Thursday 28 July 2011

siapa tahu apa yang akan berlaku?

harapan berubah menjadi impian
saat jemari sudah hampir mencapainya
dan saat ianya sudah berada di gengaman
maka ia dileraikan
lalu diri menjadi hampa
tak apa.. bisik di dalam dada
sambil bicara sendirian,
entah bila agaknya
impian akan menjadi kenyataan

Quote of Life

seringkali kita meminta untuk orang memahami diri kita.. Kita berharap agar orang sekeliling mengerti kehendak kita dan tahu apa yang kita suka dan apa yang kita tak suka.. Tapi, pernahkah kita bertanya pada diri kita sendiri, "apa sebenarnya yang kita mahukan dalam hidup ini?".. dan adakah mempunyai jawapan bagi persoalan itu?


Hidup ini umpama roda.. Kadang-kadang kita di atas dan kadang kala kita berada di bawah.. Tak selamanya kita akan sentiasa di atas dan juga sebaliknya.. Setiap yang terjadi mungkin ada hikmahnya.. Walau tidak sekarang, esok lusa, siapa yang tahu bukan.. Kepercayaan terhadap Qada dan Qadar Yang Maha Esa itu perlu kita sematkan sentiasa di minda. 



sahabat ketika senang memang senang di perolehi.. namun sahabat ketika susah itulah yang paling susah atau sukar untuk kita temui.. Dalam hidup ini, banyak liku dan onak duri yang perlu ditempuhi. Cabaran dan dugaan pasti akan ada dari pelbagai sumber.. Saat ini terjadi, sahabat sejati akan sentiasa disisi.. Indah kan kehidupan ini?



Wednesday 27 July 2011

My Dear Diyanah Amin


which own by my besties "Diyanah Amin"
and suddenly, i saw this post
which, absolutely TOUCH MY HEART


and this what im going to said



My Dear Diyanah Amin, 

no matter what worlds bring, no matter how life turns to be.. in ups and downs, you will surely always be my besties.. who i would seek for to grab some advises, to share some thoughts, to argue about silly things, to be mad without unnecessary things.. 

you always been there for me no matter in what situations.. even u wont be there physically, but mentally u are out there.. always lend me ur hands, eyes, ears and especially a shoulder to cry on. i OWE u lots which money CANT buy..
you are my TRUE FRIENDS because u can find a sorrow behind my smile, words behind my silence, and love behind my anger! (^_____^)v


tak kira mana kaki aku akan melangkah.. kau tetap sahabat aku dunia akhirat..
walau kita tak duduk bersama suatu hari nanti, kau tetap punya ruang di sudut hati aku..
sebagai sahabat, sebagi teman, sebagai kakak, sebagai pengkritik, sebagai guru, sebagai penghibur, dan bermacam lagi..
selamanya persahabatan ini akan kekal abadi walaupun aku dah berlaki

Monday 25 July 2011

kadang-kadang, perkara yang remeh mampu membahagiakan seseorang..

pesanan ringkas di terima
salam di hulur
khabar di tanya

sepi..
diam..

pesanan ringkas masuk lagi..

masih..
sepi..
diam..

seminit..
sepuluh minit..
sejam..

pesanan ringkas masuk lagi..

