Friday, 28 October 2011

Permainan Merepek : Tilik-Tilik Anak

siapa pernah main tilik-tilik anak? Sila angkat keyboard anda sekarang! haha.. tipulah tu kalau tak pernah kan.. heee.. seronok je kan main benda alah ni. Ko tengok anak aku ada berapa.. anak kau ada berapa dan sebagainya.. Lepas tu kalau kawan kau tu tak de anak, kau pakat gelak ramai-ramai sebab kononnya tak subur.. Dan kalau kawan kau tu banyak anak nya, kau kagum gilaa macam dia terlebih subur.. hahaha.. memang permainan anak-anak sungguh!

Ada macam-macam permainan sebenarnya zaman aku study dulu. Baik zaman sekolah rendah, sekolah menengah dan juga zaman di universiti. Antaranya ialah:

Tilik bilangan anak melalui pergelangan tangan.

Tangan kanan kau gengam tanggan kiri kau sampai pucat (ertinya sampai perjalanan darah terhenti).. pastu tengok kat pergelangan tangan tu brape banyak bintik-bintik yang tumbuh.. tu la bilangan anak kau.. haaa... nampak tak? Den banyak kali main benda alah ni, tapi tak nampak pon ada bintik-bintik tu kat tangan.. tak subur la gamaknya tu (T____T)...

Tilik bilangan dan jantinan anak menggunakan rantai dan cincin emas tulen

haa... yang ni den suka benoo main.. caranya sangat mudah.. asalkan ada rantai / gelang tangan beserta dengan cincin EMAS KUNING.. bukan emas putih tau.. tak menjadi.. kalau silver lagi laa tak menjadi kan.. So, dah ada dua menda alah ni, masukkan cincin belah rotan tu ke dalam rantai (buatkan cincin tu jadi macam loket).. oh ye.. lupa nak habaq, kena pakai cincin belah rotan je. tapi kalau guna rantai/gelang tangan je pon boleh.. still membuahkan hasil jua.. Ok then, letakkan rantai tadi atas telapak tangan kiri.. (kenapa kiri? idokk le teman tahu kenapa... )

then dengan aksi seperti mencelup kan kain di dalam baldi, (means letakkan rantai tadi atas telapak kiri sambil di celup-celup ke atas telapak tangan tu) dan kemudian tarik rantai tadi ke atas sikit dari telapak tangan dan biarkan dia berpusing-pusing di atas telapak tangan tu..

IF, rantai tersebut bergerak membentuk bulatan , means anak tu jantinanya perempuan.. and IF rantai tersebut bergerak membentuk memanjang atau kedepan dan kebelakang, means anak itu jantinanya lelaki.. nak senang ingat, bergerak bulatan atau O represents Ovum and bergerak memanjang represents Sperma. mudah ingat kan???

Bila rantai tersebut dah bergerak, celup lagi ke atas telapak tangan dan angkat kembali dan tengok dia bergerak kali kedua (which means untuk anak kedua pulak).. dan teruskan aksi mencelup rantai di atas telapak tangan sehingga rantai tersebut tidak bergerak lagi.. IF rantai tadi dah berhenti bergerak, means tak de anak dah la.. 

Terpulang kat kau orang nak percaya ke tak.. Tapi hasil kajian aku ke atas mak dan kakak aku yang dah beranak, hasilnya 100% tepat.. tapi nak percaya takut tahyul la plak kan.. so just anggap benda ni for fun sahaja!.. 

Untuk yang belum kahwen cam aku ni, saje-saje nak tengok brape ramai anak aku dapat (kelak) dan jantinanya apa.. senang nak berangan nama anak dari sekarang!! hahaha.. 


p/s: hasil kajian terhadap diri sendiri.. anak saya BUNGA.. which means selang seli pompuan laki pompuan laki pompuan laki.. so ada 6 orang totalnya.. nak senaraikan 3 nama perempuan dan 3 nama lelaki dari sekarang.. hahaha

Tuesday, 25 October 2011

Cara Mengubati Hati Luka

Omputeh habaq, the best way to heal you broken heart!

