Wednesday, 23 February 2011

lukisan hidupku

setiap kali aku ditimpa musibah
bukan disebabkan ALLAH menghukum aku
di atas kesilapanku yang lalu
tapi ALLAH ingin menguji kesabaranku
serta keteguhan imanku
serta ingin melihat sejauh mana aku mengingati DIA
menyanyangi DIA lebih dari segalanya
dia tak mahu aku alpa dengan duniawi yang hanya bersifat sementara
aku di beri ujian dan cabaran serta dugaan
supaya aku boleh menghargai sedetik kebahagian
dan kenikmataan yang hakiki nanti

aku fikirkan yang putih
aku letak di tepi yang warna hitam kelam
kehidupan aku umpama kain putih itu
aku yang mencorak dan mencarikkan
agar terbentang suatu karya yang indah
lukisan aku berbentuk abstrak
setiap kalian yang melihat akan memberi komentar yang berbeda
kerana setiap dari anda melihat dari sudut yang berbeza
kau bebas melontarkan pendapat dan memberikan nasihat
kau bisa bekata apa sahaja mengenai corak lukisan ku itu
berus cat itu hanya ada di genggamanku
dan hanya aku yang bisa mencorakkan dia menjadi apa jua rupa

kelam kata kau lukisan aku, maka kelamlah ia..
kalau kau melihatnya sebagai suatu seni yang terindah, maka itulah dia
aku hanya pelukis sementara
kerana esok lusa, aku pasti akan di jemput oleh yang Maha Esa
pergi untuk selamanya

No comments:

Post a Comment

Thanks for Reading (^_^)