari lidah aku.. jangan cabar aku sebab kau takkan pernah tahan dengan ayat menikam jiwa aku!

Monday 5 December 2011

kau yang terlambat atau aku yang terlalu cepat?

cukuplah!
sudah aku serahkan hati aku pada insan lain
insan lain yang lebih menghargai aku
insan lain yang lebih menerima aku seadanya
insan lain yang kurasakan tidak keterlaluan untuk aku katakan
insan yang lebih baik daripada kau

bukanlah dulu itu yang kau doakan
saat peristiwa itu terjadi, itu yang kau titipkan
agar aku bertemu dengan insan yang lebih baik daripada
agar aku bahagia dengan insan yang boleh membahagiakan aku
tapi, kenapa sekarang kau datang?
datang untuk mengutip kembali kenangan lalu
datang untuk mengambil kembali sisa-sisa yang tinggal

cukuplah!
tiada apa lagi yang tinggal,
kalau ada pun, hanya sebuah luka yang dalam
tapi, jangan risau! luka itu telah aku rawat dengan sempurna
jangan risau! aku tahu menjaga hati aku sendiri

cukuplah!
pergilah!
tiada apa lagi yang menarik terhadap diri aku
yang perlu kau ambil pusing lagi!
sudah tiada!
lagian,
aku kini sudah separuhnya menjadi hak milik orang.

sama ada kau yang terlambat
atau aku yang terlalu cepat
itu bukan persoalannya
tapi jawapannya, CUKUPLAH!!