Monday 26 September 2011

Tips Memohon Pekerjaan

saya tidaklah bijak sangat nak bagi tips untuk buat something. Lebih-lebih lagi if nak apply kerja. Tapi, semenjak bekerja di company sekarang ni, saya bertindak sebagai human resource dimana perlu mencari pekerja baru untuk di recruit. Dan hasilnya, peti email menjadi sangat-sangat penuh dengan pelbagai resume dari pelbagai jenis manusia.. saya hanya manusia, kadang-kadang tengah tengok resume anda tu tgh bad mood. pastu isi resume tak cukup mantap.. memang konfirm-konfirm saya letak dalam trash je resume tu. so, ini ada beberapa tips untuk anda yang nak memohon pekerjaan. Ianya bukan sahaja diaplikasikan untuk memohon pekerjaan di syarikat saya bekerja sekarang.. tapi boleh gak la di applikasikan untuk nak apply mana-mana kerja yang anda minat.. INGAT, resume anda adalah merupakan pengenalan diri anda!

1. Alamat Email
mungkin ada sesetengah orang, menganggap benda ini sesuatu yang remeh. Kadang-kadang orang tak ambil peduli pun. Tapi, tahukah anda alamat email anda melambangkan karakter anda sama ada anda seorang yang serius atau seorang yang mengambil mudah dalam sesuatu perkara. kalau boleh gunakan nama anda sebagai alamat email.. Cth : fatimah@yahoo.com.. and tolonglah elakkan menggunakan alamat email yang merepek seperti hitam_putih@gmail.com atau stoking.busuk@yahoo.com dan sebaginya!! percayalah... banyak resume yang saya terima menggunakan email seperti itu..

gunakan alamat email seperti itu hanya di laman sosial sahaja bukan sewaktu memohon pekerjaan!

2. Cover Letter
surat pengenalan sewaktu anda memohon kerja. cukup hanya surat yang ringkas dan padat. tapi janganlah terlalu ringkas seperti:

 "I saw your advertisement and i would like to apply this job"..

owh! memang terlalu ringkas cover letter budak bertuah ni! memang saya or majikan akan still bukak resume anda. tapi kami hanya akan baca sekali imbas, lebih-lebih lagi bila berpuluh resume masih menanti untuk di review! Seeloknya, biarlah cover letter anda tu menerangkan siapa anda, dari mana anda dapat tahu pasal kerja kosong yang ada and serba sedikit pengalaman anda! cukup sehelai muka surat.. janganlah sampai berkajang-kajang suratnya. Contoh cover letter anda boleh tanya Pak Cik Google!

Ada juga ramai yang membuat silap dengan tidak memberi langsung cover letter.. Just bagi resume je untuk direview.. Udahnya, mana kami nak tahu awak tu apply jawatan apa? Kadang-kadang satu syarikat tu dia iklankan sampai 2 atau lebih jawatan kosong. so, silalah maklumkan anda nak mohon jawatan apa!

3. Resume
anda boleh tanya Pak Cik Google cara menulis resume yang terbaik.. contoh resume dan sebagainya! Malahan Mak Cik Microsoft Publisher juga ada sediakan template untuk create resume. Cuma isi ruang kosong dan publish.. maka siap resume anda! itu kalau nak mudah la kan.. Resume ni lah yang memainkan peranan yang penting. Bagi saya, resume tu biarlah ringkas dan padat! tak perlu sampai 10 muka surat.. penat  orang yang nak review tu nak baca! and untuk makluman anda, resume saya HANYA SATU MUKA SURAT sahaja.. tak percaya? nak contoh saya boleh emailkan! hahaha..

Antara maklumat penting yang PERLU ada dalam resume anda ialah Nama, Alamat, No Telefon, dan juga UMUR.. mengapa umur ni penting? sebab ada certain syarikat dia dah ada range of age yang dia nak ambil bekerja atas pelbagai alasan yang dia rasakan perlu. lagipun, Age is Just a number kan?

Tak perlu letak no ic!! tak perlu letak no kwsp!! tak perlu letak no SOCSO.. maklumat tu tak penting. unless anda telah diterima bekerja, majikan akan mintak no tersebut dari anda! tapi tak payah letak that info dalam resume anda!

