Friday, 28 October 2011

Permainan Merepek : Tilik-Tilik Anak

siapa pernah main tilik-tilik anak? Sila angkat keyboard anda sekarang! haha.. tipulah tu kalau tak pernah kan.. heee.. seronok je kan main benda alah ni. Ko tengok anak aku ada berapa.. anak kau ada berapa dan sebagainya.. Lepas tu kalau kawan kau tu tak de anak, kau pakat gelak ramai-ramai sebab kononnya tak subur.. Dan kalau kawan kau tu banyak anak nya, kau kagum gilaa macam dia terlebih subur.. hahaha.. memang permainan anak-anak sungguh!

Ada macam-macam permainan sebenarnya zaman aku study dulu. Baik zaman sekolah rendah, sekolah menengah dan juga zaman di universiti. Antaranya ialah:

Tilik bilangan anak melalui pergelangan tangan.

Tangan kanan kau gengam tanggan kiri kau sampai pucat (ertinya sampai perjalanan darah terhenti).. pastu tengok kat pergelangan tangan tu brape banyak bintik-bintik yang tumbuh.. tu la bilangan anak kau.. haaa... nampak tak? Den banyak kali main benda alah ni, tapi tak nampak pon ada bintik-bintik tu kat tangan.. tak subur la gamaknya tu (T____T)...

Tilik bilangan dan jantinan anak menggunakan rantai dan cincin emas tulen

haa... yang ni den suka benoo main.. caranya sangat mudah.. asalkan ada rantai / gelang tangan beserta dengan cincin EMAS KUNING.. bukan emas putih tau.. tak menjadi.. kalau silver lagi laa tak menjadi kan.. So, dah ada dua menda alah ni, masukkan cincin belah rotan tu ke dalam rantai (buatkan cincin tu jadi macam loket).. oh ye.. lupa nak habaq, kena pakai cincin belah rotan je. tapi kalau guna rantai/gelang tangan je pon boleh.. still membuahkan hasil jua.. Ok then, letakkan rantai tadi atas telapak tangan kiri.. (kenapa kiri? idokk le teman tahu kenapa... )

then dengan aksi seperti mencelup kan kain di dalam baldi, (means letakkan rantai tadi atas telapak kiri sambil di celup-celup ke atas telapak tangan tu) dan kemudian tarik rantai tadi ke atas sikit dari telapak tangan dan biarkan dia berpusing-pusing di atas telapak tangan tu..

IF, rantai tersebut bergerak membentuk bulatan , means anak tu jantinanya perempuan.. and IF rantai tersebut bergerak membentuk memanjang atau kedepan dan kebelakang, means anak itu jantinanya lelaki.. nak senang ingat, bergerak bulatan atau O represents Ovum and bergerak memanjang represents Sperma. mudah ingat kan???

Bila rantai tersebut dah bergerak, celup lagi ke atas telapak tangan dan angkat kembali dan tengok dia bergerak kali kedua (which means untuk anak kedua pulak).. dan teruskan aksi mencelup rantai di atas telapak tangan sehingga rantai tersebut tidak bergerak lagi.. IF rantai tadi dah berhenti bergerak, means tak de anak dah la.. 

Terpulang kat kau orang nak percaya ke tak.. Tapi hasil kajian aku ke atas mak dan kakak aku yang dah beranak, hasilnya 100% tepat.. tapi nak percaya takut tahyul la plak kan.. so just anggap benda ni for fun sahaja!.. 

Untuk yang belum kahwen cam aku ni, saje-saje nak tengok brape ramai anak aku dapat (kelak) dan jantinanya apa.. senang nak berangan nama anak dari sekarang!! hahaha.. 


p/s: hasil kajian terhadap diri sendiri.. anak saya BUNGA.. which means selang seli pompuan laki pompuan laki pompuan laki.. so ada 6 orang totalnya.. nak senaraikan 3 nama perempuan dan 3 nama lelaki dari sekarang.. hahaha

6 comments:

  1. ha ha............ camni pun ada ek??? nak main gak ah! pinjam cincin!!!

    ReplyDelete
  2. yang no 1 tu rasanya memang biasa men masa sekolah rendah tapi yang no 2 tu x pernah tahu,hikhikhik....

    ReplyDelete
  3. @cikpia
    = ade.... nak pinjam cincin? meh amek sini.. haha..

    @erienaerin
    = haha.. cuba try yg no 2 tu.. menakjubkann..

    ReplyDelete
  4. haha..yg 1st tu xtau nk tgk camne..tp yg no 2 tu pnah try kt mak & result dia mmg tetap 100%..waallahualam la..mb kebetulan..try kt diri sendri, ada 7..so nmpknye 6 more to go..hahaha...boleh tengok kt tali pusat yg bsambung kt uri tu gk kan..tp cuma leh tengok berapa ramai anak je..jantina xdapat la..huhuhu

    ReplyDelete
  5. yg no 1 dan 2 tu klau bby kembar camne nak tau? huhuhu

    ReplyDelete
  6. Alahai....baru je buat....lelaki 2, perempuan 2,,, memang dah ada pun...coming soon... perempuan kemudian lelaki..try buat lagi sekali dah tak bergerak.....harap Allah murahkan rezki

    ReplyDelete

Thanks for Reading (^_^)