Wednesday 27 October 2010

tutup mulut anda!

kau bisa omongkan apa saja yang kau fikirkan
namun hakikatnya, kebenarannya hanya aku, dia dan yang Esa sahaja yang tahu
tak perlu aku membuka pekung di dada
dan bercerita buruk serta mengaibkan dia
dia pernah hadir dalam hidup aku
dan aku hormati dia.. walaupun hatiku dia sakiti

salahkah aku kalau aku punya penganti sekalipun
salahkah aku cuba mengecap bahagia yang telah terhapus sekian lama?
salahkah aku bila cuma memulakan suatu hubungan yang baru?
ajal maut jodoh pertemuan bukan urusan kau
tapi masih lagi kuasa Yang Maha Esa
tak perlu kau berbicara umpama aku ni tak pernah terkesan
oleh perhubungan yang gagal itu
kalau dia bisa mempunyai penganti aku tika kami masa bersama
mengapa aku tidak bisa mempunyai penganti disaat kami sudah tiada apa-apa?
jangan menuding jari mengatakan aku yang tak setia..
aku kenal siapa dia.. aku kenal luar dalamnya.. aku tau baik buruknya
aku yang pernah lalui semuanya dengan dia
memang benar dia pernah membahagiakan aku
tapi apalah gunanya lagi bila sayang tu dah tiada
bukan aku.. tapi dia

tak perlu aku senaraikan apa yang terjadi antara kami
yang dan berlalu dan lepas aku simpan dalam memori
yang baik dan elok aku simpan rapi
yang sakit.. aku cuba untuk memaafi
dia juga manusia.. tak pernah lepas dari kesalahan
sama juga aku dan juga kau
aku maafkan dia.. aku halalkan segalanya.. namun kepercayaan tu dah TIADA
tiga tahun aku butakan hati dan mata
namun petunjuk yang diberi oleh Maha Esa sudah jelas nyata
kenapa aku masih menidakkannya?

jangan membuat andaian membabi buta
jangan hanya nampak kesalahan aku sahaja
kau punya mata untuk menilai.. itu memang hak kau
tapi kau tidak mempunyai hak untuk menjatuhkan hukuman pada aku
kau tak punya kuasa untuk berkata-kata macam aku ni tiada rasa

cukup!!
tutupkan mulut!!

2 comments:

  1. Cinta itu mmg menyakitkan klu tidak kena pada gayanye...mmg perit dan perit dan perit apabila kita dapat tahu org yang kita sayang telah berlaku curang dan telah menduakan kita...kenapa kiter perlu setia dengan orang yg mcm ni...jika kita dicurangi janganlah kiter bersedih ataupun berdendam....tetaplah menjadi yang terbaik.. ingatlah bahawa hidup kita ni bagaikan roda...tidak semestinya kita sentiasa di atas...jika kita permainkan hati insan lain.. suatu hari nnti kita juga akan dipermainkan....& merka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang kita tlh lakukan slama ini.....chill out babehh....

    ReplyDelete
  2. cinta itu mmg sakit.. but we still want them in our lives..

    ReplyDelete

Thanks for Reading (^_^)