Monday, 31 August 2009

merdeka

bebas dari penjajah
merdeka

bebas dari fikiran yang konsevatif
merdeka

bebas dari bebanan buku yang menimbun
merdeka

bebas dari exam di hujung semester
merdeka

bebas dari belengu kemiskinan
merdeka

bebas dari konkongan diktaktor
merdeka

namun, hakikat sebenarnya, merdekah kita?
benar-benar bebas kah kita di tanah air sendiri?
merdeka? apa ertinya yang sebenar?

Saturday, 29 August 2009

weekend

hujung minggu
balik kerumah ibu di sunway
berpuasa dan bersahur bersama keluarga
tiada lagi maggi dan air kotak milo untuk 3 hari ni sebagai juadah bersahur
lepak lepak dan melepak di hujung minggu
menyiapkan kerja opis yang tertunggak
menyiapkan planning info yang juga tertunggak

semalam
azri dari proton edar tepon
loan lulus!!
pas ni nak g booking lak
tapi sagarri dah tak de
sob.. sob.. sob..
bertuka ganti menjadi silveraga
boleh la..
asalkan boleh merempit di jalan raya

selasa
pagi ade temuduga bersama SA planning
petang ade event di FSPU
ade majlis penerimaan ANUGERAH DEKAN
yippie~
after that ada discussion dgn KP pasal Planning Info 2009
malamnyer kena OT lak plak
aiyarksss

aku
akan terus membebel dan membebel
smalam
abg = "ko ni banyak tanya la plak.. menyampah lak dengar"
aku = "ye la.. tak tanya dah.. saya tanye org lain lak'
alin dan adik = hahahaha sambil makan.. (tak senonoh tol)
semenit dua berlalu..
aku memandang adik
aku = "aku nak tanye.. tapi tak pe lah.."
abang, alin & adik = hahahaha kan aku lagi
ceit...


sekian bebelanku untuk hari ni

Thursday, 27 August 2009

rezeki ramadhan

syukur alhamdulillah
praise to almighty ALLAH swt

ramadhan kali ni banyak memberi rezeki pada saya

firstly:
dapat offer dari sally (my classmate) tuk kerja kat AJM Planning & Urban Design..
but saya tolak kerana tidak mahu yang dikendong berciciran yang dikejar tak dapat
plus, that job contract only for 6 month.. after that, tak confirm dapat continue contract tu..

secondly:
after reject AJM Planning & Urban Design, trus dapat call from SA Planning Services
suruh datang interview.. yang bestnyer.. saya sendiri yang set the date.. hehe..
the interview will be on tuesday, next week.. will do my best!!

thirdly:
dapat interview for Pegawai Perancang Bandar dan Desa J41 from SPA..
this is the best rezeki yang ku terima.. ini uang ku nanti dan ini yang ku mahu
but, takot n cuak.. tataw ape yg bakal di persoalkan nanti.. hohoho...

lastly:
hope after this akan ada lebih banyak rezeki masuk..
amin~

eletrick = ele.. trick

Orang Melayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada perkataan Inggeris yang juga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya, ELECTRIC itu diambil dari perkataan Melayu campur Inggeris.

Ceritanya... . Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup. Jadi, entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu. Semasa demonstrasi diadakan oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun berkata dengan kuat.

"Ele..trick aje tu... ele..trick aje... ele trick!". ( Bermaksud tipu )

Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa "ele..trick" . Jadi digunakanlah perkataan "ELE..TRICK" yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih. Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang.