Bangsa, Agama, Berat Badan and Tinggi?? Ada sesetengah syarikat akan tengok maklumat ini.. tapi saya tidak! sebab saya percaya kebolehan seseorang itu bukan berdasarkan faktor ini.. unless kalau majikan saya just nak orang Melayu, potongan badan seperti model.. and yes!! info seperti ini diperlukan!

itu baru basic info. then terus kepada taraf pendidikan anda! Sila mulakan dengan taraf pendidikan yang tertinggi sekali bukan yang terendah! if anda ada PHd.. letakkan itu yang teratas sekali.. bukannya letak UPSR dahulu.. and one more, If anda dah ada PHd, so cukuplah taraf pendidikan anda yang anda senaraikan sampai diploma sahaja.. tak perlulah nak senaraikan dari PHd - MSc - Degree - Diploma - STPM - SPM - PMR - UPSR!! owhh cukup!! tidak perlu.. cukup senaraikan hanya 3 yang tertinggi!!

maklumat pengalaman pekerjaan!! ok ini juga maklumat penting.. sebab kami nak tengok APA PENGALAMAN yang anda ada.. cukup anda senaraikan Nama Majikan Terdahulu/Sekarang, Tarikh Mula/Berhenti dan sedikit pengalaman anda secara kasar. Tak perlu terlalu detail sehingga tugas membancuh air, fotostat dokumen, jawab telefon semua anda nak senaraikan.. Kalau boleh listkan skop tugas anda yang anda berpengalaman hanya berkaitan dengan jawatan yang anda nak pohon tersebut!

then additional info yang lain yang agak penting juga ialah, sama ada anda mempunyai lesen, anggaran gaji yang dipohon, kebolehan bertutur dan menulis dalam bahasa lain dan sebagainya. Untuk menyelamatkan resume anda, elakkan memberikan skala 1 - 10 dalam kemahiran yang disenaraikan.. Tapi gunakan skala Advance, Good, Moderate and Weak! itu yang sebaiknya..

4. Gambar
ini juga sangat penting.. ianya adalah merupakan perkara pertama yang di lihat dalam resume anda sebelum pembacaan di teruskan! Sila letakkan gambar di dalam resume anda! jangan biarkan resume anda berhantu kerana tidak mempunyai rupa..

dan bagi sesiapa yang letak gambar tu, letaklah gambar yang molek sikit. Elakkan menggunakan gambar yang membuatkan wajah anda kusam atau menggunakan gambar macam anda di paksa bekerja iaitu gambar muka yang langsung tak senyum and muka macam nak nangis!! owh come on!! nak kerja ke tak ni?

seeloknya, sila gunakan gambar passport! janganlah letak gambar macam profile facebook anda! oh my... jangan letak gambar yang anda tangkap sendiri (self-potrait) yang ditangkap di dalam kereta, di depan cermin, dari pandangan atas/bawah, gambar sedang berposing atau sebagainya!! simpan gambar tersebut hanya untuk tatapan anda sahaja!! melainkan anda sedang apply kerja di syarikat modelling, casting dan sebagainya!! please lah be alert pasal ni!!

5. Hanya Pohon Pekerjaan yang Anda Minat
jangan cuba untuk test-market dengan menghantar resume anda secara rawak. Apabila sesebuah syarikat terpanggil untuk mengadakan sesi temuduga dengan anda, sila berikan kerja sama. Kalau tiba-tiba anda kata tak minat, then kenapa at the first place anda pergi apply kerja tu?? tak ke menyusahkan!!

6. Facebook dan Google!
anda tahu tak kelebihan facebook dan google? dengan hanya memasukkan alamat email anda, segala mengenai anda bukanlah suatu rahsia lagi! percayalah tiada privacy dengan kedua laman sesawang ini! so, ini sedikit tips daripada saya..

JANGAN apply kerja / hantar resume anda dengan menggunakan alamat email yang sama dengan login id anda di dalam FB! sebagai contoh: email id fatimah_comel@gmail.com hanya gunakan sebagai login id laman sosial anda.. tapi kalau nak apply kerja or sent resume, gunakan alamat email fatimah@yahoo.com.. so ini secara tidak langsung boleh menyembunyikan profil FB anda daripada di kesan oleh bakal majikan.

JANGAN gunakan nama penuh anda sebagai nama penuh di FB! Sebagai contoh: Nama Fatimah Abu Bakar hanya gunakan di dalam resume atau apa-apa urusan rasmi sahaja! Tapi kalau di laman sosial, cukup letak nama anda sebagai Fatimah!.. Ini akan membuatkan majikan sukar mengesan yang mana satu profil FB anda!

anda mesti hairan apa kaitan FB dengan nak apply kerja kan! Tahukah anda, di FB segala rahsia mengenai anda boleh terbongkar.. gambar-gambar anda akan bebas di lihat serta cara anda update status, komen wall kawan-kawan anda dan sebagainya boleh mencerminkan keperibadian anda. Dan anda pasti tak nak urusan peribadi di campur adukkan dengan urusan kerja.. so, PRIVATEKAN laman sosial anda!


ok! itu serba sedikit tips dari saya yang selalu sangat me'review' resume orang. Nak pratikkan boleh, nak ignore pon boleh. =)

2 comments:

  1. Hi. tumpang tanya. kalau hantar buat cover letter tu kan kita perlu tahu kalau company tu ada kerja kosong or x. kalau kita xtahu comapany tu ada or x kerja kosong tu mcm kita mahu apply position kerja??
    boleh bagi sikit tips kah??

    ReplyDelete

Thanks for Reading (^_^)