Tuesday 25 October 2011

Cara Mengubati Hati Luka

Omputeh habaq, the best way to heal you broken heart!

Setiap orang ada cara yang tersendiri untuk mengubati hati yang terluka. Semua pun depends on diri sendiri jugak. Terpulang kepada tahap mana penerimaan hati itu. Saya bukanlah pakar dalam mengendalikan hal yang berkaitan dengan hati dan perasaan. Namun saya pernah melalui fasa itu. Dimana sekeping hati itu pecah berderai.. Dicantum, namun ianya kembali berderai.. Sungguh, saat itu, hanya kita yang berada di situasi itu yang tahu bagaimana rasa itu.

Tapi, mengapa kita perlu merenung pada pintu yang tertutup itu untuk satu jangka masa yang lama? Cuba intai di jendela sana, luas terbuka menampakkan wajah alam yang cantik terbentang.. Tapi, seseorang itu hanya boleh menasihati, memberi pandangan, memberikan anda semangat dan kekuatan untuk meneruskan kehidupan atau ayat singkat, untuk MOVE ON!.. Walhal, semuanya masih berbalik kepada empunya diri untuk bergerak kehadapan atau berhenti sejenak merenung masa silam..

Untuk mengubati hati yang pernah berderai..

1. Menangis dan menangis 
Air mata adalah teman akrab seoarang wanita. Namun, bagi lelaki yang pernah mengalir air mata, ia bukanlah lambang lelaki itu tidak gagah.. namun seorang lelaki yang mampu mengalirkan air mata saat hati nya pecah berderai, melambangkan betapa kuatnya seorang lelaki itu untuk bersifat redha! Saat hati anda pecah berderai, menangislah.. sepuas-puas hati.. meratap hiba lah.. sehingga anda merasakan tiada lagai air mata yang boleh dititiskan untuk meratapi hati anda yang pecah berderai itu. Menangislah sehingga anda merasakan yang air mata anda terlalu beharga untuk meratapi semua ini. Menangislah dan lepaskan segalanya. Seseorang pernah memberi tahu saya,

"Tears contains 10% of water, but 90% of emotions/feelings"

Menangislah.. dan percayalah.. saat air mata anda yang terakhir itu menetes di pipi, anda akan rasa lega yang teramat sangat! Namun, usahlah meratapi sehingga anda menjadi seperti Kassim Selamat.. Usah!

2. Senaraikan Semuanya
Seringkali kita dihadapkan dengan perumpamaan, cinta itu buta! Apabila kita terlalu menyayangi seseorang itu, kita akan butakan mata kita. Segalanya baik belaka.. Semuanya indah.. Kekurangan dia, kita terima seadanya.. Kadangkala kita alpa, sehingga merasakan kita tidak berpijak di bumi yang nyata. Saat tibanya hati anda pecah berderai, baru kita nampak wajah sebenar dia.. Baru kita sedar yang selama ini, rasa itu tidak seindah mana..

Nah.. senaraikan semuanya.. senaraikan semua kekurangan dia.. senaraikan semua keburukan dia.. Tapi cukup, senarai itu kamu simpan seorang sahaja, untuk tatapan kamu seorang. Dengan harapan yang kamu akan berjaya menghakis bayangan dia depan mata! Senaraikan segala aktiviti yang tak boleh kamu lakukan ketika bersama dia.. Senaraikan setiap ejekan yang pernah dia lemparkan sewaktu kau bersama.. Yang mana kata-kata dia sebenarnya membuatkan kau memendam rasa tapi tidak kau pamerkan pada dia.. Senaraikan semua sehingga membuatkan kamu rasa, yang si dia tidak layak untuk berdampingan dengan kamu.. Senaraikan semuanya sehingga membuatkan kamu rasa yang kamu layak mendapat some one yang lebih better.

Tapi ingat, cukup senarai itu kamu simpan untuk kamu seorang.. tidak perlu di pampangkan ke merata sehingga membuatkan anda di cemuh.. Senarai itu hanya untuk membantu kamu move on sahaja.

3. Buatlah Sesuatu!
untuk membantu anda melupakan kesakitan itu dan untuk cuba memesongkan pemikiran anda daripada berfikir mengenai kesakitan itu, lakukan sesuatu yang boleh mengundang tawa di hati kamu.. beriadah! satu aktiviti yang sihat yang sangat berkesan untuk di praktiskan!

Cuba untuk membusykan diri anda dengan pelbagai aktiviti sehingga anda tidak sedar masa begitu pantas berlalu..