Wednesday, 26 August 2009

frust

baru pulang dari proton edar
tanye pasal sagarri ku
then ku di beritahu
spec yang dipohon tidak menyediakan warna merah
haaaaa...... tidakkkkkk
frust.. monyok.. cemberut
tak de la sagarri lagi
tiada lagi sagarri meluncur di jalan raya
sagarri hanya tinggal nama
sagarri dalam kenanganku saja
huwaaa... sedih.. sob sob sob



p/s: tak faham nape ramai org cukup tak setuju kalo nak amek saga warna merah.. cantek ape.. macam kaler ferrari.. tapi ferrari mahal sangat.. so saga merah a.k.a sagarri.. ok ape.. nape ramai tak stuju?? sigh~


berhenti

hari ni aku tidak membebel
maka bebelanku berhenti
kerna

tiada mood
mengantoks
kosong
tiada perasaan

tapi
bagus juga
kurang membebel
kurang dosa
kurang menyakitkan hati orang lain
kurang bising

-sekian-

Tuesday, 25 August 2009

direct translation

Peribahasa yang di translate bagi yang kurang fasih berbahasa Inggeris atau lebih tepat lagi pada yang BEBAL english

frog under coconut shell
katak bawah tempurung kelapa

monkey in the jungle in will milk, child at home died of starvation
kera di hutan di susukan.. anak di rumah kelaparan

let the child die, please do not custom perish
biar mati anak, jangan mati adat

throw stone hide hand
baling batu sembunyi tangan

already fell in befall ladder
sudah jatuh ditimpa tangga

harpoon two eyes
serampang dua mata

wife will love live will stay, child will honey will hand hand
sayang isteri tingal-tinggalkan, sayangkan anak tangan-tangankan

banana fruit twice
pisang berbuah dua kali

dog barked hill
anjing menyalak bukit



moral of the story: learn english from now.. better late than never..
aiyarks...

Sunday, 23 August 2009

ramadhan datang lagi

ramadhan tiba lagi...
bila tiba ramadhan..

1. ramai orang yang mula berbuat baik..
2. ramai orang yang mula ingat anak yatim..
3. ramai orang yang baru ingat jalan ke masjid..
4. ramai orang yang baru kenal ahli keluarga..
5. ramai orang yang mula nak bersedekah
6. ramai orang yang baru menutup aurat..
7. ramai orang yang besederhana..

dan sebagainya..

namun.. kenapa ini semua terjadi hanya bila masuk ramadhan?? tapi berakhirnya ramadhan dan mula memasuki syawal.. semua nyer berubah kembali.. adakah mereka ini semua hipokrit??

kala di renung dari sudut positif nyer.. mmg bagus skali.. orang mula berbuat baik.. mula saling tolong menolong, ingat pada yang lemah dan miskin dan sebagainya.. tapi kenapa tak diteruskan?? tak diteruskan sehingga bila2??

kate orang lagi.. bula ramadhan sebagai permulaan.. permulaan ingin berbuat bakti.. permulaa untuk menjadi lebih baik.. kononnya syaitan dan iblis di rantai.. maka senang ingin berbudi dan memgumpul pahala.. tapi.. permulaan yang hanya sementara je buat ape??

Thursday, 20 August 2009

DOA MALAIKAT JIBRIL menjelang RAMADHAN

Assalamualaikum wbt. Benarkah wujud kisah doa malaikat Jibril ini? Dari manakah sumbernya.

Aku pernah mendengar satu hadith yang masyhur yang lebih kurang sama akan tetapi sebenarnya berbeza.

Daripada Jabir bin Abdullah radhiallahu’anhuma:

أن النبي صلى الله عليه وسلم رَقَى المِنبر فَلما رَقَى الدَّرجة الأُولى قال : ( آمِين ) ثُم رَقى الثَانية فَقال : ( آمِينَ ) ثُم رَقى الثَالثة فَقال : ( آمِينَ ) فقالوا : يا رسول الله سَمعنَاك تَقولُ : ( آمينَ ) ثَلاث مَرات ؟ قال : ( لَما رَقيتُ الدَّرجةَ الأُولى جَاءِني جِبريلُ صلى الله عليه وسلم فَقال : شَقي عَبدٌ أَدركَ رمضانَ فانسَلخَ مِنهُ ولَم يُغفَر لَه فَقلتُ : آمِينَ ، ثُم قَال شَقي عَبدٌ أَدرك والدَيهِ أَو أَحدَهُما فَلم يُدخِلاهُ الجنَّةَ . فَقلتُ : آمينَ . ثُم قَال شَقي عَبدٌ ذُكرتَ عِندهُ ولَم يُصلِ عَليك . فَقلتُ : آمينَ )

Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam naik ke atas mimbar kemudian berkata, “Amin, amin, amin”.

