Wednesday 27 January 2010

facebook

SITI JUANITA HASHIM

sudah mempunyai Facebook?


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

beliau adalah merupakan IBU saya

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

ibu saya sudah
ibu anda bila lagi?

Tuesday 26 January 2010

priority vs option

NEVER
make someone a PRIORITY
while
they make u an OPTION

sometimes
we just have to be SELFISH
when we felt under appreciated

Monday 25 January 2010

reminder

jangan judge something that happens
if u didnt really know what is happening
for everything THAT happened
they do have STORIES and REASONS
behind / for it
NO need to show that you REALLY care
for someone / something
if u didnt REALLY meant it
and for your information
'WE' dont really need
this type of people
in our daily life

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

no need to worry
im OKHAY
siyus :)

Sunday 24 January 2010

weekend II

this weekend really had a great moment..

saturday
pepagi je dah nek J.S.U.G
untuk wat fieldwork
task 1: transverse
gelak2 bersama mereka
tak sangka mereka pon sangat2 lawak
bergurau senda macam dah lama kenal
u guys BEST la.. :D
then tengah hari tu balik umah
tukar baju trus gerak ke Bandar Baru Sentul
attend wedding kak Noorainni Sulaiman
she was so gojess with that royal yellow suit
but sorry sis.. tak leh lama sangat kat sane
nanti insya Allah ada masa, kita datang jumpa sis lagi k
then trus pulang ke Bandar Sunway
berjumpa dengan 2 orang si cilik itu
sudah semakin bijak dan semakin menghiburkan
malam ade family dinner
end of the day

sunday
siap2 pulang semula ke shah alam
dan terus ke J.S.U.G kembali
untuk selesaikan Task 2: Levelling
then tonight, will be going to Bandar Sri Damansara
nak buat surprise party for one of my good and best friends
Farhah Shakira Jasni sempena her 24th Birthday
OMG!! we are getting older.. but hey,
AGE is just a NUMBER isn't it?
hope this night we will have a great fun
will be there with Hafizah, Hazazi, Iza, and Diyanah and maybe Hana

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

smile on my face

Friday 22 January 2010

benci

kalau TAK PUAS HATI
cakap depan2 bai
jangan omong kosong

HATE me?
said it straight to my FACE

understood?

wadefuk

mood : bengang
lokasi : CDASB
cuaca : suam2 kuku


bengang gile babeng la aku ngn ko ni.. ko tu tak de la perfect sangat.. tak payah nak berlagak suci la weyh.. nak perli2 cakap aku mulut jahat semua.. cakap ikot sesedap rase semua.. eh hello!!! ko tak buat menda yang sama ke?? ko tak de mengumpat mengata aku ke?? ko tak pernah perli2 orang ke!! taik kerbau (bullshit) la kalo ko cakap TAK...

kononnyer nak cakap ko ni ok.. open minded.. tapi baru kena kritik sket dah nak puting beliung satu badan.. pastu nak blame orang len.. nak perli2 orang len lak.. menunjukkan yg ko ni innocent giler... suci gila babeng.. lagi suci dari baby yang baru lahir..

yes!! aku admit.. aku cakap lepas.. aku terlalu jujur menyatakan pendapat.. aku sinis.. but hello!! aku bukan hipokrit cam ko!! aku tak perlu berpura-pura.. aku tak perlukan sokongan orang ramai terhadap ape yang aku buat.. aku bukan macam ko.. yang kutuk kawan baik ko sendiri kat orang lain.. dah la ko kutuk2 kawan baik ko tu.. pastu nak mengaku 'soulmate'.. wadefuk!! ko taw tak maksud 'soulmate' tu ape?? aku nasehatkan ko g bukak kamus balik..

yes!! aku tak sebijak ko.. aku tak sepetah ko.. aku tak pandai nak bodek2 orang macam yg ko slalu buat.. aku tak reti nak mengeletis-geletis dengan bos or pensyarah macam yang ko biasa buat tu!! tapi yes!! ko pon sinis gak macam aku.. ko pon cakap lepas gak.. tapi ko sedar tak?? yg ko taw nak kondem je kan.. blahla weyh dari idop aku..