"k"
hanya itu jawapan balas yang di beri

namun si pengirim
senyum bahagia umpama menerima surat sepuluh helai

Thursday 21 July 2011

sesi memuntahkan larva dari gunung berapi

salah aku ke kalau kau yang letakkan harapan pada aku?
bukan aku tidak berterus terang yang aku tiada langsung perasaan pada kau
yang ada hanya rasa sebagai KAWAN.. tidak lebih dari itu
kurang mungkin.. tapi lebih?? mustahil!!
bukan aku nak mendabik dada
bukan cuba meninggi diri dengan menolak rasa hati kau tu
tapi secara jujurnya telah aku katakan pada kau yang aku langsung tidak punya rasa hati terhadap kau!
tapi kau masih berdegil !! masih lagi ingin meletakkan harapan!!
masih salah aku juga setelah aku tolak hasrat hati kau untuk menyunting aku
hasrat hati kau yang ingin memperisterikan aku..
aku tolak secara berhemah (aku yakin dan pasti!! )
tapi kau masih berdegil.. kononnya masih mahu menanti
menanti sehingga aku terbuka pintu hati
akhirnya aku malas nak cakap apa.. aku tak layan dah kau
kau call aku tak angkat.. kau sms aku tak reply..
aku diam membisu.. aku duduk membatu!!
supaya kau berhenti berharap dari aku!!!
tapi kau memang tidak putus asa.. memang aku kagum dengan hasrat hati kau
mungkin benar kau tulus dengan aku
tapi jujur aku kata, AKU TAK PUNYA SEBARANG RASA dengan kau
aku tak boleh nak memulakan hubungan dengan orang yang aku tak cinta
kata kau cinta boleh di pupuk.. boleh disemai..
tapi aku TAK NAK!! TIDAK MAHU..

hari ini.. kau fbchat aku.. mintak no telefon aku
sebab kata kau, no aku, kau dah terhilangkan sebab henset ko hilang
maaf.. aku tak nak bagi lagi dah.. sebab aku tak nak kau hubungi aku lagi
aku tak nak kau cari aku lagi
dan aku tak nak kau mengharap lagi
dan kau mulalah bermadah.. meluahkan rasa hati tu untuk sekelian kalinya
dan aku fed up terus aku katakan pada kau yang aku nak bertunang hujung tahun ni
dengan harapan kau akan berhenti menagih rasa cinta dari aku
tapi,
kau kata aku bodoh.. kau kata aku banggang..  kau kata aku tak de otak
kau salahkan aku.. kau maki hamun aku..
kau tak ada akal nak guna ke??? salah siapa sebenarnya???
aku jugak ke?? aku yang suruh kau tunggu aku ke??
aku dah cakap dari awal lagi kan!!
jangan tunggu aku!!
jangan harapkan apa-apa dari aku!!

kau cakap lagi rezeki dan jodoh di tangan kita
kita yang tentukan segalanya..
aku suruh kau istigfar! aku suruh kau yakin pada Qada' dan Qadar ALLAH
dan aku bidas dengan mengatakan
rezeki dan jodoh di tangan ALLAH
DIA yan MAHA MENENTUKAN segalanya..
dan kau kata pada aku.. aku bodoh dan banggang!!!
kau  kata aku cakap tak pakai otak
kau kata aku melayu mudah lupa
kau kata aku melayu mudah layu
dan kau bangga kau bukan melayu sebab kononnya kau bugis!!!
woi!!! ko cakap tak pakai otak ke???
memang aku marah dengan kau.. tapi aku kawal lagi

mudah betul kau melempiaskan amarah kau pada aku..
belum lagi menikah dengan aku dah nak maki hamun aku
nasib baik aku tak terima kau ke dalam hati aku
kalau aku terima!!! esok-esok lepas aku jadi hak kau, kau nak naik tangan kat aku ke kalau kau tak puas hati???
belum ada apa-apa kau sudah tunjukkan siapa kau sebenarnya..
minta maaf la.. hati aku tertutup untuk kau!

bukan aku nak mendabik dada..
bukan aku nak meninggi diri..
aku hanya manusia biasa... 
aku juga takut kalau2 kau menggunakan cara yang tidak sepatutnya untuk mendapatkan aku..
aku takut kalau suatu hari nanti kau balas dendam sebab aku tolak rasa hati kau
aku takut kalau esok lusa ALLAH terbalikkan hati aku dengan membuatkan aku jatuh cinta dengan kau
namun aku percaya pada wujudnya Qada' dan Qadar ALLAH yang mana kau tidak percaya itu
aku punya ALLAH untuk aku bergantung!
pada DIA aku bermohon mintak di simpangkan segala perkara yang tidak diredhai-Nya.


p/s : kalau kau nak tahu, abah aku BUGIS + BENTAN dan ibu aku berdarah CINA.. aku pon tak ada darah melayu!! tapi dalam IC aku tulis aku MELAYU!! dan aku bangga menjadi ORANG MELAYU!! kalau kau malu jadi orang melayu, dan sesuka hati nak memperkotak katikkan bangsa melayu, kau boleh nyah dari kamus hidup aku!!!