Setiap orang ada cara yang tersendiri untuk mengubati hati yang terluka. Semua pun depends on diri sendiri jugak. Terpulang kepada tahap mana penerimaan hati itu. Saya bukanlah pakar dalam mengendalikan hal yang berkaitan dengan hati dan perasaan. Namun saya pernah melalui fasa itu. Dimana sekeping hati itu pecah berderai.. Dicantum, namun ianya kembali berderai.. Sungguh, saat itu, hanya kita yang berada di situasi itu yang tahu bagaimana rasa itu.

Tapi, mengapa kita perlu merenung pada pintu yang tertutup itu untuk satu jangka masa yang lama? Cuba intai di jendela sana, luas terbuka menampakkan wajah alam yang cantik terbentang.. Tapi, seseorang itu hanya boleh menasihati, memberi pandangan, memberikan anda semangat dan kekuatan untuk meneruskan kehidupan atau ayat singkat, untuk MOVE ON!.. Walhal, semuanya masih berbalik kepada empunya diri untuk bergerak kehadapan atau berhenti sejenak merenung masa silam..

Untuk mengubati hati yang pernah berderai..

1. Menangis dan menangis 
Air mata adalah teman akrab seoarang wanita. Namun, bagi lelaki yang pernah mengalir air mata, ia bukanlah lambang lelaki itu tidak gagah.. namun seorang lelaki yang mampu mengalirkan air mata saat hati nya pecah berderai, melambangkan betapa kuatnya seorang lelaki itu untuk bersifat redha! Saat hati anda pecah berderai, menangislah.. sepuas-puas hati.. meratap hiba lah.. sehingga anda merasakan tiada lagai air mata yang boleh dititiskan untuk meratapi hati anda yang pecah berderai itu. Menangislah sehingga anda merasakan yang air mata anda terlalu beharga untuk meratapi semua ini. Menangislah dan lepaskan segalanya. Seseorang pernah memberi tahu saya,

"Tears contains 10% of water, but 90% of emotions/feelings"

Menangislah.. dan percayalah.. saat air mata anda yang terakhir itu menetes di pipi, anda akan rasa lega yang teramat sangat! Namun, usahlah meratapi sehingga anda menjadi seperti Kassim Selamat.. Usah!

2. Senaraikan Semuanya
Seringkali kita dihadapkan dengan perumpamaan, cinta itu buta! Apabila kita terlalu menyayangi seseorang itu, kita akan butakan mata kita. Segalanya baik belaka.. Semuanya indah.. Kekurangan dia, kita terima seadanya.. Kadangkala kita alpa, sehingga merasakan kita tidak berpijak di bumi yang nyata. Saat tibanya hati anda pecah berderai, baru kita nampak wajah sebenar dia.. Baru kita sedar yang selama ini, rasa itu tidak seindah mana..

Nah.. senaraikan semuanya.. senaraikan semua kekurangan dia.. senaraikan semua keburukan dia.. Tapi cukup, senarai itu kamu simpan seorang sahaja, untuk tatapan kamu seorang. Dengan harapan yang kamu akan berjaya menghakis bayangan dia depan mata! Senaraikan segala aktiviti yang tak boleh kamu lakukan ketika bersama dia.. Senaraikan setiap ejekan yang pernah dia lemparkan sewaktu kau bersama.. Yang mana kata-kata dia sebenarnya membuatkan kau memendam rasa tapi tidak kau pamerkan pada dia.. Senaraikan semua sehingga membuatkan kamu rasa, yang si dia tidak layak untuk berdampingan dengan kamu.. Senaraikan semuanya sehingga membuatkan kamu rasa yang kamu layak mendapat some one yang lebih better.

Tapi ingat, cukup senarai itu kamu simpan untuk kamu seorang.. tidak perlu di pampangkan ke merata sehingga membuatkan anda di cemuh.. Senarai itu hanya untuk membantu kamu move on sahaja.

