Saturday, 12 February 2011

semalam

semalam
adalah kisah semalam
sekiranya semalam adalah sama dengan hari ini
maka kita sebenarnya semakin ke belakang
hari ini seharusnya lebih baik dari semalam

semalam
aku belajar berdiri
bertatih sendiri
dan esoknya
aku mampu berlari
tapi kadang kala sepanjang larianku ini
aku tetap terjatuh, terduduk dan terluka
tapi aku bangkit dan meneruskan larian ini
sehingga bila?
sehingga aku ketemu reben panjang bewarna merah
menunjukkan garisan penamat!

sepanjang larianku ini
masih belum kelihatan reben itu
maka larian ini harus diteruskan..
tanpa keluhan dan tanpa kesalan
tanpa menoleh kebelakang

bukan pingat emas yang aku kejarkan
tapi pengalaman sepanjang larian ini yang aku kutip
buat bekalan untuk larianku di hadapan

No comments:

Post a Comment

Thanks for Reading (^_^)