Sunday, 28 November 2010

hati ini sudah rapuh

hatiku dah tak sekuat dulu lagi
usah bermain dengan kata
kalau masih belum bersedia
usah disandarkan harapan
kalau masih belum nampak jalannya
usah biarkan aku terbang terlalu tinggi
kelak jatuh, yang parahnya aku nanti
usah jadikan aku seperti bunga ditepian jalan
yang boleh kau petik dan buang sesuka hati
tapi, ibaratkan aku
seperti bunga di atas pergunungan
yang sukar kau petik dan sayang dibuang
aku punya hati dan perasaan
bukan simpati yang aku pohon
aku hanya inginkan kasih sayang
dan mungkin secebis pengertian dan kejujuran
aku hanya gadis biasa
yang kau cukup faham
gadis yang tidak sempurna
kelemahan ku terbukti dengan jelas
aku bukan gadis sopan, apatah lagi calon gadis melayu
aku bukan gadis ayu, apatah lagi calon model
aku hanya gadis biasa yang tidak sempurna
aku sukar dijangka, cerewet, garang dan manja
aku protective dan juga sensitive,
terima aku seadanya andai kau betul2 dah bersedia
aku tak betah terima kekecewaan buat kali yang seterusnya
kerana seperti yang telah aku nyatakan
hatiku dah tak sekuat dulu lagi

No comments:

Post a Comment

Thanks for Reading (^_^)