Thursday, 28 April 2011

i deserve better

sejarah
adalah kisah silam
bukan coretan masa hadapan
kau baca sejarah
ambil iktibar dan jadikan pedoman

kau sudah termasuk dalam manuskrip lama
yang sama sekali tidak akan aku buka semula!
perasaan hati ini semuanya bisikan syaitan!
yang ingin menghasut aku merasa hasad dan cemburu buta!

untuk berpaling semula?
insya ALLAH akan aku cuba elakkan
meskipun kau yang pertama
aku tidak mahu kau menjadi yang terakhir
sebab 'i deserve better'

kau tak pernah setia
kau tidak jujur dalam berbicara
aku tahu semua itu, tapi aku masih buta
itu semua dulu, sekarang aku sudah celik
and aku rasa
i deserve better!

tempah bala

bodoh!
itu yang tepat ditalakan ke muka aku..
siapa suruh menempah bala?
skrg, cemburu menguasai minda!!

demmit!
benci!
muak!
penat!

bodoh!
dah taw akan rasa begitu
kenapa perlu ambil langkah itu?

walau di mulut kata sudah tidak apa-apa.. tapi hati lebih tahu apa yang aku rasa.. kau boleh tipu semua orang.. tapi tidak diri kau sendiri!!

Thursday, 21 April 2011

tanda seru untuk kau

kau bukan abah aku
yang namanya utuh tertera di belakang namaku
yang akan mewalikan aku di saat pernikahan aku nanti!

kau bukan ibu aku
yang mengandungkan aku 9 bulan 10 hari
yang tahu ragam dan rasa hati aku
yang simpan segala cerita sejak aku dilahirkan

kau bukan kakak dan abang aku
yang sama-sama mandi hujan dan terjun longkang
yang sering bergaduh dan bertelagah pendapat
saat hidung masih lagi mengeluarkan cecair hijau

kau bukan sahabat kesayangan aku
yang sering disisi saat jatuh dan bangunku
yang tahu setiap plot dalam semua cerita hidupku
yang aku boleh sandarkan harapan

kau bukan siapa-siapa
kau orang asing
yang aku tak kenal siapa keluarga kau
yang aku tak tahu dimana rumah kau
kau hanya orang yang biasa
yang aku jumpa hari ini dan esoknya aku lupa namanya
kau hanya manusia biasa
yang tidak layak memperkatakan apa-apa mengenai aku!
dan aku letakkan tanda seru di situ!
muktamad!


kalau kau belajar undang-undang jalanraya, pasti kau tahu apa maksud tanda seru itu!

Tuesday, 19 April 2011

maaf! salah faham

kisah di pagi ini... perot tibe2 meragam.. jalan di pagi hari seperti biasa.. ada perarakan kereta.. cuma tiada kereta berhias je.. peluh2 anak gadis mula memercik di hidung.. tangan menitiskan air tanda isyarat isi di perut sudah tidak sabar nak cari pintu exit.. aiyayayayai~... lantas, kereta mewahku menyusur ke kiri dan membelok masuk di Shell NKVE.. hand break di tarik.. enjin di matikan.. tas tangan di rembat.. kunci kereta di cabut.. terus membuat ucara lumba jalan..

Lumba jalan kaki, adalah sejenis acara olahraga dalam kategori perlumbaan jarak jauh dan juga merupakan perlumbaan yang menggunakan kaki.

mata di fokuskan hanya ke satu arah.. TANDAS!.. dengan rasa yang cukup yakin bahawa gambar orang memakai skirt di tampal di pintu.. terus meluru menuju kejamban untuk melepaskan..


standard public toilet sign! i was so confident that im entering the sign on the right!

sesaat berganti seminit dan seterusnya.. hajat pon terlaksana sudah.. lalu kaki melangkah keluar.. dan tiba2.. mata terkesima saat melihat seorang jejaka di hadapan cermin di sinki basuh tangan.. jejaka itu sedang menyisir rambut dengan gaya yang konon-kononnya agak macho la kot.. dengan pipi yang sudah merona pink.. lantas dengan spontan bertanya:

pinky cheek sebab sudah mula merasa malu

"erks.. ni tandas lelaki ye.. ?".. dalam nada yang sangat2 malu.. lantas si jejaka kelihatan terpinga-pinga terus menjawab dengan suara seorang gadis yang serak-serak basah.. "eh tak la... betulla ni tandas perempuan.." dan lantas pipi si 'jejaka' tadi pula yang bertukar rona rose lalu lantas keluar dengan muka yang agak sebal!..
dalam hati, manelah saya nak taw awak ni sejenis dengan saya.. miahahaha..

bagaimanalah agaknye kalau golongan 'akak-akak' pulak yang masuk tandas lelaki ye? curious nih!!