kalo aku bercakap.. ko sakit hati kan nak dengar.. tapi kalo aku diam.. bukan main lagi ko hebat berkata2 pasal aku.. hey!! ko ingat aku nak sangat ke kawan macam ko.. kawan ngn monyet n cicak lagi bagus taw dak dari dapat kawan cam ko ni.. nak cakap malang sape kawan ngan aku.. malang sape kapel ngan.. abes ko tu?? ingat bertuah sangat la sape yg dapat ko tu?? pura2 alim.. pura2 cam suci.. tapi berkapel gak.. pegang2 tangan gak.. siap ade gambar cium2 dahi lagi.. macam kimak jeee... cakap org.. tapi awak tu pon same..

dammit!! mmg aku tgh bengang tahap impak maksima dah ni.. kalo nak cite pasal ko.. 10 hari pon takkan abes gamaknyer.. sesudah la tu nyebok dalam hal aku.. berambus la weyh.. semak je..





::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

cik aida berusaha untuk menyabarkan diri beliau daripada membaling kerusi di depan pc ini..

munajat redha

sedang cik aida jenjalan
dari satu blog ke satu blog
cik aida telah berjumpa dengan blog
~::Munajat Redha::~

then ada satu post beliau
mempunyai statement begini

" Gunakan 70% dari duit kamu utk keperluan kamu, 10% utk kebajikan,10% utk memulakan perniagaan dan 10% lagi utk simpanan"

its really a nice quote

dan cik aida bertekad
untuk mempraktikkannya
tapi bukan skang le
hujung bulan ni baru nak start
sebab tunggu gaji masuk.. hehe
ok ape

better LATE than NEVER kan

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

kawan2 doakan cik aida sukses taw


Thursday 21 January 2010

warning

kalau dah buat silap or salah tu
admit je la.. tak payah la nak blame orang lain
ko ingat ko tu bagus sangat ke
kalo dah rase diri tu bagus sangat
g la masuk asia bagus..
oh.. terlupa lak skang ni tak de dah pertandingan asia bagus
yang ade cuma OIAM, AF, MyStar, dll

perlu ke ko nak salahkan orang lain
atas kesilapan yang ko dah buat?
perlu ke lagi ko nak cover line
seolah2 diri ko tu innocent n perfect sangat
eh hello!!! no one perfect okhay
tak perlu lah nak jadi hipokrit ok
perlu ke ko buat semua tu?
mengumpat mengata orang
tabur fitnah kat orang
melaga-lagakan orang
ape eyh yang ko dapat hasil dari perbuatan ko semua tu?
kalau dapat bli banglo sebijik tak pe la
ni kalo sekadar memanaskan lagi api neraka untuk ape?
ataw mungkin sebenarnye ko ni tak percaya pada alam barzakh gamaknyer

bengang gila dowh aku ngn ko ni
pura2 baik.. pura2 sopan.. pura2 perfect
walhal.. sebenarnye.. ko ni
mulut jahat. hati busuk..
pastu nak cakap org len.. then nak blame orang len
eyh.. wadefuk?

fuhhh..
kalo ikot kan hati mati.. ikutkan rase, binasa..
so better aku diam je
sometimes diam tu lebih baik kan

so gasak ko la nak assume apa pon


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

peduli ape aku kalau ko nak terasa dengan statement aku ni..
kalo ko terasa.. means ko ade buat le menda ni kan
kalo ko nak rase aku cakap pasal diri aku sendiri pon
ADE AKU KESAH?
at least aku sedar diri.. sedar aku wat salah
tapi ko?? still nak blame org lagi..
get ur butt off here and MAKE A LIFE

