Thursday 30 June 2011

Sayang

Masihkan kau ingat
Janji cinta kita dulu bersama 
Masihkah kau rindu
Saat-saat bila ku bersamamu

Jangan kau siakan cinta ini
Janganlah hilangkan segala-galanya.. 
Sayang... 
Kau bintang yang menyinari hidupku, 
Kau cahayaku.. 
Sayang... 
Tiada lagi yang sama sepertimu 
Kau hanya satu.. 

Percaya padaku
Cinta ini masih seperti dulu
Hatiku merasa 
Segala-galanya yang kau rasakan. 
Tanpa kau di sisiku kini, 
Hidupku takkan sama



sedang menyulam senyum yang berterusan

Wednesday 29 June 2011

di persimpangan

dua jalan di hadapan aku
dan aku berada di persimpangan itu
tidak tahu mahu menghayunkan kaki itu
ke kanan atau ke kiri?
atau seharusnya aku perlu membina lagi satu laluan
terus ke hadapan
tidak perlu ke kiri..
tidak perlu ke kanan..

Thursday 23 June 2011

Warkah untuk Diyanah Amin

Nurdiyanah Amin Nordin,
No 5 Jalan 12,
Taman Mesra Jalan Cheras
43000 Kajang, Selangor.

Assalammualaikum wbt,

Ke hadapan sahabatku Diyanah Amin. yang sekarang berada di depan monitor PC mahupun Lappy. Di harap saudari berada di dalam keadaan yang sihat walfiat di samping keluarga dan teman-teman tersayang. Terlebih dahulu, izinkan saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kerana sudah lama tidak melayangkan warkah untuk tatapan saudari serta bertanya khabar saudari.

Saudari Diyanah,

Tujuan saya menulis kepada saudari ini adalah untuk menitipkan beberapa pesanan buat saudari. Adalah menjadi harapan saya agar setiap pesanan yang dititipkan ini dapatlah saudari penuhi. Untuk makluman pihak saudari, dimana saya rasakan saudari sudah pun sedia maklum mengenainya, bahawa saya akan berangkat pada esok hari menyeberangi Laut China Selatan untuk ke Sarawak. Tahukah saudari bahawasanya Laut China Selatan yang memisahkan Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak adalah seluas 531.1 kilometer persegi? (saya baru tahu melalui google sebentar tadi..)

Oleh yang demikian, adalah menjadi harapan saya serta keluarga tersayang (tidak termasuk ahmad zainal) agar saudari dapat menghantar kami ke LCCT bagi membolehkan kami ke Meow Meow, Sarawak tersebut. Seperti yang telah saya maklumkan pada saudari bahawa kami akan berangkat pada jam 12.25pm waktu Malaysia (GMT +8). Kami juga amatlah berharap agar saudari dapat mengambil kami pulang dari Meow Meow, Sarawak dimana kami dijangka tiba pada 4.45pm (27 Jun). Saya juga telah dimaklumkan bahawa saudari telah memohon cuti bagi urusan percutian saya ini. Maka, sekalung penghargaan diberikan kepada saudari.

Saudari Diyanah,

Sepanjang pemergian saya, saya mengamanahkan WTA9014 berada di dalam hak penjagaan saudari. Oleh yang demikian, jagalah beliau seperti menatang minyak yang penuh. Saya bukan bermaksud untuk saudari memanjakan dia, tapi saya mengharapkan agar saudari mengisi minyak penuh-penuh ke perut beliau. Saya juga amat berharap seandainya saudari punya masa yang terluang untuk membawa beliau ke salon-salon kecantikan yang berdekatan untuk memandikan beliau. Seingat saya, sudah hampir sebulan beliau tidak dimandikan. Atau mungkin juga sudah hampir ke angka dua bulan. Saya juga sudah lupa akan kebajikan beliau. Maka dengan itu, sudi-sudilah kiranya membasuh kereta saya wangi-wangi dan jangan lupa untuk vacuum sekali bahagian dalam kereta tersebut.