Para sahabat bertanya.”Kenapa engkau berkata amin, amin, amin, wahai Rasulullah?” Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata : ‘Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!’, maka aku berkata : ‘Amin’.

Kemudian Jibril berkata lagi. ‘Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke syurga dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’ “.

Kemudian Jibril berkata lagi.’Hai Muhammad celaka seseorang yang jika disebut nama engkau namun dia tidak bershalawat kepadamu dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’.” (Dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari di dalam Adab al-Mufrad dan dinilai Sahih Lighairihi oleh al-Albani di dalam Sahih Adab al-Mufrad – no: 644).

Lepas baca hadith Jabir ra, aku rasa tak sama isi kandungannya dengan apa yang disebarkan. Kalau sesiapa tahu asal usul yang disebarkan itu. Silalah beritahu. Jika kita tak tahu, janganlah kita sebar. Ingatlah amaran Rasulullah SAW:

كفى بالمرء كذبا أن يحدث بكل ما سمع

Cukup bagi seseorang itu sebagai pendusta dengan menceritakan apa sahaja yang dia dengar. (Sahih Muslim – hadis no: 5)

من كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار

Barang siapa yang berdusta atasku (yakni atas namaku) dengan sengaja, maka hendaklah ia mengambil tempat duduknya (yakni tempat tinggalnya) di neraka. (Sahih Muslim – no: 3).

Jadi! Hentikan tabiat suka forward ini tanpa tahu asal usul berita walaupun niat kita baik.


Wallahu’alam.

Saturday, 15 August 2009

masalah

orang kate kalo kita tak de masalah.. maka kita lah yang bermasalah

orang kate setiap masalah ada jalan penyelesaiannya

orang kate masalah takkan boleh diselesaikan dengan pertingkahan..

orang kate masalah akan menjadi masalah selagi kita tak selesaikan..

orang kata masalah akan bertambah bermasalah kalo diselesaikan oleh orang yang bermasalah..

maka... saya pula yang berkata...

hidup sentiasa ada masalah..
masalah datang untuk menguji kita..
masalah takkan habis
lagi kita lari dari masalah... maka kita akan ditimpa masalah..
melayan orang yang bermasalah membuatkan kita pon dilanda masalah
masalah orang lain kadang kala membantu menyedarkan kita..
jadi.. tak perlu takut dengan masalah
masalah hanyalah masalah
selesaikan masalah.. dan kemudian senyum dengan riang
anda bermasalah?? owh.. boleh datang jumpa saya...
tapi saya tak jamin boleh selesaikan masalah anda..

Sunday, 9 August 2009

I LOVE YOU

try saying I LOVE YOU in a different languages..
actually this is fun if nak try kat ur secret admire..
he/she wouldn't noticed what are you trying to say and ask him/her figured it out by his/her own self..
some sort of puzzle.. but it will be remembered especially when it is the 1st time you saying these 3 magical words to ur lovable person..

Friday, 7 August 2009

kadang-kadang

kdg2 kita sendiri tak taw ape sebenarnye yg kita nk dlm hidup ni..
kita punya la mencari dan mencari dan mencari..
sehingga.. kadang2 kita dah terlepaskan sesuatu yang baik untuk dapatkan sesuatu yang tidak mencapai tahap kepuasan kita..
betul la kate tok nenek kita dlu kan.. kita hanya akan realise betapa berharganya sesuatu tu hanya bila kita dah kehilangan benda tersebut..
apakah sikap kita ni tergolong dalam kategori insan-insan yang tidak tahu erti SYUKUR??
ya ALLAH ya Tuhanku, Tuhanku Yang Maha Esa, pentadbir Seluruh Alam Semesta..
ampunkan aku sekiranya aku tergolong di dalam hambamu yang tidak mensyukuri nikmatMu..