OMG

oh tidak!!
hari ni dengan bangganyer
Cik Aida mengatakan bahawa
Cik Aida ponteng kelas
yerps
ponteng kelas
mintak mangap le en nan phin oittt
den mmg malas bebeno nk p kelas malam ni
nantoks
maka.. selepas dengan selambanyer memontengkan diri
cik aida kembali menjadi suri rumah separa masa
membasuh baju.. fuuhhh..
pastu kenkononnyer nak siapkan ximen yang bertimpa2 datang
tapi haremmmmm... elok le plak kan
bila lappy sudah menunjukkan isyarat
'wireless network connected'
tak de maknyer la kan cik aida nak pulun ximen yg byk tu
mula berfesbuk.. pastu blogwalking... kendian posting..
adeyh la..
lately ni cik aida rase agak letih sket
dan agak malas banyak
ape ubatnyer yer??

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

agak2 tercapai tak misi cik aida nak mendapatkan selempang pink kali ni kalo cik aida asek je la memontengkan diri daripada kuliah??

suatu hari dan hari ini

pada suatu hari.. enjin keta Cik Aida enggak boleh di startkan.. siot sungguh.. start2 tak bleyh.. keta hanya menguarkan bunyi2 manja macam pengantin malam pertama... last2.. ibu cik aida panggil pomen keta.. rupa2 nyer battery dia kong.. bukan king kong taw.. kong tu maksudnya tamat perkhidmatan..

keesokkan harinyer.. baru le keta tu leh di ambil siap dengan battery baru.. bergaya sungguh keta den.. ekekeke.. pastu yg bestnyer.. pomen keta tersebut siap tinggalkan laie jumper beliau di dalam boot keta ku yang macam kedai kasut bergerak tu.. (standed le tu keta pompuan kan.. mesty penuh ngn sepatu)..

memula tu terpikir le jugak.. pe kejadahnye aku nak wat ngn jumper ni!! (pompuan kalo bab2 keta ni mmg cam sipot sedut sket.. lembab).. tp gasakle.. simpan je la.. ne taw mungkin berguna di suatu hari yang hening nanti kan..

dan akhirnya.. pada ary ni.. jumper jumpa (macam pantun lak bunyinyer) telah berjaya di gunakan.. bukan pada keta saya.. tapi pada kereta cik selenah ni.. fuihhhh~.. pepagi tak leh start lak enjin ketanyer.. tp.. jumper nyer dah ada.. tapi camno nak menggunakannye? demmit!!! blur sungguh otak kami2 si gadis ayu lengkap dengan sepatu tinggi dan mekap seinci.. aiyoooo~

tp yang bestnyer jadi pompuan... kalo tataw.. ape susah.. panggil saja jejaka yang ada di sekeliling ni..pasti di hulurkannya bantuan.. mekaseh le bang (ntah ape ke namanye tadi) kerna membantu.. walaupon seems cam tak nak tak nak sebab takot awek dia marah kan.. tp di tunjukkan nyer jugak le cara2 menggunakan jumper.. ohohoho

akhirnya.. selesai soploh menit mencaj batt keta cik selenah ni.. enjin nyer tidak lagi mengeluarkan bunyi2 raungan manja pengantin pompuan di malam pertama.. tp mengeluarkan bunyi ngauman si pengantin jantan waktu honeymoon.. (korang pikir ape baii????).. maka selesai dengan itu.. mulalah kami menyusur di jalan raya untuk ke opis memasing dan memulakan tugas dan cik aida mula membebel di sini..

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
** pas ni jejaka ensem mane nak ajar cik aida cara2 menukar tayar pancit lak?? anyone??

