kau biarkan aku sendiri
dengan pelbagai persoalan di hati
yang mana jawapannya hanya kau yang mengerti
dan aku masih disini
merenung pada dinding putih itu
dan masih lagi tetap setia
menatap langit putih yang sepi
tanpa ku sedari awan kelabu telah berganti
dan lantas hujan membasahi pipi
menghapus air mata di pinggir bening
dan kini
saatnya aku tega untuk berdiri
hapuskan kenangan silam
yang suram dan kau jadikan ianya kelam
sehingga cahaya tidak mampu menembusinya
walau telah aku buka pintu selebar angkasa
tiba saatnya nanti
kau akan sedari
betapa sakitnya hati ini
betapa terluka diri ini
yang telah kau robek tanpa simpati!
mungkin saat kau sedari itu semua
aku sudah mampu berdiri
tanpa sekelumit perasaan dalam hati
mungkin!
Nice and sweet quotes lah..
ReplyDeleteJom sini,
Cantik luar cantik dalam meh dengar sini