Wednesday 18 September 2013

Dapur Comel Pn Tigger Montel - Brownies in mug

Sesi Tigger Montel bermain cook cook hari ini ialah Brownies in Mug atau dalam bahasa kebangsaannya, Kek dalam Cawan. Cara penyediaan sehingga waktu memasak kurang dari 5minit tapi hasilnya sangat-sangatlah yummehh~


Bahan-bahannya: 

-2sudu makan serbuk koko/coklat
-1/4 cawan tepung gandum
-1/4 cawan gula
- secubit garam
- 2sudu makan minyak zaitun
- 3sudu makan air masak
- MUG

Cara-caranya: 


Campurkan semua bahan kering. Iaitu tepung, gula, serbuk koko, dan garam ke dalam mug.


Kacau sebati. Or in english, it said - mix well! 


Masukkan bahan basah pula. Bukan ayam or daging ye.. Bahan basah disini ialah minyak zaitun dan juga air.


Kacau bagi sebati lagi sekali..


Masukkan dalam microwave untuk 1min 40saat sahaja. Letak lama-lama kang, yang keluarnya bukan kek sat g.. Takut batu yg keluar. Haha


Dah masak.. Taraaa~


Sedapnyee.. Humangaihhhh.. Gebu siot!! Makan panas-panas.. Dengan secawan teh or kopi.. Pergh.. Indahnya alam.. 

Nak lagi sedap, cuba letak ice cream or whipping cream!! Lagi marbeless..

Senang kan?? 

So pas ni, kalau ada tetamu datang mengejut, dah tau dah nak hidang apa! Haha..

Ok cik puan sekalian.. Ketemu lagi di siaran yang akan datang ye..

No comments:

Post a Comment

Thanks for Reading (^_^)