I wanna believe in everything that you say,
'Cause it sounds so good..
But if you really want me, move slow,
There's things about me you just have to know..
Sometimes I run,
Sometimes I hide,
Sometimes I'm scared of you,
But all I really want is to hold you tight,
Treat you right..
Be with you day and night..
Baby all I need is time
Sometimes by Britney Spears
kata-kata manis bak gula yang keluar dari dua ulas bibir itu..
sungguh indah dan sungguh mempesonakan
umpama menanam tebu di pinggir bibir
apabila setiap bait-bait perkataan yang terlafaz
membuatkan orang menghadapi igauan indah
terbang tinggi sehingga kaki tidak mencecah bumi lagi
dan lantas, apabila kata-kata itu punya makna yang kosong
membuatkan orang jatuh terduduk umpama kaca terhempas ke lantai
dan apabila setiap serpihan kaca itu di kutip untuk dicantum semula
ianya tidak lagi kelihatan seperti dulu
retak dan rapuh!!
kadang-kadang ingin sekali berlari jauh ke hutan
berteriak sekuat hati di lautan
agar beban yang tergalas di hati dan minda lerai semuanya
tapi, sisanya masih ada
kenangan lama manakan mungkin hilang begitu sahaja
melainkan anda kehilangan ingatan!
memori lama kadang kadang terpamer jua walau kita tak pernah meminta
saat itu, walau pun hati sekeras timah pasti akan cair seperti larva!
berikan aku masa untuk bangkit semula
berikan aku ruang untuk berkasih kembali
tidak mahu terluka dan merana lagi
bukan memilih cuma tidak mahu tersalah pilih
aku masih kaum seperti kaum hawa yang lainnya
yang mana, hatiku pasti tersentuh untuk kata-kata semanis gula
hentikan! aku sekarang sukar untuk percaya!!
No comments:
Post a Comment
Thanks for Reading (^_^)