Saturday, 30 October 2010

untuk awak (v2.2)

awak,
telah ku simpan segala memori bersama kita
dalam lipatan kenangan sejarah
yang takkan terungkap lagi
oleh masa depan

awak,
benar awak cinta saya yang pertama
dan selamanya akan kekal begitu
namun, awak bukan cinta terakhir saya
dan redhakan saya mencari cinta terakhir saya

awak,
usah dibuka kisah silam
tak perlu kita menjaja cerita
umpama membuka pekung dada
segalanya saya maafkan dan halalkan
harap awak juga begitu

awak,
kisah kita tak seindah novel cinta
namun, saya akui saya pernah bahagia
walau hanya untuk seketika cuma

awak,
kini saya pergi dari awak untuk selamanya
untuk mencari cinta saya

2 comments:

  1. hope u'll find ur true love lalink..:)
    chill eh..mwahhxxx!

    ReplyDelete
  2. thanks darling...
    as day passes by..
    im getting better and better..
    i believe in Allah's fate..
    HE may had planned somthing better for me..
    and i know.. my true love is waiting for me now

    ReplyDelete

Thanks for Reading (^_^)