Saturday 26 February 2011

yang di cari

yang di cari bukan putera raja
yang kacak bergaya di atas singgahsana
yang poketnya penuh dengan wang berjuta
yang megah dengan harta ibu bapa

yang di cari bukan yang sudah berpunya
yang ingin memenuhkan kuota yang kedua/tiga
yang punya anak dara hampir sebaya
yang juga bukan digelar bapa gula

yang dicari bukan untuk sementara
yang kasihnya terbahagi kepada dua/tiga
yang setianya hanya di bibir sahaja
yang tidak menghargai kaum hawa

yang dicari sebenarnya
yang dapat menerima diri ini seadanya
yang dapat dibuat teman sehingga ke syurga
yang kasih dan sayangnya hanya pada keluarga
yang setianya bukan sekadar kata-kata
yang punya wawasan untuk berjaya
yang boleh membimbing ke arah bahagia
yang menganggap keluargaku adalah keluarganya
yang sering mengundang tawa
yang sanggup menjadi tempat meluahkan duka
yang boleh menjadi teman berbicara serta begurau senda
yang memahami diri ini tanpa perlu berkata apa
yang dicari tak perlu yang sempurna
cukup untuk menjaga hatiku seperti menjaga hatinya


harta dan paras rupa
tidak kekal selamanya

2 comments:

Thanks for Reading (^_^)