Sabar..
Setiap yang punya hati dan rasa pasti mahu rasa berpasangan
Umpama kata 'berdua lebih baik'..
Telah Yang Maha Esa tentukan rezeki,ajal maut seta jodoh kita semenjak di azali lagi..
Dia Yang Maha Mengetahui dan dia juga yang Maha Menentukan..
Kita sebagai hambanya hanya khalifah di dunia yang sementara telah diciptakan berpasangan..
Bagi setiap sang hawa yg dijadikan dari rusuk sang adam.. sabarlah..
Di mana kelak, sang adam akan kembali mencari 'rusuknya yg hilang'
Sabarlah wahai sang hawa
Kelak, kau akan disunting jua untuk melengkapi sang adam
Jika tidak di dunia, insya Allah di alam yang kekal, nun jauh di sana..
Ya, mudah untuk bicara begini
Tapi bagi yg mengalami situasi ini, pasti lebih mengerti
Keinginan dlm hati itu, hanya diri sendiri yg lebih memahami..
Aku?
Buat sekian waktu ini, selesa begini..
Tiada janji yang kononnya diikat simpul mati
Janji kosong yg tidak pasti
Pengalaman mmg mendewasakan aku
Tapi tidak membuatkan aku rasa menyesal
Yang lepas ku biarkan berlalu kerana
Aku perlu teruskan hidup bukan memundurkannya
Tuesday, 31 May 2011
Friday, 27 May 2011
pengalaman itu memang amat berharga untuk kita semua.
saya tidak hebat dalam psikologi
untuk mempengaruhi pemikiran seseorang
tidak!! saya tidak cukup hebat untuk itu..
saya juga tidak hebat dalam kaunselling
memberi nasihat dan pandangan kepada orang lain
tidak!! saya tidak cukup hebat untuk itu..
saya tidak cukup hebat dalam memahami apa yang tersirat di hati anda
masih belum cukup hebat untuk menafsir riak wajah awak
masih belum cukup hebat memberi hadis dan nas al-quran
untuk awak jadikan panduan dan pedoman mengahadapi masalah awak
tidak!! saya tidak cukup hebat untuk itu..
tapi..
kalau awak mahu saya pinjamkan telinga saya untuk awak bercerita,
saya berusaha menjadi seorang pendengar yang baik
kalau awak mahu pinjam bahu saya untuk awak lepaskan beban
saya berusaha menyediakan bahu ini untuk awak
awak boleh bercerita dengan saya
lepaskan beban di hati
hamburkan air mata
saya berusaha untuk berada di sisi awak saat itu
meskipun jarak mungkin menjadi soal,
sekarang zaman sudah moden
cari saya melalui FB, YM, mahupun SMS
saya akan berusaha memberi sepenuh perhatian pada awak
lantaran itu,
sekiranya saya memberikan pandangan saya pada awak
ianya berdasarkan pengalaman atau pendapat saya sahaja
sekiranya saya memarahi awak ketika awak bercerita
itu kerana saya nak bagi awak 'sedar'
sekiranya saya menunjukkan memek muka bosan ketika awak bercerita
itu kerana saya sudah penat nak bagi awak 'sedar'
awak kawan saya
tolong jangan jadi bodoh kerana lelaki
usah menjadi hamba cinta!!

**peringatan untuk awak di luar sana, juga pada diri saya sendiri! sememangnya pengalama telah mendewasakan pemikiran kita.
kenapa mesti butterflies?
orang slalu cakap, bila dia rasa nervous je
"there is butterflies in my stomach"
macam mana rasanye ada kupu-kupu bertebangan di dalam perut tu?
cecite.. cecite.. cecite..
kalau "butterflies in my heart" tu boleh lak juga nak diterima pakai
kupu-kupu bertebangan di dalam hati
tu maknaya dalam hati ada taman!!
senyum.. tak perlu kata apa-apa.. senyum!!

