Sunday 26 July 2009

Yakin Boleh

setiap orang ade impian n sasaran yg ingin dicapai dalam menjalani kehidupan seharian ni.. hidup takkan bermakna tanpa cita-cita.. setiap ape yang kita lakukan perlulan mempunyai pulangan dalam jangka masa panjang untuk menjamin kehidupan kita di hari yang mendatang..
dan bagi aku, aku punya sasaran tertentu yang perlu aku kecapi dan ku capai.. impian aku bukanlah hanya sekadar sebuah angan-angan.. antara impian aku yang perlu aku gapai:

1. sebelum aku mencecah umur 25 tahun, aku sudah mampu untuk memiliki kereta ku sendiri.. hasil dari wang ku sendiri.. tanpa lagi bantuan MBF (Mak Beradik Finance)..

2. sebelum aku mencecah umur 30 tahun, aku sudah mampu untuk mempunyai rumah ku sendiri.. tak kesah la umah kos rendah ke, rumah kedai ke or ape skali pon.. yg pastinya RUMAH..

3. sebelum aku mencecah umur 40 tahun, aku sudah mempunyai rangkaian perniagaan ku sendiri.. perniagaan apa yang ingin aku ceburi?? belum ku putuskan lagi.. tp yang pastinya aku akan pastikan aku bergelar seorang usahawan..

itu kalo bab aset di dalam jangka masa panjang.. aku juga mempunyai sasaran tertentu terhadap diriku sendiri..

1. aku ingin mahir dalam ilmu ketuhanan, fardhu ain dan juga fardhu kifayah.. untuk bekalan ku di hari perhitungan nanti.. kita tak taw kan bila masanya kita akan dijemput untuk menghadap yang Maha Esa..

2. aku nak bawak ibu dan abah ku pergi menunaikan haji.. insya ALLAH.. aku akan pastikan mereka juga berpeluang untuk menjejakkan kaki mereka di Tanah Suci itu.. tempat yang memberikan ketenangan hati pada setiap insan..

3. aku ingin perbaiki segala kekurangan diri ini.. untuk menjadi hamba-Nya yang diredhai.. memanglah tiada siapa yang sempurna di muka bumi ini.. namun aku akan berusaha untuk meminimakan kekurangan diriku ini..

4. aku ingin berbakti pada negara, bangsa dan juga agama ku.. bagaimana??aku belum dapat idea lagi..


setakat ini, ni je lah yang mampu aku fikirkan.. dan aku berjanji pada diriku sendiri, aku akan pastikan yang aku berjaya... YAKIN BOLEH!!

Thursday 23 July 2009

dah lama

dah lame tak post

dah lame tak mencarut

dah lama tak mengumpat

dah lama tak membebel

dah lama tak bercerita

dah lama tak menulis

bukan ape..

agak busy lately ni

agak tensi kebelakangan ni

agak suntuk masa yang ade semenjak dua ni

agak blur untuk berkata-kata

Thursday 2 July 2009

kerja saye

sudah sekian lama tak mengepost di sini..
busy.. busy.. busy dengan kehidupan baru ni sebagai seorang pekerja yang berdedikasi dan berwibawa... ececeh... yo yo ooo je den ni... ehek ehek... dulu punya la tak nak kerja gomen ni... bagi den.. kerja gomen ni cam x de kerja ni... relax semacam je.. and disebabkan den ni dibesarkan di dalam keluarga yg workaholic ni, den mmg pantang tol kalo kerja yg tak de kerja.. bukannyer bosan.. tp TAHAP TENSI..tak reti la nk duduk diam saje makan gaji buta ni...first2 masok Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor, sebagai Pembantu Perangkaan E17.. gred spm je... mak aih.. mmg mati kutu.. tak de kerja yg diberinya..2 minggu duduk saje.. bosan.. bosan..bosan.. then after dua minggu tu.. ade interview tuk Perangkawan E41 n Penolong Pegawai Perangkaan E27.. dat tyme mmg nk apply e41..tp memandangkan skroll degree den tak dapat lagi.. terpaksa la apply e27 je.. gune diploma... but mase interview tu.. maybe REZEKI or dah sememangnye name AIDA = KEBERUNTUNGAN, syukur alhamdulillah, saya dapat gak post Perangkawan E41... syukur ke hadrat illahi atas limpah kurnia dan rahmatnya.. amin.. amin.. amin...

and post sebagai Perangkawan ni.. mmg sungguh penat.. letih... waaaah... penat... skang ni baru tarik balik kate2 yg dulu mengatakan kerja gomen ni tak de kerja..waaaaaaaa... skang ni pon, jam 9 je... mesti mate dah mintak lelap..punya la penat... tp ku gagahi jua... takkan nk lepaskan plak kan...

padan la muka aku.. bila tak de kerja.. nk sgt kerja.. dah dapat kerja.. tak terbuat... uhuk uhuk....