Friday, 29 May 2009

Wanita|Women|Ladies|Girls||Gadis

Seorang anak kecil,bertanya kepada ibunya,"ibu, mengapa ibu menangis?".. lalu ibunya menjawab, "kerna aku seorang wanita".. namun anaknya menjawab "aku tidak mengerti maksudmu ibu".. ibunya terus memeluknya dan berkata "dan kamu mmg tidak akan pernah mengerti"..

lalu anaknya bertanya kepada ayahnya.. "ayah, mengapa ibu menangis tanpa alasan?".. ayanhnya hanya menjawab, "setiap wanita mmg suka menangis tanpa alasan"

seterusnya, anak kecil itu terus membesar menjadi seorang lelaki dewasa.. namun, naluri ingin tahunya tetap mencari jawapan mengapa wanita suka menangis tanpa alasan.. akhirnya, persoalannya terjawab ketika di luar sedarnya, ia bertemu Tuhan.. dan Tuhan berkata:


Ketika AKU menjadikan wanita dari tulang rusuk lelaki, aku menjadikkannya dengan sifat-sifat yang cukup istimewa

AKU membuatkan bahunya cukup kuat untuk menompang dan pada waktu yang sama cukup lembut untuk memberikan kenyamanan diwaktu kamu keresahan

AKU memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu menahan kesakitan melahirkan anak serta menerima penolakan daripada anak-anaknya yang boleh menguris hatinya

AKU memberikannya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar, meskipun orang lain telah menyerah serta ketabahan untuknya mengasuh keluarganya dengan penderitaan tanpa kelelahan serta keluhan

AKU memberikannya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan bahkan di saat anaknya menderhaka pada nya

AKU memberikannya kekuatan untuk mendukung suaminya di saat kegagalan dan melengkapi tulang rusuk suaminya untuk melindungi hati suaminya

AKU memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik, takkan pernah menyakiti isterinya, namun kadang kala menguji kekuatan dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu

dan akhirnya, AKU memberikannya air mata untuk diteteskannya dan digunakannya pada waktu yang diperlukannya..


tahukah kamu, bahawa:

kecantikan seorang wanita
bukan dari pakaian yang disarung ke tubuh badannya
atau susuk badan yang cuba ditampilkannya
atau bila mana ia menyisir rambutnya
namun,
kecantikan seorang wanita
harus dilihat dari matanya
kerana, itulah pintu hatinya
tempat dimana cinta itu berada



Monday, 25 May 2009

Live Your Life

its been days i didn't posted any writings.. a bit busy with a my life.. even though no longer been called as students.. and also.. still not been call an employer nor employee.. life been ups and down lately... but, what ever happen, must have a reasons.. GOD didn't promise day without rain and laughter without pain.. and we as HIS slave, have to accept everything that fated.. and me? as a person.. ill never regret any mistakes that I've been done.. cause it makes me WHO AM I TODAY.. i know, I'm imperfect.. too much straight forward with my words... but hey, im just being honest!! if u cant take the truth, never seek me for advices.. just live in lies and fake.. MAKE a life.. a real life i mean.. and i really meant it.. that is your life.. so u are the one who should determine what will your future be.. you are the one who have the right as decission maker in your life.. not others life of course.. Parents, family members, relatives, friends and other peoples just as a guidances, advisors, and consultants.. but, to becoming who u really are for the next 10 years.. 20 years.. its started on what you doing today.. it started on what u have decided today.. life its not easy.. its true... in life its not easy to become easy and it is not really hard to become hard... plan well.. take a risk.. and enjoy.. life too shorts.. too shorts to those who doesnt really know how to appreaciate it..

my life? its been pretty cool lately.. im graduating Bachelor of Degree Town and Regional Planning (hons.) on November., and off course, with GOD wills.. im planning to started my own business... because i dont really like working for others.. plus, 'Perniagaan itu 99% pintu rezeki'.. then... im planning to further my study in Master.. yerps.. by hook or crook.. i will take my Master.. next?? planinng for something.. but just lets it be secrets.. when it comes to time, i will proudly announce to publics.. married?? no no no.... dat is out of the plan.. *ching~