Friday, 15 April 2011

buat adam yg mencari cinta hawa..buat hawa yg menanti cinta adam..

benar..jodoh itu ketentuan TUHAN..tapi kita akan ada terma merisik..??salah ke merisik..??x salah bahkan dianjurkan supaya x tersalah pilih..hmm..

untuk adam, andai mahu mencari hawa..

1. jgn dilihat pd purdah mahupun tudung semata-mata..kerna hawa hari ini tidak lagi seperti dulu..lihatlah pd telapak tgnnya..andai mudah telapak lembut itu hinggap pd kulit lelaki lain tanpa lapik..fikirlah semasaknya utk menyuntingnya..sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini..

2. jgn dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata..lihatlah pada sebujur bibirnya..andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya..fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya..khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur buruk diri si suami..

3. jgn dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata..lihatlah pada sepasang indah mata miliknya..andai tidak redup menunuduk pandangan..fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya..khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..

untuk hawa, andai mahu menerima cinta adam..

1. jgn dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pd aktiviti malamnya..andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba..khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..

2. jgn dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya..andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola..fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..

3. jgn dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara..andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..khuatir pabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..

lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu..sebelum ini..wanita berhijab itu sesungguhnya mmg mulia zahir batinnya..tetapi hari ini..mereka yang bertudung barangkali hanya utk menyembunyikan kelemahan diri..begitulah juga sang lelaki..kadang-kala berkopiah..dari mata nampak sungguh alim..tetapi dlm hatinya..??siapa yang tahu..

sekadar renungan bersama..^^


Source : I Love Allah SWT and Prophet Muhammad SAW

Friday, 8 April 2011

pinky promise?

kadang-kadang hati rasa rindu pada kenangan lalu
tidak! bukan kenangan bersama si dia
kerana buku catatan ku bersamanya telah ku titik noktahkan..
kenangan yang di maksudkan adalah ketika usia muda remaja
ketika masih menuntut ilmu dengan kain bewarna biru gelap
tapi istilah 'puppy love' sudah mula wujud dalam diri
tapi saat itu masih lagi belum tahu erti bercinta
hanya SUKA!

saat ini,
setelah berbelas tahun berlalu..
saat semua sudah menginjak dewasa dimana usia sudah mewajibkan untuk berumah tangga
kita bertemu kembali! lantas kau hulurkan hasrat untuk mengikat hati kita berdua menjadi satu!
maaf! saat itu aku menolaknya.. bukan apa..
kerana setelah 10 tahun menanti.. kau masih diam seribu bahasa
dan saat aku telah berikan hatiku pada yang lain baru kau muncul menyatakan hasrat hati..
lamaran ditolak! dan kita tetap bersahabat..
dan kau jua akhirnya bertemu dengan pasangan sendiri..
waktu berlalu.. masa silih berganti..
kita terputus kembali perhubungan..

kini..
kita bertemu kembali
saat dua hati tadi sudah mula menyendiri
namun kita masih bersahabat
tidak menyuarakan hasrat untuk bersama mengubati luka di hati
tapi, kadang-kadang hati ini rasa rindu pada kenangan lalu
namun, tiada harapan yang disandarkan
tiada impian yang di pertaruhkan

sahabat,
promise me, no matter what happen
tetaplah bersahabat dengan diriku
pinky promise?

thanks Mr. Z for the lunch and also the necklace

Wednesday, 6 April 2011

from a friend to a boyfriend?

memang tak salah if nak tukar status dari kawan kepada kekasih
memang tak salah if nak bercinta kemudian berkahwin dengan teman sendiri
kata orang, lagi lama kita kenal lagi kita tahu macam mana perangai dia yang sebenarnya
kata orang, jangan membenci orang sepenuh hati nanti diganti sayang separuh mati

tapi kata saya

cukuplah
kawan adalah kawan
sukar ditukar menjadi kekasih
lagi lama kita berkawan
lagi banyak rahsia dia yang kita tahu

benar,
manusia berubah
begitu juga dengan saya

:: tahun lepas seorang teman melamar hati saya.. dan saya terima.. berkasih dan bercinta.. tapi sayang tak kekal lama.. sebab rupanya, hati seorang teman itu saya belum kenal sepenuhnya.. dan akhirnya dari teman menjadi kekasih.. dan dari kekasih menjadi musuh..

:: tahun ni.. secara tiba2.. dua orang teman melamar saya.. maaf! terpaksa saya tolak.. sebab saya tahu anda bagaimana dan saya bagaimana.. dan kita tak boleh bersama..

saya bukan memilih.. cuma takut tersalah pilih