Wednesday 20 January 2010

menyintai tak mungkin memiliki

pernah tak anda merasakan
seakan nafas anda terhenti seketika
semua benda yang nak dibuat serba tak kena
hati sentiasa tertanya-tanya
mengapa? dimana? bagaimana?
bila kasih terputus di pertengahan jalan
perlu ke kita meratap hiba?
atau mendoakan sahaja agar dia bahagia?
kenangan yang pernah dilalui bersama
perlu ke di kenang semula?
ataw di buang ke tepi sahaja
munculnya orang ketiga
perlu ke kita salahkan dia
ataw sebenarnya kita perlu selidik salah kita?
cinta tak semuanya indah belaka
ada pahit manis waktu bersama
kadang2 tak semestinya bersama
sebab tu ada orang kata
menyintai tak mungkin memiliki

sah

hari ni
cik aida mendapat sekeping surat cinta dari management
oh tidak!
surat ape le pulak ni
dup dap dup dap jantung cik aida
terketar ketar tangan ni membuka dat letter
ye la.. bukan sembarangan letter ni
pe kehainyer plak kan pihak pengurusan nak bagi cik aida surat
then..
setelah cik aida bukak surat tu
phuihhhh.. lega jantung den
ingatkan surat ape
rupanyer2
surat pengesahan jawatan

ini menunjukkan..
cik aida sudah sah menjadi pekerja CDASB
maka dengan itu
bolehlah cik aida claim annual leave
hooreyy
tapi yang tak bestnyer
kalo cik aida nak quit..
cik aida kena bagi notis sebulan
alamak!!

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

bos.. kat surat ni tak cakap pon gaji naik??
gaji tak naik ke bos?
RM200 pon ok la
ni tak de langsung
(tu la dia bunyi2 sore manusia yang tak pernah puas)
kih kih kih

new template

hippie
Cik Aida sudah ade layout baru
mengambil masa sehari suntuk untuk membuatnyer
dan akhirnye berjaya
tapi akan diperkemaskan
dari masa ke semasa

okhay tak template baru cik aida ni?

Tuesday 19 January 2010

under construction

tuka

Cik Aida
nak ubah template
sudah bosan dengan template sedia ada

tapi maseh lom ade masa
dan idea nak tukar macam mano

ade idea?


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Monday 18 January 2010

190110

doploh ompat tahun lopas
bukan doploh ompat jam yang lalu
cik mimi telah dilahirkan
cik mimi ye..bukan cik memey
maka dengan itu
kami warga 312 Blok 10
telah menepung tawar Cik Mimi
tapi bukan nye dengan siraman air mawar
dan juga hirisan daun pandan
tetapi diganti dengan tepung ubi cap ape ntah
dah macam sotong goreng tepong dah Cik mimi dikerjakan
ya ampunn cik mimi yaa
itu sudah kira bagus kami tak adun dengan telonyer
mana taw boleh masuk dalam oven
dan di buat kek terus?
kekekeke
anyhow cik mimi
selamat menyambut hari tua
semoga bahagia sentiasa
dan mendapat apa yang di hajati



:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
cik aida sedang plan nak pancetkan tayar AGU kepunyaan cik mimi esok pagi..



Sunday 17 January 2010

....

Cik Aida sekarang sedang mengalami konflik dalaman.. Cik Aida cuba untuk mencari apa ertinya hidup ini.. Semakin lama, Cik Aida merasakan ada something wrong somewhere dgn Cik Aida..

Cik Aida ingin memusabahkan diri.. ingin berubah untuk menjadi terbaik.. namun bukan lah untuk menjadi sempurna.. kerna Cik Aida taw.. TIADA siapa yang sempurna.. tapi Cik Aida ingin menjadi yang lebih baik dari sebelum ini

Cik Aida gila.. Cik Aida jahat.. tp Cik Aida taw.. ade org lagi teruk dari Cik Aida..

Cik Aida ingin mengambil rehat yang sangatttt panjang.. Cik Aida penat.. penat untuk memuaskan hati semua pihak..

kekal ke

kekal ke satu hubungan tu
kalo pasangan kita
tak dapat nak terima kita seadanya?
tak dapat nak terima
siapa diri kita seadanya
dan sentiasa mengharapkan perubahan dari pihak kita
maka
adakah dia sebenarnya menyintai kita
atau menyintai 'illusi' yang dia cipta?

