Friday, 14 January 2011

lihat guna hati.. bukan mata!

kau pernah bawak kereta?
dan lalu kau terlanggar divider di bahu jalan
atau mungkin ko terlanggar dinding sewaktu nak reverse parking
dan mungkin juga ko pernah cium kereta depan?
dan selepas peristiwa itu, adakah kau berhenti bawa kereta?
tidak bukan! kau akan semakin berhati-hati
takut kereta kesayangan itu tercalar lagi..

kau pernah tolong masak di dapur?
mungkin masakan ko tak sehebat chef terkenal
tapi pasti ko pernah tolong2 apa yang patut bukan
dan kadang-kala, waktu ko hiris bawang
ko terhiris jari kau yang runcing ata montel tu
dan kadang kala, minyak yg panas terpercik di pipi ko yang putih itu
dan juga kadang-kadang mata ko pedih apabila biji cili termasuk mata
dan adakah kau terus berhenti masuk dapur dan memasak?
tidak bukan! pastinya kau akan semakin berhati-hati
takut diri ko kecederaaan ringan di dapur..

kau pernah main hujan?
seronok bukan.. main air yang free
tanpa perlu bayar apa-apa entrance fee
tapi kau lupa ke yang main hujan akan buatkan kau demam?
dan juga bisa bikin kau kena selsema?
tapi kau kesah apa kan.. janji seronok dapat mandi hujan!

macam itulah juga, seronoknya bercinta
kau tidak fikir apa-apa
yang kau tahu, dalam dunia ini hanya ada kau berdua
kau serahkan segala dengan harapan
kau dan dia akan tetap bersama selamanya
kau silap! rencana masa depan, bukan kau yang tentukan
apa kau sudah alpa adanya Yang Maha Esa dan Yang Maha Kuasa?

jadi, saat kau putus bercinta
kenapa kau mesti bunuh jiwa dan raga kau?
kenapa kau tidak semakin berhati-hati?
kenapa di biarkan hati itu tercalar lagi?
apa hati kau lebih murah dari kereta itu kah?
tidak bukan!
kalau bisa berhadapan terluka di jari
pasti kau mampu mengatasi luka di hati itu
cuma minda kau yang menidakkan!

dia bukan untuk kau
jadi, orak kan langkah tu! kenapa berhenti lagi
apa guna kau merenung pada pintu yang dah tertutup serta terkunci rapat itu?
apa perlunya lagi?
buka hati kau! jangan buka mata sahaja
kau tahu bagaimana si buta melihat?
dia bukan melihat melalui mata.. tapi dia melihat menggunakan hati!
jadi jangan sekadar bukak mata, tapi celikkan hati kau!
dengan itu, kau akan bukan sahaja boleh melihat, tp mungkin sudah bijak mentafsir
bahawa kau terlalu berharga untuk si dia yang tidak tahu menghargai!

mungkin kau akan berkata, aku tidak berada di dalam kasut kau
ya memang tepat sekali.. sebab aku punya sepatu aku sendiri
jadi mengapa perlu aku berada di dalam kasut kau?
aku pernah bercinta
pernah merasakan asyikknya alam itu
dan juga pernah dikecewakan, dan bukan sekali aku merana
sakitnya, memang hanya kita yang rasa
dan perlu masa untuk pulih seperti sediakala
dan sekarang aku seperti kau!
berada di dalam rehab centre untuk penyakit gila ini!

mari kita tipu minda dan juga mainan prasangka!
agar si dia yang hebat itu
akan merasakan kerdil untuk selamanya!

No comments:

Post a Comment

Thanks for Reading (^_^)