Saudari Diyanah,

sepanjang pemergian saya ini, saya telah dimaklumkan oleh saudari bahawa saudari hendak ke Terengganu bersama WTA9014. Dan dengan ini, saya memberikan sepenuh keizinan beserta kepercayaan saya terhadap saudari untuk memandu WTA9014 sejauh itu. Dapatlah juga WTA9014 itu menghirup asap kota di negeri yang terkenal dengan kopok losong tu. Dan tak perlulah saudari membungkus kopok-kopok tersebut sebagai cenderahati buat saya. Saya takut tak termakan nanti. Tapi sekiranya saudari mempunyai pendapatan yang lebih, bolehlah beli serunding daging barang sekilo dua. buat bekalan menjelang ramadhan yang bakal menjelma tak lama lagi.

Saudari Diyanah,

saya juga ingin memohon ampun dan maaf. Ini adalah disebabkan saya rasa mungkin tiada cenderahati yang bakal di beli oleh saya untuk saudari dari meowmeow itu. Bukan apa, gaji tak masuk lagi. di harap saudari memahami kesulitan yang saya alami ini. namun demikian, saya akan mengabadikan kenangan-kenangan saya di sana nanti untuk tatapan saudari. Oleh disebabkan saudari tidak turut serta di dalam perjalanan saya ini, maka amatlah dukacitanya hati saya apabila tiada insan yang rajin nak curi-curi tangkap gambar saya. Kuranglah wajah saya nanti di dalam album percutian kali ini.

Saudari Diyanah,

di kesempatan ini, saya juga ingin memohon jasa baik pihak saudari agar dapatlah kiranya menitipkan doa agar perjalanan saya ini selamat pergi, sampai serta pulang kembali ke tanah air. Dan sekiranya saudari merindui saya nanti, sila-silalah hubungi saya atau sms saya nanti. Di sana nanti tiada data roaming yang di kenakan.

Memandangkan saya mempunyai kekangan masa, maka sampai disini sahajalah coretan saya buat saudari. Sekiranya terdapat perkataan yang menyinggung saudari, saya dengan rasa rendah hati memohon seribu kemaafan.


Akhir kata dari saya, Majulah sukan untuk Negara..


Salam Sayang, Sahabatmu
Aida Fazihrah Nazri
June 23, 2011

hargai diri sendiri sebelum menghargai orang lain

aku tolong kau ikhlas
tak mengharapkan balasan
tak mengharapkan apa-apa pulangan
aku tolong kau sebab aku tahu
kau tiada tempat untuk bergantung lagi
kau punya masalah yang tertanggung di bahu
beban yang kau galas terlalu berat..

tapi sayang,
janganlah sampai aku dikulikan
sabar aku juga punya had nya..

Wednesday 22 June 2011

ku bahagia

Di atas bumi ini ku berpijak
Pada jiwa yang tenang di hariku
Tak pernah ada duka yang terlintas
Ku bahagia

Ingin kulukis semua hidup ini
Dengan cinta dan cita yang terindah
Masa muda yang tak pernah kan mendung
Ku bahagia

Dalam hidup ini
Harungi semua cerita indah ku
Saat-saat remaja yang terindah
Tak bisa terulang

Kuingin nikmati
Segala jalan yang ada di hadapku
Kan kutanamkan cintaku kasihku
Agar ku bahagia


saat dan tika ini.. jelas senyum sentiasa mengiringi langkahku.. lantas apa lagi yang aku perlu? senyum yang terukir mekar di bibir ini sudah cukup sempurna untuk aku jalani hari-hari seterusnya..

boleh tak nak pinjam stapler? agar senyum ini kekal selamanya di bibir ini?

