Friday, 18 February 2011

aku ketika kecil yang sangat naif

dulu masa aku kecil,
dulu waktu aku masih lagi belum mengenali erti hidup yang sebenarnya,
dulu saat yang ada di kotak fikiranku hanyalah waktu untuk bermain,
aku pernah menjadi sungguh naif.. sungguh telus.. sungguh lurus..
malah mungkin juga,sungguh jujur sehingga menjadi sungguh 'kurang bijak'

aku pernah mendengar acapkali di telingaku ini yang pabila setiap kali ada musibah yang melanda.. orang akan bercakap, "sabarlah.. sabar tu kan separuh daripada iman!".. dan waktu itu.. aku percaya bahawa, aku perlu bersabar sebanyak dua kali untuk mendapatkan satu iman!.. kelakar bukan? mana tak nya.. sabar sekali baru dapat separuh.. kalau nak lagi separuh kena sabar lagi skali la kan.. dan sewaktu aku menginjak dewasa, baru aku tahu, sebenarnya sabar bukan separuh daripada iman, tapi SEBAHAGIAN daripada iman. dan juga, aku pernah tertanya-tanya.. mengapa orang kata sabar itu sebahagian daripada iman.. sedangkan, ketika ustaz/ustazah mengajar aku waktu aku masih berhinggus hijau, perskirt biru dan berkemeja putih itu, mereka katakan RUKUN IMAN hanya ada 6 perkara.. tapi di dalam 6 perkara itu, tidak pula dinyatakan mengenai sabar.. dan lama kelamaan, baru aku sedar, RUKUN IMAN dan IMAN itu dua perkara yang beza nye.. sama sekali tidak sama mahupun serupa.

aku pernah percaya.. bahawa matahari dan bulan sentiasa ada bersama aku.. bila aku berlari laju.. saat aku berhenti termengah-mengah.. waktu aku main nyorok-nyorok.. mereka tetap ada mengikut aku.. aku sangkakan bulan dan matahari itu hanya mengikuti aku sahaja.. kadang kala aku terpikir, mengapa bulan dan matahari tidak mengikut orang lain.. mengapa ia sering sahaja ada di belakang, di depan, di kiri dan kadang kala di kanan aku? dan semakin bulan berganti tugas dengan sang matahari.. aku semakin menginjak dewasa.. sewaktu guru hanya mengajar aku cara mengira dan membaca sehingga ke tahap sains darjah 4.. baru aku tahu.. rupanya bumi ini bulat.. bumi mengelilingi matahari dan bulan mengelilingi bumi.. sebab itu kita seakan sentiasa merasakan bahawa bulan dan matahari mengekori setiap langkah kita..

aku pernah merasakan bahawa, darah haid hanya keluar bagi wanita melayu sahaja.. dan wanita-wanita cina, india, caucasian dan sebagainya tidak mengalami haid.. aku rasakan, hanya wanita melayu sahaja yang ada darah haid ni.. sebab tu bila setiap kali waktu aku kecil, makcik dan ibu aku punya 'cuti' dari solat dan puasa.. aku sangkakan, wanita yang bukan muslim, mereka tidak puasa dan solat, maka mereka tidak akan datang haid.. dan kadang kala aku sentiasa berfikir, habis, bagaimana pula dengan mereka yang mualaf? adakah selepas mereka menganut islam baru mereka akan datang haid? hahahaha... sungguh aku tidak tahu! kemudian, setelah aku remaja baru aku sedar, SETIAP wanita pasti akan ada kitaran haidnya. tak kisahlah bangsa dan agama apa skalipun mereka. asalkan mereka bergelar wanita!..

aku pernah percaya bahawa wujudnya kisah dongeng seperti cinderella, snow white, little mermaid etc.. aku pernah berangan bahawa akan ada seorang putera kacak bersama kudanya akan datang melamar aku.. tapi semakin aku dewasa, aku sedar itu semua tak lebih dari hikayat cerita 1001 malam.. tidak akan pernah wujudnya cerita yang akan berakhir dengan "and finally, they lived happily ever after".. kerana aku percaya kini, dugaan dan rintangan untuk mengecap bahagia itu pasti akan sentiasa singgah dan berkunjung bagi setiap pasangan yang sudah / pernah / belum berkahwin.. aku percaya, ALLAH itu Maha Adil dan sentiasa menguji hambanya.. aku percaya akan hidup yang bahagia dan kekal abadi hanya ada di Syurga.. (^__^)v

aku pernah percaya bahawa kodok hodoh sebenarnya adalah putera sombong yang di sumpah.. aku pernah percaya bahawa di celah-celah rumput ada makhluk kecil yang telah menjadi kecil mencari jalan pulang ke rumah seperti dalam cerita 'honey i shrunk the kids'.. aku pernah beranggapan bahawa, rumah gula-gula hansel and gretel itu wujud di tengah-tengah hutan.. aku pernah percaya bahawa pontianak yang di paku di lehernya bakal berubah menjadi gadis cantik.. aku pernah merasakan bahawa epal merah itu sebenarnya epal beracun.. okeyh cukup.. aku rasa mahu gelak bila kenangkan itu semua.. LOL!

ketika aku kecil.. aku fikirkan pada benda yang mustahil untuk aku gapai.. sekarang, ketika aku menginjak dewasa, aku sentiasa fikirkan mustahil pada benda yang boleh aku gapai.. dan aku percaya, kalian juga tentu rasakan perkara yang sama bukan?


mengapa ye?

No comments:

Post a Comment

Thanks for Reading (^_^)