Aku bukannya tak mahu terima kenyataan. Kalau boleh aku nak buang terus rasa aku kepada kau.Tetapi, rasa ni terlampau kuat untuk aku lepaskan. Dia macam melepaskan kapal kertas di pantai. Bodoh? Lepaskan, tak sampai seminit, kapal tu akan patah semula ke pantai kerana hembusan ombak. Aku tak mampu lawan ombak tu, untuk terus berharap kapal kertas aku mampu pergi jauh dari pandangan. - Penulis Sahaja
Sakit
Perit
Pedih
Sesak
Lelah
Semak
Kusut
Serabut
Kacau
1001 rasa di adun menjadi satu
cukup rencah dan segala rempah
untuk biarkan aku terus merintih dan merintih
saat kau melangkah pergi dengan kata-kata
"kamu terlalu baik untuk saya"
"rasa ini dah tak sama seperti dahulu"
"sayang ini makin hari makin tipis"
"kita kawan.."
petir menyambar di dalam hati
hujan lebat di pipi
ombak menghempas kuat di sanubari!
Secara jujurnya, aku tak pernah rasa macam ni kepada orang lain. Menjadi gila hanya kerana kau. Buat perkara bodoh hanya kerana kau. Aku tak salahkan kau walaupun secebis apa pun. Aku salahkan diri aku kerana jumpa kau dahulu. Aku salahkan diri aku kerana cuba menjadi sesuatu walaupun aku bukanlah sehebat mana seperti alim ulama. Aku salahkan diri aku sendiri kerana menggilakan seseorang yang belum pasti akan ada di sebelah aku selama-lamanya. Aku salahkan diri aku sendiri kerana jatuh cinta. - Penulis Sahaja
tapi itu semalam
dan semalam adalah semalam
semalam punya semalam punya semalam
tiba saatnya aku beri peluang pada orang lain pula
untuk mencintai aku dengan seadanya siapa aku
walau aku belum mencintainya
setidaknya aku cuba!
cuba belajar mencintai dia seperti mana dia mencintai aku
cuba belajar menerima dia seperti mana dia menerima aku
cuba belajar bercinta semula
dan sekarang..
aku mencintai dia lebih dari aku mencintai kau dahulu!
dan untuk itu, segala puji-pujian aku hadapkan pada illahi!
setidaknya,
aku perlu berterima kasih pada kau
disebabkan kau,
aku tahu bagaimana untuk menghargai hati insan lain.
dan untuk itu
TERIMA KASIH!
No comments:
Post a Comment
Thanks for Reading (^_^)