Satu aktiviti yang sangat berkesan di saat ini, basuh tandas! benar! Bayangkan dinding dan lantai tandas yang anda garas itu adalah umpama hati anda sekarang.. Anda basuh dan berus berkali-kali agar ianya bersih daripada sebarang kesakitan itu. Anda berus berkali-kali agar hati anda kebal dengan kesakitan itu supaya esok lusa, kesakitan itu sudah terasa biasa!

4. Coretkan dan Luahkan
Kadang-kadang tak semua orang betah mendegar rintihan hati kita. Kadangkala orang seakan muak mendengar kisah kita. Walau orang berkata,"Sabarlah.. Aku memahami apa yang kau lalui saat ini".. percayalah, mereka yang berkata begitu tidak 100% memahami apa yang anda lalui.. Tak percaya?

Cari seseorang yang berkata begitu dengan anda.. Anda jumpa dia hari-hari.. Meratap dan merintih mengenai kesakitan yang anda alami.. Sehari, Dua Hari, Tiga Hari.. mesti dia setia di sisi anda.. Mendengar setiap patah bicara anda.. Setiap butir perkataan yang terzahir di bibir anda, rintihan hati anda.. Namun, si dia tidak akan betah melayani kesakitan yang anda alami itu, tidak akan betah mendengar cerita dan kisah yang berulang-ulang dari ada.. TIDAK BETAH!. dan yang paling tragisnya, apabila si dia bercerita dengan teman lain, betapa 'pathetic' yang anda melalui fasa ini.

"10% of people are really sorry for all the problems that u having right know, but 90% of them are glad that you have them"
Dan, cara yang terbaik sekali.. untuk tidak membebankan orang.. luahkan dan coretkan di helaian kertas. Luahkan apa yang terbuku di dalam sanubari itu.. Luahkan semuanya tanpa ada satu pun yang tertinggal.. Luahkan dan coretkan di atas kertas, dan kau bakar kertas itu! dengan harapan, kesakitan itu juga akan terbakar sama menjadi debu-debu hitam sahaja!

Boleh sahaja kau luahkan di laman maya. Blogging boleh menjadi salah satu medium! Persetankan siapa yang membaca blog kau dan berkata kau tiada isu lain yang ingin diceritakan.. Itu laman kau, hak kau untuk menulis apa sahaja. Apa yang terbuku di sanubari!

5. Bersosial
Bukan menyuruh untuk kau ke clubbing dan berjimba sakan sehingga lupa peraturan ALLAH.. tidak! bersosial maksud aku adalah bercampur dengan orang. Berkenalan dan membuat ramai teman baru. Berkongsi pendapat dan pandangan mengenai sesuatu yang umum. Elakkan bercerita mengenai kesakitan yang baru sahaja kau alami. Di atas dunia ini, banyak isu yang boleh dibicarakan! Hal Ehwal semasa, Masalah dunia, gosip dunia artis atau apa sahaja!

"Seringkali kita mengejar sesuatu yang belum pasti kepunyaan kita. Mengapa tidak sesekali kita menoleh kebelakang, barangkali ada seseorang juga yang sedang mengejar kita"


Konklusinya,

Seperti yang telah dinyatakan di permulaan perengan pertama. Ianya terpulang kepada individu itu sendiri bagaimana untuk merawat kesakitan yang kau alami. Walau seribu orang berpesan dan membantu kau untuk bangkit semula setelah terjatuh, kalau kau tidak mahu bangun.. tetap kau akan masih duduk terperosok di situ tanpa apa-apa perubahan! oh ya! mungkin berubah menjadi semakin teruk kerana terlalu kerap kali merenung pada sejarah, yang mana seharusnya kau rencanakan masa hadapan kau!.

terus terang aku katakan, aku pernah lalui fasa itu. bukan sekali! tapi dua kali berturut dalam jangka masa kurang 3 bulan! dan aku mengambil masa lebih kurang setengah tahun untuk aku redha dan menerima setiap apa yang berlaku.. dalam tempoh setengah bulan sebelumnya, aku sering merintih, termenung, dan mengenang semua yang berlaku. Cuba untuk menyelamatkan hati agar tidak jatuh berderai walau aku tahu hatiku sudah nyawa-nyawa ikan! Untuk tempoh setengah tahun, aku merenung pada pintu yang tertutup rapat tanpa aku sedar rupanya ada biasan cahaya yang cuba menerobos masuk melalui jendela.

syukur alhamdulillah.. aku sudah melepasi fasa itu. aku tidak lagi merenung sejarah semalam, kerana aku punya masa depan yang perlu aku rencanakan.


p/s: terima kasih yang tidak terhingga untuk semua yang membantu saya bangkit, saat saya jatuh tergolek!

4 comments:

Thanks for Reading (^_^)