Tuesday 21 June 2011

tutup buku

akhirnya.. cik aida sudah berjaya meremove semua entry post mengenai si polan dan si polan..
bukan membenci bukan mahu melupuskan mereka
siapa yang boleh memadamkan kenangan kita? mustahil bukan untuk berbuat demikian..
tapi rasanya.. cukuplah hanya di sini sahaja..
segala wall post di FB telah di remove juga
segala entry di bebelanku ini juga telah di remove..
selepas ini proses untuk mendelete semua photo di dalam laptop dan juga hard disk
biar tiada satu apa pun yang boleh membangkitkan kenangan
biar semuanya tersimpul mati
sebab
saya sedang berusaha untuk menjaga hati
hati saya dan juga hati siapa-siapa sahaja nanti
(^__________^)v



tidak mahu suatu hari nanti akan timbul isu cemburu atau tidak puas hati..
syaitan ada di mana-mana sahaja dan sering mempengaruhi..

aku permata

Terdampar jauh dihempas badai ku hanyut
Hati merintih terkunci mulut membisu
Perjalanan yang jauh bagai tiada sudahnya
Liku ranjau ku tempuh dalam mencari jawapan

Di sudut kecil hatiku sering berkata
Apa yang terjadi ada hikmah sebaliknya
Ku beranikan diri menongkah arus yang deras
Demi hari esok ku relakan

Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan

Kini ku jauh memetik bintang di langit
Berakhir musim dingin kini mekar bunga indah
Tinggallah memori terpahat di dalam dada
Terjawab sudah segalanya

Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan

Aku hanya ingin merasa
Kemanisan hidup di dunia yang kudambakan
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan

Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh
Ku bangkit semula
Hanya titipkanlah doa
Agar permataku terus bersinar

aku pernah terjatuh,terluka dan berdarah..
pernah merasakan yang putaran dunia seakan tidak berada di paksinya..
pernah merasakan betapa kerdilnya diri ini..
pernah mempunyai jutaan persoalan yang tidak punya skema jawapannya

tapi itu semua telah aku lalui..
aku lalui dengan semangat yang baru
dengan tekad yang baru
setiap yang terjadi ada hikmahnya suatu hari nanti..
dan kini, aku bersyukur terhadap segala jawapan yang telah aku temui..

Monday 20 June 2011

aku sudah cukup manis.. tidak perlu tambah gula lagi

manis.. semanis gula..
sedap dimakan berulang-ulang
tapi gula penyebab diabetes
tapi gula penyebab gigi rosak
harga gula naik semua barang boleh naik
harga teh tarik naik.. harga roti canai pon naik..
siapa yang tak suka yang manis-manis?
yang manis-manis la baru sedap
macam kata-kata manis juga
siapa yang tak suka?


kata-kata semanis gula
tidak lagi memberi kesan pada aku

Friday 17 June 2011

Abah Sayang Ateh Tak??

smalam.. perbualan di antara saya dan juga Diyanah Amin

Diyanah : Aku baru baca blog kau.. pasal entry ayah kau tu.. takkan tiga line je kau tulis?

Aku : Sebab aku tataw nak tulis apa

Diyanah : takkan tak de kenangan langsung antara kau dan abah

Aku : ntah

dan perbualan berlarutan.. sehingga satu saat.. Diyanah Amin berkata

Diyanah : Kalau ayah kau dah tak de nanti, kau nangis tak?

Aku : mestilah nangis bongok!!

dan sempena hari abah ni.. khas.. entry ini saya tulis semua untuk abah..

saya dan abah masa Raya Tahun 2006

abah.. tak banyak kenangan antara abah dengan kami enam beradik kan.. puas dah ateh cuba perah otak ni.. cuba nak mengimbau kenangan manis antara abah dengan kami semua.. tapi bayangan tu samar sekali.. kenapa?

