salah aku ke kalau kau yang letakkan harapan pada aku?
bukan aku tidak berterus terang yang aku tiada langsung perasaan pada kau
yang ada hanya rasa sebagai KAWAN.. tidak lebih dari itu
kurang mungkin.. tapi lebih?? mustahil!!
bukan aku nak mendabik dada
bukan cuba meninggi diri dengan menolak rasa hati kau tu
tapi secara jujurnya telah aku katakan pada kau yang aku langsung tidak punya rasa hati terhadap kau!
tapi kau masih berdegil !! masih lagi ingin meletakkan harapan!!
masih salah aku juga setelah aku tolak hasrat hati kau untuk menyunting aku
hasrat hati kau yang ingin memperisterikan aku..
aku tolak secara berhemah (aku yakin dan pasti!! )
tapi kau masih berdegil.. kononnya masih mahu menanti
menanti sehingga aku terbuka pintu hati
akhirnya aku malas nak cakap apa.. aku tak layan dah kau
kau call aku tak angkat.. kau sms aku tak reply..
aku diam membisu.. aku duduk membatu!!
supaya kau berhenti berharap dari aku!!!
tapi kau memang tidak putus asa.. memang aku kagum dengan hasrat hati kau
mungkin benar kau tulus dengan aku
tapi jujur aku kata, AKU TAK PUNYA SEBARANG RASA dengan kau
aku tak boleh nak memulakan hubungan dengan orang yang aku tak cinta
kata kau cinta boleh di pupuk.. boleh disemai..
tapi aku TAK NAK!! TIDAK MAHU..
hari ini.. kau fbchat aku.. mintak no telefon aku
sebab kata kau, no aku, kau dah terhilangkan sebab henset ko hilang
maaf.. aku tak nak bagi lagi dah.. sebab aku tak nak kau hubungi aku lagi
aku tak nak kau cari aku lagi
dan aku tak nak kau mengharap lagi
dan kau mulalah bermadah.. meluahkan rasa hati tu untuk sekelian kalinya
dan aku fed up terus aku katakan pada kau yang aku nak bertunang hujung tahun ni
dengan harapan kau akan berhenti menagih rasa cinta dari aku
tapi,
kau kata aku bodoh.. kau kata aku banggang.. kau kata aku tak de otak
kau salahkan aku.. kau maki hamun aku..
kau tak ada akal nak guna ke??? salah siapa sebenarnya???
aku jugak ke?? aku yang suruh kau tunggu aku ke??
aku dah cakap dari awal lagi kan!!
jangan tunggu aku!!
jangan harapkan apa-apa dari aku!!
kau cakap lagi rezeki dan jodoh di tangan kita
kita yang tentukan segalanya..
aku suruh kau istigfar! aku suruh kau yakin pada Qada' dan Qadar ALLAH
dan aku bidas dengan mengatakan
rezeki dan jodoh di tangan ALLAH
DIA yan MAHA MENENTUKAN segalanya..
dan kau kata pada aku.. aku bodoh dan banggang!!!
kau kata aku cakap tak pakai otak
kau kata aku melayu mudah lupa
kau kata aku melayu mudah layu
dan kau bangga kau bukan melayu sebab kononnya kau bugis!!!
woi!!! ko cakap tak pakai otak ke???
memang aku marah dengan kau.. tapi aku kawal lagi
mudah betul kau melempiaskan amarah kau pada aku..
belum lagi menikah dengan aku dah nak maki hamun aku
nasib baik aku tak terima kau ke dalam hati aku
kalau aku terima!!! esok-esok lepas aku jadi hak kau, kau nak naik tangan kat aku ke kalau kau tak puas hati???
belum ada apa-apa kau sudah tunjukkan siapa kau sebenarnya..
minta maaf la.. hati aku tertutup untuk kau!
bukan aku nak mendabik dada..
bukan aku nak meninggi diri..
aku hanya manusia biasa...
aku juga takut kalau2 kau menggunakan cara yang tidak sepatutnya untuk mendapatkan aku..
aku takut kalau suatu hari nanti kau balas dendam sebab aku tolak rasa hati kau
aku takut kalau esok lusa ALLAH terbalikkan hati aku dengan membuatkan aku jatuh cinta dengan kau
namun aku percaya pada wujudnya Qada' dan Qadar ALLAH yang mana kau tidak percaya itu
aku punya ALLAH untuk aku bergantung!
pada DIA aku bermohon mintak di simpangkan segala perkara yang tidak diredhai-Nya.
p/s : kalau kau nak tahu, abah aku BUGIS + BENTAN dan ibu aku berdarah CINA.. aku pon tak ada darah melayu!! tapi dalam IC aku tulis aku MELAYU!! dan aku bangga menjadi ORANG MELAYU!! kalau kau malu jadi orang melayu, dan sesuka hati nak memperkotak katikkan bangsa melayu, kau boleh nyah dari kamus hidup aku!!!
No comments:
Post a Comment
Thanks for Reading (^_^)