Saturday, 5 February 2011

duhai kamu yang mempunyai 'bin' di dalam ic

duhai kamu yang punya 'bin' di dalam ic
sukarkah untuk berbicara dengan tulus?
payahkah untuk berlaku jujur?
berdosakah sekiranya memberi tahu kebenaran?
benar!
kadang-kadang kenyataan itu pahit
tapi tidakkah kau fikir yang pembohongan kau itu lebih pahit?
meskipun kau tidak mahu memberitahu kebenaran itu
khuatir mungkin bahawa hati kaum hawa ini terluka
tapi kau bertindak dunggu!
kau terlupa bahawa, kebenaran pasti akan terungkap jua satu hari nanti.
dan saatnya bila kebenaran itu terurai
hati kami ini.. telah remuk sebab pembohongan kau itu!

duhai kamu yang mempunyai 'bin' di dalam ic
kami ini memang benar kaum yang lemah
bukan dari segi fizikalnya.. tapi mentaliti kami
walau sekuat mana dan seteguh mana pendirian dan fizikal kami
kami boleh menjadi selemah-lemah insan bila berkaitan dengan hati
sekali hati ini kau hancurkan dan remukkan
sukar untuk ia kembali pulih seperti asalnya!

duhai kamu yang mempunyai 'bin' di dalam ic
aku tidak membenci
apatah lagi menyimpan dendam terhadap kalian
cuma kepercayaan itu sudah kurang
dan akukah yang perlu dipersalahkan?
tak salah untuk aku berhati-hati menyusun langkah?

duhai kamu yang mempunyai 'bin' di dalam ic
sebelum berjanji fikir dulu akibatnya
sebelum berbicara renung dulu kesannya
jangan sekadar berkata umpama tin kosong
bunyinya hebat! tapi kesian.. haprak!

aku tahu tidak semua kalian
yang mempunyai 'bin' di dalam ic punya sifat sebegini
hanya segelintir sahaja
tapi adatlah tu.. orang tua-tua kata
"marahkan seekor nyamuk, habis sekelambu dibakarnya"


coretanakhir: sekiranya kau, yang mempunyai 'bin' di dalam ic tidak punyai ciri-ciri ini.. majukan jejari itu..langkau post/blog ini.. usah terasa dengan statement ni.. sebab penyataan ini hanya untuk mereka yang mempunyai 'bin' di dalam ic tapi tidak bersifat lelaki!

No comments:

Post a Comment

Thanks for Reading (^_^)