Monday, 4 May 2009

ibu

this posting is especially dedicated to my beloved mom who is
-Siti Juanita Hashim
-

ibu, tahun ni ateh akan menjangkau 23 tahun.. tak sangka.. cepat betul masa berlalu.. dah besar rupanyer anak ibu ni.. but, ateh maseh tetap seperti dulu.. seorang anak yang nakal, manja, malas, dan mengada-ngada.. 23 tahun dah ibu besarkan ateh.. bagi ateh pelajaran yang cukup sehingga ateh berjaya habiskan Ijazah ateh.. ibu bagi ateh makan dan minum yang lebih dari cukup sampai ateh debab and tembam macam winnie the pooh tu.. hehe.. ibu bagi ateh pakaian yang serba lengkap untuk ateh tampil di hadapan orang lain.. even kadang2 ibu main beli je baju2 tu and sometime baju2 tu nampak pelik.. ateh pakai je.. even kadang ade gak ateh ngomel sana sini.. maaf ye ibu.. tapi ibu taw tak yang sesungguhnya ateh sangat berterima kasih kerana mempunyai seorang ibu seperti ibu...

ibu, mesty penat kan masa ibu ngandungkan ateh selama 9 bulan 10 hari dulu.. ibu kendong ateh ke sana ke sini.. pergi mencari rezeki dengan perot memboyot bawak ateh.. sakit kan ibu masa lahirkan ateh dulu tanggal 4 Julai 1986 tepat jam 9.05 pagi.. time tu berat ateh 3.05 kg je.. sakitnya masa ibu nak lahirkan ateh dulu.. ateh taw... nak2 ibu cakap, mase ibu nak lahirkan ateh, ateh dah nak terkeluar dalam perut keta.. naseb baik sempat di sambut oleh doktor..kalo tak mesti dalam surat beranak ateh, tempat lahir di catatnya 'DLM KERETA'.. hehe.. terima kasih ibu sebab lahirkan ateh.. kalo ibu tak lahirkan ateh dulu, mesti ateh tak ade kat sini.. tak de la ateh dapat tulis blog ni untuk ibu.. kan?? kan??..

ibu, masa kecik2 ibu jaga ateh... manjakan ateh.. belikan mainan untuk ateh.. terima kasih sangat2.. tapi ateh nakal.. ateh taw... walaupon ibu cakap anak2 ibu semuanya baik2 belaka.. tapi ateh taw.. ateh mesty pernah naikkan darah ibu kan... nak2 bila ateh menjangkau remaja.. hmm.. ateh taw ateh agak liar ketika itu.. ateh berkawan dengan orang yang tak sepatutnya.. ateh dah kecikkan hati ibu.. banyak kali ateh buat ibu menangis kan.. ateh mintak maaf sangat2.. ateh tataw nape ateh buat semua tu kat ibu... darah remaja ateh memberontak ketika itu.. ibu pernaj jatuh sakit sebab ateh tak nak dengar cakap ibu.. ateh minta maaf.. kalau boleh ateh nak ibu sentiasa sihat.. ibu dipanjangkan umur sehingga ateh dapat membalas setiap jasa ibu..

ibu, banyak pengorbanan ibu dalam membesarkan kami 6 beradik.. kami 6 beradik pon banyak bagi masalah kat ibu.. setiap seorang ade je masalahnya.. tapi ateh janji dengan ibu.. ateh takkan bagi masalah lagi dekat ibu.. ateh akan bagi ibu kebahagian dan penuh dengan kasih sayang.. ateh dah tak nak lukakan ibu lagi.. sebab ateh terlalu sayang dekat ibu.. betul.. sayang sangat... ibu lah insan yang paling ateh sayang sekali and ateh tak boleh nak imagine KALAULAH suatu hari nanti ateh tak dapat lagi nak pelok ibu.. nak cium ibu.. nak main2 dengan ibu.. nak cabut uban ibu.. nak suruh ibu masak macam2..and etc..

