Sunday, 10 January 2010

AJL 24

sempena AJL24 tahun ni.. Cik Aida akan duduk dengan selesanye mengahadap TV 24 inci beliau di rumah sewa terchenta beliau itu.. Cik Aida tidak merasakan rugi (nak sedapkan hati) sangat sebab Cik Aida gagal mendapatkan tiket ke Stadium Bukit Jalil malam ni.. diantara sebab-sebab mengapa Cik Aida tidak merasa sangat rugi menonton AJL hanya melalui kaca TV saja adalah dinyatakan seperti di bawah:

1. Cik Aida boleh menonton AJL dengan pelbagai gaya bebas dan berpakaian bebas... ertinya Cik Aida boleh menonton sambil terbaring.. terbungkang.. terkangkang.. kuak lentang.. mencangkung dan sebagainya.. malahan Cik Aida tanpa penuh ragu boleh pakai suar pendek, t shirt sendat menampakkan perut buncit.. atau mungkin tidak berpakaian pon (tapi itu tidak mungkin Cik Aida lakukan)..

2. Cik Aida boleh makan nasi sambil nengok AJL nanti.. bayangkan.. bisakah Cik Aida makan nasi berlauk kan ayam masak kicap dan sayur labu masak lemak ketika berada di Stadium Bukit Jalil nanti?? tentu skali tidak bisa bukan!!! Cik Aida juga boleh makan macam2.. malahan Cik Aida baru saja pulang dari Pasaraya Bintang bersama Cik Mimi dan Cik Dyanah membeli bermacam makanan sempena AJL malam ni..

3. Cik Aida tidak perlu beratur panjang sekiranya hendak ke tandas nanti.. dan Cik AIda sudah tentu 100% sangat selesa dengan tandas tersebut.. Cik Aida sungguh yakin bahawa tandas-tandas di stadium bukit jalil malam ni sungguh lah sesak macam menghadap traffic jammed di persiaran kewajipan pada waktu puncak.. malahan Cik Aida juga sungguh yakin bahawa tandas-tandas tersebut sangattttttlah 'harum dan wangi' menusuk hidung.. itu belum kira sekiranya pengguna-pengguna tandas sebelumnya meninggalkan 'cenderahati' mereka.. huhuhu

4. Cik Aida tidak perlu nak pening2 kepala menghadap traffic jammed selepas selesainya AJL malam ni.. dah la esok mahu kembali bertugas sebagai pekerja yang berwibawa.. paling koman. AJL malam ni sudah tentu habis dalam kol 12pm.. jammed nyer je dah sejam.. sampai umah sudah tersenguk2.. owh tidak... tapi bila menonton di rumah, Cik Aida boleh terus tido tanpa ragu2.. malahan, Cik Aida juga boleh tido ketika berlangsungnya AJL tersebut nanti..

5. Cik Aida boleh melihat dengan jelas muka2 artis yang sedang membuat persembahan nanti.. rase cam duduk kat front seat dalam stadium je nanti.. kalo Cik Aida p stadium pon.. Cik Aida bukan nampak pon muka2 artis tersebut.. mesti kena tengok kat tv beso yang disediakan dalam stadium tu jugak.. so serupa je nengok dari tv rumah Cik Aida ni..

terlalu banyak keistimewaan menonton AJL di rumah ni.. tapi Cik Aida tak nafikan.. ade juga sonoknyer kalo tgk kat stadium tu... tp sonok lagiiiii tgk di umah.. tgk di stadium yang bestnyer cuma mereka tidak perlu menghadap IKLAN PENAJA yang mana sangaat la lama... Cik Aida rase, time iklan tu.. nak p berak pon boleh... wahahaha...

sekian~

2 comments:

  1. hehe.. ayat org yg frust x dpt tiket camni la.. hahaha :)

    ReplyDelete
  2. hahahaha... sebok je la asada ni.. dah taw.. dendiam sudeyh!!

    ReplyDelete

Thanks for Reading (^_^)