3. Buatlah Sesuatu!
untuk membantu anda melupakan kesakitan itu dan untuk cuba memesongkan pemikiran anda daripada berfikir mengenai kesakitan itu, lakukan sesuatu yang boleh mengundang tawa di hati kamu.. beriadah! satu aktiviti yang sihat yang sangat berkesan untuk di praktiskan!

Cuba untuk membusykan diri anda dengan pelbagai aktiviti sehingga anda tidak sedar masa begitu pantas berlalu..

Satu aktiviti yang sangat berkesan di saat ini, basuh tandas! benar! Bayangkan dinding dan lantai tandas yang anda garas itu adalah umpama hati anda sekarang.. Anda basuh dan berus berkali-kali agar ianya bersih daripada sebarang kesakitan itu. Anda berus berkali-kali agar hati anda kebal dengan kesakitan itu supaya esok lusa, kesakitan itu sudah terasa biasa!

4. Coretkan dan Luahkan
Kadang-kadang tak semua orang betah mendegar rintihan hati kita. Kadangkala orang seakan muak mendengar kisah kita. Walau orang berkata,"Sabarlah.. Aku memahami apa yang kau lalui saat ini".. percayalah, mereka yang berkata begitu tidak 100% memahami apa yang anda lalui.. Tak percaya?

Cari seseorang yang berkata begitu dengan anda.. Anda jumpa dia hari-hari.. Meratap dan merintih mengenai kesakitan yang anda alami.. Sehari, Dua Hari, Tiga Hari.. mesti dia setia di sisi anda.. Mendengar setiap patah bicara anda.. Setiap butir perkataan yang terzahir di bibir anda, rintihan hati anda.. Namun, si dia tidak akan betah melayani kesakitan yang anda alami itu, tidak akan betah mendengar cerita dan kisah yang berulang-ulang dari ada.. TIDAK BETAH!. dan yang paling tragisnya, apabila si dia bercerita dengan teman lain, betapa 'pathetic' yang anda melalui fasa ini.

"10% of people are really sorry for all the problems that u having right know, but 90% of them are glad that you have them"
Dan, cara yang terbaik sekali.. untuk tidak membebankan orang.. luahkan dan coretkan di helaian kertas. Luahkan apa yang terbuku di dalam sanubari itu.. Luahkan semuanya tanpa ada satu pun yang tertinggal.. Luahkan dan coretkan di atas kertas, dan kau bakar kertas itu! dengan harapan, kesakitan itu juga akan terbakar sama menjadi debu-debu hitam sahaja!

Boleh sahaja kau luahkan di laman maya. Blogging boleh menjadi salah satu medium! Persetankan siapa yang membaca blog kau dan berkata kau tiada isu lain yang ingin diceritakan.. Itu laman kau, hak kau untuk menulis apa sahaja. Apa yang terbuku di sanubari!

5. Bersosial
Bukan menyuruh untuk kau ke clubbing dan berjimba sakan sehingga lupa peraturan ALLAH.. tidak! bersosial maksud aku adalah bercampur dengan orang. Berkenalan dan membuat ramai teman baru. Berkongsi pendapat dan pandangan mengenai sesuatu yang umum. Elakkan bercerita mengenai kesakitan yang baru sahaja kau alami. Di atas dunia ini, banyak isu yang boleh dibicarakan! Hal Ehwal semasa, Masalah dunia, gosip dunia artis atau apa sahaja!