Wednesday 20 July 2011

my 25th Birthday

okhay.. entry ini mengambil masa yang agak lama untuk di post.. kerana kekangan masa untuk menulis.. hahaha.. bajet cam jadual pack gila cam najib razak je kan!!! (sempoi gila panggil dia camtu je!).. (^____^)v.. ok, cut the craps!.. 

4th julai yang lepas, genap la usia ini suku abad! sedih sebab dah lanjut usia,, tapi masih sendiri.. dedolu zaman ibu saya umo 25 dah kuar 4 orang anak dah pon.. tapi saya? ada anak tekak dan anak mata sahaja! hahaha.. well, this year saya rasa sangat best masa my birthday!! too much surprises.. sonok nye.. sonok nye.. hehehe..

malam masa my birthday, tak celebrate apo pon.. just ada la kuar makan jap dengan si pingu tu.. tapi dia yang makan, bukan saya! kira nye cam teman dia makan sahaja! bukan celebrate my birthday pon (T____T) .. then after sudah makan, ada la dia bersikap gentle SEDIKIT dengan membukakan pintu kereta untuk saya.. hahahaha... comel ke? tak pon.. biasa je.. ekekeke... then after that pulang ke rumah la.. ok, zaman skang bila time birthday, henpon dah tak bunyi sangat dah.. sebab orang semua wish kat FB je.. plus, brape sangat la kan yg ingat birthday budak tigger montel ni.. hahahah

the next morning.. got few sms from friends and mom..  then masa nak mandi and siap-siap pergi office tu.. perasan yang si Diyanah Amin ni cam pelik-pelik sket.. then ternampak la ada kertas love2 kecik terjatuh.. tapi mata pura-pura tak nampak la kan!!pastu dia keluar and kenkonon nak start enjin n wait for me in the car la kann.. masa nak masuk nampak macam diyanah amin put something in the back pocket of the seat.. tapi saya maintain innocent and buat derk je.. hahaha.. then, seperti biasa just bawak keta and hantar dia pergi office.. after dah sampai office dia tu.. buat-buat la tanye kat dia.. "mana hadiah aku?" hahaha.. then dia dengan muka serius nya berkata, mana ada!! and offcourse, saya tak mahu kalah  buat2 intai pocket seat tu.. and dia marah!! dia cakap, "hishhh... tunggu la dulu.. nanti dah sampai office bagi tahu!!" and i was laughing out loud.. dan meneruskan perjalanan ke office.. but, saya ni memang suka taw mengantoikan orang.. masanak bawak keta g office tu, matahari pagi baru nak naek so agak silau la kan.. so i decided nak amek my shades dalam dashboard keta tu.. but then, masa buka2 dashboard tu ternampak ada something plak si diyanah ni letak.. terus tutup dashboard tu and pura2 tak nampak sampai la dah sampai kat opis.. tapi masa tgh bawak keta ni dah gelak2 dah.. hahaha.. then sampai je kat opis, terus call diyanah amin and inform her that i already reached my office.. then dia suh bukak dashboard (which saya dah TER bukak awal2 lagi before dia cakap!).. and here they are.. i found toblerone chocolates with a note on it.. the note wishing my birthday.. it said, there was more in the back seat (which yg saya dah pun nampak awal2 masa drop kan dia kat office tadi).. and there was another 3 toblerone chocolates.. hehehehe.. but there still a note on it.. it said, there is more in the boot!.. so, just bukak boot and YES!! i got lotssss of toblerone.. hahahhaa.. i love u la diyanah!!
Ni kat dalam dashboard
yang ni lak kat dalam pocket seat
Yang ni kat dalam boot
Toblerone yang di tuang di dalam mangkuk.. yummylicious.. 

