Thursday, 27 October 2016

Kemain lagi awak kannn

Hai awak! Tingginya awak terbang.. tak takut jatuh terhempas ke? Hidup, jangan mendongak ke langgit sangat, kena jeling-jeling jugak bumi yang dipijak tu. Nanti, terpijak najis haiwan, kan dah payah..
.
.
Orang kalau dah menyampah kat kita, cuba audit balik dengan diri  sendiri tu kenapa. Tak usah la nak riuh rendah cari penonton dan tukang sorak nak tegakkan benang yang basah tu..
.
.
Hidup jangan jadi 'penunggang agama' sangat. Jangan gunakan agama untuk poloskan diri tu. Tak molek gitu deyhh..
.
.
Ini pernyataan umum. Peringatan buat awak dan saya juga. Eh, awak sentap ke? Saya cakap pasal awak ke? Taklah, saya cakap pasal 'awak' yang lain. 'Awak' yang tak peduli apa orang nak cakap pasal 'awak' tu.. sebab dia tak peduli la saya cakap ni. Kalau awak peduli, maknanya bukan awak la yang saya maksudkan dalam 'awak' tu.

No comments:

Post a Comment

Thanks for Reading (^_^)