"Seringkali kita mengejar sesuatu yang belum pasti kepunyaan kita. Mengapa tidak sesekali kita menoleh kebelakang, barangkali ada seseorang juga yang sedang mengejar kita"


Konklusinya,

Seperti yang telah dinyatakan di permulaan perengan pertama. Ianya terpulang kepada individu itu sendiri bagaimana untuk merawat kesakitan yang kau alami. Walau seribu orang berpesan dan membantu kau untuk bangkit semula setelah terjatuh, kalau kau tidak mahu bangun.. tetap kau akan masih duduk terperosok di situ tanpa apa-apa perubahan! oh ya! mungkin berubah menjadi semakin teruk kerana terlalu kerap kali merenung pada sejarah, yang mana seharusnya kau rencanakan masa hadapan kau!.

terus terang aku katakan, aku pernah lalui fasa itu. bukan sekali! tapi dua kali berturut dalam jangka masa kurang 3 bulan! dan aku mengambil masa lebih kurang setengah tahun untuk aku redha dan menerima setiap apa yang berlaku.. dalam tempoh setengah bulan sebelumnya, aku sering merintih, termenung, dan mengenang semua yang berlaku. Cuba untuk menyelamatkan hati agar tidak jatuh berderai walau aku tahu hatiku sudah nyawa-nyawa ikan! Untuk tempoh setengah tahun, aku merenung pada pintu yang tertutup rapat tanpa aku sedar rupanya ada biasan cahaya yang cuba menerobos masuk melalui jendela.

syukur alhamdulillah.. aku sudah melepasi fasa itu. aku tidak lagi merenung sejarah semalam, kerana aku punya masa depan yang perlu aku rencanakan.


p/s: terima kasih yang tidak terhingga untuk semua yang membantu saya bangkit, saat saya jatuh tergolek!

Friday, 21 October 2011

Yang Awak Masuki Itu, Adalah Hati Saya

Awak, ingat lagi kata kunci kita berdua?
Kata kunci hati kita berdua.
Awak ingat lagi?

Masa kita mula-mula kenal, awak cuma nampak permukaan jiwa saya.
Masa mula-mula kita kawan, awak cuma nampak luaran hati saya.
Tapi awak terima dan awak mula tamak.

Awak berdiri di luar hati saya.
Awak ketuk perlahan-lahan.
Awak datang setiap masa, setiap hari.
Awak tanya, bila agaknya awak dapat masuk ke pintunya.

Awak datang setiap hari sehingga saya kehilangan diri.
Awak marah saya - awak kata saya menyelinap masuk ke dalam hati awak tanpa perlu usaha.
Saya termangu - saya dalam hati awak, jiwa awak?
Awak merayu - berikan awak kunci, kata laluan atau apa sahaja agar awak bisa masuk ke dalam.

Saya berikan awak kata laluan.
Awak buka dengan perlahan.
Awak mula berikan sepenuh tumpuan dengan tinggal di situ.
Awak baca setiap helaian manuskrip dalam hati saya.
Lembaran demi lembaran awak baca.

Awak, bila tiba halaman yang sukar untuk difahami, mengapa awak berdiam diri?
Mengapa awak tidak mahu lebih mengerti?
Mengapa awak tidak mahu bertanya kepada saya, tuan punya diri?

Awak, hati yang awak masuki adalah hati saya.
Kamus yang awak perlukan adalah saya.
Awak, adakah awak masih mahu membaca lagi?
Atau mahu berpaling pergi?



diplagiat di Dunia.Sebelah.Zara

Friday, 14 October 2011

Siapa Sahabat Anda?

sahabat, teman, kawan, rakan, ukhti, etc..
membawa maksud yang sama. 
tapi siapa yang sebetulnya faham apa itu erti persahabatan?

old-saying, "kawan biar seribu, musuh jangan ada satu".. 
benar, siapa yang mahu ada musuh? 
tiada!! 
kalau boleh semua orang nak diri mereka di senangi, di sukai, di sayangi dsb
tapi, sebenarnya.. dalam kita tak sedar
kawan kita itulah sebenarnya musuh kita
istilah kawan-makan-kawan, bukanlah bermaksud kawan kita tu kanibal orangnya sehingga makan daging manusia!
istilah talam-dua-muka, lebih menjurus kepada sifat rakan kita itu. yang pandai bermuka-muka
dengan kita, semua dia puji
belakang kita? habis semua di kutuk, keji dan aib kita pun disingkapnya!
sebut pasa aib, sila baca entri yang lalu.. di sini!