Sunday, 2 August 2009

kawan saye

tribute to Dyanah Amin sempena Friendship Day


saye ade sorg kawan.. name dia Nurdiyanah Amin Nordin.. umo dia 23 tahun.. dia lahir 4hb Mac.. saye pula lahir 4hb Julai.. same kan tarikh hari lahir kami??.. beza bulannyer juga 4 bulan.. huhu.. sweet nyer.. (dulik ape saye kalo org ckp tak sweet pon!!).. sebut pasal sweet ni.. saye panggil dia sweet.. nak taw tak sebab ape?? sebab saye slalu nyanyi lagu 'hitam manis' kat dia.. lagu dia camni

hitam manis... hitam manis
yang hitam manis
pandang tak jemu.. pandang tak jemu
yang hitam manis pandang tak jemu

hohoo.. saye nyanyi lagu tu sebab kulit dia agak gelap dari saye.. hahaha.. bila tibe waktu setan bertanduk lapan dekat dengan saye.. saye akan nyanyi lagu ni plak

its black and white..
woooo

lagu arwah MJ tu.. hahaha.. pastu mesty muka di cemberot je.. muka tak puas hati.. hahaha..tapi saye suka sakitkan hati dia lagi.. kadang2 saye panggil dia macam2.. peha besar la.. hidung kembang la.. gigi kuning la.. ketiak hitam la.. dan sebagainya.. jahatkan saye?? tp korg tataw, dia pon ade panggil saye macam2 gak.. tp tu lah senda gurau kami.. hohoho.. mmg agak kasar.. tp yg penting kami je taw erti sahabat antara kami.. tp dalam banyak2 gelaran, cik denah ni tak suka betol saye panggil dia gemok.. nanti dia mesty tak nak makan.. kih kih kih

saya suka juga buli diyanah ni.. kalo saye malas nak amek menda je.. mesty saye jerit name dia.. saye jerit.. DIYANAH AMIN!!!!.. nanti dia datang la.. kadang2 dia malas nk ikot cakap saya.. tp saya wat muka.. nanti dia ikotkan gak walaupon kurg ikhlas.. kadang2 saya taw dia mengomel kat saye.. nanti saye jerkah la dia.. "HAH.. APE YG KO MEMBEBEL TU".. cik diyanah ni agak suka membebel.. kadang2 bila dia cakap.. agak memetir gak la.. bingit oo telinga den.. ish ish..

saye kenal dengan diyanah amin ni mase saye amek diploma ka uitm dlu.. tahun 2004.. kami rapat sungguh la.. macam belangkas.. tido same2.. kemana2 pon berdua je.. tu la sampai ade org cakap yang kami ni LESBO (sumpah saye takkan maafkan org tu).. plak tu org yg cakap tu boleh dikatakan baik gak la dgn kami.. (so pade org tu, u know who u are!!).. mula2 mmg rase sakit hati pon.. tp kalo kita nk defend diri sendiri pon, wasted je.. sebab org akan cakap kita tegakkan benang yg basah.. so buat bodo saje sudah.. dia yg dapat dosa.. kan.. kan.. kan.. tp sape yg betol2 rapat ngn kami je taw yg sebenarnye kami ni dah macam siblings dah.. dah tak de selindung ape dah..

ape yang buat saye sayang sgt kat minah ni kan.. dia sentiasa ade untuk saye.. tak kira lah waktu tu saye tengah happy, saye tgh moody.. saye tgh sakit hati..tgh sawan.. tgh sedih.. tgh murung.. dan sebagainya.. dia sentiasa ade.. bila saya susah hati.. saye akan pergi dekat dia.. dia akan bagi saya semangat.. bila saya ade masalah.. pada diasaya rujuk.. mmg lah kadang2 dia x mampu nk solve kan masalah saya.. tp dia ade untuk mendengar.. baik kan dia??