cantik dan menarik, keduanya berbeza!!
tidak perlu menjadi cantik seperti Primadona
tapi cukup indah kalau mempunyai personaliti yang menarik
serta mempunyai penampilan yang kemas
dengan itu, kau akan punya keyakinan diri yang tinggi
mengerti?
tapi cukup indah kalau mempunyai personaliti yang menarik
serta mempunyai penampilan yang kemas
dengan itu, kau akan punya keyakinan diri yang tinggi
mengerti?
Wednesday, 25 May 2011
langkah terhenti
jalan jalan
lalu kaki tersadung
terjatuh!
terluka!
mengaduh kesakitan
tiada siapa yang dengar
tiada siapa di sana
mahu bangun
tapi tidak berdaya
tiada palang untuk menampung badan
tiada tangan menghulurkan bantuan
tiada siapa di sana
Kosong..
sebentar dan sendirian
merawat kesakitan dan kelukaan
dan lalu perlahan-lahan
cuba untuk bangun semula
tanpa sebarang bantuan
Tanpa sebarang sandaran
akhirnya berjaya!!
Untuk bangun
Hayunan langkah di atur
dengan penuh tertib dan hati-hati
tidak mahu kaki tersadung lagi
Tidak mahu terjatuh lagi
Dan tidak mahu terluka lagi
dan kini
meskipun parut di kaki masih membekas
Aku sudah mampu untuk berlari
Saat aku sudah mampu menganti tanggis dengan tawa
Mengapa mesti kau korek lubang
Agar larianku terhenti
Dan membuatkan aku terjatuh lagi?
Sehingga luka lama berdarah kembali?

Sunday, 22 May 2011
tarikh luput!
ada apa dengan rindu?
akan bersulam bahagiakah?
janji setia?
sukar untuk aku percaya lagi
setelah semua yang terjadi
dan kerap kali berungkali
sekarang kau muncul semula
mengungkap kata rindu
dan apa yang harus aku rasa??
cukuplah ungkapkan kata semanis gula
gula juga punya tarikh luputnya!!
akan bersulam bahagiakah?
janji setia?
sukar untuk aku percaya lagi
setelah semua yang terjadi
dan kerap kali berungkali
sekarang kau muncul semula
mengungkap kata rindu
dan apa yang harus aku rasa??
cukuplah ungkapkan kata semanis gula
gula juga punya tarikh luputnya!!
Thursday, 19 May 2011
simpan kemas-kemas aibmu itu
kenapa perlu membuka pekung di dada?
simpan kan sahaja rahsia kehidupan silammu itu..
usah di singkap hatta kepada bakal suamimu sekalipun..
tidak!
aku bukan mengajar erti ketidak jujuran yang perlu engkau praktiskan
aku cuma mengajar engkau bagaimana untuk menutup aibmu sendiri
usah memalukan diri sendiri dengan bercerita semua kisah silam kau..
manusia mana yang tidak pernah membuat salah dan silap?
pasti ada walau sekelumit zarah sekalipun!
pasti!
ini, aku perdengarkan sebuah kisah..
tatap dan renungkan!
nah.. perlihatkan!
sekiranya ALLAH sendiri tidak membuka aibmu
maka, mengapa kamu sendiri yang hendak membuka pekung di dada?
kiranya kau membuat salah
zina atau maksiat sekalipun
pulanlah ke jalan yang diredhainya
sujud dan panjatkan doa keampunan kau padanya
bukan membuka aibmu pada insan lain
dan bermohon agar dia menerima diri kau seadanya
seharusnya pada DIA, YANG MAHA ESA kau palingkan dulu