Sumber Gambar [ sini ]
kita sebenarnya tak sedar, siapa sebenarnya musuh kita
boleh jadi insan yang benar-benar rapat dengan kita
rakan tempat kita bertukar cerita, berkongsi suka duka
bayangkan!
seorang teman tempat kita berkongsi suka duka,
rupanya-rupanya bukanlah seperti apa yang kita bayangkan
rahsia yang kita kongsi bersama dengan dia, bukan lagi menjadi satu rahsia!
pedih! sedih! ralat! kecewa! berkecamuk semuanya kan?


Sumber Gambar [ sini ]

saya pernah melalui satu situasi,
dimana seorang teman menganggap beberapa temannya sebagai sahabat sehidup semati
sahabat saat susah senang dan erti kata lain 'soul-mate'
tapi yang anehnya, di belakang teman-teman itu, anda saling mengutuk mengumpat mengata
bila berdepan dengan teman itu, semuanya baik-baik belaka
aneh! memang sangat aneh
anda gelarkan si dia soul-mate, tapi mengapa mengumpat mengata dia pada saya?
kadang-kadang, lebih baik mempunyai musuh iaitu orang yang tidak suka akan kita
sekurang-kurangnya kita tahu apa yang tidak baiknya kita
kita tahu kelemahan kita
dan kita tahu sudut mana orang membenci kita
kerana, seorang musuh akan berani berkata-kata mengenai kita mengenai sesuatu
yang seorang teman tak sanggup nak beritahu kita
seorang musuh berkata-kata tanpa menjaga hati dan perasaan kita tapi sekurang-kurangnya kita tahu bahawa dia tidak bermuka-muka dan berkata manis hanya untuk menjaga hati kita.
walhal, perkara manis yang di perkatakan itu bukanlah sesuatu yang benar!

Sumber Gambar [ sini ]
syukur, alhamdulillah!
saya dikurniakan sahabat kesayangan yang tidak bermuka-muka
yang tidak hanya berkata manis demi menjaga hati saya
mereka mengatakan sesuatu yang benar walaupun kenyataan itu pahit untuk di telan
kami pernah bergaduh.. bertekak.. menengking.. naik suara..
pelbagai rencah kehidupan pernah kami lalui bersama
mereka tidak hanya berada di saat saya tersenyum dan berada di puncak
namun mereka tetap akan ada di saat saya sedang rawan dah jatuh
sama-sama mengalas beban di pundak bahu
adatlah dalam satu persahabatan,
salah faham, salah bicara, salah dengar dan sebagainya
tapi! syukur alhamdulillah..
persahabatan ini tetap utuh!

My KhaliliHanun = SahabatKesayangan

saya sedar saya tidak boleh menjadi seorang teman TERBAIK bagi anda
mustahil untuk saya menjadi seorang teman yang perfect
saya bukan seorang pendengar yang betul-betul SETIA
tapi, insya ALLAH
saya akan cuba berada di saat anda betul-betul memerlukan seseorang
untuk melepaskan lelah
walau saya tak dapat menghulurkan bantuan, setidaknya saya akan cuba meminjamkan telinga dan bahu saya..
saya cuba! insya ALLAH

you can count one me like 1 2 3, ill be there.. 
and i know that i can count on you like 4 3 2, you will be there

Wednesday, 12 October 2011

Ketidaksempurnaan Kau Barangkali Menyempurnakan Insan Lain

Sumber Gambar[sini]
manusia, tiada siapa yang sempurna
atau orang omputeh bicara, 'nobody's perfect!'
dan ya! Muhammad s.a.w di berikan pengecualian!

dia tidak cantik tapi punya hati yang baik
kau tidak baik tapi punya wajah yang menarik
dia pendek katik dan kau tinggi melampai
dia gemok air dan kau kurus menegiurkan
dia kentut bersepah dan kau korek hidung merata
dia mudah naik angin dan kau pun baran
dan pelbagai contoh lagi!
penatlah semua aku nak senaraikan!!

