bertanya seseorang
"bagaimana kita nak tahu, si dia yang tercipta untuk kita?"
kata aku,
kau tidak akan tahu.
mungkin hari ini kau dan dia berpacaran lalu menikah
bahagia sehingga ke liang lahad, ertinya dialah tulung rusuk kiri kau
barangkali juga kau berpacaran lalu menikah
namun bercerai saat sudah bercucu tiga, dan kau menikah dengan yang lain
ertinya sebelum ini dia bukan tercipta untuk kau kah?
bagi aku.. kau tidak akan tahu sama ada dia kah yang tercipta untuk kau
sama ada dia kah pasangan kau di taman firdaus kelak
esok, lusa dan akan datang.. bagi aku suatu yang misteri
barangkali hari ini kau bermusuh.. siapa tahu esok kalian menikah?
barangkali hari ini kau mabuk bercinta dengannya, siapa tahu esok kalian berdua berpisah
jodoh itu suatu yang misteri! dan ianya kerja tuhan!
dan kita sebagai manusia biasa, teruskan mencari dan berdoa padaNya
agar diketemukan dengan pasangan kita yang sebaiknya..
sekiranya dia dapat menerima segala keburukan kau
dia sentiasa ada di saat kau jatuh dan berada di bawah
walau apa jua yang berlaku di sekeliling, dia masih pertahankan kau!
nah.. mungkin dia yang tercipta untuk kau!
tapi, adakah kau yang tercipta untuk dia??
jodoh itu suatu yang misteri!
pengalaman aku?
pernah berpacaran dengan beberapa jejaka. dan setiap seorang punya kelebihan dan kelemahan sendiri
seperti juga aku.. manusia tiada yang sempurna!
tapi saat hati sudah suka, semuanya kita persetankan! asalkan bahagia itu milik kita
kadang-kadang orang bertanya lagi, "tiada lelaki lain ke yang kau nak jadikan teman?"
dan kata aku jauh di dalam sanubari, "apa kau boleh beri jaminan yang lelaki lain boleh bahagiakan aku seperti mana dia?"
mungkin dia bercakap lepas.. mungkin dia punya gurauan yang kasar
mungkin dia berkulit gelap.. mungkin dia tidak bijak..
mungkin kami tidak berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah
tapi saat itu dia yang membahagiakan aku
kalau tidak, takkanlah ada pepatah 'cinta itu buta'
tapi, jodoh itu suatu yang misteri!
lantaran itu, bagaimana perlu aku menjawab persoalan di atas?
untuk mengetahui sama ada dia yang tercipta untuk kita atau tidak?
satu jawapan yang selamat boleh aku berikan
tepuk dada tanya hati kau sendiri!
apa kau sanggup bersusah dengannya?
apa kau sanggup menerima keburukkan dia?
apa kau sanggup pejam mata menerima keburukan ahli keluarga dia?
apa kau sanggup mendengar cerita dan bebelan dia sehingga tua?
apa kau sanggup mengalas tanggungjawab dengannya?
apa kau sanggup menahan malu apabila orang mentertawakan dia?
apa kau sanggup menahan hati apabila dia dijadikan bahan jenaka?
apa kau sanggup memberi sokongan pada dia saat dia di hina?
apa kau sanggup membina keluarga bersama dia?
kalau kau sanggup, apa lagi yang kau nak risaukan!
belajarlah menerima seadanya
hidup dalam keadaan redha
soal jodoh, ketepikan dahulu
kerana ianya adalah suatu yang misteri!
No comments:
Post a Comment
Thanks for Reading (^_^)