Pada zaman Nabi Musa AS, bani Israel ditimpa musim kemarau yang berpanjangan. Mereka pun berkumpul mendatangi Nabi mereka. Mereka berkata, “Ya Kaliimallah, berdoalah kepada Rabbmu agar Dia menurunkan hujan kepada kami”. Maka berangkatlah Musa A.S. bersama kaumnya menuju padang pasir yang luas. Waktu itu mereka berjumlah lebih dari 70 ribu orang. Mulailah mereka berdoa dengan keadaan yang lusuh dan penuh debu, haus dan lapar.
Nabi Musa berdoa, “Ilaahi! Asqinaa ghaitsak.. wansyur ‘alaina rahmatak.. warhamnaa bil athfaal ar rudhdha’.. wal bahaaim ar rutta’.. wal masyaayikh ar rukka’..” Setelah itu langit tetap saja terang benderang, matahari pun bersinar makin menyilau (maksudnya segumpal awan pun tak jua muncul). Kemudian Nabi Musa berdoa lagi, “Ilaahi.. asqinaa”..
Allah pun berfirman kepada Musa, “Bagaimana Aku akan menurunkan hujan kepada kalian sedangkan di antara kalian ada seorang hamba yang bermaksiat sejak 40 tahun yang lalu. Umumkanlah di hadapan manusia agar dia berdiri di hadapan kalian semua. Kerana dialah, Aku tidak menurunkan hujan untuk kalian”.
Maka Musa pun berteriak di tengah-tengah kaumnya, “Wahai hamba yang bermaksiat kepada Allah sejak 40 tahun, keluarlah ke hadapan kami, karena engkaulah hujan tak turun”. Seorang lelaki menjeling ke kanan dan kiri, maka tak seorang pun yang keluar di hadapan manusia, saat itu pula ia sedar kalau dirinya yang dimaksud.
Ia berkata dalam hatinya, “Kalau aku keluar ke hadapan manusia, maka akan terbuka rahsiaku. Kalau aku tidak berterus terang, maka hujan pun tak akan turun”. Maka hatinya pun gundah-gulana, air matanya pun menitis, menyesali perbuatan maksiatnya sambil berkata , “Ya Allah, Aku telah bermaksiat kepadaMu selama 40 tahun, selama itu pula Engkau menutupi aibku. Sungguh sekarang aku bertaubat kepadaMu, maka terimalah taubatku”.
Tak lama setelah pengakuan taubatnya tersebut, maka awan-awan tebal pun muncul, semakin lama semakin tebal menghitam, dan akhirnya turunlah hujan. Musa pun kehairanan, “Ya Allah, Engkau telah turunkan hujan kepada kami, namun tak seorang pun yang keluar di hadapan manusia”. Allah berfirman, “Aku menurunkan hujan kepada kalian oleh sebab hamba yang kerananya hujan tak turun telah bertaubat kepadaKu”.
Musa berkata, “Ya Allah, tunjukkan padaku hamba yang taat itu”. Allah berfirman, “Ya Musa, Aku tidak membuka aibnya sewaktu dia masih bermaksiat kepadaKu, apakah Aku perlu membuka aibnya sedangkan dia taat kepadaKu?
nah.. perlihatkan!
sekiranya ALLAH sendiri tidak membuka aibmu
maka, mengapa kamu sendiri yang hendak membuka pekung di dada?
kiranya kau membuat salah
zina atau maksiat sekalipun
pulanlah ke jalan yang diredhainya
sujud dan panjatkan doa keampunan kau padanya
bukan membuka aibmu pada insan lain
dan bermohon agar dia menerima diri kau seadanya
seharusnya pada DIA, YANG MAHA ESA kau palingkan dulu
Wednesday, 11 May 2011
siapa dia?
Saat hampir semua teman sebaya mula meminta alamat untuk dilayangkan walimatulurus.. dia masih lagi sendiri.. saat teman-teman seusia sudah mula menimang cahaya mata, dia masih lagi menyendiri..
Bukan dia pinta untuk melalui semua ini.. dia juga tidak mahu berada di situasi ini.. di mana dia masih lagi sendiri tanpa pasangan di sisi..
Dia pernah berkasih lalu bercinta... Bukan dia tidak tahu apa itu ertinya cinta. Dia sudah cukup matang mengenal maknanya cinta dimana kaum adam dan hawa berkongsi satu rasa yang sama.. tapi mungkin jodonhya tiada untuk diteruskan sehingga ke pelaminan indah..
Dia pernah kecewa.. namun semangatnya tidak pernah goyah.. semakin menginjak usia, dia semakin kuat dan tabah menghadapi kehidupan.meskipun dia tahu dia bakal melewati usia senja sendirian..
Dia pernah mencari galang gantinya.. pernah cuba untuk bercinta lagi.. namun mungkin nasibnya tiada untuk merasakan benih cinta yang bercambah dari rahimnya sendiri.. mungkin belum rezeki dia..
Tapi dia kuat.. disandarkan cinta yang hakiki hanya pada yang Maha Esa,tuhan yang punya segalanya di dunia.. dengan itu mungkin dia akan berasa tenang sentiasa..
Mungkin saatnya nanti.. waktu dia mula di mamah usia, tiada anak yang akan menjaganya... Mungkin suatu hari nanti bila dia sudah kembali ke alam fana tiada zuriat yang akan mendoakan kesejahteraanya.. yang menyedekahkan bacaan yaasin dan surah alfatihah buat bekalannya di sana.. tapi, itu bukan kemahuan dia..
Allah swt, tuhan kita yang Maha Esa dan Yang Maha Menetapkan.. Allah swt Yang Maha Mengetahui setiap perkara... Pasti punya rancangan yang lebih baik untuk insan-insan seperti dia..
Dia adalah manusia biasa.. punya hati dan juga rasa.. dia mungkin suatu hari nanti adalah penulis.. mungkin juga siapa-siapa di luar sana...