Friday 15 January 2010

sunway lagoon

esok
16 Januari 2010

saya meramalkan

akan berlakunya satu
kekecohan
keriuhan
kegamatan
dan yang seumpama dengannya
di Sunway Lagoon

mereka-mereka yang bertanggujawab
terhadapa aktiviti berikut adalah
terdiri daripada bekas pelajar2
Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah
sesi July 2007 - July 2009
sempena
reunion mereka yang pertama


oleh yang sedimikian
saya menasihatkan anda-anda semua
supaya menjauhi lokasi kejadian
bagi mengelakkan perasaan
jeles / jengkel / menyampah / dll
terhadap mereka


sekian


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Cik Aida akan berada di lokasi kejadian
untuk berita selanjutnya
dan juga untuk meriuhkan lagi keadaan
:)

Tuesday 12 January 2010

rehat

Cik Aida merasa agak penat hari ni
ye
sungguh penat
Cik Aida memerlukan rehat yang secukupnya


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

o f f

Monday 11 January 2010

Facebook Yahudi : hukumnya di sisi ISLAM

hari ahad yang lalu.. Cik Aida membaca akhbar harian metro yang opkos bukan dibeli oleh Cik Aida.. tetapi ibu Cik Aida yang membelinya... belek punya belek akhbar tu.. Cik Aida tertarik dengan satu ruangan.. dimana ianya berkaitan dengan soal jawab.. kita khuatir.. pastu nanti ade insan tolong jawab dalam akhbar tu.. well.. soklan nyer adalah begini

Soklan:
Ustaz, syubhahkah menyertai Facebook? Saya terbaca artikel yang menyatakan pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan Facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?”

Jawapannyer:
1. Hukum membuka akaun dan menggunakan Facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama Facebook sama ada melalui dana kepada Yahudi, Amerika Syarikat dan lainnya.

2. Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latar belakang pengasas dan syarikat Facebook, mereka dinasihatkan TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna Facebook supaya sentiasa berhati-hati namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram.

3. Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan:

a. Memanipulasi akaun Facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.

b. Hadkan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.

c. Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi (khususnya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had kerana ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat, kerana ia akan kekal di Facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook itu sendiri.

d. Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.

e. Tidak terbabit dengan permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

f. Tidak mempercayai tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma Facebook. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

g. Menyedari bahawa maklumat kita di Facebook boleh menjadi pangkalan data pihak asing untuk memantau kehidupan dan maklumat peribadi kita jika tidak dikawal. Pangkalan data sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana Facebook. Hatta, parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu terkini sebagaimana Facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan. Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna Facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Jika terdapat unsur syubhah sekalipun, ia diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui Facebook itu.



untuk lebih lanjut.. kawan2 boleh baca di sini


::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

jadi.. renung2 kan.. dan selamat beramal..

Rindu

Cik Aida merasakan ada something yang kurang sekarang ni.. Cik Aida rase macam incomplete.. macam lagu incomplete by BSB tu.. then suddenly baru Cik Aida realise.. yang sebenarnya... Cik Aida rindu pada kawan2 Cik Aida.. sape?? ye la.. kawan Cik Aida kan ramai jugak.. tapi yang betul2 Cik Aida anggap kawan sejati hanya a few of them.. mereka yang Cik Aida maksudkan ialah Diyanah, Hana, Iza dan Dayana..

yerps.. Cik Aida rase rindu pada mereka2.. dah lama kami tak sit down together2.. gelak bersama2... cite macam2.. Cik Aida rindu pada saat kami duduk serumah bersama-sama..

tak semua orang perfect.. Cik Aida apatah lagi.. banyak kekuranggannya.. kawan-kawan Cik Aida pon macam tu jugak.. kami tak sempurna di mata orang lain.. kadang-kadang kami sering bertelagah pendapat.. gaduh2 mulot tu perkara biasa.. tapi tu semua kejap je.. adatlah dalam satu perhubungan tu.. tak semua nya indha belaka kan.. macam tu juga Cik Aida dan kawan-kawan.. tapi perteligkahan itulah yang merapatkan kami..

walaupon kami kadang2 berbeza pandangan... tapi perbezaan itulah yang melengkapkan kami.. Cik Aida juga taw... tak kira apa org berkata mengenai satu antara kami.. kami ada untuk satu antara kami yang lain.. kami gembira.. kami selesa.. dengan cara kami..

indah saat masa kami semua satu rumah.. kami menjadi lebih mengenali antara satu sama lain.. kami semakin arif mengenai kesukaan dan kebencian antara kami yang lain.. kami akan sentiasa protect antara kami yang lain..

