Sunday, 26 July 2009

Yakin Boleh

setiap orang ade impian n sasaran yg ingin dicapai dalam menjalani kehidupan seharian ni.. hidup takkan bermakna tanpa cita-cita.. setiap ape yang kita lakukan perlulan mempunyai pulangan dalam jangka masa panjang untuk menjamin kehidupan kita di hari yang mendatang..
dan bagi aku, aku punya sasaran tertentu yang perlu aku kecapi dan ku capai.. impian aku bukanlah hanya sekadar sebuah angan-angan.. antara impian aku yang perlu aku gapai:

1. sebelum aku mencecah umur 25 tahun, aku sudah mampu untuk memiliki kereta ku sendiri.. hasil dari wang ku sendiri.. tanpa lagi bantuan MBF (Mak Beradik Finance)..

2. sebelum aku mencecah umur 30 tahun, aku sudah mampu untuk mempunyai rumah ku sendiri.. tak kesah la umah kos rendah ke, rumah kedai ke or ape skali pon.. yg pastinya RUMAH..

3. sebelum aku mencecah umur 40 tahun, aku sudah mempunyai rangkaian perniagaan ku sendiri.. perniagaan apa yang ingin aku ceburi?? belum ku putuskan lagi.. tp yang pastinya aku akan pastikan aku bergelar seorang usahawan..

itu kalo bab aset di dalam jangka masa panjang.. aku juga mempunyai sasaran tertentu terhadap diriku sendiri..

1. aku ingin mahir dalam ilmu ketuhanan, fardhu ain dan juga fardhu kifayah.. untuk bekalan ku di hari perhitungan nanti.. kita tak taw kan bila masanya kita akan dijemput untuk menghadap yang Maha Esa..

2. aku nak bawak ibu dan abah ku pergi menunaikan haji.. insya ALLAH.. aku akan pastikan mereka juga berpeluang untuk menjejakkan kaki mereka di Tanah Suci itu.. tempat yang memberikan ketenangan hati pada setiap insan..

3. aku ingin perbaiki segala kekurangan diri ini.. untuk menjadi hamba-Nya yang diredhai.. memanglah tiada siapa yang sempurna di muka bumi ini.. namun aku akan berusaha untuk meminimakan kekurangan diriku ini..

4. aku ingin berbakti pada negara, bangsa dan juga agama ku.. bagaimana??aku belum dapat idea lagi..


setakat ini, ni je lah yang mampu aku fikirkan.. dan aku berjanji pada diriku sendiri, aku akan pastikan yang aku berjaya... YAKIN BOLEH!!

No comments:

Post a Comment

Thanks for Reading (^_^)