tapi, di sebalik ketidak sempurnaan diri masing-masing
hubungan yang di bina masih tetap utuh
kasih sayang semakin menebal

dan kadang kala.. 
ketidak sempurnaan dia itu yang melengkapkan kau
ketidak sempurnaan dia itu yang kau rindukan
ketidak sempurnaan dia itu yang membuatkan kau bertahan

Sumber Gambar [sini]
jujur bicara,
aku punya terlalu banyak kekurangan..
aku cerewet, panas baran, manja, dan PMS sepanjang tahun
tapi sifat cerewet aku yang membuatkan everything must be perfect!
sifat panas baran aku yang membuatkan everything have to take serious!
aku tak suka menunggu orang dan tak suka di tunggu!
itu salah satu imperfections aku!
tapi sifat itu yang membuatkan orang akan lebih 'punctual' and tahu istilah 'dont-waste-my-time'
aku boleh senaraikan berjela-jela imperfections aku! sebab aku sedar siapa diri aku

itu guna nya quote 'accept-me-as-the-way-i-am'
terima dengan redha terhadap segala 'imperfections' aku ini.
sebab aku percaya, kalau kau terima diri aku seadanya
kau akan boleh melihat aku di sudut yang lain daripada orang lain
kau akan lihat yang imperfections aku ini adalah perfections bagi kau!

sama juga seperti kau di sana..
jangan terlalu merendah diri
semua orang tak perfect di muka bumi ini
tapi percayalah, semua orang cuba berlagak perfect di muka buku!
percaya pada diri sendiri,
siapa tahu kalian punya imperfections juga boleh jadi perfection pada orang lain.
sungguh... aku tak tipu!


lihat video ini
anda pasti paham apa yang cuba aku sampaikan!

Tuesday, 11 October 2011

single bukan bererti desperate!

single means bujang

single bukan bermaksud desperate
single bukan sebab tak laku
single bukan sebab terlalu memilih
single bukan sebab tak percaya pada kaum bertentangan
single bukan sebab paranoid apatah lagi fobia

kadang kala lebih baik menjadi single
daripada double tapi rasanya macam single

kadang kala lebih baik di kata tak laku
daripada di kata hot stuff sehingga dapat title player

kadang kala lebih baik di kata cerewet dan memilih
daripada kelak tersalah pilih

kadang kala biarlah bersifat tidak percaya pada orang
sebab sekarang sudah banyak syaitan bertopengkan manusia

kadang kala lebih baik berlagak paranoid dan fobia
maka tidak perlu orang berkata atau bertanya bila nak menikah!

single,
memanglah kadang kala lonely
tapi hidup ini punya lebih banyak perkara yang boleh direncanakan!
kalau boleh, tiada siapa yang nak hidup single selamanya!
sungguh!! tiada!!


nota kaki : saya single! belum double.. tapi saya tak desperate.. so tak perlu nak ajak saya sexchat! webcam sex!.. tiada minat terhadap itu!.. maka kepada pengguna ID yang berunsurkan 18SX, sana ada laluan keluar.. silakan.....

Monday, 10 October 2011

kisah semalam punya semalam

Aku bukannya tak mahu terima kenyataan. Kalau boleh aku nak buang terus rasa aku kepada kau.Tetapi, rasa ni terlampau kuat untuk aku lepaskan. Dia macam melepaskan kapal kertas di pantai. Bodoh? Lepaskan, tak sampai seminit, kapal tu akan patah semula ke pantai kerana hembusan ombak. Aku tak mampu lawan ombak tu, untuk terus berharap kapal kertas aku mampu pergi jauh dari pandangan. - Penulis Sahaja


Sakit
Perit
Pedih
Sesak
Lelah
Semak
Kusut
Serabut
Kacau

1001 rasa di adun menjadi satu
cukup rencah dan segala rempah
untuk biarkan aku terus merintih dan merintih
saat kau melangkah pergi dengan kata-kata

"kamu terlalu baik untuk saya"
"rasa ini dah tak sama seperti dahulu"
"sayang ini makin hari makin tipis"
"kita kawan.."

petir menyambar di dalam hati
hujan lebat di pipi
ombak menghempas kuat di sanubari!