Cik Aida tak nafikan.. ada juga kadang2 kami sering mengumpat mengata antara kami yang lain.. tapi.. Cik Aida taw.. kawan2 Cik Aida ni punya hati yang baik dan boleh menjadi Best Friends Forever.. bukan stakat Best Friends saja..

Siyus.. Cik Aida sungguh rindu pada saat2 lalu.. skang ni.. semua pon dah sibuk dengan kerjaya masing-masing.. masa untuk berhibur sudah semakin suntuk.. duduk pon dah serumah lagi.. call and sms pon dah jarang.. naseb baek ade fesbuk.. yang menjadi perantara untuk kami terus berhubung.. dan dapat juga lah Cik Aida tengok rupa terbaru mereka..

Cik Aida happy tengok mereka happy.. Skang ni.. Cik Aida merasakan sungguh rindu sehingga rase cam nak menetes air mata.. rindu sungguh..

Rindu pada suara nyaring dan bebelan hana
Rindu pada karipap dan sifat mak2 Iza
Rindu pada kegedikan dan kemanjaan terlampau Dayana
Rindu pada suara petir Diyanah

agak2 korang semua.. kawan2 Cik Aida tu rindu jugak tak kat Cik Aida ni?

Cik Aida bersama Iza dan Diyanah

Cik Aida bersama Dayana dan Iza

Cik Aida bersama Hana

Cik Aida bersama Diyanah dan Hana (eh.. ada muka ibu Cik Aida di belakang tu)

Cik Aida bersama Diyanah, Iza dan Hana

Sunday 10 January 2010

AJL 24

sempena AJL24 tahun ni.. Cik Aida akan duduk dengan selesanye mengahadap TV 24 inci beliau di rumah sewa terchenta beliau itu.. Cik Aida tidak merasakan rugi (nak sedapkan hati) sangat sebab Cik Aida gagal mendapatkan tiket ke Stadium Bukit Jalil malam ni.. diantara sebab-sebab mengapa Cik Aida tidak merasa sangat rugi menonton AJL hanya melalui kaca TV saja adalah dinyatakan seperti di bawah:

1. Cik Aida boleh menonton AJL dengan pelbagai gaya bebas dan berpakaian bebas... ertinya Cik Aida boleh menonton sambil terbaring.. terbungkang.. terkangkang.. kuak lentang.. mencangkung dan sebagainya.. malahan Cik Aida tanpa penuh ragu boleh pakai suar pendek, t shirt sendat menampakkan perut buncit.. atau mungkin tidak berpakaian pon (tapi itu tidak mungkin Cik Aida lakukan)..

2. Cik Aida boleh makan nasi sambil nengok AJL nanti.. bayangkan.. bisakah Cik Aida makan nasi berlauk kan ayam masak kicap dan sayur labu masak lemak ketika berada di Stadium Bukit Jalil nanti?? tentu skali tidak bisa bukan!!! Cik Aida juga boleh makan macam2.. malahan Cik Aida baru saja pulang dari Pasaraya Bintang bersama Cik Mimi dan Cik Dyanah membeli bermacam makanan sempena AJL malam ni..