ibu, sampai sekarang kan.. ateh masa ingat lagi.. saat kita duduk dekat Kg Tunku, Petaling Jaya.. time tu ibu baru je lahirkan adik wali.. time tu ibu dalam pantang.. tapi ibu boleh kayuh basikal bawak ateh dan alin pergi pasar sg.way tu.. kan ke agak jauh tu.. dah la ibu belom sihat sepenuhnya.. tapi ibu boleh bawak kami g pasar sebab nak beli barang dapur.. time nak pergi tu mmg la tak rasa penat sangat kan... tapi time nak balik, kan kita kena naik bukit yang agak tinggi tu.. time tu ibu tak larat nak kayuh basikal.. sebab ibu bawak dua org anak ibu yg comel2 ni campur dgn brg2 yg baru beli tu.. ibu turun dari basikal... tp ibu suruh ateh dan alin naik atas basikal tu and ibu sorong basikal tu daki bukit.. peristiwa ateh rase masa ateh darjah tiga.. sampai sekarang ateh tak leh nak lupakan.. pengorbanan seorang ibu..

ibu, macam2 yang ibu dah lalui dalam kehidupan ini.. dan lebih banyak kesusahan dari kesenangan.. ateh taw hidup kita tak sesenang insan lain.. tapi ibu kuat.. ibu tabah.. walau di keji dan di hina orang sekali pun, ibu tetap tabah mengharungi kehidupan ini membesarkan kami.. even orang berkata yang anak2 ibu ni jahat... ibu tetap percaya, anak ibu tidak bersalah.. mmg itu hakikatnya... mmg kami nakal.. tapi kami tak jahat.. dan yang paling ateh sedih sekali apabila orang2 yang menghina itu adalah sedara mara kita juga.. kadang2 ateh selalu cakap dalam hati.. 'naseb baik la korg ni bukan sedara aku yang sedarah sedaging.. korang ni hanya adik bradik angkat ibu je'... tapi ibu taw tak.. dyanah selalu cakap 'tapi dia org kan sedara sesama islam'.. cepat2 ateh istighfar... ateh mmg takkan dapat terima kalau org berkata ape2 pasal ibu dan kita sekeluarga..

ibu, demi nak membesarkan ateh dan adik bradik yang lain.. kadang kala ibu sampai terpaksa menebalkan muka meminjam wang.. tapi sekarang, ibu usah risau lagi.. ateh ada.. ateh akan bantu ibu selepas ini.. ateh takkan biarkan ibu merana lagi.. takkan ateh biarkan ibu di hina orang lagi.. sebab ibu adalah permata hati ateh.. dan ateh terlalu menyanjugi ibu..

ibu, dikesempatan ini.. ateh nak mohon ampun dan maaf.. sebab pernah menitiskan air mata ibu.. ateh mintak ampun sebab pernah membuat ibu terluka dan berkecil hati.. ateh mintak maaf kala sekiranya kadang kala ateh terleka sehingga mengabaikan tanggungjawab ateh sebagai anak..

di sini juga, ateh nak ucapkan Selamat Hari Ibu untuk ibu.. Ibu lah segala-galanya bagi ateh.. ateh taw ateh bukan anak yang terbaik untuk ateh.. tapi ibu adalah ibu yang terbaik bagi ateh,.. selamanya dan ibu tak kan mungkin dapat di tukar ganti..

Salam Sayang dari Anakmu,
Ateh


Selamat Hari Ibu juga diucapkan kepada kedua dua orang kakak ku yang telah pun menjadi ibu.. Moga kalian dapat menjadi ibu seperti ibu kita.. dimana pengorbanannya terhadap kita sunggu tidak berbelah bahagi..

mixed emotions

relieve
happy
scared
anxious
excited
sad

all emotions at one time..
mixed and indescribably..

relive that i already finish my final exam.. happy because im no longer hold a title as students.. scared of my future after this.. anxious to whom i became to be and excited to continue my journey in this life... sad that i would separate wif my colleague and doesnt even know when will us meet again to share the joy and laughter that we used to have for 5 years.. but, memories will still there and being tatoo in my heart..