ateh cuma ingat.. kami lima beradik (saat tu adik wali tak keluar lagi).. masa kita masih lagi duduk kat kg delek kanan, port klang.. kami masih kanak-kanak.. masih lagi hanya tahu untuk bersuka ria dan bergelak ketawa serta membuat bising.. abah balik.. penat agaknye.. dan abah stress tengok kami semua bising.. maka, libasan tali pinggang yang dapat.. tapi ateh ngan alin terselamat dari semua tu.. sebab ibu dah balik menyelamatkan kami semua.. memang, abah tak pernah naik tangan kat ateh.. seingat ateh la.. tapi abah pernah naik tangan kat abang, angah dgn alang kan!!.. sakit taw abah kena pukul time kecik.. sakitnya tak habis kat situ je.. tapi tersemat kemas dalam hati sampai kami menginjak dewasa dan mungkin sampai saat kami menghembuskan nafas nanti..

abah.. taw tak setiap kali McD kuarkan promo prosperity burger tu.. mesti ateh akan ingat kat abah.. abah nak taw sebab apa? sebab abah pernah bawak ateh dengan alin pergi makan McD kat klang.. time tu abah nak bawak kami jumpa MakCik Ina.. abah makan prosperity burger tu.. tapi abah makan sikit je.. sikit sangat.. pastu tak abes abah bungkus balik and buang dalam tong sampah.. ateh tanye abah.. kenapa abah buang? abah cakap.. burger tu tak sedap.. pastu ateh tanya abah lagi.. kenapa tak tinggalkan je atas meja tu.. nanti kan ada orang datang kutip and buangkan.. pastu abah cakap, "nanti pekerja tu kecik ati kita makan kat kedai dia tapi tak abes".. baiknya abah cuba menjaga hati pekerja tu.. tapi kenapa abah tak jaga hati ibu? kenapa abah buat ibu menangis?? kenapa abah buat kami menangis?

abah bawak ateh dengan alin pergi rumah makcik Ina.. kami masih kecil lagi saat itu.. kami tataw siapa dia.. kami tataw apa hubungan dia dengan kami.. abah belikan saya dengan alin aiskrim mangkuk yang besar sorang satu untuk pujuk kami.. abah, kalaulah saat itu, ateh taw dia adalah seorang yang harus ateh panggil Mak.. ateh takkan ikut abah.. ateh takkan jejakkan kaki ke sana.. untuk apa abah? untuk biarkan dia menang dengan mengambil abah dari kami semua? kalaulah saat itu ateh sudah boleh berfikir dengan bijak.. tapi saat itu ateh kecil lagi.. sekolah pun belum.. tapi memori itu masih ada dalam minda ateh ni.. walau muka dia ateh dah tak kenal.. tapi, kenangan ateh dengan dia tu kadang2 terbayang juga di mata ini.. ateh benci pada kenangan itu.. maaf!

abah.. dulu masa ateh kecik-kecik.. kenapa setiap kali raya ateh tak dapat nak raya dengan abah.. mana abah pergi? kenapa ateh tak ingat langsung memori ateh beraya dengan abah? kenapa tiada langsung memori ateh salam tangan abah di pagi raya? abah taw tak.. pertama kali ateh cium tangan abah di pagi raya adalah waktu ateh berusia 14 tahun.. sebelum2 tu.. mana abah pergi? kenapa abah tak beraya skali? tp syukurlah.. skrg ni, abah sentiasa ada bersama kami di pagi raya.. ateh dah boleh mintak ampun and maaf dekat abah tiap2 pagi raya.. dan abah pun minta maaf kat kami semua di pagi raya..

abah.. ingat lagi tak.. abah pernah marah-marah kami.. masa malam raya qurban.. ye abah.. time tu MALAM RAYA.. malam raya sepatutnya kita sedang bergembira sebab esok nak raya.. abah marah-marah sebab kita org main-main.. kami masih remaja abah.. kenapa tak ditegur cara elok? kenapa marah-marah kami di malam raya? abah marah-marah sampai ibu kena masuk campur untuk redakan marah abah tu.. abah dah la slalu tak de dengan kami.. tapi bila ada, abah marah-marah pulak.. agaknya abah panas kot bila dengan kami.. panas ke abah? abah tak sayang kami ke? itu yang sering ateh pikirkan masa ateh kecik dulu..