Tuesday, 10 May 2011
tidak mahu yang manis-manis lagi
I wanna believe in everything that you say,
'Cause it sounds so good..
But if you really want me, move slow,
There's things about me you just have to know..
Sometimes I run,
Sometimes I hide,
Sometimes I'm scared of you,
But all I really want is to hold you tight,
Treat you right..
Be with you day and night..
Baby all I need is time
Sometimes by Britney Spears
kata-kata manis bak gula yang keluar dari dua ulas bibir itu..
sungguh indah dan sungguh mempesonakan
umpama menanam tebu di pinggir bibir
apabila setiap bait-bait perkataan yang terlafaz
membuatkan orang menghadapi igauan indah
terbang tinggi sehingga kaki tidak mencecah bumi lagi
dan lantas, apabila kata-kata itu punya makna yang kosong
membuatkan orang jatuh terduduk umpama kaca terhempas ke lantai
dan apabila setiap serpihan kaca itu di kutip untuk dicantum semula
ianya tidak lagi kelihatan seperti dulu
retak dan rapuh!!
kadang-kadang ingin sekali berlari jauh ke hutan
berteriak sekuat hati di lautan
agar beban yang tergalas di hati dan minda lerai semuanya
tapi, sisanya masih ada
kenangan lama manakan mungkin hilang begitu sahaja
melainkan anda kehilangan ingatan!
memori lama kadang kadang terpamer jua walau kita tak pernah meminta
saat itu, walau pun hati sekeras timah pasti akan cair seperti larva!
berikan aku masa untuk bangkit semula
berikan aku ruang untuk berkasih kembali
tidak mahu terluka dan merana lagi
bukan memilih cuma tidak mahu tersalah pilih
aku masih kaum seperti kaum hawa yang lainnya
yang mana, hatiku pasti tersentuh untuk kata-kata semanis gula
hentikan! aku sekarang sukar untuk percaya!!
Monday, 9 May 2011
aku tidak suka yang semanis gula
bukannya perigi mencari timba
bukannya aku tergila-gila
hati ini rasa biasa-biasa sahaja
tiada sayang tiada cinta
api dalam hati usah ditambah dengan bara
kelak diri sendiri yang akan merana
takkan nak tambah luka di dada
walhal kau sendiri tahu sakitnya bagaimana
maaf.. aku tidak percaya kata semanis gula
yang keluar dari bibir sang jejaka
bagiku itu semua palsu dan dusta!!
yang kau sendiri tak tahu apa kesannya
bagi kami yang lahir dari kaum HAWA!
walau sekeras cengkerang turtle hatinya
jauh di sanubari masih ada lembutnya
usah bermain dengan kata
kalau tidak benar-benar memaksudkannya
kelak lain jadinya

satu kata dua makna
Kosong..
Umpama sehelai lembaran yang bebas dengan setitik tinta,
Tiada huruf yang tercarik,
Tiada lakaran yang terlarik..
Sepi..
Seakan bumi terhenti di paksinya
Bagaikan alam tiada suara
Tiada oktaf di dalam semuanya..
Tiada siapa dan
Tiada apa
yang mahu rasa sebegini
Tiada!!
Kau, aku, dia dan semuanya sama,
Punya hati punya rasa
Pasti sebenarnya kita masing-masing mengerti
Apa yang sering tersirat di sebalik yang tersurat

Tuesday, 3 May 2011
osseemmm~
tahun ni sungguh banyak berjalan
cuti-cuti malaysia orang cakap
seronok.. dua ronok.. tiga ronok.. beronok-ronok
bila berjalan sini sana memang la 'heaven'
tapi bila hujung bulan duit gaji abes
padan la dengan muka sendiri kan!!
duit banyak tak pernah nak menyimpan walau sesen
asek di laburkan semua ke kedai makan dan toko baju
sok2 kalau ade emegerncy nak guna duet mana nak korek??
tu baru duit simpanan di saat kecemasan
duit nak kawen??? lagi la i tak menyimpan u!!
sok2 kalau sy nak kawen nak suh future husband je support
boleh tak cenghitu? hahahhaaha
i lom pikir nak kawen lagi
sok2 kalau dah nak kawen baru i kuruskan badan n menyimpan
lalalalalal~
cakap la ape pon.. i dont give a damn care on it!
chingg~
berbalik kepada cuti-cuti malaysia tadi
tahun ni mmg sungguhhhh banyak bercuti
so tahun ni, sy available on september / november / december...
kenkonon nak g singapore dengan my lovely besties
tapi tak decide bulan brape lagi
and my ex-schoolmate ajak g bercuti ke cameroon highlands lak
pun tak decide bila lagi
2011 sangat best!! oseeemmm~

april : ho chi minh, vietnam
may : jakarta, indonesia
june : kuching, sarawak, malaysia
july : fasting month
ogos : jalan2 raya (open house gerenti byk nye la tahun ni)
september :
october : langkawi, kedah, malaysia
november :
december :
so tahun ni, sy available on september / november / december...
kenkonon nak g singapore dengan my lovely besties
tapi tak decide bulan brape lagi
and my ex-schoolmate ajak g bercuti ke cameroon highlands lak
pun tak decide bila lagi
2011 sangat best!! oseeemmm~
Subscribe to:
Posts (Atom)