Saturday, 13 February 2010

mari mendengar bebelan saya

lame la plak tak membebel di sini
ok jom..
kita imbas kembali ape yang berlaku tuk seminggu ni



1st
kesayangan cik aida tak lagi kerja sama2 dengan cik aida
pas ni tak leh dah la nak marah2 dia
tak leh dah la nak gedik2 ngan dia
dia dah pindah tempat kerja
katenyer untuk kebaikan bersama
asek slalu sgt duk dekat2. panas jadinyer
nak merindu2 pon tak de
ni dah jauh2.. jadi penasaran la gak
hahahahahhaa
tapi tak pe.. jauh di mata.. dekat di hati
kalo dia notty2 kat tpt kerja baru dia
siap dia cik aida cubit2 dia sampai lebam
oh yer.. cik aida mmg garang pon
sebab tu ibu cik aida panggil cik aida TIGGER
hua hua hua hua


2nd
Cik Aida terima satu surat chenta dari CDASB
i tot surat ape la kan
sebab katenyer P&C.. balik umah baru leh bukak
dub dab dub dab jantung cik aida
tapi tak de maknenter cik aida nak tunggu sampai umah baru bukak
time nak turun tangga nak ke keta cik aida telah membuka surat tersebut
dan.. gembira cik aida bukan kepalang
sebab cik aida dapat notis kenaikan gaji
hip hip hooreyyy
macam taw2 je kan cik aida nak berhenti kerja n cari tpt len
abes camno skang ni
nak berhenti gak ke tak eyh?
fenin.. fenin..
t la cik aida cuba membuat keputusan yang terbaik..

3rd
cik aida nak p tgk konsert satu suara hari ni
hip hip hoorey
ade peyzal tahir, ezat dan juga ct
ni juga merupakan kali pertama le
cik aida bakal menjejakkan kaki ke Istana Budaya ni
tak sabarnyer.. huhu..
agak2 cik aida sempat tak kalo nak tangkap gbr ngn abg peyzal tahir?

4th
cuti semester sempena cuti laye cina
tapi kerja ttp kerja
assignment pon menimbun
tak best betol la cuti ni
isk isk isk

5th
cik aida perlu berterima kasih pada lighter cik aida yg besar
tak sia2 cik aida bayar rm10 tuk lighter gadang tu
dan juga kekuatan cik aida
dalam merepair paip air yang pecah di rumah cik aida ni
mesty korg tertany-tanye kan
apa kaitan repair paip dgn lighter beso?
hahahaha...
kaitannya begini..
paip air pecah.. cik aida call plumber semua pon cuti
almaklumlah cuti raye cina kan
pastu cik aida tanpa pikir panjang terus ajak cik dyanah ke hardware
beli sendiri barang2 keperluan utk merepair paip
dan cik aida repair sendiri
sampai apek kat kedai hardware tu pon terkejut
bila cik aida kate cik aida yg akan repair paip tu
pastu dah bli batang paip nyer.. terpanjang le plak kan
gergaji tak de kat umah ni hah
so cik aida bakar je la batang paip plastik tu
bagi dia lembut sket kan
pastu cik aida panaskan juga pisau kat umah ni
pastu dengan bantuan hammer,
batang paip tersebut dgn begitu mudahnyer ia terpotong
hahahha
bijak bukan? cik aida mmg cerdik pon..
lalallaala


6th
esok valentine day
cik aida tak pernah sambut v-day ni
pada yang sambut tu
tak kesah la kalo nak sambut
sebagai hari kekasih ke ape
tp yg islam tu.. jgn la sambut sebab kan st valentine tu plak ye
dan juga..
bagi kaum wanita muslim tu..
valentine day bukanlah hari untuk anda membutikkan kasih sayang anda
dengan 'hubungan badan' bagi yang belum berkahwen
renung-renungkan dan selamat beramal


*************************************************

duhai gadis
usah di ibaratkan dirimu
umpama bunga di tepian jalan
yang mudah dipetik
dan juga mudah untuk dibuang
namun
ibaratkan dirimu itu
umpama bunga di atas bukit
yang sukar untuk dipetik
lagi terasa sayang untuk dibuang

2 comments:

Thanks for Reading (^_^)