semua orang bangga dengan abah masing.. mereka bercerita macam-macam.. abah mereka itu.. abah mereka ini.. tapi ateh tak de apa yang nak dibanggakan dengan abah.. masakan tidak.. abah selalu tidak ada bersama kami.. mana abah? kenapa abah selalu tak de?

abah.. apa lagi ye abah? apa lagi kenangan antara kita masa ateh sedang membesar? ateh hanya ingat ibu.. ateh hanya ingat abang, angah, alang, alin dan adik.. ateh hanya ingat aunty.. ateh ingat family mak and ayah.. tapi kenapa kenangan antara abah dan kami tak de? kenangan yang membahagiakan.. kenangan yang boleh membuatkan ateh tersenyum dan dengan bangganya berkata, "AKU PUNYA ABAH!!"

abah slalu tak de untuk kami.. abah tak pernah dtg skolah amek report kad ateh.. abah tak de untuk jadi pelindung ateh.. saat ateh remaja dan sangat lincah, abah tak de nak berikan nasihat.. abah tak de nak tegur ateh.. nak bagi tau ateh apa yang elok dan apa yang tidak.. abah tak de saat ateh terjatuh.. abah tak de saat kami semua memerlukan abah.. kenapa abah? kami bukan sebahagian daripada abah ke?

orang cakap kan abah.. kalau kita ni perempuan.. kita mesti nak cari calon suami yang macam ayah kita sendiri.. tapi abah.. terus terang ateh cakapkan.. ateh tak nak calon suami yang macam abah.. ateh tak sekuat ibu.. ateh tak tertanggung nak pendam rasa hati macam mana ibu rasakan.. maafkan ateh..

abah.. walau siapa abah.. walau apa yang dah terjadi.. ikhlas.. ateh maafkan abah.. sebab ateh sayang sangat kat abah.. terlalu sayang.. tapi ateh lagi sayang ibu.. ibu segalanya buat ateh.. abah tetap abah ateh.. nama abah akan tetap ateh bawak sehingga ke liang lahad.. abah akan tetap menjadi orang yang mewalikan ateh nanti.. ateh sayang abah.. tapi, ABAH SAYANG ATEH TAK??


setiap lelaki boleh menjadi seorang BAPA.. tapi tak semua BAPA boleh menjadi seorang ABAH / AYAH / PAPA / WALID / DADDY/ ETC.. im lucky to you as my FATHER.. but i dont know how it felt to have a DAD..

Thursday 16 June 2011

Yang Maha Agung

To get something you never had, you have to do something you never did.' When God takes something from your grasp, He's not punishing you, but merely opening your hands to receive something better

kenapa perlu merungut dan membentak sekiranya apa yang kita hajati tidak kita perolehi? tak semua yang kita nak di bumi ALLAH swt ini akan kita perolehi.. sebab tak semua yang kita hajati itu terbaik untuk diri kita sendiri.. barangkali ianya mendatangkan musibah di masa akan datang.. sebab tu apa yang kita hajati itu tidak di tunaikan oleh Yang Maha ESA.. ALLAH swt itu Maha Menyanyangi setiap umatnya meskipu umatnya itu alpa terhadap kewujudan dan kekuasaan-Nya.. ALLAH swt itu juga Maha Pengampun akan setiap kesalahan, kealpaan serta kekhilafan hamba-Nya..

Sekiranya ALLAH swt itu menarik segala nikmat yang telah dikurniakan kepada kita, usah mengeluh.. usah mempersoalkan dan usah menuding jari pada yang lain.. tanyalah pada diri kita sendiri.. apa silap kita.. apa kekurangan kita.. sehingga kita tidak berhak untuk terus menikmati kurniaan-Nya itu.. DIA yang Maha Menetapkan setiap dan segala urusan di langgit dan di bumi..

