Monday 21 November 2011

Go.. Malaysia!!

"kami tetap berdiri teguh,
demi WIRA sukan Negara,
Semangat juang tetap teguh..
go..... MALAYSIA"

awak... awak.. 
yang main bola malam ni.. 
yang pakai jersi harimau muda malam ni.. 
yang bakal berebut bola dengan team garuda malam ni.. 
main bola elok-elok ya.. 
tak moh gaduh-gaduh.. 
walaupun bola itu hanya ada satu je, 
dan bakal di tendang dan di tanduk ke sana sini
di passing kiri dan kanan, 
tapi, main elok-elok ye.. 
tak moh main ganas-ganas..
tak moh main tolak-tolak..
main jangan sampai injured ye!

awak.. awak.. 
yang jadi penonton bola malam ni. 
sempena pusingan akhir sukan SEA 2011 malam ni., 
tengok bola elok-elok ya.. 
tak molek la main baling-baling botol..
tak manis la main bakar-bakar stadium.. 
tak ohsem la main suluh-suluh laser.. 
sila jaga imej negara sikit ye!
walaupun awak penyokong pakatan, 
dan dia penyokong barisan.
tapi, MALAYSIA tetap tanah tumpahnya darahku kan!!
so tak cun kalau esok-esok keluar paper kata, 
"penyokong kita terlampau"

awak.. awak,..
yang memimpin negara tu!
malam ni kalau pasukan harima muda menang, 
esok jangan lupa bagi cuti umum ya!
apa kata kali ni, bagi cuti seminggu lak!
kompem tahun depan, i pangkah dacing masa PRU!
asyik awak je yang pancing undi, 
kali ni biarlah saya yang pancing undi lak kan.. 


No comments:

Post a Comment

Thanks for Reading (^_^)