diyanah amin ni sakit.. kesian dia.. saye sedih bila dia sakit.. bila sejuk je sakit dia datang.. bila stress je sakit dia datang.. kesian dia bila dia sakit taw.. hmm.. dah la ubat dia mahal.. naseb baik la baru sakit athma je.. kalo sakit len?? tataw la saye.. dia plak bukannya dari keluarga yg senang.. dia pandai simpan duit.. tp saye suka habiskan duit dia.. dia suka blikan saya macam2.. especially makanan.. dulu saye tak de la debok macam ni.. tp diyanah amin suka bagi saya makan.. tu pasal la saya debok dan debok dan debok.. hohoho...ye mmg salah diyanah amin sebab saya debok..

saya mmg suka salahkan dia pon.. kalo barang ilang je.. mesty saya kata dia yang salah letak.. saya tak kan ngaku yg tu salah saye.. pastu kalo saya tataw something.. saya mesty tanye dia.. saya tak puas hati kalo dia jawab TAK TAW.. kalo dia jawab tak taw.. mesty saye merengus dan cakap ISH.. TU PON TATAW.. hahaha.. pada hal saye pon tataw.. tp saye tak leh terima kalo dia kate dia pon tataw.. bagi saye dia mesty taw!!.. kih kih kih..

diyanah amin ni unik orang nyer.. kawan2 sekolah saye panggil dua turtle.. atau pon kura-kura.. sebab tu kalo kuar kartun teenage mutant ninja turtle saya cakap 'SAMPAI HATI KO.. BERLAKON PON TAK GTAW.. hahah.. mesti bengkek je hati member tu..

bagi saye.. selain dari family saye.. yg taw semua kisah klasik saye ialah diyanah amin.. yg memahami saya dia jugak.. kalo nak taw baik dan buruk nyer saya.. silalah rujuk diyanah amin..

inilah diyanah amin.. senyum sket diyanah oiii

comel tak dia?? manis kan?? kalo dia manis.. ayuh kite nanyi sama


hitam manis.. hitam manis
yang hitam manis
pandang tak jemu.. pandang tak jemu
yang hitam manis pandang tak jemu


kawan | sahabat | teman

semua org ade kawan.. same la seperti saya.. saya punya teman yang sangat banyak.. namun teman yang betul2 rapat ada beberapa.. saye ni jenis yg susah nak mulakan persahabatan.. tapi bila dah bersahabat pon saya sering sakitkan hati kawan2 saye.. maaf ye sahabat..

kawan itu sebagai tempat untuk berbicara.. tempat kita berkongsi masalah.. tak kira lah masalah peribadi, kewangan, famili, perasaan, politik ataw ape saje.. tp kena tgk pada jenis kawan tersebutlah.. buatnyer kawan tu tataw ape2 pasal politik.. takkan kita nk cte pasal politik kan kat dia.. ataw pon.. buatnyer kawan kita tu anti-cinta, takkan kita nak crite pasal pasangan kita kat dia kan..pokok pangkalnye.. kite lah yang perlu bijak untuk berkawan..

betul lah kate orang.. biar ade seribu kawan.. dan jgn ade sorg pon musuh.. carilah kawan.. bukannye musuh.. tp kita juga perlulah bijak untuk memilih kawan.. kerna siapa kita, terpamer pada dengan siapa kita berkawan.. kalo boleh cari lah kawan yg mampu membimbing kita ke arah kebenaran.. nescaya selamat dunia akhirat.. tak salah kita nk berkawan dengan sape pon.. tp kita pon jangan lah terpengaruh pada kawan kita if dia buat something yg tak elok..

jadi, sempena hari sahabat ni..atau omputeh cakap, friendship day... saye ucapkan selamat bersahabat kepada semua.. terima kasih kerna kalian menjadi teman saye.. terima kasih atas segalanya.. :)