Wednesday 15 June 2011

abah

Abah,
Selamat Hari Ulang Tahun
Semoga Panjang Umur dan Sentiasa Murah Rezeki


"every man can be a father, but not all can be a dad"

Tuesday 14 June 2011

query

someone has stolen my heart
but i dont know who is the thief or maybe thieves?

Thursday 9 June 2011

monolog

sudah!! cukup
- tapi...

apa lagi yang kau nak fikirkan?
- aku perlu pastikan keputusan yang di ambil tidak salah

lantas?
- tapi aku tiada jawapan!!

fikirkan!! jawapan ada pada diri kau sendiri
- aku takut!!!

kenapa?
- takut terbakar lagi apabila aku bermain api!

api lawannya air! kau sendiri tahu itu bukan?
- aku takut pada diri sendiri!!

jangan di kaburi bayang-bayang diri sendiri.. apa kau mahu menjadi seperti anjing dengan bayang-bayangnya?
- lantas? apa yang perlu aku lakukan?

selami hati kau sendiri.. jawapan itu dalam diri kau sendiri
- macam mana aku nak tahu yang jawapan itu jawapan yang pasti? dan bukannya di pengaruhi oleh bisikan dia yang diciptakan dari api?

bijak!! kau punya Yang Maha Esa.. semua pun hadir dengan ketentuanNya, mengapa tidak pada DIA kau bermunajat dan memohon petunjukNya??
- aku...... hmmmm

apa lagi yang berdolak dalik di pikiran kau ini? luahkan!!
- aku tak tahu nak mengungkapkan melalui kata-kata.. aku takut.. aku takut pada diri sendiri.. aku takut pada sesuatu yang tak pasti.. aku takut!! kau faham??

tidak!! aku tidak faham!! dan tidak pernah mahu paham.. kau terlalu hanyut di buai perasaan sendiri!! sudah.. cukup!! sila berpijak di bumi yang nyata!!
- bukannya aku yang mahu terbang tinggi.. tapi dia memberi harapan setinggi gunung berapi.. tapi aku takut kesan larvanya nanti, membakar aku sendiri!!

apa kau tidak punya iman di dada? apa kau lupa pada rukun iman yang keenam itu?
- tidak.. aku tak lupa!! aku percaya pada kententuan illahi.. percaya pada ketentuan Yang Maha Esa.. aku percaya pada qada' dan qadar' dia Yang Maha Menetapkan..

jadi? megapa kau perlu mengeluh lagi? lalui hidup kau ini seadanya.. biarkan semua berlaku secara semulajadi.. jangan memaksa diri kau lagi..
-aku cuba....

jangan cuba... tapi harus!
- yaa.... aku usahakan!!

kau tidak betul-betul ingin berusaha.. kau hanyut di buai perasaan.. kau hanyut dengan perasaan kau sendiri..
- mungkin... salahkah? salahkah aku melayan perasaan sendiri? salahkah aku merenung dan berfikir terlalu mendalam walau untuk perkara yang hanya sebesar kuman? salah kah kalau aku cuba berhati-hati? salahkah?

tidak!! kau tak salah... kau cuma terlalu ikutkan sangat kata hati kau.. apa kau tak pernah dengar orang berkata, "ikut hati mati, ikut rasa binasa"?
- jadi, aku perlu ikut ape???

kau bijak.. kenapa kau menjadi terlalu dunggu dalam hal ini?? gunakan akal fikiran kau itu.. akal yang hanya di berikan oleh Yang Maha Esa pada kau yang bergelar manusia.. akal yang membezakan kau dengan haiwan.. gunakan akal kau!! akal kalau di asah, boleh menjadi lebih tajam daripada senjata!! jangan jadi bodoh!!
- kau tidak di tempat aku.. jadi kau boleh bercoleteh apa sahaja pada kau.. kau boleh umpamakan aku dgn apa-apa sekalipun.. kerana kau tidak berada di tempat aku!!


