Monday, 9 May 2011

satu kata dua makna

Kosong..
Umpama sehelai lembaran yang bebas dengan setitik tinta,
Tiada huruf yang tercarik,
Tiada lakaran yang terlarik..

Sepi..
Seakan bumi terhenti di paksinya
Bagaikan alam tiada suara
Tiada oktaf di dalam semuanya..

Tiada siapa dan
Tiada apa
yang mahu rasa sebegini
Tiada!!

Kau, aku, dia dan semuanya sama,
Punya hati punya rasa
Pasti sebenarnya kita masing-masing mengerti
Apa yang sering tersirat di sebalik yang tersurat

No comments:

Post a Comment

Thanks for Reading (^_^)