jalan jalan
lalu kaki tersadung
terjatuh!
terluka!
mengaduh kesakitan
tiada siapa yang dengar
tiada siapa di sana
mahu bangun
tapi tidak berdaya
tiada palang untuk menampung badan
tiada tangan menghulurkan bantuan
tiada siapa di sana
Kosong..
sebentar dan sendirian
merawat kesakitan dan kelukaan
dan lalu perlahan-lahan
cuba untuk bangun semula
tanpa sebarang bantuan
Tanpa sebarang sandaran
akhirnya berjaya!!
Untuk bangun
Hayunan langkah di atur
dengan penuh tertib dan hati-hati
tidak mahu kaki tersadung lagi
Tidak mahu terjatuh lagi
Dan tidak mahu terluka lagi
dan kini
meskipun parut di kaki masih membekas
Aku sudah mampu untuk berlari
Saat aku sudah mampu menganti tanggis dengan tawa
Mengapa mesti kau korek lubang
Agar larianku terhenti
Dan membuatkan aku terjatuh lagi?
Sehingga luka lama berdarah kembali?
No comments:
Post a Comment
Thanks for Reading (^_^)