Saturday, 1 January 2011

benarkan aku berdikari tanpa kamu!

kesakitan itu
biarkan ia berlalu
di tiup angin lalu
dihembus bayu
ku relakan ia pergi
agar hati ini tidak terus disakiti

ku berjanji padamu wahai sang hati
tidak akan ku biarkan kau dilukai
untuk sekelian kalinya lagi
tidak akan biarkan kau rapuh lagi
dan terpedaya dengan janji manis seorang lelaki
dan kamu wahai sang hati
bertahanlah dan terus kuat bersamaku

tahun baru dengan harapan baru
agar aku kuat menghadapinya
segala onak duri yang telah ditetapkan di loh mahfuz
segala ketentuan illahi yang telah direncanakan
agar aku tabah dan sentiasa dalam keadaan sedia
kehidupan ini telah di tentukan oleh Yang ESA
moga kebahagian menunjukkan muka
dan mengiringi perjalananan ku senantiasa

dosa lalu
kesilapan silam
tak mungkin aku ubahnya
kerana masa tak mungkin diundurkan
namun akan aku jadikan panduan
agar kelak tidak terjadi lagi
dan juga sebagai pengajaran di esok hari

segala kelukaan
semua kedukaan
cukuplah mengikuti ku di tahun lalu
kini tiba tahun baru
aku tidak mahu kamu lagi
benarkan aku berdikari tanpa kamu!
aku boleh terus hidup tanpa kalian..

segala kenangan, akan tersemat rapi
kemas di dalam sanubari
dan kadang kala ianya akan melatari
kotak ingatan ku ini
namun, ianya hanya sekadar mengingati
dan mungkin juga merindui
tapi cukup sekadar itu, usah dikhuatiri!

No comments:

Post a Comment

Thanks for Reading (^_^)