Thursday, 24 November 2011

pertanyaan kau, dan ini jawapan aku!

antara barisan ayat yang aku perolehi dan terima
sejak bermulanya minggu ini sehingga ke hari ini

tahniah !
dengan siapa ?
kenapa senyap - senyap ?
berapa hantaran ?
bila nak langsung ?
mana kenal ?

jujur..
terima kasih pada semua yang mengucapkan tahniah
terima kasih pada keluarga yang banyak membantu
terima kasih pada saudara mara yang hadir dan menolong seadanya
terima kasih pada keluarga mertua angah yang sangat membantu
terima kasih pada sahabat kesayangan yang setia
terima kasih pada rakan taulan yang turut serta
terima kasih pada Butik Sofeana atas busana merah
terima kasih pada kak Aya Azie dan anaknya Ayum atas andaman
terima kasih pada semua yang terlibat secara langsung dan tidak
terima kasih pada pengkritik
terima kasih pada pencaci
terima kasih pada yang membenci
terima kasih pada keluarga di sebelah sana
terima kasih pada bakal mertua dan bakal saudara
terima kasih!

persoalan yang kedua, dengan siapa?
jawapannya..
dengan si dia, yang menerima aku siapa seadanya
dengan si dia, yang menerima baik buruk tingkah laku aku
dengan si dia, yang memahami aku walau apa jua situasi
dengan si dia, yang sayangnya tidak berbelah bahagi terhadap aku
dengan si dia, yang menerima keluargak seperti keluarganya
dengan si dia, yang tak pernah mengkritik aku namun sering memberi pesanan berguna
dengan si dia, yang aku rasa cukup bertuah mengenalinya


persoala yang ketiga, kenapa senyap-senyap?
jawapannya..
aku bukan membuat majlis walimah mahupun walimatul urus
lagian, aku hanya melangkah ke fasa yang pertama
pertalian ini masih lagi rapuh dan kita tiada kuasa meramal masa hadapan
sekiranya aku men war-warkan ke seantero dunia, 
apa pula kata kau? barangkali aku over excited pula


persoalan yang keempat, berapa hantaran?
jawapannya.. 
mudah! dulang hantaran yang sampai tujuh kesemuanya
dan aku balas sembilan jumlahnya!
apa? bukan itu maksudkan? kau maksudkan duit hantaran?
kalau aku bertanya pada kau, berapa gaji kau sekarang?
kau rasa, kau akan jawab soalan aku?
berapa jumlah duit hantaran yang aku terima, biarlah hanya keluarga yang tahu. 
sikit atau banyak jumlahnya, aku terima dengan redha!
aku mahu menikah, bukan menjual badan.. 
kenapa perlu pertikaikan jumlah duit hantaran yang aku terima?


persoalan yang kelima, bila nak langsung?
jawapannya.. 
doakan!
semoga semua urusan di permudahkan dan perjalanan kami kearah itu di redhai
seperti yang aku kata, kita tak ada kuasa meramal masa depan
apabila kata sepakat sudah dipersetujui dan tarikh sudah diperolehi, 
jangan risau, walimatul urus aku pasti akan kau terima. 
tidak secara alam maya, mungkin di alam realiti. 
doakan!


persoalan yang keenam, mana kenal?
jawapannya.. 
kalau benar, aku adalah pemilik tulang rusuk kirinya. 
maka, kami telah berkenalan sejak di loh mahfuz lagi. 
jodoh kami telah ditentukan oleh yang Maha Esa
dimana titik perkenalan kami, bukan menjadi persoalannya
yang menjadi persoalannya ialah perjalanan kami di masa hadapan


mungkin 
aku terlalu sarkastik dalam menjawab bait-bait persoalan yang kau keutarakan
kadang kala, ada pertanyaan yang tidak memerlukan jawapan
atau barangkali, ada pertanyaan yang tidak seharusnya di persoalkan. 

sering aku bercerita di laman ini
mengenai kesusahan hati aku.. 
mengenai kesengsaraan perasaan aku.. 
usah risau, kelak aku akan berkongsi dengan kali mengenai kebahagian hati aku
cuma, berikan aku masa!
aku tidak mahu digelar, 'over - excited'

2 comments:

  1. tak kira la apa jawapan, yang penting SEMOGA KEKAL KE JINJANG PELAMI DAN HINGGA KE AKHIR HAYAT. amin~~~

    ReplyDelete
  2. Terima kasih cikpia... Harapnya begitu jualah hendaknya..

    ReplyDelete

Thanks for Reading (^_^)