3. Cik Aida tidak perlu beratur panjang sekiranya hendak ke tandas nanti.. dan Cik AIda sudah tentu 100% sangat selesa dengan tandas tersebut.. Cik Aida sungguh yakin bahawa tandas-tandas di stadium bukit jalil malam ni sungguh lah sesak macam menghadap traffic jammed di persiaran kewajipan pada waktu puncak.. malahan Cik Aida juga sungguh yakin bahawa tandas-tandas tersebut sangattttttlah 'harum dan wangi' menusuk hidung.. itu belum kira sekiranya pengguna-pengguna tandas sebelumnya meninggalkan 'cenderahati' mereka.. huhuhu

4. Cik Aida tidak perlu nak pening2 kepala menghadap traffic jammed selepas selesainya AJL malam ni.. dah la esok mahu kembali bertugas sebagai pekerja yang berwibawa.. paling koman. AJL malam ni sudah tentu habis dalam kol 12pm.. jammed nyer je dah sejam.. sampai umah sudah tersenguk2.. owh tidak... tapi bila menonton di rumah, Cik Aida boleh terus tido tanpa ragu2.. malahan, Cik Aida juga boleh tido ketika berlangsungnya AJL tersebut nanti..

5. Cik Aida boleh melihat dengan jelas muka2 artis yang sedang membuat persembahan nanti.. rase cam duduk kat front seat dalam stadium je nanti.. kalo Cik Aida p stadium pon.. Cik Aida bukan nampak pon muka2 artis tersebut.. mesti kena tengok kat tv beso yang disediakan dalam stadium tu jugak.. so serupa je nengok dari tv rumah Cik Aida ni..

terlalu banyak keistimewaan menonton AJL di rumah ni.. tapi Cik Aida tak nafikan.. ade juga sonoknyer kalo tgk kat stadium tu... tp sonok lagiiiii tgk di umah.. tgk di stadium yang bestnyer cuma mereka tidak perlu menghadap IKLAN PENAJA yang mana sangaat la lama... Cik Aida rase, time iklan tu.. nak p berak pon boleh... wahahaha...

sekian~

Saturday 9 January 2010

sabtu yang hening

hari ni hari sabtu
sepatutnya hari cuti
hari cuti leh la kuar berjalan-jalan
makan-makan
balik umah ibu
dan yang paling best
hari sabtu ade cite hindustan
kat tv2 kol 1230pm.. kat tv3 kol 3pm
owh.. Cik Aida mmg suka betol la tengok cite hindustan ni
nak2 kalo cite luff2 stolly ni
kalo abah Cik Aida nengok cite hindustan
mesty dia nanges wooo
jangan kata cite hindustan..
cite tamil pon abah Cik Aida leh meneteskan air matanyer
kih kih kih kih

hari sabtu best jugak
kalao kuar bersama2 orang tersayang
haipppp
Cik Aida maksudkan org tersayang tu ialah
teman2, family, sedara mara.. bukan kekasih je taw

tapi yang paling tak best pasal hari sabtu
bila kite kerna jugak pegi opis
tidak!!!!!!!
itulah yang terjadi pada Cik Aida hari ni
aisshhh~
naseb bek la Cik Aida seorang pekerja yg comel
dan sanggup jugak bekerja di hari sabtu ni
kerja di hari sabtu agak relax
sebab leh on fesbuk and ♥bebelanku♥ dgn lebih kerap lagi
and tak payanh nak angkat2 call
ohohohoho

********************
agak2 para pembebel sekalian
Cik Aida leh dapat Anugerah Khidmat Cemerlang tak?
kih kih kih

hidup baru

huwaaaa
bersawang sawang ♥ bebelanku ♥ ditinggalkan oleh Cik Aida
bukan sengaja tak mengemas
cuma Cik Aida agak kesuntukkan masa lately ni
ye la.. skang ni Cik Aida mempunyai dua komitment
jadual harian Cik Aida pon agak kelam kabut sket this week
masih lagi di peringkat penyesuaian diri
tapi tak pe
demi kejayaan yang bakal di julang
Cik Aida akan berusaha dengan lebih gigih lagi

