Friday, 24 April 2009

where to go

pelbagai soalan bermain di kotak fikiran ku.. mane arah tuju hidup ku selepas ini? apa yang bakal aku lakukan selepas ni.. sekarang ni.. aku sedang menduduki peperiksaan akhir.. dan dengan izin dari Yang Maha Kuasa Tuhan Pencipta Alam Semesta, sekiranya aku succeed, ill graduate with my degree in Town and Regional Planning (hons.).. lantas selepas itu.. ape yang bakal aku lakukan?

sudah bersedia kah aku untuk melalui alam pekerjaan? sudah cukup kah ilmu yang ku timba selama ini? banggakah aku dgn segulung ijazah yang bakal aku perolehi selepas ni? aku tak tahu dan tiada jawapannya... aku buntu dalam menentukan hala tuju hidupku sendiri..

namun.. aku punya cita-cita.. aku punya impian.. untuk berjaya dan membalas jasa kedua ibu bapa.. aku tahu aku boleh melakukannya terpulang pada semangat dan usaha aku untuk mencapai kejayaan..

pelbagai perkara yang aku cadangkan untuk memulakan hidupku selepas ini.. ape yang ingin aku lakukan...

pertama.. aku ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat masters.. mmg ilmu yang ku terima maseh belum sempurna.. maseh banyak kekuranggannya.. tambahan lagi, sudah terlalu ramai graduat ijazah yang di lahirkan di Malaysia ini.. aku perlu menjadi lebih daripada mereka.. aku dah survey beberapa program master yang ada.. hati ku masih kuat dgn UiTM.. skrg yg menarik minatku ialah Master is Built Environment.. even aku tataw ape program ini tawarkan.. tapi aku tak ragu2 untuk mencuba.. tambahan lagi, program ini tidak memerlukan aku menyiapkan Thesis.. hanya research.. research dan research.. itu yang sememangnya menarik minatku...

kedua.. aku ingin bergelar usahawan muda.. aku ingin memulakan perniagaan ku sendiri.. namun aku tak punya pengalaman dan modal.. tapi aku tataw, kalo kita nak.. mesti ade cara.. pengalaman boleh ditimba.. manakala modal pula, aku rase tidak mempunyai masalah yang besar.. ini kerana banyak pihak2 perbankan di Malaysia ini menawarkan pinjaman peribadi.. mungkin aku boleh memohon sebagai modal aku nanti.. malahan juga, kerajaan juga turut menawarkan pinjaman modal sehinggan RM50k bagi graduat yg ingin bergelar usahawan.. namun yang menjadi tanda tanya sehingga sekarang.. ape yang ingin aku niagakan?? ape bakat yang aku ada? apa perkhidmatan yang mampu aku tawarkan?... aku terfikir untuk membuat gelangang futsal.. disebabkan sekarang ni ramai belia2 menjalan kehidupan sihat skrg ini.. tp di mana lokasi nya? atau aku boleh membuka sebuah kopitiam?? tp siapa tukang masaknya?? terfikir juga untuk membuka kedai fotokopi.. tp lokasi nyer harus lah berdekatan dgn institusi pendidikan... hmm.. semakin hampir untuk graduate ni.. semangat ku untuk bergelar usahawan semakin berkobar2... 90% rezeki datangnya daripada perniagaan.. aku ingin merebut peluang untuk menjadi org yang berjaya dan juga KAYA.. hehe

banyak ingin aku lakukan untuk menjadi insan berjaya.. dan aku akan pastikan yang impian aku bukan sekadar angan2..

aku bukan berasal dari golongan berada.. untuk itu aku seharusnya lebih bijak merebut peluang yang ada..


target ku untuk diri sendiri.. menjelang umurku 25 tahun, aku harus mempunyai kereta yang ku beli menggunakan duit ku sendiri.. umurku 30 tahun, aku sudah boleh mempunyai rumah yang ku beli dgn duit ku sendiri.. dan menjelang 40 tahun.. aku seharusnya bisa menguruskan perniagaan ku sendiri.. aku ingin berjaya.. dan aku akan pastikan aku akan perolehi semuanya kurang daripada tempoh sasaran yg ditetapkan ku sendiri.. dengan ini, aku mencabar diri sendiri untuk berjaya...

aku yakin aku boleh..

3 comments:

  1. yerps.. tengkiu... i have dream... and i will makes my dream come true.. and for abah and ibu, i will this for both of you...

    ReplyDelete
  2. erm..aieyda...
    sama lah kita...
    fara pon da ade rs nk buat biznez sendri...
    mkn gaji ni bukan sesuatu kepuasan dlm hidup ni...
    fara ade rs nk buka nurseri, tadika, ternak arnab ngan buka cc...InsyaAllah satu hr nanti...

    ReplyDelete

Thanks for Reading (^_^)