lihat!! kau sudah menjadi taksub dengan perasaan kau sendiri.. istighfarlah!!
- ..... aku tidak taksub pada diri sendiri.. aku cuma takut.. terlalu takut..

kau punya Yang Maha Esa.. dia takkan pernah menguji hambaNya sekiranya hambaNya itu tidak betah menerima ujiannya.. jika kau rasa kau di uji, ertinya.. kau mampu mengaharunginya..
- terima kasih.. aku berasa lega sekarang..

bukan berterima kasih pada aku.. tapi ucapkan Syukur pada dia Yang Memberi Segala Nikmat ini..
- aku khilaf!

Dalam proses mendewasakan dan mematangkan seseorang, seseorang itu perlu belajar dari kesilapannya bagi mengelakkan kekhilafan yang sama berulang. Seringkali kesilapan mengajar seseorang agar berhati-hati supaya tidak mengundang masalah yang besar dalam hidupnya, namun adakalanya Tuhan lebih mengetahui segala-galanya dan ujiannya mempunyai isi yang tersirat dan mungkin ingin memberi petunjuk pada umatnya agar berubah..
- ya.. pengalaman mmg mematangkan aku.. sebab itu aku takut untuk bermain api lagi.. aku takut untuk kecewa lagi.. aku takut..

belajar lah untuk menerima.. dan kau akan redha dengan segalanya..
- aku cuba.. aku cuba untuk bersifat redha..

alhamdulillah.. itu yang sebaiknya.. aku doakan kau menemui jawapan terhadap segala persoalan di dalam minda kau yang kusut itu.. jangan diikutkan sangat rasa hati tu.. belajar untuk menerima dan belajar untuk melepaskan yang tidak sepatutnya..
- aku tenang sekarang.. aku cuma perlu mencari diri aku sendiri dahulu.. baru aku akan temui semua jawapan bagi sertiap persoalan itu..

semua pun datang dengan ketentuan DIA.. pohonlah dari DIA
- ya.. itu sudah pasti..Insya ALLAH..

Thursday 2 June 2011

dia, si gadis manis..

dia si gadis manis
hidungnya pesek dan matanya ceme'

dia si gadis manis
kulitnya merah dipanah terik mentari

dia si gadis manis
tahi lalat di bawah bibir

dia si gadis manis
garangnya umpama singa yang lapar

dia si gadis manis
tidak suka makanan yang manis-manis

dia si gadis manis
sifat cerewetnya tahap maksima

dia si gadis manis
punya kerjaya tetap dan pelajaran yang hebat

dia si gadis manis
walaupun lincah namun masih menjaga adab

dia si gadis manis
hobinya membaca dan melancong

dia si gadis manis
punya ramai orang yang sayang

dia si gadis manis
kadang kala tega melukakan hati orang

dia si gadis manis
mulutnya lebih laju daripada fikiran

dia si gadis manis
setiap bait yang terluncur menikam perasaan

dia si gadis manis
punya kelebihan juga kekurangan

walau dia si gadis manis
dia belum tentu si gadis
dia belum tentu si manis


** dia si gadis manis.. tapi saya si gadis comel.. (^___^)

Wednesday 1 June 2011

bila dekat bahu tahi, bila jauh bau wangi

maaf!
bukan sengaja menyepi
duduk diam begini
bisu dan tuli
maaf!
tidak terniat
tapi
tiba-tiba 'rasa panas'
berikan aku ruang
kelak, aku pasti kembali!
doakan..

banyak orang banyak ragam

rasanya, dah lama kot ruangan ni di biarkan sepi tanpa sebarang sesi carutan oleh tuan punya laman sesawang ni!! tapi rasanya hari ni nak break the rules and nak memaki hamun sket!! bukan ape, biarkan org2 yang di maksudkan ni sedar diri sket!!