so, habis part one.. then naek atas office and pour the chocolates in the bowl and distributes some to the people at my department.. and offcourse, they are wishing me happy birthday! time tu my bos tak masuk office lagi.. then after dia masuk, dia intercom and said, "baby.... birthday baby!! come here now.. you didnt gave me chocolates.. "gila gedik kan!! hahaha.. so just masuk dalam bilik dia nad gave him some chocolate.. but then dia cakap saya kena belanja dia sebab tu my birthday.. then i just make some jokes cakap dia la yang kena belanja i.. because today its my birthday.. so dia pon setuju and order pizza for lunch!! yippie.. jimat belanja saya lunch ni.. so, end of part two..

then after lunch, my sis ada call me.. tanye either saya balik umah ibu or tak.. dia cakap dia ada beli hadiah for me.. and i said, what?? but she just said, "kalau nak,, baliklah..".. and i agreed.. yeayyy.. dapat hadiah lagi nanti.. so petang tu after balik kerja, go and pick up cik diyanah amin and balik umah ibu.. and guess what my sis bought for me?? it was choco ball!! thanks my sis.. i love you la... then my brother ajak my mom g beli hadiah for me.. which saya slalu mengedik dengan ibu cakap nak emas.. because saya cakap, saya tak pernah dapat emas pon.. hasil bodekan , maka abang pon ajak ibu pergi sunway pyramid and we went to Poh Kong.. aiseh, sampai-sampai je terus cakap dengan salesgirl tu saya nak cari gelang.. tak mahu cincin. sebab jari saya demok nak pakai cincin.. haha.. kelabu mata nak pilih nye weyh.. and harga emas sekarang sangat mahal.. RM167/g.. aiyoooo.. so memandangkan saya ni bukan dari golongan yang kaya raya dan berjutawan, so tak boleh nak demand sangat-sangat.. amek yang biasa-biasa je sudah.. so pilih punya pilih punya pilih.. akhirnya berjumpa juga dengan my first gold!! sonoknye rasa hati.. berbunga-bunga cinta terus.. hahaha.. terima kasih bonda and abang.. laen kali boleh membodek lagi.. thee hee hee..

My Choco Ball from Alang
My Gold Bracelet.. suka.. suka.. suka.. 


then after that, balik umah ibu balik untuk makan then balik umah shah alam balik.. i thought it was the end pf my day.. ingatkan sampai part 3 je.. rupanya ada lagi part 4.. hip hipp hooreyy!! masa nak tidur tu.. diyanah amin bagi saya hadiah lagi!! she said itulah hadiah saya yang sebenar.. owh yes.. i loike.. sebab saya yang request hadiah ni dari dia.. saya mahu purse baru tu.. dan akhirnya menjadi kepunyaan saya juga.. siyus sonok weyh birthday saya tahun ni... so after dapat my last present (which i thought so), so sambung tido dengan senyum di bibir... thats the way, ah haa ah haa.. i likee it!!..

