Monday, 21 November 2011

Permainan Merepek : Menguji Keserasian Pasangan

adatlah tu kalau dalam hati ada taman bunga kan. Bila ada sang kumbang datang menyinggah di dalam taman hati, mesti hati akan mula berkata-kata, serasikah aku dengan dia? boleh pergi jauh tak hubungan ini? dan pelbagai lagi.. paling tak pun, masa zaman sekolah dulu, bila kita ada minat giler kat some one tu, mesti kita akan main permainan untuk tengok sejauh mana keserasian kita itu dengan si dia kan.. antara permainan merepek yang agak peymes masa zaman hingusan, semasa zaman berbaju kurung kain bewarna biru dulu, if minat kat some one tu, mesti akan segera main permainan merepek ini:

1. PERATUSAN
Ini permainan merepek cara nak tengok berapa peratusan yang korang berdua serasi. Kalau dapat peratusan yang above 80% tu mula la rasa kembang je hidung kan.. tapi kalau dapat peratusan yang bawah 40% mesti kata permainan ni tipu! haha.. Cara nak main dia? Mudah je.. Ambil sehelai kertas dan sebatang pen. Tulis nama kau dan dia

A M I N A H

A H M A D

kemudian, kumpulkan semua huruf dalam nama kalian berdua.. Berapa huruf A, Berapa huruf M, berapa huruf E dan sebagainya. Berpandukan kepada nama di atas, hasilnya adalah:

4 (A), 2 (M), 1 (I), 1 (N), 2 (H), 1 (D)

so, akan dapat jawapan dia ialah 4 2 1 1 2 1 kan... tambahkan huruf yang di depan dengan yang di belakang..   dan seterusnya. (refer warna di setiap nombor untuk kefahaman yang lebih lanjut). hasilnya seperti ini: 

4 + 1, 2 + 2, 1 + 1
=
5 4 2
=
5 + 2, 4
=
7 + 4
11

so final jawapan dia, akan dapat 11. ertinya keserasian antara Aminah dan Ahmad tadi hanyalah 11% je.. ohohoho.. sangat tak serasi kan??

2. FLAMES
kalau direct translation, FLAMES tu ertinya bara api gitu!! amekkaw.. but, setiap huruf dalam perkataan tu, memberi makna yang tersendiri. Iaitu: Friends, Love, Admire, Marriage, Enemy, Scandal. Actually, ini sambungan kepada permainan yang di atas tadi. Tapi jawapan di atas dapat 11. If nak main permainan ini, dia kena last no yang di perolehi ialah di antara 1 - 9 sahaja. So, if based on previous answer tu, 11 kan, so tambah je angka depan dengan belakang, iaitu 1 + 1, so jawapan dia ialah 2. Dengan menggunakan jawapan tersebut, susun ayat FLAMES tu. Then setiap huruf yang kedua, kena di pangkah. iaitu, seperti ini :

F L A M E S

F L A M E S


L A M E S

F L A M E S

F L A M E S

so, after setiap huruf yang ke dua telah di pangkah sampai hanya tinggal satu huruf je yang tinggal, itulah hubungan antara kalian yang paling serasi sekali. If ikutkan jawapan diatas, AMINAH dan AHMAD hanya serasi menjadi E sahaja! iaitu ENEMY! haha.. padanla tu.. peratusan keserasian dia orang pun just 11% kan!!

3. LOVE CALCULATOR
flash player love calculator ni agak peymes masa saya di zaman uitm dahulu. Lagi senang nak uji keserasian pasangan. just pergi ke website ini : http://www.lovecalculator.com/: and key in sahaja nama anda dan pasangan anda dan tekan butang calculate. pastu Dr Love tu akan kirakan peratusan keserasian anda! 

4. ZODIAC MATCHMAKING
yang ni pun slalu di buat oleh orang. Selalu yang peymes pasal zodiac pasangan ini, dalam majalah remaja. Kat dalam ruangan horoskop tu mesti ada je dia tulis pasangan anda yang serasi tu dalam zodiac mana. If kebetulan apa yang di tulis tu betul, mesti rasa bahagia je kann.. 


actually banyak lagi permainan merepek untuk menguji keserasian pasangan ni. If nak senaraikan semua, memang sampai kesudahnya takkan abes la gamaknya.. Ada yang dalam bentuk kuiz, games, Q&A, dan macam-macam lagi. Malahan, siap ada yang buat research keserasian pasangan mengikut turutan anak lahir yang keberapa la, pasangan lahir bulan berapa la, berpandukan bulan hijrah la, kalendar masihi la, kalendar georgian la, berpandukan macam-macam lagi.. dan, bila resultnya memihak kepada kita, rasa macam taksub sangat-sangat. Tapi bila hasilnya tidak seperti apa yang di harapkan, mula la rasa benda tu khurafat la.. itu la.. ini la.. pokok pangkalnya, hati itu sendiri. tepuk hati, tanya iman! setel kan?


p/s: dah lama pulak tak main permainan merepek ni.. nak ce try sat la... hahaha

5 comments:

Thanks for Reading (^_^)