jadual harian Cik Aida skang ni adalah seperti berikut
7.30 am sudah dikejutkan oleh Dyanah Amin
bangun.. mandi.. gosok baju.. sarung baju.. tepek2 bedak.. tepek2 blusher.. calit eyeliner.. pakai tudung.. pakai spec.. pakai slipar.. amek kunci keta..
8.00 am start enjin keta.. vrom vroom. vrooomm.. kereta menyusur di jalan raya.. destinasi ke seksyen 13.. hantar Dyanah Amin.. dan terus ke Seksyen 9
8.30 sudah punch in CDASB.. on pc.. on aircond.. p pantry.. wat air.. duduk.. on fesbuk.. on email.. on ohbulan.. on rotikaya.. on ohartis.. baru on harian metro online..
9.00 am.. start wat kerja.. call sana.. call sini.. potostat itu inu.. print macam2.. fax pelbagai kertas.. jumpa bos. cit cat cit cat..
5.00pm zup zap zup.. kemas barang2.. kemas meja.. amek buku nota.. punch out.. lunch time?? tidak.. saya tak kuar lunch.. sebab saya mau pulang awal..
5.30 sudah sampai di Menara SAAS uitm.. masuk kelas.. dgr kuliah.. tersenguk2.. menguap.. bosan weyh!!! sampai la ke 11.00 pm..
ye betolll... sampai 11.00pm..
11.30 sampai umah..
duduk2 sat.. tgk tv sat.. p mandi.. on fesbuk 5 menit..
huarghhhh!!! OMG.. i need to sleep
zzzZZZzzzzz
dah pukul 7.30 am keesokkan harinya.. dan kejadian yang sama berulang

penat.. letih..
tapi Cik Aida akan harungi jua

******************************************

doakan Cik Aida punya semangat tak luntur ya..
oh ye

Cik Aida sudah berjaya hantar assignmentnya yang pertama
Cik Aida curi-curi buat time kerja
hehehe
jangan report sama bos Cik Aida ye

Tuesday 5 January 2010

Sunday 3 January 2010

kerna kau yang ku cinta

kau yang aku cinta


kau dan aku adalah satu
dukamu pemusnah jiwa
penyinar jiwa adalah tawamu
kerna kau yang ku cinta


hanya satu cinta di hatiku
dan telah kuberikan kepadanya
agar disemai dengan kasihmu
kerna kau yang ku cinta


dua hati satu jiwa
segalanya indah bersama
agar ia kekal selamanya
kerna kau yang ku cinta

*******************************

Friday 1 January 2010

1st January 2010

hari ni
hari baru
di tahun yang baru

saya sungguh gembira

berjalan2 dan bertemu kawan2

have a really great moments
with
Diyanah, Iza and Farhah

chit chat
gossip
girls talks
insulting
make fun
etc

miss the moments

and
really hope

dat this friendship
will last forever

:)

new year eve

at last
semalam dapat jugak saya sambut new year eve
with two of my besties (Diyanah & Eiza)
and accompany by bebudak SIDAP

great night with them all

rasenya last sambut new year
in crowds like that
was in 2002
7 years ago??
hahahahha

enjoy slagi maseh muda
but have a limit on dat

and my first meal in 2010
was
a glass of lime juice and a piece of curry puff
at Hometown Kopitiam, The Curve Damansara
karipap seketol pon rm1.60
mahal bebeno

yang paling syiok nye...
duduk lepak2.. gosip2.. ngumpat
then skodeng orang dari atas
perghhh...
hahahahhaa

tengok bunga api..
dentam dentum bunyi nyer
sangat-sangat chantek!!
tapi ade yang super duper bangang
g campak mercun in the crowds
macam bangkai toll

then si Aru ni ajak p i-City
then pegi2.. skali tutp daa
tak leh masuk
pastu sambung lepak di BK
pon tutup.. sabo je la..
ye la.. what do u expect.. dah almost 3am kot dat time
then pegi le KFC
semua pon abes..
yang tinggal hanyalah
ayam original, wedges, milo, OJ, n nugget
blasah aje.. peort dah lapa kan
kesannya
sampai ke pagi ni aku sakit perot!!

then balik sebab tak tahan nak terbeyak

kih kih kih

*******************************


bebudak skang ni dasat2..