My New Purse.. shantekkk kan!! heee

the next morning.. just seperti biasa ke office.. sebab it was no longer my birthday (5th July).. but sampai office, my colleagues still call me "birthday baby".. so funny taw dia orang ni.. so, today tak de apa pon yang menarik berlaku actually.. then suddenly, ada orang tiba-tiba datang and call my name.. "aida fazihrah!!".. dah macam misi panggil nama kat hospital je lagaknya.. cait.. muka mula la cuak kan.. tertanya-tanya ape ke haii nye ni.. then tiba-tiba dia hulur bouquet of flower!! omaigoddd... really2 speechless taw.. thenn tanya dat lady, dari siapa? she couldnt answer that sebab dia cakap tugas dia hanya deliver je.. my mind ingat si diyanah amin la punya kerja..sebab semalam tu before tido i said to diyanah amin, "ingatkan ko nak hantar bunga kat aku!!".. hahaha.. skali tak sampai 24hours, dah dapat bunga kan.. mmg macam mimpi menjadi realiti sungguh la!! then bukak la kad yang ada kat bunga tu.. and lagi la bertambah terkejut.. sebab it came from my adik angkat masa zaman sekolah dulu!! oh my dear, how i miss you!! hahaha.. thanks sayang bagi akak bunga.. sangat2 tak sangka.. that time masa dia mintak alamat my office, dia cakap kenkonon dia nak datang.. datang la sangat kan!! pandai ni tipu akak!! cubit kang!!.. hehe.. terharu sungguh taw.. then, end of part 5..

the bouquet! chantek sangat tau combination color dia!!

after that, balik umah shah alam and balik umah ibu balik.. sebab that night nak g tengok transformer!! so tak ada pe yang menarik sangat la kan..

the next day, after balik office,.. diyanah amin promise nak belanja makan kat chilis.. yeay... rupanya my bff yang laen pon ada gak.. thank you azrina and hafizah sebab turut serta.. sayang korang penuh-penuh.. hahahaha.. so we really spend our quality time together that time!!

Hafizah and Me

Diyanah  the master mind and Azrina

so as a conclusion, i love my 25th birthday.. even im turning quarter of century..  but i dont mind at all.. terima kasih semua yang wish my birthday or my belated birthday!!

To make you feel my love

plug in your headphone
increase the volume
close your eyes
laid back
feel this



love doesn't required a word
the heart beat will explain everything


p.s : ada orang kata aku sedang jatuh cinta.. kalau betul pon, kenapa??

Monday 18 July 2011

new baby born

15 Julai 2011

saya dah dapat anak buah baru
anak buah yang keempat
maka lengkaplah dua pasangan anak buah saya
dua lelaki dan dua perempuan
dan akan bertambah riuhlah teratak tok wan nanti
dan juga akan bertambah pening lah saya melayan kerenah mereka lagi
dan juga akan bertambah naik la darah tinggi saya dengan perangai mereka
yang semakin hari semakin aktif
semakin hari semakin lasak

Nur Iman Airis

chomel kan dia
saya panggil dia humaira
bermaksud putih kemerah merahan

eee.. gerammnya dengan budak ni
rasa nak picit-picit je
padahal hidung awak tu bonda dah picit dah
saja nak dengar suara awak yang nyaring tu

Bonda yang demok bersama little humaira!


welcome to the world little one!
selamat menjadi masa buli bonda yang terbaru
hahahahahaha

Tuesday 5 July 2011

Saya Pada Usia Suku Abad

saya di usia yang sudah mencecah suku abad
bak kata Diyanah Amin sudah berjaya memBESAR dengan jayanya
proses tumbesaran saya ini juga adalah merupakan salah satu daripada kerja beliau
ini adalah kerana beliau seringkali menyumbat coklat di bibir mungil saya ini
proses tumbesaran saya ini adalah juga kerana
telah disirami dengan bergelen-gelen kasih sayang daripada keluarga
umpama macam pokok la.. bila dah disirami air
pasti akan membesar dan membesar dan membesar

saya di usia yang sudah mencecah suku abad
alhamdulillah.. sudah berjaya mencapai target saya sendiri
dulu2 kenkonon nak punya kereta bila umur dah mencecah suku abad
namun, target tersebut berja di laksanakan dua tahun yang lampau!
syabas cik aida fazihrah nazri
eyh.. sedap rupanya nama saya..
tapi kenapa Diyanah Amin (ye.. beliau lagi) suka panggil saya MON?
owh ye.. beliau pernah di sergah oleh abang saya sewaktu memanggil saya mon..
kata abang saya pada beliau, "kenapa awak panggil dia mon?"
dan beliau terkedu.. hahaha.. padan muka..
dan saya rasa itu permulaan abang saya cuba beramah mesra dengan dia..
okhay.. saya dah melalut tempat lain..