Kau dah taw yang ko tak berminat dengan kerja tu, so bila orang advertised, ko tak payah la gatal sangat jari jemari tu pergi apply kerja tu.. bila kau dah pergi apply, orang akan review resume or CV ko tu.. ape kau ingat, dia org ni tak baca ke? ape ingat main semberono je panggil ko datang interview???? kot ye pon nak 'test market' resume ko gempak sangat ke ape, agak2 la juga.. ni tak!!

orang dah short list CV ko tu.. pastu call ko suruh datang interview.. ko banyak la plak cengkadaknye kan.. masa tak sesuai la.. itu la.. ini la.. guna pakai akal la.. ko nak kerja tu, ko la kena fix kan masa kau supaya sesuai dengan sesi interview tu.. ni apehal la plak aku yang nak kena fix kan masa aku dgn kau? lepas dah di bagi peluang, buat interview session tu ikot masa kau, kau boleh pulak tak datang kan!!! kau ingat aku banyak masa terluang ke untuk kau yang ntah siapa-siapa tu??

dah tak dapat datang interview session yang kau sendiri tunda tu, kau tak reti-reti ke nak bagi tahu kat kita orang ni ha?? tu pon nak kena ajar ke? dalam resume pandai.. ayat nak hebat.. objektif nak tu la.. bla bla bla.. pastu pandai nilai diri sendiri kata flexible la, can work under pressure la, punctual la.. ni aku bagi tahu kau ni.. WAKLU!!! menipu dalam resume mmg sampai bebila la ko tak berjaya kot!! haa.. kan aku dah sumpah seranah!!

dan lagi satu, menjadi kepantangan aku betul la.. dah taw tak datang interview tu.. tak inform dah sekian.. yang kita ni dok la menunggu macam orang bengong.. dah membazir masa utk next interview session plak.. kau boleh pulangkan balik ke masa aku tu?? boleh??? sudah tentu tak kan!! lepas tu, bila orang call nak tanye "are u coming?" tu.. ANGKAT la tepon canggih manggih ko tu.. apehal nak takut lak angkat fon tu?? takut nak berdepan dengan fact ke? takut kena sembur?? abes.. ko punya attitude cenghini, elok orang timang2 lagi ke? penat tau tak dial no ko tu tapi yang jawab nye voicemail!! lepas tu tak reti-reti nak return call??

pasal perangai kau, kau, kau dan kau semua.. dah aku kena open interview session balik.. kena review sesatu nye cv.. pastu kang ada jugak manusia yg berperangai macam ni.. tak minat tapi g apply.. heee.. rasa nak debik ajelah!! betul-betul pissed off!!

itu baru interview session.. kemuncak kemarahan yang meluap-luap ini adalah dimana, bila kau datang interview session tu.. ok la.. semua berjalan lancar je kan.. and after bincang semua, kita org stuju nak amek ko.. call kau and bagi tau bape banyak yg kita org offer semua.. and kau cakap, KAU ACCEPT!! siap bagi tahu lagi nanti report duty bape hb semua.. tp sampai ke hari yang sepatutnya, kau tak muncul lak!! apekah???? kau boleh bayangkan bagaimana kemurkaan aku ni tak??? boleh??? dah la tak muncul2.. aku call pun kau tak nak angkat!! tepon tu kau pergi campak dalam lombong je la.. menyusahkan betul kau taw tak... offer letter semua org dah siapkan.. tapi kau tak muncul2.. kan ke dah menyusahkan aku lagi skali nak kena repeat interview session tu.. eeeee.. benganggggg btol la dgn orang2 macam ni..

so, kepada sape2 yang ada perangai yang tak senonoh macam ni.. bawak2 la bertaubat.. jangan menyusahkan orang.. kang yang tambah dosa aku gak sebab ngumpat pasal kau...


**merasa sangat murka sebab sedang tahan lapar!