dicilok dari SEMBANG KENCANG..
Opis kawan gua (multinasioanl kompeni) ada buat iklan kerja, dia mintak gua tolong cari sapa sapa yang bekenan nak kerja dalam kompeni dia.Semua vacancy dekat oversea yee.
******************
Tajuk Kerja : Pengendali Fesbuk sepenuh masa
Kekosongan Jawatan : Eksekutive ( 6 kekosongan), Pengurus ( 1 kekosongan)
Lokasi : Manhattan, Melbourne, Ottawa, Jeddah, Stuggard, Vienna dan Dubai.
Kelayakan :
1)Ijazah Sarjana dalam apa apa bidang, seni pun boleh, muzik pun boleh, kedoktoran pun boleh.
2)Memiliki sekurang kurangnya 1 tahun pengalaman menghendel Fesbuk secara professional.
3)Menjadi ahli Fesbuk sekurang kurangnya 18 bulan dari tarikh iklan ini dikeluarkan.
4)Mafiawars minimum level 85
5)Mestilah seorang peladang Farmville yang hardcore
6)Mahir selok belok applikasi Fesbuk
7)Telah mengupload foto di Fesbuk sekurang kurangnya 500 keping.
8)Pengendali BLOG adalah diutamakan (kehkehkeh..)
Tugasan
1)Mengupdate status setiap setengah jam seperti "saya sedang makan ayam goreng..nyam nyam", dan diikuti dengan "saya basuh tangan..ahh sedapnya ayam goreng", atau friendly update seperti "Pergi pasar malam, nak beli apa ye?".Update sebegini pun boleh.."Hari yang down :(".
2)memastikan setiap update mendapat sekurang kurangnya 10 komen.
3)Meng upload gambar sekurang kurangnya 20 keping pada setiap hari bekerja.(tag jangan lupa!).Gambar masa sekolah, masa tadika, dan masa berpiknik adalah digalakkan.
4)Menginvite kawan kawan yang tidak dikenali (ini kes kawan yang haram entah dari negara mana) untuk menyertai segala jenis maneka persatuan, petisyen, ex-sekolah, events dan pelbagai kejadah mengarut yang ada dalam Fesbuk.
5)Meng add ahli ahli Fesbuk yang lain. Kenal tak kenal belakang kira.SirraturRahim boleh ejas kemudian.
6)Ini paling penting. Wajib menjawab segala bentuk KUIZ yang ujud dalam Fesbuk.Kuiz seperti "Sejauh manakah anda mengenali Encik Pijon?" pun wajib jawab, walaupun secara faktanya Encik Pijon tidak pernah hadir dalam hidup lu orang.
Gaji : USD3800 (Boleh runding lagi nie...)
Faedah
a)Rawatan perubatan percuma untuk laki,bini,anak anak, ibu bapa dan mentua.Semua kawteam!.
b) Pinjaman perumahan sehingga USD300,000 (0% interest)
c) Pinjaman kenderaan sehingga USD100,000 (0% interest).
d) Penerbangan Bisnes Kelas untuk menguruskan hal hal Fesbuk ditahap international.
*Sila hantarkan Resume lu orang pada gua sebelum cuti hari raya..lekat kat Nasihat Ikhlas juga dikira sah!.Pemohon yang di-shortlisted akan di panggil interview di Shanghai sebelum Raya Haji.
(Makanan asasi di Shanghai adalah khinzir, jadi pada umat islam yang dipilih untuk interview digalakkan anda bawak bekalan Meggi dan roti gardenia, bawak sardin pun takpa).
*********************
"Bos gua pening kepala sebab staff ramai komplen..kerja Fesbuk membebankan mereka,mana nak kejar hal hal opis, menghadap Fesbuk lagi..jadi tak cukup masa.Ada kes sorang makwe di Manhattan opis jadi histeria sebab tak boleh hendel tekanan Fesbuk..jadi sebagai langkah bijak..Bos gua nak centralizekan pengurusan Fesbuk dibawah unit baru, International Unit of Fesbuk. Lepas ni..semua kerja kerja Fesbuk budak budak kompeni gua, Unit International Fesbuk kena hendel" - Begitu cerita kawan gua.
p/s: Gua dah apply jawatan pengurus.., lu orang bila lagi?
Kata hero sangat dengan Fesbuk..
No comments:
Post a Comment
Thanks for Reading (^_^)