saya di usia yang sudah mencecah suku abad
ya!! saya masih bujang.. so apa ada hal??
dulu sewaktu bonda saya umurnya 25 tahun
bonda saya telah mengeluarkan saya
ini bermaksud, bonda saya sudah mempunyai 4 anak di usianya 25 tahun
dan saya?? saya ada anak mata.. anak tekak.. anak.. anak.. anak apa lagi ya?
walaupun orang kata perempuan setelah mencecah umur 25 tahun sudah kurang laku
namun itu semua kerja Yang Maha Esa.. cuba jangan karut2 kan otak itu
percaya sket pada Qada' dan Qadar Illahi.. itu lebih sempurna!

saya di usia yang sudah mencecah suku abad,
tapi perangainya macam budak-budak tadika
kadang-kadang budak tadika pon tak perangai macam saya
melayan kerenah saya lagi teruk dari melayan kerenah mereka

saya di usia yang sudah mencecah suku abad
masih lagi sukar menahan amarah dengan sebaiknya
masih lagi manja dan ingin di layan bak permaisuri raja
masih lagi cerewet, gila-gila dan ketawa lepas bebas sahaja

saya di usia yang sudah mencecah suku abad
kadang-kadang orang kata saya macam puan
kadang-kadang orang kata saya macam budak sekolah
kadang-kadang orang sangka sudah beranak tiga
nak-nak bila bawak anak buah berjalan-jalan
tapi saya tak peduli itu semua
sebab makan pakai saya, saya yang sendiri jaga!

saya di usia yang sudah mencecah suku abad
kini saya bahagia!
titik noktah!

Monday 4 July 2011

25 Tahun yang Lalu

25 tahun yang lalu..
tepat jam 9.05pagi...
lahir seorang bayi comel yang demok seberat 3.08kg..
berkulit cerah bermata sepet
membesar menjadi seorang gadis yang manja dan cengil
seorang budak yang cerewet dan baran
iaitu AKU!

buat ibu tersayang,
terima kasih yang tidak terhingga di ucapkan
kerana melahirkan saya 25 tahun yang lalu
menjaga dan mendidik saya dengan penuh tanggungjawab serta kasih sayang
memberi nasihat, pengajaran dan pelajaran yang tidak ternilai oleh wang
sehingga saya menjadi seperti saya sekarang
yang tahu berdikari, yang tahu erti susah, yang tahu menjaga diri
terima kasih untuk semuanya

buat keluarga tercinta,
terima kasih kerana menjadi tulang belakang
walau apa jua yang melanda
tak kira apa yang berlaku
kalian tetap di sisi untuk membantu sekadar yang termampu

buat sahabat kesayangan,
terima kasih kerana sentiasa di sisi
meminjam kan telinga untuk mendengar keluh kesah
meminjam kan bahu untuk aku bersandar waktu lelah
terima kasih kerana kita sentiasa berganding bahu
memikul yang berat bersama-sama
menjinjing yang ringan bersama-sama
sesungguhnya, kalian sahabat terulung

buat teman-teman yang lain
terima kasih atas bantuan kalian untuk semuanye
sepanjang persahabatan kita
sepanjang perkenalan kita
sepanjang hidup ini!

buat yang membenci saya
maaf... hanya itu yang mampu saya ucapkan
maaf di atas segala kesalahan saya
maaf di atas setiap dosa saya pada kalian
maaf pada rasa hati kamu itu pada saya
maaf kerna membuatkan kamu tidak senang pada saya..

buat ......
terima kasih kerana memulangkan senyum bahagia di bibir saya!