25 tahun yang lalu..
tepat jam 9.05pagi...
lahir seorang bayi comel yang demok seberat 3.08kg..
berkulit cerah bermata sepet
membesar menjadi seorang gadis yang manja dan cengil
seorang budak yang cerewet dan baran
iaitu AKU!
buat ibu tersayang,
terima kasih yang tidak terhingga di ucapkan
kerana melahirkan saya 25 tahun yang lalu
menjaga dan mendidik saya dengan penuh tanggungjawab serta kasih sayang
memberi nasihat, pengajaran dan pelajaran yang tidak ternilai oleh wang
sehingga saya menjadi seperti saya sekarang
yang tahu berdikari, yang tahu erti susah, yang tahu menjaga diri
terima kasih untuk semuanya
buat keluarga tercinta,
terima kasih kerana menjadi tulang belakang
walau apa jua yang melanda
tak kira apa yang berlaku
kalian tetap di sisi untuk membantu sekadar yang termampu
buat sahabat kesayangan,
terima kasih kerana sentiasa di sisi
meminjam kan telinga untuk mendengar keluh kesah
meminjam kan bahu untuk aku bersandar waktu lelah
terima kasih kerana kita sentiasa berganding bahu
memikul yang berat bersama-sama
menjinjing yang ringan bersama-sama
sesungguhnya, kalian sahabat terulung
buat teman-teman yang lain
terima kasih atas bantuan kalian untuk semuanye
sepanjang persahabatan kita
sepanjang perkenalan kita
sepanjang hidup ini!
buat yang membenci saya
maaf... hanya itu yang mampu saya ucapkan
maaf di atas segala kesalahan saya
maaf di atas setiap dosa saya pada kalian
maaf pada rasa hati kamu itu pada saya
maaf kerna membuatkan kamu tidak senang pada saya..
buat ......
terima kasih kerana memulangkan senyum bahagia di bibir saya!
welcome to the club
ReplyDeleteto the club?
ReplyDeleteclub 25 laa
ReplyDeleteowh... hahaha.. ok2.. =)
ReplyDelete