Secara jujurnya, aku tak pernah rasa macam ni kepada orang lain. Menjadi gila hanya kerana kau. Buat perkara bodoh hanya kerana kau. Aku tak salahkan kau walaupun secebis apa pun. Aku salahkan diri aku kerana jumpa kau dahulu. Aku salahkan diri aku kerana cuba menjadi sesuatu walaupun aku bukanlah sehebat mana seperti alim ulama. Aku salahkan diri aku sendiri kerana menggilakan seseorang yang belum pasti akan ada di sebelah aku selama-lamanya. Aku salahkan diri aku sendiri kerana jatuh cinta. - Penulis Sahaja

tapi itu semalam
dan semalam adalah semalam
semalam punya semalam punya semalam

tiba saatnya aku beri peluang pada orang lain pula
untuk mencintai aku dengan seadanya siapa aku
walau aku belum mencintainya
setidaknya aku cuba!
cuba belajar mencintai dia seperti mana dia mencintai aku
cuba belajar menerima dia seperti mana dia menerima aku
cuba belajar bercinta semula

dan sekarang..
aku mencintai dia lebih dari aku mencintai kau dahulu!
dan untuk itu, segala puji-pujian aku hadapkan pada illahi!

setidaknya,
aku perlu berterima kasih pada kau
disebabkan kau,
aku tahu bagaimana untuk menghargai hati insan lain.
dan untuk itu
TERIMA KASIH!

Friday, 7 October 2011

Penghujung Cinta

Berakhir sudah pencarian cintaku
Jiwa ini tak lagi sepi
Hati ini telah ada yang miliki

Tiba diriku di penghujung mencari cinta
Diri ini tak lagi sepi
Kini aku tak sendiri

Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

Aku akan menyayangimu
Ku kan setia kepadamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

Tiba diriku di penghujung mencari cinta
Hati ini tak lagi sepi
Kini aku tak sendiri

Aku akan menyayangimu
Ku kan setia kepadamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu




p/s : ditujukan untuk kamu.. si dia yang bernama SUAMI

Wednesday, 5 October 2011

Move On


selangkah demi selangkah
maju lagi setapak ke hadapan
itu yang seharusnya kita lakukan
pernah melihat orang berjalan mengundur ke belakang?

*senyum*
*lepas*
*lega*

ayuh, hayunkan gerak langkah mu itu
setapak lagi dan lagi
yang tertinggal di belakang hanya bekas tapak kaki
bersama kenangan semalam
untuk apa di toleh lagi?
untuk merobek kembali hati itu?
atau untuk menjadikan kenangan lalu sebagai kenangan di masa hadapan?
berbaloikah?

ada kenangan yang indah yang boleh di simpan
ada kenangan yang pahit yang seharusnya kita lupakan
tapi,
memaafkan lebih mudah dari melupakan
fitrah manusia!!

*senyum lagi*

selangkah lagi kaki ku maju ke hadapan
beerti selangkah lagi telah aku tinggalkan kau di belakang

selangkah lagi kaki ku hayun ke hadapan
beerti selangkah lagi kau aku lepaskan

biarkan bekas tapak kaki itu
terhapus oleh air laut yang terhempas ke pantai
padamkan bekas tapak kaki ku itu
seperti mana kau aku hapuskan dalam diri ini

*******
dulu aku bebas belarian di tepian pantai
sehingga satu saat
aku terpukul dan jatuh terduduk
sakitnya sepertimana ombak memukul pantai
lalu aku merintih serta mengaduh
tapi, ombak masih tetap memukul pantai
dan kini, tiba saatnya air laut sudah tenang
aku belajar untuk bertatih kembali
sehingga aku mampu melangkah setapak demi setapak
maju ke hadapan, bukan lagi kebelakang!

Tuesday, 4 October 2011